tak muat tajuk entry aku! ini sambungan, TAPI ada juga yang seperti dapat aku sangka, cuma menunggu saat dan ketikanya untuk keluar sahaja.
hai korang. macam rindu pulak dah 4 hari tak ada new entry. cheh! kira hari tu. confirm! pemblogger tahap kritikal dah ni. hahaha
cuti 3 hari macam2 benda aku hadap.
satu,
hari sabtu belum pergi ke mana2 lagi. duduk rumah saja. tengok tv. tengahari, family dari sebelah in laws datang. adalah dalam 3 generasi. biasalah, kalau dah ramai2 macam2 perangai ada. aku tak heran sangat. dah biasa. sepah2, nanti esok diorang balik kemas lah semula. apa ada hal. tapi yang paling aku tak sangka, apa hal time maghrib seorang doktor pakar, seorang akauntan dengan seorang ketua jabatan bersama bergelak ketawa dengan kanak2 menonton cerita UPIN & IPIN ni? sudah lah tu, kemudian siap buat ulasan lagi. yg sorang buat pernyataan, yg sorang cakap BETUL, BETUL, BETUL. bila kanak2 buat cerita yg "bagus" sedikit, yg sorang cakap BAGUS, BAGUS, BAGUS. haihhh, nasib baik masing2 bergerak utk maghrib lepas tu.
dua,
hari ahad kami turun ke melaka. saja. melawat saudara. impulse decision (sudah mcm impulse buy pulak bunyinya). kanak2 bijak sibuk bertanya, jauh lagi ke, bila nak sampai, dah sampai mana. haihhh. sambil itu, mereka sibuk membaca sign board di sepanjang lebuh raya. macam biasa lah, aku boleh agak soalan2 akan timbul. kali ini semua berkenaan nama2 tempat yang ada di negeri MELAKA itu.
SIMPANG AMPAT
dia - mmyy, kenapa dia eja macam tu?
aku - apa bendanya ni
dia - tu ha empat tu, kenapa eja AMPAT
aku - itu ikut ejaan orang dulu2 lah (belasah saja lah jawab)
dia - owhhh, orang dulu2 tak pergi sekolah eh?
aku - ye lah agaknya (nada lemah)
AYER KEROH
dia - mmyyy!
aku - apa dia lagi ni
dia - tu eja AIR pun salah tu
aku - kan org dulu2 tak pergi sekolah (nada lemah malas mau layan)
dia - owhhhhhh (seperti tau kalau tanya lagi aku akan bengang)
AYER MOLEK
dia - mummyyyyy
aku - apanya ni
dia - eja air dah lah salah. macam mana nak tau air tu molek2 pulak?
aku - agaknya org situ semua molek2
dia - ke air kat situ memang semua molek2?
aku - entah lah. mummy mana tau. ini bukan negeri mummy lah (padahal kalau negeri aku pun, takde nya aku tau asal usul tempat tu)
dia - owhhhhh
BEMBAN
dia - mmmmyyy
aku - ye
dia - bemban tu apa? apesal letak nama bemban
aku - bemban tu tak silap buluh kut. entah lah mana mummy tau kenapa nama dia bemban. banyak buluh kat situ agaknya
dia - kalau buang M, buang B, letak R, dah jadi REBAN! orang semua duduk kat reban. hahahaha (dia ketawa besar)
aku - bertuah punya budak.
nasib baik kawasan perumahan sedara tu tak ternampak pulak DUYONG. kalau tak, mati aku kalau budak2 bijak ni mintak nak tengok duyong. mana aku nak cari!
tiga,
hari ahad, mahu pulang sini semula. on impulse lagi, dek termakan pujuk rayuaan kanak2 bijak, kami berhenti di ZOO MELAKA. haihhh. sudah lah aku berseluar panjang, berbaju panjang segala. melekit lah nanti ni. punya lah happy mereka tengok binatang2 tu semua. tak padahal, baru je hari tu pergi ZOO NEGARA.
owhhh, tapi mereka upset kerana aku tak kuasa nak melayan kehendak mereka utk menunggang kuda dan gajah. bukannya apa, aku tak kuasa nak berjalan turun bukit, naik bukit kat dalam tu. ingatkan naik tram (yang kena bayar lagi tu), boleh lah hop in, hop out mcm kat zoo negara. sekali, dia bawak round one big round without stopping je. kalau turun anywhere, tak boleh naik semula. kena sambung jalan kaki. kalau nak naik gak, kena bayar again. ahhh! ini aku marah. tak ada ke orang yang complaint ni. sudahnya, aku kenalah buat janji2 palsu (harap2 boleh tunaikan) untuk datang lain kali, stay hotel, pergi zoo pagi2 baru boleh naik kuda dan gajah. muka budak2 bijak ada sedikit kelat.
aku penat!!!
*nota kelip2 - kalau orang2 melaka rajin, jawab lah persoalan2 yg timbul tu ye. lain kali kalau aku kena tanya lagi, boleh la aku gunakan jawapan korang pulak. :D