Saturday, September 27, 2008

tentang aidilfitri dan persiapannya

raya dah nak dekat. tanya aku tentang persiapan? jawapnya, belum ada apa2. nak beli baju kurung?, baju yg ada pun tak terhabis pakai. buat kuih?, ahhh ambik dekat adik saja nanti. kemas rumah?, hhmmm itu boleh buat dalam sehari dua ni. rumah sarang merpati bukan besar sangat pun. hiasan rumah?, owhh tidak. aku tidak suka benda2 yg mengumpul habuk.

yang tinggal dan penting, persiapan untuk anak2 sahaja. tiap2 tahun mahu baju melayu baru, songkok baru, sandal baru, kasut baru dan macam2 lagi lah.

makanya walaupun diketahui aku akan jatuh sakit selepas pergi ke Jalan TAR itu, aku pergi juga. hanya disitu yang ada baju melayu siap yg cantik jahitannya. parking pun satu hal juga. dah jalan dalam kesesakan yang ada pelbagai bau tu, aku dah loya tekak. peluh dah terbit di dahi, hidung, tangan dan tengkuk. ahhh, the sign dah datang. tapi apa barang pun tak cari lagi ni. badan pun dah menggigil-gigil.

pergi kedai baju melayu. nasib baik ada kerusi boleh duduk sementara carik baju melayu budak2 ni. lepas beli baju melayu, songkok dgn butang baju aku macam dah tak tahan. diajak lagi cari benda2 lain, memang dah tak larat.

aku ajak balik saja. masuk kereta dan flat terus. mahu pitam. muntah.

aku memang elergik betul dengan tempat itu. tiap2 tahun pun macam gitu. sesak+bau+himpit+stuffy = buat aku sakit.

nasib lah raya sekali saja dalam setahun.

Friday, September 26, 2008

salam-bersalaman, tanda persahabatan, apa2 yg silap, harap dimaafkan

hehehe...aku suka pantun2 ini. dihantar melalui email tuju2 oleh seorang doktor pakar yang sangat masyhur dan selalu keluar tv. he said, doctors need a gud laugh too. sila senyum ye

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, September 25, 2008

i had a gud laugh, hope u did too :))


sila tengok video ini. kreatif bukan? boleh kalahkan cerita2 seram si dzul ataupun cerita2 angker si hajime kan? dan boleh juga kalahkan cerita abang basikal yang malang yang dibuat dek budak jahat tu kan? :))

mula2 nak post the video yang dapat dari email je, tapi problem lah pulak. tengok kat tiubanda ada lah pulak. tepek je lah sini. enjoy lah!


Wednesday, September 24, 2008

semua perempuan memang menawan lah!

dulu2 masa aku duk carik ilmu kat negara jauh sana, aku kerja. nak pegi kerja kena cycle dalam 20 minit. ini antara lagu yg aku nyanyi sepanjang perjalanan. mula2 dengar dekat apa kedai record pe nama entah. macam best. then dengar mamat main gitar nyanyi kat underbridge.

to all ladies, this song is for you. all of us is gorgeous in our own way. rite?


Monday, September 22, 2008

when i said babies are meant to be fair, it only happened in my fantasies (i guess)


semalam time aku bosan2, aku check semula semua email lama, old yahoo account, yahoogroups dll. aku terjumpa semula gambar2 yang diletakkan dalam salah satu group yang aku join. ex-coursemates. macam2 gambar ada situ. among them of course lah babies kan. bila aku tengok, my danish pic is there. tengok lagi, my best friend's son is there too.

lalu aku berkata dalam hati, "owhhhh no wonder im a bit sceptical with darker babies". sorry kalau ada yang marah, terasa hati, offended or anything like that. tapi entah kenapa lah, aku selalu sangat associate babies are suppose to be fair (putih ke kuning langsat ke pink ke). not dark. mind set aku ni dah payah nak betulkan dah. bayang lah, aku takut nak pergi visit ofis mate aku masa dia deliver. semata aku takut aku terkeluar kata2 seperti "napa baby ni tak putih" or "why is she so dark". to make up for that silly action, aku beli hadiah mahal2. *sigh*

my boys tak de lah fair sangat pun. but my friend's son is fair. korang tengok lah the attached pics. they reminds me of sin chan. nak gigit2 je. hehehe


* aku tak jumpa gambar mamat ni time dia baby. nanti lah survey lagi. so for the time being, letak yang ni je lah dulu. dulu2 aku selalu kacau dia, heyyyy hidung besar, janganlah makan rumah, makan lah nestum ni. jahat kan mummy dia ni. btw, ini daniel a.k.a mat hensem besar @ mat hensem pertama @ abang *


* arghhhh dia geliat...ini pic danish @ mat hensem kecik @ tenontet yang paling baby lah kiranya aku jumpa. dulu2 aku selalu gigit dia. kesian *


* this is haziq. my fren's son. dia memang mcm sin chan betul2 kan. gerammmmmmm*

ini lah jadinya bila level of tolerance aku dipersoalkan

aku,

1. tak suka orang jalan seret selipar / kasut tapi tak pe, aku jalan jauh dari kau
2. tak suka orang makan mulut dia berbunyi kecepah kecepeh tu tapi tak pe, aku tak makan dengan kau
3. tak suka orang tak reti jaga bau mulut tapi tak pe, aku tak bercakap dengan kau
4. tak suka orang yang suka ketuk2 jari dia kat pinggan bila tengah makan tapi tak pe, aku buat pekak
5. tak suka orang yang merokok lepas tu hembus asap rokok dia suka2 hati mak bapak dia arah ke mana pun tapi tak pe, aku tak ada depan kau
6. lebih lagi tak suka pada orang yang hisap rokok TAPI cakap dia tak hisap rokok. agak2 lah nak menipu pun kan. tapi tak pe, dosa menipu tanggung sendiri
7. tak suka orang rosakkan harta benda aku dan buat tak tahu saja. tapi tak pe, aku boleh baiki sendiri
and the list could go on and on and on and on........

sekarang, mana kau rasa aku belajar perangai TAK PE ni?

Sunday, September 21, 2008

perisa strawberry and cream memang "syaiton" in disguise

dua tiga hari ni aku kurang sihat. tekak aku dah bengkak semula. giler perit nak menelan. kalau aku cakap aku elergik pada air yang tak masak, orang selalu akan kata aku mengada2. haihh, aku pun minum je lah air yang dibeli di pasar ramadhan tu. malas nak bersoal-jawab. sakit tanggung je lah. so true, senja aku minum, paginya tekak aku dah buat hal.

aku malas nak pegi tengok doktor. balik2 ubat yang sama. aku fikir, telan strepsils menthol dalam 10 bijik ok lah nanti.

aku singgah stesen minyak. pegi atm tengok duit. isks sedih. dah banyak kurang. ini semua ISETAN yang menyetan lah ni punya pasal. dah ambik duit aku pegi kaunter carik strepsils. angkat dalam 5 peket. jadilah. tu pun dah 30 bijik tu. congak2 dalam otak, iskss rm15 gak tu. aku letak kat atas kaunter. sekali terpandang balang lollypop. iyer tuan tuan dan puan puan, encik encik dan cik cik semua, aku memang hantu lollypop. nak nak lagi yang perisa strawberry and cream tu. elok je perisa tu ada banyak depa cucuk kat lubang2 balang tu.

aku tanya adik kaunter, "ni berapa sen satu?". dia ambik satu, scan dan jawab "60 sen je kak"

aku kata dalam hati, "perghh murah ni, selalu depa jual 80 sen satu kat 7E"

kemudian aku kata "ok, tolong akak cari yang macam ni 10" (sambil tunjuk satu perisa strawberry and cream yang aku dah pegang"

dia pun duduk lah mencari satu - satu.

tiba2 dia bersuara.

"errrr kak"

aku jawab, "ye, napa?"

dia senyum sambil tunjuk plastik lollypop yang aku pegang lalu jari dia bergerak ke mulut aku.

alamaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!!

malu sungguh!!!!

cepat2 aku tunjuk sign tangan "tunggu kejap!" lalu berlari pantas mencari tandas untuk berkumur - kumur.

tapi aku yakin, tak sengaja tak mengapa kan?

aku teruskan berpuasa hingga ke maghrib.