Wednesday, August 5, 2009

walaupun dalam "alam maya" budi bahasa pun kena jaga juga

semenjak zaman kegawatan ekonomi semakin teruk ini, email box aku sentiasa penuh. maksud aku "email box" syarikat tempat aku bekerja. yang aku gunakan untuk urusan2 kerja. semakin banyak email2 yang berkaitan dengan buat duit, tambah duit, dapat duit senang dan yang sewaktu dengannya. yang aku pasti amat, pengirimnya adalah semua berbangsa melayu. ye lah kalau dah namanya azlee, aida, suhana, shamsul dll.

bagi yg hantar email bertali arus begitu selalunya aku akan reply dengan meminta mereka mengeluarkan aku dari senarai mereka. the reason being, aku tak mahu terima lagi email begitu dari mereka. dan alhamdulillah bagi yang mengerti, mereka akan minta maaf dan aku tidak terima email lagi dari mereka.

tapi ada satu orang lelaki apabila aku reply minta tolong untuk keluarkan aku dari listing beliau, tahu apa dia buat?

dia reply dengan mengatakan aku bodoh, mencari musuh, tak pergi sekolah, cikgu tak ajar dan berbagai kata kesat lain lagi lah. dan dia mengatakan dia yang bekerja sebagai IT personnel tidak pernah jumpa orang seperti aku yang tidak reti "delete email". its not about deleting the email, aku hanya tidak mahu terima email2 begitu lagi dalam mailbox company. surely nanti akan ada lagi email lain pula yg masuk kalau aku tidak minta dia keluarkan aku dari listing kan? can he not get it?

selama ini aku memang agak kurang berkawan dgn orang yg menggunakan gantinama "hang". dia menambahkan lagi scepticism aku tentang orang yg menggunakan gantinama "hang". maaf kalau ada yg terasa, but seriously, i've got way too many bad experience with these people. orang melaka pun tak begitu "kurang ajarnya".

i started the week with this bad incident. hopefull it will end with a good one. hopefully!

9 comments:

Don Balon said...

L.i.f.e..
Hehe koi pun guna gantinama hang jugak dgn adik beradik..
warisan keluarga..
satu tu je perkataan yang tinggal pun..
kuikui

Tapi personally koi rasa kaum keluarga koi di Kedah ok je budi bahasa dorang..
special case tu life..
don't generalize .. :)

@tune® said...

susah sgt ke die nk remove name orang yng meminta tuh???

just one click dol!!
hihi

laki cikgu kimia said...

kak long, hang kena sabaq.. hang?

Anonymous said...

apakata hang.. eh anda block saja email. semudah ABC. teeheehe

tasekM said...

delete je life. tok sah dilayan.


.

Diana Ishak said...

aku orang jawa..tak masuk list.

walaupun mulut aku boleh tahan laaa...

apek terror said...

hai anak dh boleh lari ker? ***yea gua tau off topic

zhfrz said...

yalah klik ja untuk remove dari list.

aku asal kedah tapi tak pernah guna 'hang', selalu guna awak dan kamu ja.

haha

theblabber said...

marahnya akak. saya selalu guna "depa". tak pe kan? huhu

that mamat email pasal MLM ke? well, kalau betul, kesian dia. sampai bila-bila pun takkan maju. huhu