Showing posts with label blog alam melayu. Show all posts
Showing posts with label blog alam melayu. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

walaupun dalam "alam maya" budi bahasa pun kena jaga juga

semenjak zaman kegawatan ekonomi semakin teruk ini, email box aku sentiasa penuh. maksud aku "email box" syarikat tempat aku bekerja. yang aku gunakan untuk urusan2 kerja. semakin banyak email2 yang berkaitan dengan buat duit, tambah duit, dapat duit senang dan yang sewaktu dengannya. yang aku pasti amat, pengirimnya adalah semua berbangsa melayu. ye lah kalau dah namanya azlee, aida, suhana, shamsul dll.

bagi yg hantar email bertali arus begitu selalunya aku akan reply dengan meminta mereka mengeluarkan aku dari senarai mereka. the reason being, aku tak mahu terima lagi email begitu dari mereka. dan alhamdulillah bagi yang mengerti, mereka akan minta maaf dan aku tidak terima email lagi dari mereka.

tapi ada satu orang lelaki apabila aku reply minta tolong untuk keluarkan aku dari listing beliau, tahu apa dia buat?

dia reply dengan mengatakan aku bodoh, mencari musuh, tak pergi sekolah, cikgu tak ajar dan berbagai kata kesat lain lagi lah. dan dia mengatakan dia yang bekerja sebagai IT personnel tidak pernah jumpa orang seperti aku yang tidak reti "delete email". its not about deleting the email, aku hanya tidak mahu terima email2 begitu lagi dalam mailbox company. surely nanti akan ada lagi email lain pula yg masuk kalau aku tidak minta dia keluarkan aku dari listing kan? can he not get it?

selama ini aku memang agak kurang berkawan dgn orang yg menggunakan gantinama "hang". dia menambahkan lagi scepticism aku tentang orang yg menggunakan gantinama "hang". maaf kalau ada yg terasa, but seriously, i've got way too many bad experience with these people. orang melaka pun tak begitu "kurang ajarnya".

i started the week with this bad incident. hopefull it will end with a good one. hopefully!

Friday, December 5, 2008

tabiat membaca yang mungkin boleh membawa mudarat kepada rahang & sendi2 muka

iyer! aku tak tipu, aku masih lagi busy macam labah-labah bak kata si yoshz.

tapi aku sempat curi masa baca buku.

macam biasa aku selalunya baca beberapa muka surat terakhir dulu. aku mula dengan muka kusyuk, kemudian kejap2 aku kerut dahi, kejap2 aku sengih, kejap2 aku senyum simpul. beberapa ayat terakhir bikin aku gelak terbahak!

cilaker ah pipiyapong ni!!!!

korang pergi order buku ni cepat!

aku yang tengah tension2 ni pun boleh relax sikit. serius ni!



Thursday, November 6, 2008

sessi mengeratkan silaturrahim lagi, tapi jangan la korang percaya bulat2 menda aku taip ni. bak kata raja lawak tu "lu pikirlah sendiri". boleh kan?

macam biasa, budak endy ni agaknya dah letak aku dalam feveret list dia kalau time dia nak menyantau tag ni. aku buat lah. lagi pun mata tak bleh lelap. paksa pun tak jadi. ambik ni!

1. What are you wearing?
~ t-shirt plain kaler hijau dgn seluar tidur. dah kata nak tidur
2. What did you do last night?
~ last nite? membuta la, apa lagi
3. Favorite Memory with significant other?
~ lempar bola salji padu kena kepala dia. amacam? ada pening tak gamaknya :))
4. Last gift received?
~ telefon. kendian pulangkan semula tukar dgn tepon murah sbb aku prone to loosing a phone. pembaziran!
5. Describe the last picture you were in?
~ tu gambar dalam entry yg sebelum ni. dengan asam kecut! hahaha
6. Last thing you ate?
~ nasi + ayam percik dekat ayamas (aku benci tgk kedai gini pun serve taugeh!). rasa nak menyumpah je
7. Last thing you drank?
~ air masak jap tadi
8. What kind of underwear are you wearing?
~ aku baru tau rupanya boxer amat menyamankan. hahaha
9. What was your best vacation?
~ lama gak dah tak pegi cuti2 ni. tp trip to france mmg dlm kenangan. payah giler nak dapat lagi tu
10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ kalau la boleh pegi cuti tak payah bawak beg kan best
11. What is happening around you?
~ apa korang ingat malam2 ni ada org buat gig ke sini. semua org tidur la!
12. What is your shoe size?
~ kadang2 6, kadang2 7
13. Last event you dressed up for?
~ hari2 kena dressed up pi keje kan? takkan nak bedal pakai short n shirt je
14. What is the most cheap thing you bought?
~ cheapest? hah! aku beli guna air liur je. campur dgn buat muka kesian. dapat free. tak caya? cubalah!
15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ My sons. Priceless!
16. What is your favorite smell?
~ aku still suka escape by ck. cakap lah bau dah lapuk ke, old skul ke, tak best ke, aku tak peduli! kalau on guys, aku suka JPG le' male....dari jauh aku dah cam bau tu
17. Is there something you really want to buy right now?
~ hoh! serius ni korang nak tengok list? panjanggggggggggggggggggggggggggg giler beb! :))
18. What are your nicknames?
~ aku tak de nick names. org panggil aku nama aku yg betul je most of the times
19. What are your plans for today?
~ kejap lagi mau pergi tidur!
20. Describe your friendster picture.
~ aku ada frester, tapi aku tak ingat camne nak bukak! (lupa id n password la tu!)
21. Describe your myspace picture.
~ gamba bunga yang aku snap kat cameron. lawa seyh bunga tu
22. Describe your facebook picture.
~ ibu comel tercinta kepada 2 jejaka yang tampan & bijaksana. *sila muntah*
23. What did you do last weekend?
~ jalan2 dengan kanak2 bijak, tengok high school musical, beli peralatan melukis, kemudian melukis sepanjang hari. ada org mau bid for the art? :P
24. Favorite brand of clothes?
~ brand uniform kerja...boleh?
25. What is your ringtone?
~ just my imagination by kakak delores itu kumpulan beri warna kren (ada ah ini kaler?)

macam biasa, aku takmo tag sesapa. tapi anda2 yg dlm list kat tepi blog dialu-alukan untuk membuatnya. sila lah rajin2 kan jari jemari runcing anda tu ye!

hoh! sudah! penat seyh menaip entry ada unsur2 paksaan ni. :P

Friday, October 31, 2008

buku hitam ada gambar hati

aku tadi pergi berjumpa fynnjamal si pemuisi tepi jalan itu. ye memang amat tepat sekali dengan nick name beliau, kami bersua muka pun di tepi kaki lima. beberapa detik cuma. tapi amat dirasai akan keikhlasan dia dalam berkata - kata. dan heyyy, dia comel juga tau. aku rasa memang dia dibuat amat sesuai dengan watak hasni dalam cerita "anak pontianak" itu. owh ye, tri juga ada, hanya menunggu di dalam kereta. sangat mesra kedengaran bunyi gelak tawa mereka tatkala fynn menelefon. semoga bahagia sentiasa mengiringi kamu wahai adik - adik.

dan juga, aku senyum simpul sahaja bila fynn itu membahasakan dirinya "akak" walaupun telah beberapa kali aku katakan "i'm much older than u r". suka aku! hahaha



bagi kamu yang pernah membaca puisi2 dia, ketahuilah, aku amat suka pada puisi yang bertajuk "saya layang - layang" itu. sejurus aku dapat buku ini dari tangan dia, aku terus cari puisi itu, tandakan, dan terus duduk membaca di dalam kopitiam itu. terasa lain apabila membaca dari naskhah yang boleh dipegang daripada menatapnya di skrin laptop. kemudia aku teruskan lagi sehelai demi sehelai. ada kalanya, kolam mata bergenang. ada pula bisa membuatkan aku menghela nafas panjang. pedulikan waktu rehat sudah habis. aku masuk semula ke pejabat pukul 4 petang. hehehe

they are leaving for other land very soon. to them both, i wish them all the best. semoga semuanya baik2 belaka.

kalau kamu semua berminat dengan puisi2 fynn itu (walaupun kamu berjiwa kental, jangan malu untuk mengaku), tengoklah di sini.

*notakelip2 - adakalanya, puisi yang pendek2 itu lebih terkesan daripada membaca novel atau cerpen yang panjang berjela itu. bacalah dengan hati. mungkin kerna itu fynn meletakkan gambar hati di situ.

mari memerah santan....eh silap, mari memerah fikiran

beberapa hari lepas, aku diberi satu soalan. ala - ala konon bergurau mesra. minta aku jawab soalan dia. berbentuk teka - teki. aku sudah menjawab dengan betul. sekarang aku mahu tanya kamu semua pula.

cuba kamu semua fikir. banyak - banyak kotak, kotak apa yang tidak boleh diangkat?

*nota kelip2 - ini entry malas. minggu ini aku sepertinya malasssssssss sepanjang masa

Wednesday, October 29, 2008

sessi ramah tamah memang baik, tapi yang ini memang ada sedikit unsur2 mahu macam "rasa kenal" dan "say hi" bila terserempak di jalanan. betul bukan?


1.Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.


si budak jambi ni memang takde kerja tau. aku dah nampak menda jadah tag ni malam tadi. tapi aku biar je. tak keje dek aku nak berposing memalam buta tu kat rumah. lain jadinya karang. tapi ni aku tengok beliau sudah tinggalkan notes dekat shoutbox tentang perihal aku sudah di tag itu. makanya, nah lah ambik. jumpa mana2 say hi lah ye :P



sekarang, siapa mahu kena tag? aku tak mahu pilih2. nanti macam pilih kasih lah pulak. para jelitawan dalam makhluk Tuhan paling seksi dan para lelaki - lelaki keberet (anda semua baik sebenarnya) kat list tepi tu, anda semua dialu-alukan untuk membuatnya.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, October 5, 2008

melangsaikan hutang sebelum bercuti raya (15 fakta rawak tentang tuan punya blog)

dah puas bercuti ye? haaa...sekarang aku perlu menaip panjang lebar untuk melangsaikan hutang tagged yang diberi dek budak facet ni. apa mendanya yang nak dilistkan sampai 15 ni entah. dah lah tu, nak fakta pulak. tak de chance aku nak auta.

1. aku selalu tak tau nak cakap aku org mana. orang mana tu sama mcm mana mak bapak ko duduk sekarang ke? atau mak ko orang mana, atau ayah ko orang mana, atau ko lahir kat mana? sebab bagi aku, semua tu jawapannya dari negeri yang lain

2. aku tak ada adik beradik perempuan yg lain. aku tak ada abang. mereka ada 4 orang. yang tinggal didunia hanya 3 orang

3. aku masa sekolah kebangsaan dulu kat ulu sana. giler hutan tempat tu dulu2. jalan tanah merah. kalau musim hujan, aku pegi sekolah tak yah pakai kasut. meriah!

4. masuk sekolah menengah tu dia kat tengah2 kl tu. sepatah haram bahse inggeris aku tak tau. cikgu ngajar aku nganga (seyes!). aku dulu2 lagi dah belaja sains & maths dlm english. tak heran! cikgu nabilah paksa aku baca kamus tetiap hari. report kat dia 10 new words yg aku blajar. giler siksa. tapi worth it

5. peperiksaan major aku adalah peperiksaan penilaian darjah 5 (bukan upsr), SRP (bukan PMR) dan SPM (masih sama kan?)

6. aku ada lesen motor terlebih dulu sebelum lesen kereta. kira lama gak lah merempit (istilah budak2 sekarang)

7. sekolah menengah ALL GIRLS. bila balik hostel pergi prep campur ngan boys. giler tak best. depa suka suwiitt suwiitt orang.

8. aku tak makan honey dew (ini ulangan tag dulu)

9. aku tak minum soya bean drinks (juga ulangan)

10. aku pernah dapat A+ pada subject yang aku paling menyampah (maths!). giler amazing ah time tu

11. aku tak pernah ada "kawan lelaki" yang lebih tua dr aku. semua same age. ini kerana aku tidak mahu terjebak dimana akhirnya perlu memanggil mereka dengan panggilan ABANG. geli telinga aku mendengarnya nanti.

12. aku suka air teh bunga

13. aku kalau serabut, akan menjadi tak fokus. aku pernah naik bas yg aku tak tau pun pergi ke mana. tau2 dah sampai melaka. haiihhh

14. aku takut tengok cerita seram. tangan, kusyen kecik, lutut semua digunakan utk menutup mata

15. aku kalau diberi tugasan, memang akan dipenuhi, biarpun lambat. tu lah pasal nya aku tetap gak membuat tag ni

sekian, aku tak mau tag sesapa dah. :D


Tuesday, September 9, 2008

do i grow horns on my head?

mendapat tag dari apek (yang bukan mata sepet) terror (memang dia terror, terror perasan!). kasi kerja senarai 15 perkara pelik tentang aku. apa ni beb....ini cara halus nak berkenalan dengan lebih rapat ke haper ni? hehehehe, kan aku pulak yang dah terperasan.

ok, let me see if i can do it or not. banyak tu, sampai 15. aku tak jumpa lagi dalam kotak otak aku ni apa benda yang pelik dgn aku ni. haihhhh

apa aku list kat sini tak pelik pun sebenarnya. lantak lah situ, kasi penuhkan list je.

1. aku suka kicap dgn tauhu, tapi aku tak makan tempe dan tak minum air soya bean. ada orang pernah tipu aku, minum air soya, situ jugak aku muntah keluarkan segala yang aku makan sebelum tu.

2. aku suka tembikai merah ngan kuning, tapi aku tak suka tembikai susu (honey dew). boleh trigger aku untuk muntah jugak.

3. aku benci warna PINK, tapi kalau aku berpakaian PINK, orang akan kata aku nampak lebih sweet dan keperempuanan. hamjadah!

4. aku beli gitar. tapi aku tak belajar main pun. ada tu simpan dalam almari. isks *perlu cikgu gitar ni*

5. aku tak suka drive kereta auto. tak mencabar langsung!

6. dulu aku tak makan carrot. tapi lepas aku jadi rabun, aku start makan walaupun benda tu tak sedap. apesal aku punya rabun still ada lagi nih?

7. aku pernah beli kasut adidas n converse kat KIDS section dulu. kena ejek ngan budak2 laki. ellehh jeles lah tu aku bayar lagi murah kan?

8. BM aku masa SPM A1 beb...sorang je pulak tu utk satu sekolah tahun tu. budak2 kelas sastera bengkek je ngan aku gamaknya. tapi aku sampai hari ni rasa penanda kertas aku tu kesian kat aku sebab aku letak "tolonglah saya cikgu, janganlah gagalkan saya, saya mahu masuk universiti nanti"...hahaha, amacam? ada bijak?

9. aku benci nombor2. nombor tepon sendiri pun terkial-kial nak menyebut

10. lagi cerita nombor2. aku kalau TERPAKSA mengingat nombor2, aku ingat dalam english. cepat dan ringkas sikit. tapi aku pernah kena sound dgn perempuan MAXIS, tak boleh ke sebut nombor ic u tu dalam bahse melayu, kata dia. bangsat kan? aku baca ikut bahse urdu kang nak? *aku bukan reti urdu pun*

11. aku ada banyak sangat kaum adam dalam hidup aku. adik beradik semua laki kecuali aku. cousins, yg adik beradik 9, pompuan nya 2 je. yang adik beradik 7, pompuannya sorang je. sampaikan ke anak pun dedua lelaki. jadi, salah aku ke kalau aku kurang gemalai eh?

12. aku tak suka penyanyi pompuan yang dari kuala lipis tu (nama pun aku tak sanggup nak taip ni). over rated. tak de la sedap mana pun. *org lepih jgn marah aaa*

13. lagu omputeh pertama yang aku boleh nyanyi lengkap satu lagu (hafal lah tu!) ialah lagu sekolah aku masa aku masuk form 1...iyer, aku memang bodoh english masa aku kecik2. apa tak nya, cikgu tu ngajar I ialah untuk saya, U ialah untuk awak, They ialah untuk mereka etc...jadinya kalau BI je, aku jadi huru hara

14. aduihhh...apa lagi ni. dah dekat sejam aku mendraft menda ni.
ahhh ada dah...aku tak pernah ada line handphone sendiri. sejak mula keja, its provided. mulanya dengan boss tak dapat carik aku masa aku pegi cuti (tak jauh pun, cameron je). balik cuti, HR panggil kasik h/p ngan nombor. chehh! menyusahkan.

15. ahhh yang ini, paling tak best sekali rasanya. aku tak suka kalau orang yang aku suka or have crush with, respond or has interest in me too. wajib aku reverse, gostan, pusing balik, lari etc. potong betul kalau gitu. ini, aku akui memang agak pelik. ramai dah pun orang yang sound aku about this.

dah, aku tak mau tag sesapa. bulan2 puasa ni orang jadik kurang productive. kalo suruh buat keje muncung boleh sangkut hanger je masing2. tapi sesapa nak buat, ala2 konon boleh berkenalan lebih rapat lagi ni, silakan lah ye. amat dialu-alukan ok....

sekian, terima kasih.

p/s apek...setel aaaa

Saturday, September 6, 2008

TAG senyum sengih lebar



hhmmm...aku dapat anugerah TAG lagi. kali ini dari one person that i used to know wayyyyyyyyyyyy back then (dinasour years ago). terima kasih lah ye encik CM.

rasanya tag ni tak ada kena buat apa2 yang pelik2. just copy paste gamba ni letak dalam blog sendiri. tapi seperti biasa lah, kena hand over batton pada bloggers lain. makanya, aku TAG kamu SEMUA SEKALI yang ada dalam senarai MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI dan LELAKI - LELAKI KEBERET yang ada kat tepi blog aku ni.

p/s mei, u r excused, but if u want it too, by all means pls do so :D

aku tak paksa korang buat. tapi kalau ada gamba sengih lebar ni kat blog korang, macam meriah sikit lah ye tak?

help urself lah ye :D

Monday, August 18, 2008

ini entry plagiat yang kedua pulak

ha ha ha...entry plagiat yang sama jugak.

sila rujuk sini jugak ye. tapi, tengok kat part hajime punya komen tu. sahih la memang dua lagu yang berbeza kan?

isks, penat aku buat part "hujan rintik-rintik" tu. tak jadi2 jugak. lantak lah!


yang penting!...CUTE KAN???

baik korang cakap YA!

cakap cepat!

ini entry plagiat yang pertama

ha ha ha...

sila rujuk sini dulu ye :P

idea aku datang setelah dapat lirik tu. tapi macam si budak jahat kasi lain sikit lah. bit different. but wat de hek. janji aku enjoy. ye dak?


penat ah buat. sampai cramp2 jari aku tekan mouse.

btw, COMEL TAK?

untuk jaga hati aku, sila cakap COMEL!!! ok?

Wednesday, August 13, 2008

aku yakin amat aku tidak kreatif TAPI apa ada hal!

MULA - MULA NAK KATA...LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!! :)) :)) :))


apa benda alah nya gambo tu? heh! aku kena tag! aku pun agak musykil jugak dengan benda2 tag ni. mula2 macam tak mau buat sebab siang tadi sibuk amat. tapi! sudah kena sound jual mahal la pulak sama si tukang tag itu :P ini semua si encik rahimin punya hal lah ni yang mulakan. apa agaknya kena sawan badi kambing yang dia langgar tu agaknya.

sebenarnya aku tak de lah kenal si tukang tag yang bernama poyotito's ni. tau2 je sudah terbit namanya kat muka surat blog aku ni. ni aku ambik dan tampal semula syarat2 tag yang beliau juga ambik dan tampal dari rahimin tu lah.

"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN"

It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage for your nominees

SYARAT PERTAMA - (UCAPAN BERANGAN AKU)

assalamualaikum en a beri gud nait to yu ol. pes en pomos ai wud laik tu eksten mai miliyon tenkiu to mister rahimin de bren ded por meking dis tag awod en epidemik bitwin as de melayu beloger. hau eber, ai wan tu tenkiu mor tu poyotito's bikoz hi sed dat mai belog is gud eben dow ai no dat hi is lai ying tu meni op yu.

ai don wan tu teng mai mak or mai ayah bikoz dey dun no de eksisten of mai belog. ai tink ip dey no ebot it, dey wil nok mai hed wit hemmer po meking mai sep a disgrespul tu de sosaiti. ai oso don wan tu teng mai bos bikoz ai em beri suwer hi wil gib mi teminesen leter ip hi no ebot dis belog.

ok gais en gals, ai tink ai heb tu setop hier bikoz ai tink ai fil setupid en ai saun setupid wen ai tok in engelis. long lib melei belogers. mei we lib in uniti en no war!

ambik ko! mati kutu haram tak mau baca ucapan aku ni!

hahaha! macam sial ucapan dalam bahse penjajah! :))

SYARAT KEDUA
dah banyak kali mention. aku dapat tag ni dari si budak separa normal poyotito's

SYARAT KETIGA DAN KE EMPAT
heh! sapa aku nak tag ni. nampak gayanya kamu orang menjadi mangsa lah weih. selagi tak habis manusia dalam blog ni yang kena tag, benda ni endless. ambik korang! buat jangan tak buat! tapi kalau tak buat pun aku tak kisah. bukan ada hadiah pun kan? :P

1. saat - ko mesti buat saat! jangan menderhaka tau :))
2. ayu - u jugak. kalau tidak tenonet disorok sampai bila2 :P
3. bang juna - harap tak kena maki ngan ko weih "bang" juna. sementara takde keje ni boleh je buat kan? :D
4. alif yg kente - aku rasa ko boleh buat multiple entry in one shot kan. so, silakan lah
5. apek yang terror - haaaa..ni lagi sekali aku punya macam2 hal. silakan lah juga

*update
oleh sebab bang juna dengan alif sudah kena tag awal2 (aku tak perasan) aku tukar lah eh. sekarang encik kuih dan encik marjerin yang ku panggil pinat, ANDA BERDUA aku tag. haihhh..susah betul gini :-<

btw, kalau yang lain2 nak buat pun tak apa jugak. meriah kan suasana ala2 macam pasang lampu lip lap time nak raya. alang2 biar habis semua blog ALAM MELAYU ni ada AWARD KRETIV BLOGGER macam gambar kat atas tu.

SYARAT KELIMA
heh! yang ini aku tak mau buat ah. aku kalau urut orang mau putus urat sarap hamba Allah tu aku kejekan. ha ha ha

MAKANYA!!! LENGKAP SUDAH!!! BOLEH MIGRAIN AKU MACAM GINI RUPA AZAB BUAT CERITA TAG NI. HAIHHHHHH