Thursday, January 14, 2010

haihhhhh

*haihhhhh*

ini cerita tentang relative yang aku panggil kak long. bukan niat untuk bercerita tentang aib keluarga, hanya untuk ingatan kita bersama. terutamanya aku.

dalam setahun dua lepas, kami dapat tahu hidup dan rumahtangga dia dalam keadaan huru-hara. hanya kerana suaminya tengah gila "bercinta" di internet, dengan seorang anak dara tua (dan berduit juga). kak long dapat tahu dan adalah menelefon semula dan mahu bersemuka dengannya. kak long pun ada bercerita dengan kaum keluarga. mak cik dan sepupu aku yang lain pun turut juga tolong menyelidik. dengar kata makcik dan sepupu aku, kerek juga perempuan itu, tak mahu berganjak walaupun tahu lelaki itu adalah suami orang. malah katanya, akan minta dari lelaki itu untuk melepaskan kak long.

aku hanya tukang dengar sahaja. dalam hati berdoa juga agar jangan lah keaadaan jadi lebih teruk.

akhirnya mereka bercerai juga. suami kak long berkahwin dengan anak dara tua itu.

aku sangka suami kak long akan ingat yang beliau masih punya tanggung - jawab pada anak - anak yang ditinggalkan pada kak long. rupanya tidak.

baru - baru ni, mak aku bercerita.

anak kak long melarikan diri dari rumah. aku terperanjat betul. Ya Allah, budak mira tu punya lah sebaik-baik budak. Nak dengar suara pun susah. Kata mak mungkin dia frust mak ayah dia bercerai. Maklum lah dah remaja, pada umur yang semua benda kita mahu jadi rebellious.

Keluarga sibuk mencari. Turut juga ditanyakan kepada bekas suami jika anak itu ada bersama keluarga disebelah sana. Tahu apa jawapan dia?

"pandai - pandai lah cari sendiri, jaga sendiri"

depan mak aku jugak terus terkeluar ayat "cilaka punya jantan" dari mulut aku.

wahai lelaki akhir zaman, tak ingat kah kau yang tanggung jawab terhadap anak - anak akan dituntut kemudian hari nanti.

*haihhhhhhh*

5 comments:

I'm Seri said...

Salam.

Susahnya apabila lupa tanggungjawab. Anak-anak jadi mangsa.

Semoga Kak Long awak tabah.

~Itulah yang dikatakan teknologi disalahgunakan...dunia..dunia

laki cikgu kimia said...

bongok gak lelaki yg sedemikian!

en_me said...

hmmm, ghitewww..

thanx akak shilalatif singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg itteww

Rembo said...

la hai.

minta dijauhkan satu hari nanti.

l.i.f.e said...

iris - sy pun dia akan tabah

che am - kan? minta dijauhkan

en me - u r welcome

rambo - ye betul, mintak dijauhkan