Wednesday, August 6, 2008

anak oh anak #20 (dah keep track semula) :D

hari ini aku MC. tak berapa sihat. aku jarang MC. macam tahun lepas, MC aku cuma datang dari masa aku kena chicken pox je. bagi aku, jumlah MC aku setahun lebih kurang sama jumlahnya dengan jumlah kemarahan aku di tempat kerja. jadi semalam apabila aku sudah marah-marah saja, aku semacam tahu esoknya aku akan tersadai di rumah.

si tenonet juga tak berapa sihat. masih demam malam. jadinya bila tengok aku di rumah, dia pun merayu "baby tak nak pergi sekolah mummy". kami tidur semula. bangun dekat nak pukul 9 pagi. dia bangun terus tengok katun. aku prepare his breakfast, kemas rumah (tetap, walaupun tak sihat), basuh baju, sidai baju, mandikan tenonet, kasi dia makan ubat dan duduk tengok tv juga akhirnya. tapi bosan, sebab katun sahaja.

aku on laptop. bukak blogspot. whoaaa...banyak jugak komen pasal minah practical ni. aku approved dan reply. haihhh...betul kata saat agaknya. aku sudah jadi pemblogger tegar :))...dammm ya saat!

sedang aku duk browsing, tenonet duk tukar2 channel tv. sekali dia tengok the talk show. alaa yang lebih kurang martha stewart tu. siap ada segmen masak2 tu. aku first time tengok talk show ni. rachael ke rachel nama dia, tak ingat. minah ni latin kut coz her hair is black n her skin is quite tan. si tenonet mengutarakan soalan nya pada aku masa minah ni tengah duk cerita about masakan.

net - mummy, girl ni melayu ke?
me - mana? yang tengah cakap ni ke?, kenapa?
net - haa la. yang tengah cakap ni la. rambut dia hitam. dia tak putih.
me - tak lah. dia bukan melayu. kan dia cakap english tu
net - habis tu kenapa dia sebut RESIPI mummy?
me - hah? what do u mean?
net - ye lah...kenapa dia sebut RESIPI? itu kan bahasa melayu
me - no lah, shes talking in english lah! (aku dah mula agak hangin...maklum tak sihat)
net - habis tu bahasa melayu RESIPI apa?
me - sama je. ejaaan je lain lah
net - owhhh *dan dia sambung tengok semula the show*

*aduh, lagi sekali aku mau curse manusia yg suka2 ambil perkataan bahasa lain dan dimelayukan*

lepas ni ntah apa pulak lagi perkataan yang akan ditanya.

Tuesday, August 5, 2008

kamu fikir kamu siapa?

haihhh...ini entry menyatakan kesebalan hati hari ini.

ada seorang minah practical. untuk jabatan kejuruteraan. normal practice, we normally do not take in girls. but somehow, as she is somebody's daughter and is currently doing her 'degree' (like huh?), we have no other options. its not a gender discrimination when i said we do not take in girls. but, its more on the safety related issues and the nature of work itself that prevent it. mesin2 tu tak de hal sebenarnya, tapi the stench tu ramai yang dah surrender.

aku dulu masa practical, i made it a point to know each and everyone of the 'important people' in the company eventhough theres like 15 of them. tapi kau? kami yang berapa kerat ni pun kau pilih2 untuk kenal ye? aku tau lah kerja aku keluar masuk je dari ofis. tapi ini dah dekat dua minggu aku duduk terperap dalam 15ft x 15ft coffin aku ni, kau langsung tak ada inisiative mahu tunjuk muka. eh! aku memang bukan pemberi markah, tapi kalau ini lah attitude kau semasa practical, believe me that will also be ur attitude when u enter the working world. ramai lah manusia akan tersiksa. maklum kau kan ada 'degree', pasti konon2 nya akan jadi bos kan?

we dont mind u come to work prettily. we dont mind u come to work driving much bigger and nicer car than ours. we dont mind that u rarely talk to us (not yet talking to me). BUT!

sekarang, kamu duduk cantik sahaja apa cerita? nanti bila setiap head of department perlu review buku nota kamu itu, boleh aku tulis 'she only sits pretty?'. boleh? cakap!. cuba kau tengok ketua engineer tu, comot2 muka dia kan? tangan dia tak putih bersih macam tangan aku kan? kau nak aku komplot dengan dia kasi recommendation untuk FAIL kan kau ke? kau tau tak dia itu memang geng aku, dengar cakap aku. mintak pendapat pun tuju pada aku dulu. tau tak?

to be on the top, u have to know the thousands TRICKS of your assistants ok! (aku tak suka panggil lower level employees sebab aku rasa semuanya PENOLONG aku dalam menunaikan kerja aku). even aku pun tak sampai TOP lagi. baru MIDDLE je tapi aku sedar diri. kau? ehhh come on la, practical pun boleh menunjukkan tahap komitmen kau ok.

ahhh sudah lah. kan aku sudah marah2 saja hari ini.

memang begitukah dari dulu?

semenjak tv asik tayang cerita-cerita beliau, the boys tengah ada musim tengok cerita lakonan allahyarham seniman agung kita itu. maka mereka meminta encik suami download segala clips di internet untuk mereka ulang2 tonton di PC.

dalam mereka menonton tu tiba2 aku macam terperasan sesuatu. masa itu mereka tengah tengok clip yang dari pendekar bujang lapok. masa part diorang eja jawi. betul ke pakcik sudin tu cakap ALIP MIM NUN WAU...ALIP TENDANG WAU...SARKIS!

aku suruh encik suami ulang lagi clip tu. heh! betul lah. apa sememangnya dari dulu lagi kah 'mereka' dianggap sebagai tempat seumpanya itu? aku pun pergi lah rayau google dan youtube. laaaa sudah banyak rupanya forum dan korum memperbincangkan tentang skrip itu. genius eh allahyarham. mengena dalam kelakar.

aku takde lah nak post video clip tu kat sini. tengok saja di youtube sudah.

Monday, August 4, 2008

entry pening hujung minggu aku berkisar tentang buah-buahan malaysia

sabtu aku cuti. mak mintak hantar balik. ye lah kan, dah 2 minggu dia kat rumah aku. beberapa hari sebelum itu anak mengadu seelok aku buka pintu masuk rumah. ehhh, dah pukul 10 tak tidur lagi budak ini. dia tunggu aku semata nak beritahu "tadi atuk nangis mmy masa abang telefon. atuk kata rindu kat pak lang (arwah adik)". aku balas "abang percaya ke?". dia kata "alaaa, atuk rindu opah sebenarnya kan?". aku terus tergelak besar. mak dari dalam bilik pun terus bersuara "pandai je mengadu eh". haaa, baru mak tau kan. ingat kita ada ajar dia ke?

makanya, sabtu aku memandu pulang ke rumah mak. penat betul. masuk rumah, aku perasan ada selonggok buah-buahan kat tepi dapur. ada durian, rambutan gading, cempedak, buah naga, langsat dan manggis. aku tanya ayah "mana datang banyak2 ni". dia kata "ayah himpun sebab tau cucu nak balik". chehhh...tengok tu, CUCU yang dibacanya. anak ini macam mana? budak-budak apa lagi, terus buka baju dan bersila mengadap. atuknya tukang bukakan segala kulit. aku makan buah memang agak memilih. lagi pulak tekak tengah sakit ni.

aku makan langsat. nak tau cerita langsat ni dah berpuluh tahun ayah tanam. tapi baru tahun ni dia berbuah. apa lah sangat kita nak persoalkan kuasa Nya kan. rambutan merah dah tak ada. mati dah pokoknya. durian dengan cempedak ambik kat kebun. rambutan kuning ni memang tak pernah berhenti berbuah dari dulu. amazing betul.

ahad pagi, mak sibuk petik langsat dengan rambutan kuning tepi rumah. nak beri pada anak jiran sebelah katanya. aku keluar tengok. ehhhh dah besar rupanya budak ni. dah tinggi, putih, hensem etc. belajar kat poly katanya. aku jawab "belajar la elok2". elok mak hantar buah kat sebelah, aku tengok budak tu bagi kat mak satu plastik buah manggis dengan buah naga pulak. best kan semangat berjiran di kampung. orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.

aku balik bangi dengan penuh bonet kereta dengan segala jenis buah yang ada. keluarga mertua pulak pun ada bawak macam2 buah ke rumah sementara encik suami tinggal sendirian. ambik, dah macam nak bukak gerai jual buah-buahan dah dapur aku ni.

tadi, aku pack masuk dalam plastik. untuk tukang sapu kat apartment satu plastik. untuk budak2 jaga pondok guard satu plastik. untuk bawak ofis satu plastik. balik karang ulang kerja packing lagi. jiran depan, kiri, kanan. siapa lagi?

akhir cerita, aku 3 beranak tengah diserang wabak penyakit yang datang bila dah makan banyak sangat buah-buahan. sekaligus semua nak makan. ambiklah padahnya. UBAT DAH SIAP AMBIK DARI KLINIK. mood pun tak berapa nak elok.

atuk dah opah pulak pasti tengah lega menghela nafas panjang sebab sepanjang dua hari itu cucu2 nya bertanya terlalu banyak soalan tentang buah-buahan ini. kepenatan melayan tak wahai orang tua ku tersayang? kan dah diberitahu, sebelum jawab harus fikir apa soalan seterusnya. tu lah, tak percaya lagi.

durian, cempedak, rambutan merah, rambutan kuning, langsat, manggis, pulasan dan buah naga. mana paling best?

naik bernanah telinga aku jadinya

apa kenanya kau tanya?

apa kau buat kalau kena dengar carta top 30 lagu-lagu rock leweh lentok rayu segala dalam SINAR.FM itu dalam kereta selama 3 jam? bukan aku tune pada station itu. aku bukan berada dalam posisi pembuat keputusan pada masa itu. jadinya apa aku buat?

habis2 pun aku buat2 jadi pekak sambil pejam mata pura2 tidur. TAPI GAGALLLLLL....tiba kat lagu spoon rindu2 pejadah tu, bulu roma aku semua diri. bukan dia ni mati kena bunuh ke?

dah, esok mau hantar surat protes pada astro TOLONG HENTIKAN CARTA TOP 30 LAGU2 ROCK LEWEH/LENTOK/LELEH DENGAN KADAR SEGERA!...kalau nak buat jugak, 10 cukup!!!

isks

ehh ni apa cerita ni mr.mike. u said that u guys are getting older. thus the change in ur tunes. i think u should leave the emotional slow mo tunes to the others lah, MCR or lifehouse per say.

urgghhh..saya mau linkin park yg agak bising itu!!!

apa2 pun..kamu semua dengarlah lagu yg perlahan ini. saya tengah mood agak kecewa







Friday, August 1, 2008

ku mulakan dengan "gedebang", ku akhiri dengan "gedebuk"

ini entry yang dibuat dengan mencuri masa berharga sewaktu sibuk yang melampau dewa. phewww...aku baru dapat tarik nafas betul sikit sebab sudah siap semua dokumen untuk mengambil bahagian dalam tender maut yang tuan boss beriya - iya mahu jugak sertai walaupun telah diberitahu bahawa syarat kelayakan pertama kami TIADA. tak ke menyusahkan aku je namanya tu? kejap lagi mau pecut ke KL untuk hantar. tiba2 aku rasa agak sedih kerana teringat hal yang terjadi kepada 'paut stering' malam semalam. kan aku dah kata dia ada perasaan juga. merajuk sudah lah agaknya tu.

sekarang, mula cerita tentang perkara yang merujuk kepada tajuk entry eh. semalam, audit 3 minggu yang membelai jiwa aku sudah TAMAT. makanya perlu hadiri CLOSING MEETING. ehhh..apa pasal aku rasa macam Haji MD ini amat hensem pulak hari ini ye? (haa, lalut lagi...nanti entry lain lah pulak!). dalam meeting kepala otak aku bukan dengar sangat apa auditor tu semua bebel. otak aku ligat pikir apa lagi aku mahu 'putar alam' letak dalam tender nanti. meeting habis, sambung keje sampai pukul 8. aahh tak boleh jadi hari2 balik lambat sudah 3 minggu. aku kemas segala dan mahu pulang segera.

sampai guard house aku berhenti beramah mesra sekejap. pakcik tu boleh tanya "eh! apa kena ada kemek kat tepi kereta ni?". aku periksa, tak ada apa pun. pandai pulak bergurau orang tua ni. aku ucap salam dah terus keluar pagar.

tak sampai dalam 10 minit aku memandu gaya itik pulang petang, tiba2 aku kena buat pemberhentian kecemasan. gedebuk!!! gedebak!!! pelepek!!! pelepak!!! beberapa kali lah juga bunyi tu. apa kata kau? AKU LANGGAR LEMBU 2 EKOR!!! oooiii lembu, dari mana kamu datang ah tiba2 saja ada? yang aku pelik tu, dua2 tu tergolek atas hood kereta, naik atas cermin, seekor siap sampai ke bahagian depan bumbung, TAPI lepas tu sardin saja boleh jalan semula macam tak ada apa2. tak sakit ke? tak ada tulang2 patah ke?, tak ada urat terseliuh ke?. dan aku juga mahu menangis sebab sekarang memang sudah ada kemek dan calar pada 'paut stereng'. apa nak cakap kat ayah ni? pakcik guard lah ni, tadi suka2 sahaja 'gurau' pasal kemek ni!

haih, kesimpulannya - july memang bulan aku menjahanamkan kenderaan. harap ia berakhir sudah. tak mahu berulang.

mana bengkel murah untuk ketuk dan cat?