Showing posts with label kenangan terindah. Show all posts
Showing posts with label kenangan terindah. Show all posts

Thursday, November 20, 2008

orang suruh pergi belajar, kami pergi berkelah di tengah padang sedangkan cuaca diluar sangat lah sejuknya hingga ke sum-sum tulang

ok, take five jap.

new entry lagi. tralalalala. hehehe

kawan aku asyik betul mengup-loadkan (ada ah ini word?) gambar2 masa kitorang belajar dulu dekat facebook. aku jeles, rasa nak up load jugak banyak2 gambar masa tu. tapi aku takde scanner. tak kuasa aku nak snap guna camera telepon bimbit, camera digital atau kamera web.

ini aku cilok satu gambar dari facebook dia.



alkisahnya, masa tu bulan october ke november aku tak ingat. suhu kat luar ada lah dlm 10 darjah celcius. pagi cuaca cam cerah. plan utk 'berkelah' kat taman macam sangat sesuai dengan aktiviti makan nasik ayam yang dibuat beramai2. alih tak alih hujan turun. hujan kat negeri jahanam tu kalau tak disertai dengan angin kuat memang tak sah. masing2 dah risau, habis lah plan rosak.

tak lama lepas tu hujan pun berenti. apa lagi, masing2 punya muka pun bersinar bagai matahari yang memang tak keluar pun masa tu. berjalan lah kami beramai2. singgah kedai kecik nak beli chips, drinks dan lolly pops. mamat orang puteh pun sudah bengang sama kami sebab dia kena bukak pintu kedai. orang kat sana pukul 4 je masing2 nak tutup segala dah.

sampai taman, masing2 jadi kanak2 ribena. main kejar2. main buaian. main jongkang jongket. tak padahal menda alah tu semua basah. yang tergolek atas rumput masa lari kena kejar jangan cerita lah. dah kata sejuk, tu semua konon nak hilang sejuk lah. hambik kau, lepas berpeluh, datang angin tiup, terus menggigil masing2 gelabah carik sweater semula.

dah penat bersuka ria, apa lagi, acara makan lah.

dah, aku nak sambung keje semula.

*nota kelip2 - aku ada gambar mcm gini versi mulut aku penuh dengan lolly pop. aku dah keluarkan awal2 dari album yg tukang ambik gambar ni tunjuk. tak senonoh benor rupanya! :))

Friday, November 7, 2008

ujian minda untuk kanak2 darjah 3 pada masa itu akhirnya berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

mak aku banyak kawan. dia memang femes dikalangan warga kejiranan. sebab itu kalau aku buat 'jahat' saja, tak payah lama, aku belum sampai rumah pun berita sudah ditelepon karatkan. siap-sedia je lah nak kena bantai. selain dari kawan, mak pun ada beberapa adik angkat. aku pun tak paham apa pasal dah jadi mak-mak orang pun masih nak beradik - berkakak angkat ni.

masa aku dalam darjah 2 gitu, mak ada adik angkat yg selalu datang rumah. kita panggil dia cik lin je lah ye. cik lin ni dari kejiranan sebelah. masa tu dia belum ada anak lagi. jadi dia suka lah petang2 datang rumah sambil borak2 dengan mak. kadang2 tolong kopek ubi, kadang2 tolong raut lidi, kadang2 tolong kopek koko. ini semua aktiviti untuk menyara hidup.

mak aku dulu jual kerepek ubi yg ada kaler belang2 kuning, merah, oren segala tu lah. yg kamu kena jemur & keringkan, kalau nak makan baru goreng tu. raut lidi tu biasalah, nak jual penyapu. takkan nak buat sesah orang pulak kan. koko pulak, kamu keringkan biji dia, lepas tu jual. kalau nak tau, sebenarnya rasa coklat tu dengan rasa koko jauh benar2 bezanya. penipu kalau orang beritahu kamu koko tu sama rasanya dengan coklat. oh ye! untuk lebih mudah dan cepat biji koko tu kering, kami kena makan isi buah koko tu dan kemudian keluarkan bijinya. masa tu aku adik beradik selalu lah beradu tembakan siapa paling tepat. dah kulum2 biji koko kasi bersih, aku pun pooohhh! aku selalunya aim dekat adik aku je. sekali aku poohh, sekali bertaburan air liur kena dia. hahaha. giler evil aku kan.

adeh, entry ini sudah jauh menyimpang.

ok, back to the story.

dek kerana dah hari2 cik lin kat rumah aku, kami pun mula mencipta permainan minda. mula2 dia beri lah soalan2 seperti apa dia kura2 panjat dinding, apa dia binatang keris di kaki, apa dia ular hisap rokok dan macam2 lagi yg senang untuk aku jawab. elleehhh kacang je tu cik lin, selalu aku jawab gitu. dia sudah rasa tercabar dek kepandaian aku menjawab. satu petang dia bertanya aku teka teki yang memang tak pernah lagi aku dengar pada masa itu. macam2 aku jawab, semuanya salah. aku hampir mengalah. tapi cik lin tak mau beri jawapan. dia makin mencabar aku.

'kalau dapat cik lin kasi akak 3 ringgit'. perghhhh mencabar betul. sapa tak nak!

woiiiii, 3 ringgit masa tu boleh buat aku belanja satu kelas tau tak!

ahhh...aku mintak tempoh 3 hari. dia beri. tapi kalau salah kena carik uban dia seminggu. tak mau aku. (ini adalah salah satu sebab kenapa aku rabun, asik kena carik uban mak ayah dah la satu hal)

hari ke 3 petangnya, aku dengan senyum lebar & yakin beri jawapan pada cik lin. dia tanya mak aku mana aku dapat jawapan, mak aku kata '3 hari budak tu menung cari ilham'. hehehe, kiut lah tu mak!. 3 ringgit bertukar tangan. seminggu aku mewah berbelanja sekolah.

sapa dapat jawab?
kok ke takuk, bulu keliling, masuk basah, keluar kering

ada sapa2 mahu sahut cabaran minda ni?

*notakelip2 - serius, aku dapat ilham jawapan soalan ni masa gigi aku patah.

Wednesday, September 24, 2008

semua perempuan memang menawan lah!

dulu2 masa aku duk carik ilmu kat negara jauh sana, aku kerja. nak pegi kerja kena cycle dalam 20 minit. ini antara lagu yg aku nyanyi sepanjang perjalanan. mula2 dengar dekat apa kedai record pe nama entah. macam best. then dengar mamat main gitar nyanyi kat underbridge.

to all ladies, this song is for you. all of us is gorgeous in our own way. rite?


Wednesday, September 17, 2008

kecik bukan sebarang kecik tau tak? ada idea menarik boleh dibuat dengannya

hari ni aku cuti. bukan cuti yang diambil, tapi cuti yang diberi. cuti umum sempena Nuzul Quran. aku sebenarnya tak berapa suka kalau cuti tengah2 minggu ni. mati akal aku (chis, sudah mcm mati pikiran la pulak)

sebagai seorang yang dah pangkat mak budak, aku duduk lepak2 relax2 je kat rumah. percaya? heyyy takde nya pompuan duduk rumah lepak2 ngan relax2 tau tak. macam2 kerja yang dibuatnya. jangan lah tertipu bila aku letak r.e.l.a.x di status YM ye. kamu tidak akan dapat instant reply dari aku pun. hahaha *gelak evil*

kat rumah aku ni ada sebijik (ke sebuah - aahh penjodoh bilangan ni fail lah) akuarium kecik. dah akuarium kecik, tentu lah ikan nya pun kecik2 gak kan. set2 ikan guppy ngan ikan belang2 rimau tu. tetiap minggu budak2 ni kalau boleh nak tambah ikan dalam tu.

danish dia tak berapa minat tengok tv hari ni. asik mengacau aku je. aku suruh dia pergi buat benda lain. jangan kacau mummy aku kata.

dia duduk depan akuarium. menung. celup2 jari dia dalam tu. aku nampak. aku tanya, haaa buat apa tu?

dia jawab - yish tengah fikir ni, ikan ni kalau yish tangkap mummy goreng untuk yish buka puasa nanti boleh tak?

aku - erkkkkkk *terbayang kejadian lebih 20 tahun lepas*

********************

budak perempuan tu comel lah jugak. baru umur 8 tahun masa tu. tapi dia tak berapa nak kawan sangat dengan budak perempuan lain yang asik ajak main perantin2, masak2, solek2 guna gincu mak, tak menarik ah!. dia lagi suka redah parit paya dan main senapang kombet guna bijik ntah-apa-benda-tak-ingat jadikan peluru. satu hari geng2 dia sudah racun ajak pergi paya tangkap ikan. selama ni kalau pegi paya dia selalu kena tinggal.

petang tu lepas balik sekolah kebangsaan dia pun siap2. perghh semangat berkobar-kobar lah. siap cilok tapis kelapa mak isi dalam plastik nak dijadikan tangguk ikan. abis, mana ada benda lain lagi dah nak guna. tangkap pakai tangan? bakal melopong je lah.

sampai paya, masing2 semua ghairah menyeluk tepi2 dinding paya. gagau2 bawah apa-jadah-nama-tumbuhan tu. dia takut. mana lah tau ada ular ke keluar dari situ kan. makanya, dia hanya menapis (menangguk?) di bahagian yang tenang tanpa gangguan budak laki2. kawasan tu banyak sungguh daun2 terapung. alaa yang macam daun teratai tu. heaven giler bila dia dapat menapis (menangguk?) ikan2 kecik yang bewarna hitam tu. kepala kecik je, ekor tirus2. nak penuh satu bekas, dia pun ajak geng balik. lagipun dah nak senja ni. semua pakat setuju. berani lah tak setuju, dia pemerintah dalam geng itu tau tak.

sampai je rumah, budak tu letak bekas tu dekat pintu dapur. mak dia marah sambil bising tanya mana pergi tiba2 lesap la, kenapa tak jaga adik la, kenapa tak bawak adik sekali lah. hishhhh. budak tu tak jawap apa pun. tapi dia kata dengan tenangnya "tu ada ikan kecik2 akak tangkap, karang mak goreng lah eh".

tau apa jadi lepas tu? budak tu kena dengar mak dia cerita pasal benda tu pada semua cik kiah, cik gayah, cik eton, sik nora keliling kampung dekat nak setahun. ayah dia pulak libas dengan rotan halus. tapis kelapa tu pun kena lesing entah kemana malam tu jugak.

sehingga ke hari ini bila budak perempuan tu dah jadi mak budak pun, kalau mak budak itu goreng ikan kecik2 hatta ikan bilis sekali pun, sekali - sekala dia pasti akan sebut tentang perkara ini. budak perempuan itu yang sekarang dah jadi mak budak hanya mampu berdoa dalam hati, jangan lah ada yang mengikut nanti.

agak2 kamu semua, budak perempuan 8 tahun yang comel tu tangkap apa eh? nggeeee

**************

sekarang, aku hanya mampu berkata Tuhan uji sikit je tu. ikan dari dalam akuarium je. dia belum buat macam yang aku buat kat mak aku pun kan.

ambik ubat!

Monday, September 15, 2008

tak perlu berkata-kata, tengok saja sudah



satu hari nanti kalau ada antara mereka yang jadi menteri yang corrupt, tak mengapa. aku ada simpan gambar2 mereka. once, u guys did make my day :D

Wednesday, September 3, 2008

tak perlu mencantas kening, berambut karat, menayangkan lurah, berskimpy outfits dll.....

sila tengok gambar2.

mereka orang2 yang aku sayang, aku ambil berat, aku kasih, aku bergaduh, aku pujuk, pendek kata segalanya lah.

kawan, tak perlu banyak. tapi cukup untuk kamu boleh buat segala benda dan tidak peduli dunia asing diluar ruang kamu itu.

owhhhh lupa pulak, tajuk entry itu disambung dengan ayat "tapi kami tetap gadis2 hawt di ketika itu"...cukup vain? ada aku peduli? not in a gazellion years! :))




*mampos aku ni if any of them stumble upon this blog*


Thursday, August 21, 2008

aku bukan lah jahat sangat, cuma mencuba menambahkan pengetahuan mereka dengan cara yang unik :D

membaca entry si rahimin yang ini membuatkan aku tersenyum mengenang cerita lampau yang comel. betul comel tahu!. seriously shit punya comel. aku rasa orang lain tak pernah buat sebegitu. hanya aku. selepas itu, aku tak tahulah.

dahulu, semasa aku masih mencari sedikit ilmu pengetahuan, aku adalah manusia yang sangat tidak ambil peduli. hidup aku hanya dikeliling kawan yang amat sedikit. katalah aku sombong atau memilih, ada aku kisah? nope... nahhhh...nadaaaa (rosalinda kata lah)

saat aku jadi senior yang bakal meninggalkan tempat itu, minggu orientasi memang adalah minggu yang comel. aku suka. kawan kata aku gila. kawan kata aku mereng. buat benda yang tak pernah lagi dia tengok orang lain buat. again, ada aku kisah? nehiiiii (shah rukh khan kata lah)

kamu mahu tanda tangan aku? boleh. senang saja. nanti datang bilik ye. bukan, bukan budak lelaki lah. budak perempuan dulu. budak lelaki entry lain lah. itu pun kalau aku rajin.

belakang pintu aku sudah sediakan satu kertas serupa senarai. ada ruang tarikh, item, jenis, siapa dan setuju. setuju tu maknanya aku lah yang bersetuju atau tidak.

adik - adik perempuan yang datang minta tandatangan akan aku suruh tengok dulu senarai itu. kamu pilih ruang mana yang sesuai dengan kamu. sudah pilih, bawa datang jumpa aku. prosedur, senang saja.

tarikh - pilih bila kamu mahu belanja aku...hahaha...dasar penjimatan duit yang amat sukar aku dapat. senior, datang sekali sahaja dalam hidup beb :P

item - apa jenis foods lah kan. nasik ke, mee ke, coklat ke, cikedis ke, kuih ke, watever lah. aku tak kisah. tak habis, boleh saja share dengan kawan yang kurang kreatif otaknya itu kan

jenis - ruang ini adalah untuk lebih spesifikkan apa benda item yang kamu mahu belanja aku itu. kalau nasik haruslah tulis nasik ayam ke, nasik lemak ke, nasik goreng ke. kalau mee letak lah mee goreng ke, mee rebus ke, wat ever lah. tapi, kalau siapa yang letak coklat, memang kamu sengaja mencari nahas. aku hanya setuju jika kamu tulis Vochelle Almond, Toblerone tiga segi ataupun Hersyes Cookies n Cream. hahaha. padan muka.

siapa - itu mesti lah kena tulis nama kamu sendiri kan. tak kan nak tulis nama aku atau kawan pulak. hehehe

setuju - itu ruang untuk aku tandai "rait" (macam lagu cikgu tanda rait adik pun pulang je kan). kalau aku setuju lah dengan cadangan mereka itu. tak setuju, cari benda lain tahu tak adik-adik. dan yang penting, tolong pastikan jangan benda yang sama ok, kecuali coklat lah.

aku sudah setuju bukan bermakna kamu akan dapat tandatangan aku lagi tahu. ada lagi yang kamu kena buat. hah! jawab soalan kakak ye. kalau dah dapat jawapan, datang lagi beritahu ye. lagi sekali kawan aku kata aku gila. siapa mahu jawab soalan kau yang pelik2 tu S**** oiiii. again, ada aku kisah? tak de beb. kamu tak dapat jawab, tiada lah tandatangan tahu sayang. antara soalan lah kan berbunyi macam gini.

1. apa nama lain bagi Leningrad?
2. apa nama lain bagi ivory coast?
3. what is the capital city of ivory coast?
4. name me the straits that separated morocco and spain?
5. other than denmark, what is the other country's name that start with D?
6. namakan tasik tertinggi di dunia
dan pelbagai soalan lain lah. yang pasti tiada soalan yang sama, tapi jawapan boleh didapati dari satu sumber sahaja :D
(kamu semua perasan tak bentuk2 soalan aku ini? semua jawapan boleh didapati jika merujuk kepada satu buku sahaja. cuba fikirkan apakah dia)

harus diingat ye adik-adik, semasa aku menjadi senior di pertengahan 90'an tu (memang betul2 tengah tau, its 95), masih belum ada teknologi tinggi ni, nak nak lagi teknologi WAYARLES (bleaarrghhh). handphone pun masih tak terbayang lagi macam mana rupanya, apatah lagi internet yang ada wifi pelbagai yang membolehkan kamu cari jawapan soalan aku dengan segera melalui google ataupun wikipedia. tengok orang ada pager pun sudah jakun semacam saja. hahaha.

menganga lah masing2 memikirkan apakah jawapan soalan2 aku. tak tahu lah kak, kata kebanyakannya. tak tahu, tak dapat lah sign dik. ok, akak kasi masa, berapa lama kamu nak?. ada yg jawab sejam, ada yg jawab malam karang, ada yg jawab sehari, yang jawab seminggu pun ada. tu melampau lah tu, minggu suai kenal pun dah habis by that time. maka, bertebaranlah mereka pergi mencari jawapan. nak pergi library cari jawapan, library pun tutup. abang2 hensem di library tengah update stock card ke hape jadah entah.

sudah dapat jawapan, datang katakan apakah jawapan kamu kepada aku. jika betul, bagus tapi masih belum boleh membolehkan kamu mendapat tandatangan aku. hehehe. itu pasal kawan kata aku mereng. banyak sangat stages yang kamu kena lalui. bukan apa, aku kan tak ada adik perempuan. masa ini saja lah yang aku boleh bermesra-mesraan bersama adik2 freshies ini semua.

ok, jawapan sudah betul. kamu masuk bilik aku lagi. aku akan panggil beberapa kawan lain dari bilik sebelah kiri, sebelah kanan, depan, sebelah kiri depan, sebelah kanan depan dan siapa2 yang lalu lalang. tingkat itu memang semuanya SENIOR yang dah nak berambus :P

sekarang, sedia, satu dua mula! kalau jawapan kamu berupa SAINT PETERSBURG, maka gerakkan lah punggung comel kamu itu membuat huruf-huruf ejaan perkataan tersebut. untuk S, sila gerakkan ke kiri, turun bawah sikit ke kanan, kemudian naik sikit ke kiri semula. paham? tak paham, pergi pahamkan sendiri. IMAGINE!

comel tak? bayangkan kalau jawapan kamu itu ialah COTE D'IVOIRE, macam mana mahu buat ' ni kak?, tanya budak yang kiut itu. kami gelak terbahak-bahak. itu belum lagi kamu kena mengeja YAMOUSSOUKRO, STRAITS OF GIBRALTAR, DJIBOUTI, TITICACA etc tanpa kesilapan ejaan. silap eja, ulang semula.

arghhhh....sungguh comel punggung-punggung itu semua. aku rindu saat itu.

aku tak kisah pun kalau kamu mahu kata aku gila atau mereng seperti kawan aku itu. sebenarnya, tak ramai pun yang belanja aku seperti mana yang mereka janjikan dalam senarai itu. tapi aku tak kisah. janji kami sudah tengok punggung-punggung comel kamu beraksi membuat lenggokan. hahahaha...amat LAME kan?

btw, ini entry terbitan yang aku dah set akan keluar pd petang jumaat kerana aku tahu masing2 sudah tiada mood mahu kerja. jadi ambiklah masa sepanjang yang kamu mahu untuk habis membacanya :D

Monday, July 14, 2008

cerita ternakan

dulu...lama dah

cuti hujung minggu aku akan balik rumah wan. bukan apa, saja temankan dia, tolong sana sikit sini sikit.

lebih kurang pukul 8 pagi ahad yang nyaman.

wan - wan nak poie soborang ah, ado konduri. karang tolong lopeh 'an itik yo, bukak pintu eh tau la dio koluar
aku - hhmmm yer lah *mata bukak kecik je, maklum ahad, dasar anak dara pemalas*
wan - jangan lupo, karang bising deh tak dapek makan
aku - ye lahhhh..kan orang dengar ni

*nota - aku cuba sedaya upaya untuk taip dalam versi negeri sembilan ye :D

pukul 10 pagi aku bangun untuk pegi ke kandang (reban) itik yang dinyatakan. buka pintu kandang. tu dia sekali serbu semua itik keluar.

tiba-tiba!

2 ekor angsa kelaparan mengejar aku dengan lajunya, betis aku sempat merasa gigitan mereka. sakit tau! tak cukup tanah aku berlari sambil memekik2. tolong! tolong! tolong!.keluar dari rumah wan along beberapa sepupu saudara lelaki. apa? apa? apa? kata mereka

aku yang tercungap-cungap hanya mampu jawab "angsa kejar, gigit orang" sambil buat muka sedih. cilaker ketiga-tiga mereka gelak dan terus masuk rumah. dasar!

pengajaran untuk semua - angsa juga sejenis ITIK ye!

*edited version ni
ada orang tegur, bukan kandang itik, tapi REBAN itik. terima kasih ye kamu yg prihatin. saya hargainya