Saturday, July 19, 2008

perhatian ke pemerhatian?

akibat ketiadaan kereta untuk kemana-mana, tadi pegi KL kena naik train. train di sini adalah versi yang perlahan = komuter. time pegi, punya la azab sepenuh - penuhnya manusia dalam gerabak tu. Tapi time balik, aman sikit. Mula2 hajat hati nak teruskan pembacaan buku MANSFIELD PARK tu, tapi tengok orang lagi best, kata hati. Dapatlah aku membuat sedikit pemerhatian ke atas manusia yang sememangnya mahu menarik perhatian. Aku kategorikan kepada beberapa perkara, tapi tak tau lah tepat ke tak tepat. bantai saja lah.

1. Trend zaman bila ni?
Betul-betul duduk depan aku tapi menghadap ke tepi (kan ke kerusi dalam komuter tu pelik2 susun aturnya), seorang budak lelaki yang agak pelik aku tengok fesyen beliau. Rambut style afro sebesar rambut David Arumugam (of Alleycats ye adik2), sideburn tepi muka tu jenis tebal 3 inchi, pakai kemeja kotak2 long sleeve body fit yang dilipat hingga ke siku, seluar skinny jeans warna kelabu, sunglasses besar zaman Sting masih nyanyi utk Police, kasut kaler silver ada glitters DAN yang paling aku tak tahan, dia ada IPHONE yang mahal tu - dan diletak dalam pouch berbelang putih dan hitam. Nasib bukan pouch Winnie The Pooh saje!

2. Sangat Tech Savvy ye?
Abang ni masuk2 je train, terus bukak bag dia, keluarkan laptop beserta benda alah thumbdrive broadband itu. Kejap muka serius, kejap sengih. Haihhh, tak sabar2 nak tunggu sampai rumah ye? Ataupun, kamu nak tunjuk yang kamu lah manusia paling savvy dalam bidang IT antara pengguna2 train tadi eh?

3. Rambut landak ke tu?
Ya rabbi...budak tu comel, hensem, sedap la mata memandang. TAPI!, mengapakah rambut ko keras tajam2 gitu adik oiii...berapa tube gel ko pakai eh? sudah serupa landak bersedia nak melepaskan durinya bila dirinya dibahayakan. aku tengok muka dia. agaknya ada tulis kat muka aku tentang betapa tinggi nya tahap pelik aku kepada rambut dia, dia pusing tengok tempat lain. Tau-tau dah turun kat next stop.

4. ada DSLR kira cool ah?
ada budak lelaki ni (selamba je aku kata budak kan..padahal muka tua dah dia), ada satu beg sandang. mula2 duduk diam je, tak lama lepas tu keluarkan sesuatu. heh! tu dia DSLR yang ramai orang sangkut kat leher tu. Tak, tak, aku tak jeles. Tapi tak payah la ko nak point hala sana sini snap gambo orang dalam train tu. Dia snap gambar iklan2 dalam train, gambar train route tu etc. Time dia tengok muka aku, aku besarkan mata, kerutkan dahi, terus dia simpan kamera mahal tu dalam beg sandang semula. lahh, takkan ingat aku marah kut. tapi tak pe, bagus gak kalau ko rasa ko takut kat aku. hehehe

5. kekeliruan melampau kan?
ada 3 orang budak berdiri. 2 pakai uniform Kedai Tubuh, 1 pakai uniform company Tengku Zafrul tu. Muka punya lah cun masing2, siap make up seinchi. Tapi, hah kau! aku rasa nak tampal selefon tape je time mereka bersembang. Tak ke kau terperanjat bila sedang asyik menghayati muka yang ayu begitu, tiba2 terlekuar suara JANTAN! amat potong ok!

haihhh, payah jadi orang yang observant ni. penat dan lelah. mau lelap. nitey nite

No comments: