Thursday, June 26, 2008

kuasaNya

hari selasa pagi mendung. aku drive ke seremban untuk bermesyuarat bersama pelanggan setia syarikat tempat aku bekerja. habis sudah, drive pulang ke ofis leisurely. redup, tapi matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.

tapi tak berapa lama tiba di ofis, langit terus kelam, gelap gelita. angin bertiup kencang disertai hujan yang lebat secara tiba-tiba. bunyi angin amat kuat. aku keluar dari bilik dan jengah keluar. Maha Besar Allah, tak pernah aku tengok angin kuat macam ni. dah nak hampir macam puting beliung (agaknya lah).

tak sampai setengah jam begitu, matahari keluar dengan terang benderangnya. hati aku berdetik, amat besar kuasa Mu Tuhan.

beberapa saat selepas itu, aku dapat panggilan telefon dari mak.

mak : (dlm nada tersedu-sedu dia) cik mad meninggal tadi kak
aku : hah? bila? mak ni betul ke (aku agak terkejut sebab beliau sihat walafiat tidak sakit apa-apa pun)
mak : ye...baru kejap ni. kak long baru bagi tau mak ni. balik ye
aku : ye lah mak


aku pulang menziarahi arwah kerana aku amat menghargai jasa beliau yang selalu dikhabarkan ayah sebagai tidak ternilai. beliau dan isterilah yang menjaga aku semasa ayah dan mak keluar bekerja semasa aku kecil dahulu. dan ayah sudah menganggap beliau sebagai seorang adik. cik mad, semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mu disana. jangan risau, ayah, mak dan saya ada untuk tolong tengokkan cik kiah dan adik2 yang lain. Al-Fatihah

petang isnin hari tu

owhhh dia buat sekali lagi. apa? apa lagi, lawak "bangsat" dia tu lah!
4.30 normally he'll call and asked if im going back late or what. as it is a monday dan my workload was like piling up on my table, i answered YES! i'm gonna be late today. he said OK.
but NO!
at 5.45 pm he called and here it goes
him : awak kunci pintu belakang tak?
me : kunci la, kenapa? lagipun grill kat balcony belakang tu memang sentiasa lock pun (i think i already know why he asked this question)
him : mana kunci rumah saya ye? (kan! betul dah my assumption)
me : huh? what? aren't they supposed to be in ur bag? tak kan saya nak bawak pulak
him : nope, its not with me
me : so how?
him : saya dah balik ni. tunggu awak balik je lah. the boys pun saya dah ambik
me : huh! ye lah ye lah (hancur plan utk siapkan paperwork yg banyak itu)
so, aku kemas2 table yg penuh dgn segala jenis kertas, simpan lappy, tutup suis segala dan kunci pintu bilik. sekali toleh, bos lalu dan tanya "nak balik dah ke?". aku jawab "ahah sorry, my husband tak bawak kunci, locked out". dia gelak and said "sekali lagi?". aku yg malu terus cakap "im off dulu bos". dia angguk.
owhhh suami....dalam short period of times, berapa banyak lawak "bangsat" kau mau buat sama aku ye? nasib aku dapat boss yg begitu amat memahami aku

Tuesday, June 24, 2008

terima kasih kawan


received my belated birthday gift from my faraway (mcm jauh sgt je kan) friend on friday...tak ada apa yang nak diucapkan selain dari terima kasih banyak2...appreciate the thought (sangat2)...and i hope that we will be frens like to the end of our life.

Monday, June 23, 2008

sapa kata?

sapa kata girls cant have a guy as her bestfriend / buddy without involving "heart feelings"?... aku ok je ngan budak laki yg jadi kawan baik aku...boleh je cerita benda2 mengarut...confide apa2 to him when im down...giving me a different perspective of a certain situtation when i cant think straight...byk lah

~sesapa student UM harus penah nampak encik ni~
ni salah sorang nya....pic taken years ago ok...maklum lepas kawin mana bleh amik gegambo ngan lelaki lain ye tak?...the best part, aku tak pernah terpikir pun mamat yg duk tido dalam kelas akan menjadi "pengajar" yang tidak tegur atau marah students dia tido dalam kelas :))...aku penah tanya kenapa ko tak marah eh?...dia cakap "aku tau perasaan budak2 yg tido tu"...chechhhh...kunun simbolik ah tu!..seb ko dah tua, tak aku lepuk je cam dedulu :))
oihhh...pat ah balik mesia ni...duk oversea lelama menghabiskan duit kami je...dah ah minyak makin mahal ni beb!...cukai segala menda kena!...pat balik!...senang sikit aku nak mencari telinga untuk sessi luahan...
habis

Saturday, June 21, 2008

result periksa anak aku dan kenangan aku

hari ni aku start dengan bangun pagi2 untuk pergi sekolah anak aku ambik his report card...tapi macam biasa lah...dah namanya hari cuti, bangun pun terpisat-pisat...mana nak siapkan the boys lagi...end up pukul 10 baru keluar dari rumah.
tiba sekolah singgah kantin dulu tengok ada apa2 yg boleh dijadikan sarapan tak...dah lambat semua benda pun dah habis...katanya hari ibubapa berjumpa cikgu-cikgi...ramai lah orang...stret terus pegi to daniel's class (1 Jupiter)...ni kelas nombor satu katanya...hhmm ada ramai yg yang menunggu..tapi bagus, diorang dah siapkan nombor giliran...kira mcm berhemah la sikit para parents yg menunggu ni.
tengok kat pintu class cikgu dah siapkan senarai kedudukan dalam kelas...hah! tu dia kau! anak aku dapat no 19 daripada 42 murid...aduiiiiiii...apa banyak sangat ni??? aku tanya dia "do u know u get number 19?"..dia jawab "abg tau" sambil sengih...then dia sambung lagi "tapi cikgu kata kalau boys abang nombor 3"...hhhmmm...aku pun check...ahah! betullah...no 1-9 girls, then no 10 boys...pastu 11-15 girls, no 16 boys dan seterusnya la sampai at 19 tu nama anak aku..then aku check satu2 in terms of marks in each subject and total percentage (%)...kira ok la anak aku boleh dapat total 93%...tengok budak yg dapat no 42 tu pun 83% tu..kira tinggi lah tu...then aku terpikir "jangan lupa mummy...ini kelas nombor satu"...sure frustkan budak2, pandai2 tapi dapat nombor banyak...tapi tak pe lah abang, cuba lagi next time (maybe aku nak kena rasuah sikit kut something for him to do better in his exam)
tiba giliran aku jumpa cikgu...cikgu pun explain la that my son is very co-operative and helpful tapi at times dia suka menung dan buat keje dia ikut time dia sendiri (hah! ini mmg habis dia kutip perangai aku..hahaha)..kalau dia ada mood jawab, dia akan jawab...kalau tak buat dunno je...aku tanya cikgu, "betulke dia selalu kena buli dgn girls sebab dia selalu cakap girls buli dia"...cikgu kata "tak tau la pulak, tapi kiri kanan dia memang budak perempuan lah"...hmmm cikgu...kena tengok la sikit ni..dulu kecik2 mummy dia memang selalu buli boys...takut ni anak dia pulak kena buli ni...hishhh
dah habis sessi cakap2 dgn cikgu, kami pun pulang. on the way balik aku call mak nak sembang about result exam daniel ni.
aku : assalamualaikum mak..buat apa tu?
mak : w'salam...tak de buat apa..kejap lagi nak masak
aku : mak, daniel dapat no 19 la
mak : (dia gelak) kenapa banyak sangat tu kak?
aku : ntah la mak, tapi dia kan kelas no 1..peratus pun 90 lebih jugak
mak : owhhh..tak pe lah tu..baru darjah 1 kan...perlahan2 la
aku : mak, macam mana mak dgn ayah buat dulu yang akak dapat no 1 je 12 kali dr darjah satu sampai darjah 6? (ye, aku mmg sgt terror time kekecik dulu...sampai sekarang takde org boleh beat record aku kat sekolah rendah tu)
mak : hhhmmm, ko nak ke buat macam tu? tak payah la...kesian kat budak tu nanti
aku : napa pulak mak?
mak : lahhh..ni buat2 tak ingat ke atau memang tak ingat?
aku : apa mak cakap ni?...hhmm tak pe lah...akak letak dulu eh..kim salam ayah (aku kalau dengan mak mmg tak mau nak ajak dia ungkit2 kisah silam sangat..nanti dia sayu)
mak : ye lah...bye
after that lama aku pikir kenapa mak cakap macam tu...pikir punya pikir, baru aku ingat...ye! mak ayah aku dulu sangat garang dalam bab2 pelajaran...walaupun zaman itu, aku belajar hanya bertemankan pelita (dan kadang2 lampu gasoline), salah sorang dari mereka akan tunggu aku dan adik aku yg no2 ulangkaji...kalau tak de kerja rumah yang cikgu kasi, kena ikut jadual yg diorang tetapkan...kalau mak aku yg teman - siap dengan rotan halus...kalau ayah yang teman - siap dengan rotan semambu (dah layak buat tongkat tau its thickness)...dan aku pulak, memang seorang budak perempuan yang amat (aku ulang! AMAT) degil ok...kawan pun dgn budak lelaki je...budak pompuan leceh! (aku akan buat entry lain about it if time permits)...kalau time belajar tahan lagi...tapi kalau kena pegi mengaji, NAUZUBILLAH pemalasnya aku...mak aku sanggup ajar sampai separuh quran je (tak padahal dia ngajar budak laing mengaji tu)...tapi ALHAMDULILLAH lah..aku khatam gak quran beberapa kali (the first one in std 3 tak silap)....ok back to cerita cara belajar aku dulu2 tu, tak sanggup rasanya nak ulang cara begitu kat anak aku...lagipun, dah cukup la aku susah dulu2..tak kan nak buat kat anak aku pulak.
tapi yg paling best, setiap kali dapat no 1 akan ada hadiah yang menunggu...dan kebanyakkannya adalah mahal kalau nak dibandingkan dengan pendapatan ayah yg tak berapa sangat lah masa tu...walaupun aku tak mengharap, tapi aku tau kalau dapat no1 mesti ia akan dapat membuatkan mak dan ayah happy dan tak marah aku sangat (tapi itu sementara je sehingga ada makcik2 yg report aku lastik anak dia, aku ketuk anak dia, aku lempar kasut anak dia etc)
aku nak janji dengan daniel kalau dia dapat no1 nanti aku belikan dia phone yang dia nak tu ok tak? boleh ke kasi hadiah handphone ni for his motivation? korang, tolong aku pls....

Friday, June 20, 2008

pagi tadi

pagi tadi, encik suami buat lawak "bangsat" sama aku..haihhh
selepas dah siap2...aku pun ready nak pegi keje...sebelum keluar pintu check bag, aikss takde pulak...then pandang keys holder kat belakang pintu...hhmmm..not there...pastu masuk bilik carik tgk kat dresser, uiks tak de jugak...tak bleh jadi ni
insted of tuutt..tuutt..tuut...sekarang its pagi yg gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang (his caller ring tone)
aku : saya nak pegi keje ni
dia : ok lah
aku : mcm mana nak pegi keje ni?
dia : kenapa pulak?
aku : cuba tengok dlm ur bag ada apa2 yg saya punya tak
dia : lahhh..apa bendanya yg saya nak bawak pulak?
aku : tengok je lah!!! (dah start nada tinggi)
dia : kejap! kejap!
aku : ada tak?
dia : hehehe..ada lah (sure muka dia tengah poyo je time ni)
aku : pesal? tak de keje nak buat dah? menyusahkan...hishhhh...(pot pet pot pet)
dia : ok ok..saya patah balik
aku : huh! lambat dah ni!...spare one simpan mana?
dia : carik dlm bilik
aku : (dalam hati - bilik tu besar oii) ye lah..kat mana? dlm drawer ke?
dia : ah'ah..try tgk situ dulu
aku : ok ok..if takde siap!
dia : carik lah dulu
aku : ye lah! (dah ko bikin aku susah kan)
then pegi cari sambil punggah semua benda dlm bilik aku...finally jumpa...cepat2 turun, start engine and cabut pegi ofis.
on the way to ofis - hold on brother hold on, the road is long, we r on stony ground (my ring tone sekarang)
aku : hah pe dia?
dia : jumpa?
aku : dah
dia : ok bye (takut kena sembur la tu bye cecepat)
pada yg tak tau apa yg aku cari....its my car key...sengal kan orang tu, naik motor tapi pegi angkut sekali kunci kereta aku...bikin aku "hangin" je pepagi..isks
jaga kau..balik kang aku sula dgn kunci kereta ni!

Thursday, June 19, 2008

anak oh anak #12 (his imagination)

hari ni aku balik kerja agak cepat...then terus fetch the boys kat skolah diorang...mula2 ambik abang...takde banyak cerita..just normal stuff apa yg dia blajar hari ni...then pegi ambik si kecik pulak...tangan aku dah penuh hold so many things, my handbag, bag laptop, bag skolah kebangsaan abang, beg skolah abim abang dan baju skolah abang...keluar kereta, selipa pulak buat hal..hiissh of all the time, sekarang kamu nak putus...sighh
kat skolah si kecik, dia dah hulur beg2 dia...aku dgn muka sedih ask him "yish bawak sendiri boleh? tangan mummy dah penuh"...then dia jawab dgn senyuman "ok!"
waktu depan lif, si kecik tak sabar2 nak tunjuk kat aku tangan dia (ade kesan blood spot kat lengan baju dia)...aku pun tanya la "kenapa?"...dia jawab "tangan yish kena cakar dgn kawan"...aku jawab "hhhmm kenapa gaduh lagi"...dia jawab "tak lah, dia yg kacau dan buat yish"...aku tanya lagi "abis yish tak marah dia?"
then dia jawab "tak, tapi yish rasa nak tumbuh tanduk kat kepala..lepas tu tanduk dia...biar perut dia koyak pecah keluar darah jugak mummy"
aku yang tergamam "hah?"
sungguh ganas imaginasi budak ini kan?
nota : yish ialah gelaran diri Danish...kadang2 dia kata adik, but most of the time dia bahse diri dia BABY :))