Wednesday, August 20, 2008

wayarles apa kah?

ehh ehh...kalau tengok tajuk entry ni ada tak kamu terpikir apa wayar pun sudah tukar orientasi ke?

aku tadi pegi membuat aktiviti rehatkan tubuh dan minda. apa kamu tanya? BACA SURAT KABAR! BERITA HARIAN lagi uuuuuuu :))

tu dia. ambik! iklan teknologi tinggi katanya.

siapa2 (terutamanya encik denanz) tolong sahkan please. aku tak mahu memaki orang dalam hati secara tak sengaja. nanti penat nak cari kat akhirat semata nak mintak maaf :P

20 comments:

yoshz said...

perkataan yg buruk,
menggambarkan mentaliti yg goblok!

buruk seburuk2nya,
hodoh sehodoh2nya,
namun kau tak pedulieee~
woohoooo~

Hajime said...

bodoh betul!
tu iklan kan?
takleh salahkan berita harian gak...
eh!
buleh salahkan...
apsal berita harian aprove!
demit tul la...
takkan tu pun die nak melayukan...
cukupla mende2 lain cam informasi...
bukannye information xde dalam melayu...
information = maklumat!
nah!
emo2...
layan lagu cermin balik...

Kikuri-hime said...

Hmm... bila u highlight pekataan tu, baru sedor.. nampak hudoh dan x sedap dipandang. Tp rasanye ade kut?

dzul said...

kalau nak melayukan mmg tak best bunyiknye..
kita tunggu 'bajet' 2009 tengok ada masuk peruntukan tak teknologi ni..haha..

Aku said...

Shila,

Perkataan tu actually mmg wujud in IT term. It has been adopted from English to Malay. Me personally prefer to use word tanpa wayar tapi dah Dewan Bahasa pon dah accepted perkataan wayarles as Malay language, nak wat camno kan? Camner I tahu...sebab baru jer bergaduh ngan orang yang proofread my trannslation, dia tukar semua translated term from teknologi tanpa wayar kepada teknologi wayarles. Walaupun perkataan tu wujud, i tak suka pakai sbb buruk benor bunyinyer, macam la tak der equivalent dlm bahasa Melayu sampai kena import dr English lak.

KARKADEWA said...

haha...
surat khabar yg gah mcm tu pon bole buat small mistake...
ape tah lagi kite ni...
tapi menampakkan penguasaan bahasa melayu dikalangan org melayu sendiri makin lemah...
btol kew...??

apek terror said...

hah kene cri kat akhirat mampos la gua mesti byk gile babas..adoi..

alif-mikail said...

wayarles (wayarlés) 1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektrik di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.

Sumber : Kamus Dewan edisi ke-4

saat omar said...

Mungkin perktaan tu betul Shila...maybe dia refer kamus DBP baru...Mungkin aku cakap mungkin

Marjerin said...

direct translation

Rahimin Idris said...

'tanpa wayar' patutnya. emm..apa la!

Sweety Cutielady said...

adakah perkataan itu akan dimasukkan ke dalam kamus dewan? Direct translation kot.. wakakakaaa.. like my ex-boss.. 6pm sharp = enam tajam!! (she'a a msian chinese).

l.i.f.e said...

yoshz - mmg buruk amat. saya bengang baca. macam lah dah habis perkataan nak guna dalam dunia melayu ni kan?

hajime - kamu emo boleh main gitar. tapi saya gitar simpan dalam almari. masa beli bersungguh, kendian hampeh!

cikgu princess - kalau ada pun tak akan pernah i guna. tak sanggup nak menyebutnya

dzul - hahaha...kamu buat kelakar tu agak seram lah bunyi nya

hanim - tq for the info. tapi i tetap benci. macam la orang melayu ni bodoh sangat tak reti guna perkataan lain, tetap nak ambik perkataan penjajah

kang dewa - oleh kerana telah diberitahu its not a mistake, aku tak tau nak kata apa. benci dan tidak akan guna

apek - hahaha...lu lead wa eh. wa takut jalan sorang2 nanti tak jumpa carik

alif - tq for the info. nak je aku cakap apa org buat kamus dewan ni buat sebenarnya?. semata setiap kali keluar kamus baru, mesti nak yang tebal saja. tebal tak semestinya berkualiti beb.

saat - bukan mungkin lagi. tapi benar. tapi kebenaran yang bodoh la

pinat - i tot so

rahimin - saya pun pikir begitu. tapi sebab mereka pemalas nak taip panjang2 dan jugak nak jimat duit bayar iklan untuk ruang yg lebih kecil

ct - heh! awak org negara lain la. sebok je eh :))

Ayu Hasman said...

nak tau cth ayat lain di melayukan?

menstruation = menstruasi
manipulation = manipulasi
concept = konsep

n many more.adekah ni tanda msia kurang vocab? :))

Sweety Cutielady said...

ayu.. aku rasa buka msia yg kurang vocab. BM yg kurang vocab.. eheks.. bbl

Hajime said...

actually bg aku a...
nampak cam more on nak tunjuk kite ni moden...
bahase gempak gilak!
tp xleh wat ape pun...
dolu2 base kite evolve drpd base lain gak...
tp dolu2...
skang x payah la!
(emo balik!)

S.YanaZ said...

>>Bro.Rahimin, *tepuk-tepuk*.

L.i.f.e,
ayat dlm keratan akhbar tuh ponn dah haru biru.
Tapi SIAPA PEDULIK???

Huh!
Kalau tak KITA SESAMA KITA...

Denanz ... said...

l.i.f.e.,
maaf lambat komen.
nampaknya banyak komen tentang perkataan wayarles. bro min memang betul apabila menggunakan perkataan "tanpa wayar". dalam kamus baru dewan memang ada perkataan wayarles dan keterangannya seperti sdr alif-mikail catatkan. walaupun begitu, saya lebih suka menggunakan perkataan "tanpa wayar" kerana sebutannya lebih "Melayu". dalam konteks teknologi IT, wayarles boleh digunakan. penyerapan ini merupakan perkembangan untuk memperbanyakkan lagi kosa kata bahasa Melayu. perkataan inggeris pun banyak mengambil bahasa lain dan diserapkan dalam bahasa mereka.
wayarles dimasukkan dlm kamus berdasarkan penggunaannya yang sudah sebati dengan masyarakat. kesepakatan untuk memasukkan perkatan ini bukan hanya dibuat oleh pegawai DBP, tetapi oleh jawatankuasa yang juga terdiri daripada pakar2 luar. terpulang kepada anda untuk menggunakan yang mana satu mengikut naluri sendiri. saya sendiri secara peribadi, jika sudah ada yang Melayunya, malah lebih sedap penggunaannya, saya memilih yang "Melayu" itu.

l.i.f.e said...

ayu - ada byk lagi kut kan :-?

ct - cheh! sebok lagi ! :))

s.yanaz - ini lah keje cikgu jadi lebih mencabar kan? :D

bro denanz - tq penerangan panjang lebar. saya juga lebih suka yg melayu sejati :P

r4v3 said...

hahaha aku baru lepas baca utusan 19 mac 2009, ada perkataan wayarles, terus aku google. then jumpa blog ni

xD