Showing posts with label macam-macam di malaysia. Show all posts
Showing posts with label macam-macam di malaysia. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

kut ye pun agak2 lah...

tadi aku drive nak balik dari kl.

dari belakang ada satu proton gen-2 tak menyempat-nyempat nak overtake. gelojoh sungguh

aku pandang cermin (apa dah panggil cermin yg tgk belakang tu?, time2 nak bercerita ni lah boleh lupa pulak)

owwhhhh patut lah gelojoh. aku ketawa sorang2 kat dalam kereta.

logo kereta proton tu dia tukor.


kepada

tak agak2 kan?

setakat tukor logo je ke dik? ngapa kereta kamu tu tak boleh lompat baris ke, transform jd jet ke, masuk dalam tanah tau2 timbul kat depan mcm kat iklan tivi tu ke....

haper ko ingat gen-2 boleh tukor jadi autobot ke decepticon ke optimus prime ke bumblebee ke haper tu semua dik oiiiii. mimpi lerrrr

hahaha (kalau gelak stail tukartiub mcm tak sesuai je)

Thursday, July 30, 2009

tertinggal & terbawa

aku dalam perjalanan ke pejabat hari2 perlu singgah dulu ke sekolah agama tempat mamat mamat hensem transit, sekolah agama & mengaji. perlu turunkan bakul baju, beg sekolah, selipar dan pakaian sekolah agama. on top of that, aku juga bawa beg berisi laptop dan handbag ke pejabat. imagine lah banyak nya benda yang perlu di bawa tu.

satu hari, selesai hantar semua barang2 ke sekolah aku terus ke pejabat macam biasa. sambil tu tergelak gelak sorang2 dengar radio flyfm pagi show. kelakar diorang tu.

tapi!!!

apa cerita dah dekat nak sampai ofis aku toleh tengok di kerusi sebelah ada bakul baju mamat mamat hensem pulak ni???? mana bag laptop???

nangis raung2 pun tetap kena pusing balik kan?

*sigh*

Monday, November 10, 2008

yang ini bukan 'the art of parenting" yang aku ajar ye!

beberapa hari lepas, aku di dapur membuat kerja kegemaran, iaitu mencuci pinggan mangkuk. percaya? jangan!

di kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama, kak maria tengku sabri sedang sibuk mempromosikan makanan dari indonesia, katanya sempena tahun melawat indonesia. kamu semua pasti tahu iklan untuk rancangan apa itu kan?

budak bijak besar - laaaa...patut lah gemuk dia ni! makan! makan! makan! makan tak berhenti henti. tengah cakap pun makan!

*emo betul bunyi nya*

aku - *terlepas sebiji cawan ke dalam sinki kerana terketawa dengan kuat*

kemudian aku berhenti membuat kerja dan ke depan menjengah kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama.

dia memandang aku.

budak bijak besar - agaknya dia ni makan baca doa makan tak mummy?

aku - *angkat bahu dan berjalan ke dapur semula sambil "giggling"*

itu semua aku tidak ajar ok.

kanak2 memang prihatin.

Tuesday, October 28, 2008

cuti tiga hari yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa dengan pelbagai ragam dan persoalan hidup yang kadangkala tidak disangka, TAPI ...............

tak muat tajuk entry aku! ini sambungan, TAPI ada juga yang seperti dapat aku sangka, cuma menunggu saat dan ketikanya untuk keluar sahaja.

hai korang. macam rindu pulak dah 4 hari tak ada new entry. cheh! kira hari tu. confirm! pemblogger tahap kritikal dah ni. hahaha

cuti 3 hari macam2 benda aku hadap.

satu,
hari sabtu belum pergi ke mana2 lagi. duduk rumah saja. tengok tv. tengahari, family dari sebelah in laws datang. adalah dalam 3 generasi. biasalah, kalau dah ramai2 macam2 perangai ada. aku tak heran sangat. dah biasa. sepah2, nanti esok diorang balik kemas lah semula. apa ada hal. tapi yang paling aku tak sangka, apa hal time maghrib seorang doktor pakar, seorang akauntan dengan seorang ketua jabatan bersama bergelak ketawa dengan kanak2 menonton cerita UPIN & IPIN ni? sudah lah tu, kemudian siap buat ulasan lagi. yg sorang buat pernyataan, yg sorang cakap BETUL, BETUL, BETUL. bila kanak2 buat cerita yg "bagus" sedikit, yg sorang cakap BAGUS, BAGUS, BAGUS. haihhh, nasib baik masing2 bergerak utk maghrib lepas tu.

dua,
hari ahad kami turun ke melaka. saja. melawat saudara. impulse decision (sudah mcm impulse buy pulak bunyinya). kanak2 bijak sibuk bertanya, jauh lagi ke, bila nak sampai, dah sampai mana. haihhh. sambil itu, mereka sibuk membaca sign board di sepanjang lebuh raya. macam biasa lah, aku boleh agak soalan2 akan timbul. kali ini semua berkenaan nama2 tempat yang ada di negeri MELAKA itu.

SIMPANG AMPAT
dia - mmyy, kenapa dia eja macam tu?
aku - apa bendanya ni
dia - tu ha empat tu, kenapa eja AMPAT
aku - itu ikut ejaan orang dulu2 lah (belasah saja lah jawab)
dia - owhhh, orang dulu2 tak pergi sekolah eh?
aku - ye lah agaknya (nada lemah)

AYER KEROH
dia - mmyyy!
aku - apa dia lagi ni
dia - tu eja AIR pun salah tu
aku - kan org dulu2 tak pergi sekolah (nada lemah malas mau layan)
dia - owhhhhhh (seperti tau kalau tanya lagi aku akan bengang)

AYER MOLEK
dia - mummyyyyy
aku - apanya ni
dia - eja air dah lah salah. macam mana nak tau air tu molek2 pulak?
aku - agaknya org situ semua molek2
dia - ke air kat situ memang semua molek2?
aku - entah lah. mummy mana tau. ini bukan negeri mummy lah (padahal kalau negeri aku pun, takde nya aku tau asal usul tempat tu)
dia - owhhhhh

BEMBAN
dia - mmmmyyy
aku - ye
dia - bemban tu apa? apesal letak nama bemban
aku - bemban tu tak silap buluh kut. entah lah mana mummy tau kenapa nama dia bemban. banyak buluh kat situ agaknya
dia - kalau buang M, buang B, letak R, dah jadi REBAN! orang semua duduk kat reban. hahahaha (dia ketawa besar)
aku - bertuah punya budak.

nasib baik kawasan perumahan sedara tu tak ternampak pulak DUYONG. kalau tak, mati aku kalau budak2 bijak ni mintak nak tengok duyong. mana aku nak cari!

tiga,
hari ahad, mahu pulang sini semula. on impulse lagi, dek termakan pujuk rayuaan kanak2 bijak, kami berhenti di ZOO MELAKA. haihhh. sudah lah aku berseluar panjang, berbaju panjang segala. melekit lah nanti ni. punya lah happy mereka tengok binatang2 tu semua. tak padahal, baru je hari tu pergi ZOO NEGARA.

owhhh, tapi mereka upset kerana aku tak kuasa nak melayan kehendak mereka utk menunggang kuda dan gajah. bukannya apa, aku tak kuasa nak berjalan turun bukit, naik bukit kat dalam tu. ingatkan naik tram (yang kena bayar lagi tu), boleh lah hop in, hop out mcm kat zoo negara. sekali, dia bawak round one big round without stopping je. kalau turun anywhere, tak boleh naik semula. kena sambung jalan kaki. kalau nak naik gak, kena bayar again. ahhh! ini aku marah. tak ada ke orang yang complaint ni. sudahnya, aku kenalah buat janji2 palsu (harap2 boleh tunaikan) untuk datang lain kali, stay hotel, pergi zoo pagi2 baru boleh naik kuda dan gajah. muka budak2 bijak ada sedikit kelat.

aku penat!!!

*nota kelip2 - kalau orang2 melaka rajin, jawab lah persoalan2 yg timbul tu ye. lain kali kalau aku kena tanya lagi, boleh la aku gunakan jawapan korang pulak. :D

Tuesday, October 14, 2008

membesit memang best, tapi tolong lah jangan sampai jadi bengong pulak!

tadi aku pegi hadirkan diri untuk sesi Tender Interview. bukan nak eksen, depa panggil memang setakat nak tengok muka aku je kut. dengan Scope of Work Undertaking yang superb, terpesona lah jugak mereka. but of course lah, price is something that is a MUST to be further negotiate. baiklah encik dan puan2, saya akan kirakan semula. tapi tak boleh la melampau pulak turunnya. nanti akhir tahun kalau yearly increment aku kurang dari tiga ratus aku akan mengamuk. tak baik untuk kesihatan boss. dia dah pesan kat ramai orang, dia risau kalau aku mengamuk. ia juga tidak sihat untuk mental dan kesihatan aku. haihhh...melalut!

aku terus memandu pulang. hala tuju, pejabat semula. sepanjang pemanduan, otak ligat berfikir. kalau turun seposen, apa jadi. kalau turun duaposen, agak2 aku kena hamun tak. isks, payah ni. sampai plaza tol sungai besi, ambik kad tol. sudah mulakan pemanduan bertahap laju. sampai kawasan berhampiran rnr serdang, ada satu kereta sudah cucuk2 dari belakang. siap beri lampu. aku ke laluan kiri. tapi apa cerita kamu juga ikut aku ke kiri. ini sudah mahu bikin aku panas. aku laju semula. eh eh, dia ikut la. hhhmmm aku tengok dekat cermin pandang belakang. tak...tak, aku tak nampak hantu tisu encik yoshz tu. apa kes hantu ada pulak di siang2 hari ni kan. owhhh...aku nampak ianya hanya seketul naza bestari saja. baik lah, aku layan kamu. kalau itu peaugeot 206, aku tak hendak, nanti aku malu sebab kalah.

aku lajukan kereta buatan nasional itu. laju lah. sudah rasa mcm dalam cerita impak maksima dah ni. hahahaha...padan muka kamu kena tinggal dalam 5 atau 6 tiang. siapa suruh bagi aku bara.

tapi kenapa lepas itu bila aku ternampak flyover dekat kolej ikram yg ada iklan maxis tu, aku macam mahu menangis pulak ni ???

bengong!!! plaza tol nak pegi ofis kena masuk ikut UPM lah!

apa kes nak kena bayar tol lebih pulak ni? PLUS tak cukup2 kaya lagi ke oiiiiiii

*notakelip2 - naza bistari 206 tu kalau lah terbaca blog aku ni, aku tak redha tau takkkkkkk!!!

peringatan : memandu laju juga boleh membahayakan kesihatan

Wednesday, September 17, 2008

ah! bila aku suka tak ada lah pulak

aku tengah amat suka pada iklan DIGI yang terbaru. roaming promo tu.

tapi tak de lah pulak kat youtube.

kat tv pun baru sehari dua ni je rasanya ada.

penat ah jugak nak explain kat mat2 hensem tu, negara mana, tu orang mana, apesal muka mcm gitu, apa benda yang dia tiup tu, apa benda yang dia main tu, etc.

paling tak tahan tu bila diorang kata, nak pegi sana boleh tak mummy? perghhh...ingat signature gabenor kat semua RM tu signature aku gamaknya.

kalau rajin pegi lah tengok kat sini --> http://www.digi.com.my

orang kuning itu juga comel menjadi conductor.

Friday, September 12, 2008

apa juga tentang MAK, IBU, UMMI, MAMA, MUMMY dan yang sewaktu dengannya boleh membuatkan air mata aku tumpah

aku dapat teaser iklan ni. katanya dari petronas. biasalah, iklan petronas kan syahdu syahdan selalunya.

serius, mata aku memang bergenang. the words, maksud aku script tu, amat lah menusuk kalbu aku. (ayat pun tak tau betul ke tak dah ni)


Saturday, September 6, 2008

aku kah yang terlebih peka, atau mereka yang terlebih mementingkan pulangan lumayan

aku memang bukan seorang yang judgemental. tidak kepada manusia, keadaan, kejadian atau apa-apa pun lah. tapi, aku seorang yang agak peka pada keadaan sekeliling aku. sebenarnya, bukan agak, tapi amat peka.

bila aku cakap aku tak tengok sangat cerita melayu, baik drama atau filem, kecuali yang aku pasti memang ianya menarik perhatian dan tidak stereotype, barulah aku akan tonton, bukan lah aku saja suka2 tak mahu menonton. cuma aku cuba untuk mengelakkan diri dari mengatakan seseorang itu bodoh. ya, aku memang cepat dapat mengesan kesilapan (kalau kita boleh cakap itu kesilapan lah kan) yang ada dalam pengkisahan itu.

selalunya (most of the times infact), cerita atau drama melayu yang ditonton adalah mengikut selera mat2 hensem berdua. hari jumaat ni, apa lagi. cerita SARJAN MISAI lah. hahaha cuba korang teka cerita apa. aku memang cukup menyampah. tapi sebab dah mereka suka cerita kePOLISian ini, aku mengalah. lagipun di sarang merpati aku ni, kotak bodoh yang landai dan rata bersaiz besar hanya ada satu sahaja (tak macam satu mamat bangang yang berlagak cakap kat rumah dia ada 5 bijik kotak bodoh tipis yang bersaiz 32 inci..berlagak!, bangang!, bodoh!)

aku melipat baju yang setimbun. ini weekly ritual. telinga mendengar

polis 1 - pihak hospital telah mengesahkan awin mengandung 3 bulan
perempuan 1 - haaa..kan saya dah cakap dia bukan perempuan baik..bla bla bla
polis 2 - kami juga telah mendapat pengakuan awin yang suami puan telah merogol dia sebanyak 12 kali selama 2 bulan ini

aku - heh! kalau 12 kali selama dua bulan, macam mana pulak boleh mengandung 3 bulan? ada dialog yang tersirat ke ni? tolong lah. script writer kalau mau cerita benda2 yang tersirat, jangan menyusahkan aku berfikir.

cerita SARJAN MISAI pun habis. sambung cerita lain pulak. pun pilihan (sudah macam perintah pun) mat2 hensem jugak. tajuk kemBONG. hehehe (jahat aku suka2 tukar tajuk)

bong - chah puasa tak ni?
chah - chah uzur lah bong

aku - woiiiiii...apa ke bangang nya ni? si chah tu budak kecik lah ok. agak2 la pun kalau nak buat dialog lawak bangang...aduiiiiii...

kan aku dah cakap. malas aku nak mencarut. bulan ramadhan ni

sendiri lah pikir.

Tuesday, September 2, 2008

aku memang benci sama kutu!

urgghhh...ini bukan tentang kutu kat kepala, bukan juga kutu yang kumpul duit tu. jauh sekali tentang kutu jalan, kutu rayau atau kutu berahak!

ini tentang kutu tiket bas yang macam haram menyusahkan hidup aku. bodoh betul!

WAHAI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU, TOLONG LAH JANGAN TIDUR JE! BUAT SESUATU TENTANG KUTU2 TIKET BAS DI LARKIN ITU!

apa cerita kat kaunter tiket bas dah habis, tapi kat luar tu merayap macam2 jenis kutu yang menjerit2 tiket kl sekarang! tiket seremban sekarang!

dah lah tu, 35inggit tak kira orang tua ke budak2. kalau 140inggit aku kena bayar semata nak naik bas, ini sudah melampau. bangsat ah kutu2 semua. pegi mampus cepat lah! go die!

nasib lah aku ni naik bas balik sini dari johor bahru tu 8 tahun sekali

Monday, August 25, 2008

gula-gula dan ikan bisa membuat aku bertambah blur

tanpa ia, aku tak kemana
mahu tak mahu
terpaksa juga

dahulu, kala dua tujuh puluh
satu satu lapan bertukar tangan

kini, hanya satu lima lima
mengapakah terlalu sedikit bezanya
satu kosong tiga sahaja

perpuluhan sepuluh
terima dua gula-gula
lima belas?
sejumlah tiga ratus gula-gula

sahih sudah
kita semua digula-gulakan

benar atau tidak
kamu lah sendiri teliti

********

kaki melangkah
keletihan
kepenatan

terbayang kelegaan
ikan-ikan kecil
menggigit dan mencubit

aku kegelian
dalam kemanjaan
dan kemudian
kelegaan


HAH! AMBIK KAU! PUISI MERAPU :))

Wednesday, August 20, 2008

wayarles apa kah?

ehh ehh...kalau tengok tajuk entry ni ada tak kamu terpikir apa wayar pun sudah tukar orientasi ke?

aku tadi pegi membuat aktiviti rehatkan tubuh dan minda. apa kamu tanya? BACA SURAT KABAR! BERITA HARIAN lagi uuuuuuu :))

tu dia. ambik! iklan teknologi tinggi katanya.

siapa2 (terutamanya encik denanz) tolong sahkan please. aku tak mahu memaki orang dalam hati secara tak sengaja. nanti penat nak cari kat akhirat semata nak mintak maaf :P