Thursday, October 16, 2008

aku "anak ayah"

hishhhh...aku ni memang dah jadi blogger tegar kut. kalau tak ada idea apa nak taip kat sini, aku duduk diam2 baca blog dari senarai dekat tepi blog aku, blog yoshz, blog rahimin, blog dzul dan terbaru sekali blog alif yang siapkan senarai siapa latest update blog. senang la hidup pemblog macam gini.

antara yang aku tak miss baca adalah blog rhona. dari apa yang aku baca dia budak kuantan. tapi itu tidak penting. aku rasa rhona sangat sweet. aku suka baca cerita tentang dia dengan keluarga, terutamanya tentang abah dia. terakhir, aku membaca tentang abah yang versi amarah. aku seperti memahami dia. walaupun ayah aku bukan lah beristeri dua, aku juga pernah melalui fasa menjadi anak yang rebellious semasa aku remaja dulu. terlalu banyak cerita ayah yang aku kongsi dengan dia dan perlu aku simpan, untuk menjaga hati mak. ini antaranya.

begini,

aku anak sulung. perempuan seorang. adik lelaki ada 4. semasa sekolah tingkatan di tiga tahun terakhir 80an dan dua tahun terawal 90an (saja je bikin kamu pening), aku duduk asrama. sekolah ditengah2 bandar kuala lumpur yang pahit & busuk. perempuan semua. majoriti orang keliling semua bercakap dalam bahasa penjajah.

tahun semasa aku mahu hadapi periksa yang agak besar, ayah selalu datang. selalu yang selalu sangat. di sekolah, terutamanya waktu tengahari lepas sekolah tamat. bukan di asrama. aku sudah mula menaruh syak. tapi aku bersangka baik. mungkin dia mahu berikan aku semangat.

lama - kelamaan, aku bertambah pelik. ayah datang setiap minggu. hati kecil aku mula berkata yang pelik2. akhirnya persoalan aku terjawab. satu hari ayah datang bersama satu makcik. hampir sebaya dengan ayah. dengan ayah aku tak tanya apa2. lepas salam makcik itu, aku tanya "makcik siapa?". ayah yang tolong jawab "ini bekas tunang ayah dulu". argh sudah!

semasa aku bersalaman dengan keduanya sebelum menaiki bas utk pulang ke asrama, ayah berkata "anak ayah jangan lah cerita dengan mak ye". aku diam sahaja.

ini rahsia yang aku simpan yang merupakan antara punca2 mengapa aku menjadi rebel (tapi tidak lah kronik). however, aku sentiasa beranggapan, theres always some sweetness in those rebellious people, we care actually.

*notakelip2 - ayah aku memang membahasakan aku sebagai "anak ayah" dari dulu hingga kini (harap2 hingga ke akhirnya). adik2 memahami. mak juga memahami. yang tidak memahami cuma adik ipar sahaja. aku kata pada suami dia (adik aku) "cakap dekat dia jangan dengki!, there will always be only ONE daughter to our parents. forever!". adik aku cuma menjawab dengan senyuman dan kemudian buat muka mencebik & menjuihkan bibir dia, kemudian ketawa. hehehe, itu juga ciri2 rebel bukan? cuma in a softer way.

15 comments:

Rembo said...

Cerita rebel jugak?

musim rebel ke aoe tgh bulan October ni?

alif-mikail said...

aisey..koi pun masuk list..

selagi mereka ada.. berbaktilah kepada keduanya..

arwah ayah koi dah meninggal tahun 2006 ari tu..

kecik said...

anak sulung perempuan salu dikatekan rapat ngan ayah.
org kate kecik pon cmtu tapi rasenye x.
penah staun xtego ayah n ayah xtego kecik.2 2 kepale batu tapi alst2 ayah tego dulu

skang ayah salu sakit2,rase menyesal sia2kan staun tu.
ah ayah.

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I. said...

:)

laki cikgu kimia said...

*mate lilau2

dzul said...

kenangan mcm ni kadang2 memeritkan juga..terpaksa merahsiakan sesuatu..

diluah mati emak..ditelan mati bapa..

poyotito said...

peh..lu memang boleh harap bab2 menyimpan rahsia.

HAMIDI BIN SARIF said...

huhuh tragis gak yer cerita gitu, tp biasalah ,lumrah kehidupan ,saling cinta mencintai

Rhona Rozlan said...

Anak ayah. Sweet la gelaran tu.

Bila ada kadang-kadang saya cakap macam ni dekat Abah, 'biasa lah bapak borek anak rintik'. Dia jawap apa, 'eh siapa Abah awak'.

Rasa nak tepuk perut buncit dia tu.

Don Balon said...

Koi pun anok pompuan sorang jugek.. lelaki 3.. nanti aa koi panggey dia anok abi.. :)

WorkingMama said...

biasa kita dgr, anak pompuan rapat ngan ayah..
tapi saya rapat ngan mak..
hehehe..

fadzil hafiz said...

baik lu terus simpan rahsia....

nanti buruk padahnya!!!haha...

l.i.f.e said...

rambo - hehehe...rebel itu aspek hidup yg penting tau. lepas tu baru tau the value of life

alif - yg pergi kita sedekahkan Al Fatihah je

kecik - haihh...kalau rapat dgn ayah, ini lah jadinya. kotak hati sudah hampir penuh dgn rahsia dia je

benjamin - errr...senyum je? btw, tq singgah

crithinker - hhmmm...cucuk ngan garfu kang mata tu baru tau

dzul - harap2 tak terlepas bercerita dgn mak saja nanti. doakan

poyotito's - Alhamdulillah, belum terlepas cakap lagi. mak tak mungkin baca blog ni. nak on pc je pun sudah tak tau nak tekan button mana. hehehe

hamidi - yeap. btw, tq singgah

rhona - hehehe...abah kamu mmg lah sweet...tp ayah akak pun pernah gak kata gitu kalau akak buat benda2 nakal. dia kata "entah, tak kenal, anak siapa entah, tak tau lah"...ggrrrr

don - jangan suruh dia kongsi rahsia kamu sudah. nanti dia rebel kamu payah nak handle tau.
psstt...anak abi itu bunyinya sangat comel

farah sr - kita tak sepatutnya pilih lebih rapat dgn siapa kan. dua2 pun sama penting...haihhh

padel - memang. harap dapat simpan rahsia hingga ke akhir nyawa aku. doakan

yoshz said...

sekolah mana? ssp?

situ ada cerita hantu jepun tak?

cerita aku lain plak, bapak aku dtg sekolah tapi tak cakap apa2. mcm simpan sumthing aje. balik cuti akhir tahun, Owh, damn! ada makcik hodoh.

l.i.f.e said...

yoshz - haihh ssp utk budak yg TERLALU pandai. ada kat tepi blog tu sekolah tu.
hahaha..tak baik betul kata orang hodoh :))