Friday, March 13, 2009

panah apa?

semalam petang panas terik. tapi tiba-tiba masa pick up mamat mamat hensem dari sekolah hujan turun dengan selebat-lebatnya. basah kuyup lah kalau keluar tak guna payung.

selesai ambik diorang, masuk kereta, jalan.

tengah aku sibuk nak drive, mana nak tengok jalan lagi, mana nak concentrate lagi, diorang sibuk bising "tengok mummy, tengok mummy!"

apa bendanya? - kata aku
tengok depan tu - kata si abang

kebetulan aku kena belok selepas tu, maka tak nampak lah.

apa bendanya - kata aku lagi, separuh menjerit
tengok kat tepi belakang pulak - kata si adik

huh?

ingat mummy kamu ni bionic woman ke kepala boleh pusing 360 degrees hah?

nak telefon mummy! - kata si abang
for what? - aku jerit
nak ambik gambar - kata abang lagi
gambar apa? - aku jerit lagi sambil tangan bongkar handbag dan drive menggunakan siku
rainbow!!! - kata adik (cheh eksen tak mo cakap pelangi)
the car is moving, tak dapat snap punya, tunggu lah tiba rumah karang - aku kata

sampai2 je parking lot, terus diorang melompat keluar sambil si abang memegang handphone aku hala ke sana sini nak ambik gambar pelangi tu.

*ini si abang yang snap, siap focus lagi tu*


*masa untuk mereka posing pulak, kemudian buat aksi entah apa2*

dah selesai mereka posing tu macam biasalah ada perbualan menduga kesabaran yang keluar.

mmy, rainbow dalam bahasa (melayu la tu) apa eh? - tanya si abang
ellehhhh....buat-buat tak tau ke? - kata aku
hehehe - dia sengih
apa sengih2 - kata aku geram
panah hujan kan? - kata dia dengan muka selamba sambil angkat beg berat dia dari kerusi belakang kereta
mummy panah kamu nak??? - jerit aku sambil cekak pinggang gaya mak yg garang

btw, cikgu english tolong perbetul periksa dalam bahsa melayu BOW tu apa? ada ke ajar anak2 murid perkataan BUSUR?

hari2 ada je perbualan yg menduga akal dan kesabaran. letih aku! :))

10 comments:

Anonymous said...

Bow bukan busur sahaja kan sis? Bow tie pun ada haha. Bukan rain je. Hehe. Tempoh hari SG pun ada gak kelihatan pelangi yg teramat lah besar. Macam takzub juga tgk keajaiban tuhan. Adakah sis dah tak busy lagi & kembali update blog? Hehe. :D

Rembo said...

here we go again. he he he
i was smiling ear to ear.

yoshz said...

pandai betul anak-anak kamu. aku dulu bodo nak mampos ingat pelangi tu tempat carebears main gongsor..

Rajuna said...

yosh memang sengal.
dari dulu lagi aku nak siku dia tapi tak ada can.

apek terror said...

cpt pindah kan sekolah itu budak,anta surat kat kementerian...

S.YanaZ said...

Panah hujan..???




Meh sini masuk kelas che gu.
*ahaks*

@tune® said...

panah arjuna saye slalu dengar la..
kikiki

jgn tunjuk pelangi...nnt tangan kudung tau

tasekM said...

betul la busur tak? :)


.

Anonymous said...

dah lama teringin nak ambik gambar pelangi. tapi asal nampak pelangi je, kamera takde.

sigh

Danielle_Corleone said...

nak tunjuk pelangi dengan jari ada cara lain x?