Showing posts with label benda-benda mereka. Show all posts
Showing posts with label benda-benda mereka. Show all posts

Friday, July 22, 2011

pagi pagi punya hal

its been awhile that i have not written (or typed) anything here. i have thought about writing about my kids again, so it can be a treasure for them to read when they are big enough.

yesterday morning, my 2 years old baby girl wake me up, then she put on her socks, put on her brother's sneakers which is now hers and then she put on her sunglasses and walked straight to the door.

i was so shocked, that i laughed out loud straight away.

and this is 4.30 am okay.



*itu lah budaknya*

Thursday, July 30, 2009

tertinggal & terbawa

aku dalam perjalanan ke pejabat hari2 perlu singgah dulu ke sekolah agama tempat mamat mamat hensem transit, sekolah agama & mengaji. perlu turunkan bakul baju, beg sekolah, selipar dan pakaian sekolah agama. on top of that, aku juga bawa beg berisi laptop dan handbag ke pejabat. imagine lah banyak nya benda yang perlu di bawa tu.

satu hari, selesai hantar semua barang2 ke sekolah aku terus ke pejabat macam biasa. sambil tu tergelak gelak sorang2 dengar radio flyfm pagi show. kelakar diorang tu.

tapi!!!

apa cerita dah dekat nak sampai ofis aku toleh tengok di kerusi sebelah ada bakul baju mamat mamat hensem pulak ni???? mana bag laptop???

nangis raung2 pun tetap kena pusing balik kan?

*sigh*

Friday, December 19, 2008

permintaan dan cadangan yang bukan-bukan lah ni!

satu petang.

mereka mahu makan di kedai mamak. tak jemu2 betul dengan makanan mamak.

aku balik dari kerja terus ke situ. encik suami sudah habis makan. abang masih menyuap maggi goreng nya. adik tengah cicah roti telur pada kuah dal.

aku order.

kami berborak. tentang macam2 perkara.

tiba di satu cerita tentang harapan mereka utk ada baby. di taska ada beberapa baby comel2 katanya. kalau ada baby, nanti mereka offer diri untuk tolong jaga, kalau ada baby girl nak letak nama apa, kalau baby boy nak letak nama apa. macam2 lagi lah.

ini termasuk lah permintaan mereka supaya aku "berkahwin lagi dengan daddy" dan boleh beri mereka adik. see how their minds work!

aku gelak saja lah. apa boleh buat lagi pun.

ada lagi best.

si adik ada berkata kalau lah ada baby girl dia mahu namakan DANIA.

si abang pula beberapa kali mencadangkan beberapa nama untuk baby boy. aku geleng dan terus geleng. habis, entah apa2 nama yg dia cadangkan pun.

akhirnya.

haaaaa.....abang tau! kalau boy abang nak namakan dia MOHAMAD FIRDAUS DANNY PHANTOM!

aku + encik suami + adik ---> kami gelak macam tak ingat dunia

*nota kelip2 - kalau kamu tak tahu apa itu DANNY PHANTOM, ia adalah sejenis cartoon. kalau ada astro mungkin boleh jengah di Cartoon Network channel (kalau tak silap lah)

Monday, December 15, 2008

entry berbentuk point

urghh...masih busy...tapi kurang sedikit...dah tak macam labah-labah...macam semut mungkin

tak de cerita nak dijadikan entry. maka, buat snippets saja lah.

1. mamat hensem pertama sudah kembali ke pangkuan keluarga. mummy dia dah tak rindu2 lagi *senyum happy*

2. bawak mamat hensem berdua pergi tengok wayang. asalnya nak tengok madagascar. tapi tak ada pulak shownya. mamat hensem berdua pujuk mummy utk tengok cerita cicakman. mummy yang baik memang senang termakan pujuk raya mamat2 hensem. mummy beli tiket, masuk wayang, mamat hensem berdua tengok cerita, mummy tidur. tau2 cerita dah habis. perghhhh...best sungguh cerita cicakman itu *sengih*

3. hari2 hujan. best tidur diapit dua mamat hensem di kira dan kanan. *senyum*

4. prosperity burger is ridiculously expensive! tapi orang beratur ramai semua pun beli jugak. haihhh

sekian, terima kasih :D

Wednesday, December 10, 2008

karangan tentang saya berjalan - jalan bersama mummy dan daddy saya

nama saya mohamad firdaus danish hazimi. ini cerita saya sebelum hari raya raya.

ini karangan saya tentang saya berjalan - jalan bersama mummy dan daddy saya ke the gardens & mid valley shopping centre. abang saya tak ada sebab dia masih tak mahu balik, seronok di johor katanya.

uncle2, aunty2, kakak2 dan abang2, tengok saja lah gambar saya ni ye.


*saya mahu bola purple tu nak bawak pulang, tapi mummy kata tak boleh ambik pulak*


* bola ni pun saya nak bawak balik juga, tapi siapa mahu angkatkan?. kat depan tu dah ada pakcik muka garang ada misai lentik jaga bola ni. mummy kata orang tu keje polis *

* owhhhhhh, cookies n cream punya flavour memang besttttttt *


* ini mummy dengan daddy punya. mummy kata nak tunggu kakak ayu lambat sangat *

* apa ingat uncle yoshz saja ke ada panda? saya dapat yang BESAR punya lah! *

* nota kelip2 - mummy saya tengah rindu abang saya. dia tak sabar2 nak tunggu abang saya balik dari johor dari jumaat ni. mungkin nanti kami pergi jalan2. nanti saya buat karangan nya ye

Monday, November 10, 2008

yang ini bukan 'the art of parenting" yang aku ajar ye!

beberapa hari lepas, aku di dapur membuat kerja kegemaran, iaitu mencuci pinggan mangkuk. percaya? jangan!

di kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama, kak maria tengku sabri sedang sibuk mempromosikan makanan dari indonesia, katanya sempena tahun melawat indonesia. kamu semua pasti tahu iklan untuk rancangan apa itu kan?

budak bijak besar - laaaa...patut lah gemuk dia ni! makan! makan! makan! makan tak berhenti henti. tengah cakap pun makan!

*emo betul bunyi nya*

aku - *terlepas sebiji cawan ke dalam sinki kerana terketawa dengan kuat*

kemudian aku berhenti membuat kerja dan ke depan menjengah kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama.

dia memandang aku.

budak bijak besar - agaknya dia ni makan baca doa makan tak mummy?

aku - *angkat bahu dan berjalan ke dapur semula sambil "giggling"*

itu semua aku tidak ajar ok.

kanak2 memang prihatin.

Monday, November 3, 2008

ini salah satu skill 'the art of parenting' yang aku rasa aku cipta sendiri, tapi kemudiannya macam aku ada rasa was-was boleh pakai ke tidak

aku mahu anak2 aku dikatakan sebagai anak-anak yang berbudi bahasa, dalam erti kata lain sopan sikit lah. ye! mereka tidak boleh keluarkan perkataan2 seperti BODOH, BABI, SIAL dan lain-lain yang sewaktu dengannya. nak bahasakan diri pun tidak boleh berAKU dan berENGKAU. hinggakan aku mengajar mereka menggunakan perkataan lain untuk benda2 basic. contohnya bontot = bum bum, kencing = wee wee, buang air besar = poo poo, anu mereka = bebird etc. haihhhh. mak aku pun komplen kadang kala bila mereka mengajar dia semula tentang perkataan2 ini. "pening aku ni kak oi dibuat dek anak2 kamu" katanya. hahahaha, aku gelak saja.

TAPI,

aku sudah terlupa yang aku tidak mengajar perkataan lain untuk KENTUT.

aku sudah dikejutkan dengan satu pernyataan bahawa dia boleh cipta sendiri perkataan sopan bagi KENTUT itu :))

dia - mummy ni, kalau bum bum tu nak SENDAWA pergi lah tempat lain!
aku - hahahahaha

Saturday, October 18, 2008

pagi yang gelap, kini sudah terang, aku mummy mu, kamu dipanggil abang



ini mungkin entry terpaling awal yang pernah aku buat dalam sejarah berblog.

apa cerita bangun pagi layan cerita PINGU ni???

sedang elok enak tengok, ada budak bersuara.

dia - mummy, tengok pingu pun tak suka makan sayur tau
aku - itu bukan sayur. itu seaweed
dia - abang tau lah seaweed tu sayur utk pingu!
aku - *cilaker punye kartun, pagi2 sudah bikin aku terkedu*

*notakelip2 - tau tak sapa tak makan sayur kulit dia tak cantik?

Friday, October 17, 2008

kalau kamu guru itu, aku mohon maaf bagi pihak dia & halalkan lah segala ilmu yang kamu turunkan kepada dia

hahahahahahaha...

kan dah...belum taip apa2 pun, aku nak gelak saja. memang kalau teringat cerita beberapa malam lepas, aku akan gelak seorang atau senyum simpul seorang.

macam ini,

di dalam rumah, aku sibuk membuat itu ini. tugasan2 seorang mummy yg standard & rutin. si abang & adik sibuk bercakap sesama sendiri dan bertukar2 cerita untuk hari itu. aku mencelah (lain kali jangan menyampuk tahu!), bertanya soalan kepada si abang.

aku - so what did u do at school today?
abg - biasa aja, belajar, makan, main, kotorkan baju (ini dia perli aku ni, aku tau). but mummy, english teacher take us to the library
aku - owhh ye ke, bagus lah tu. pinjam buku ke?
abg - tak lah, baca buku je
aku - owhhh ok

*senyap*

abg - tapi kan mum, abg tak puas hati betul lah
aku - *hah sudah!* ngapa pulak nya lagi?
abg - ada ke teacher tu asik2 cakap "jangan bising dalam perpustakaan"
aku - lahhh betul lah tu. memang dalam library tak boleh bising pun
abg - ye lah! yang dia asik2 cakap tu BUKAN bising ke? kalau nak suruh orang jangan cakap pun letak je lah jari kat bibir tu (imagine the action ok), tak pun tunjuk je lah kat tanda2 sign yg ada tu semua *nada suara sudah tukar, siap tone turun naik, muka pun muka budak yg geram je*
aku - haaa??? *korang imagine aku terkedu kejap, then gelak, then tersenyum simpul*
abg - mummy ni entah apa2 entah, abang cakap ni dia gelak pulak.
aku - tak ada apa lah. ok mummy paham. dah, go do ur jadual for tomorrow *dalam hati, aku nak tulis dlm blog*
abg - kejap lah

korang, dia baru darjah SATU je tau. apa lagi lah nanti as he grows up.

Monday, October 13, 2008

imaginasi yang melampau kah atau kreativiti yang tiada sempadan

jam dah menunjukkan pukul 12.30. malam bukan tengahari ok. mat hensem kecik duduk di atas lantai sambil menggelek plastesin dia yang berwarna coklat gelap. dipotong kecil2. dan dibuatkan bulat kecil setiap satu potongan. hasilnya seperti gambar ini lah.



dia bertanya aku begini.

dia - mummy, cuba teka baby buat apa ni?
aku - hhmmm...coklat ke? (berdasarkan kepada bentuk dan warna bendalah tu lah)
dia - bukan. salah. cuba teka lagi
aku - taik kambing eh? mcm kat rumah nek yang tu? *sambil aku gelak*
dia - bukan lah! main2 lah budak mummy ni *dia memang akan kata aku budak mummy kalau aku cuba main2kan perasaan dia...hehehe*
aku - entah lah. malas mummy nak pikir. dah ngantuk lagi pun ni
dia - alaaa...pemalas la mummy ni *eh eh, berani betul*
aku - ye lah, ye lah, mummy kalah. ok! apa benda nya tu?
dia - xxxxxxxx *sambil dia memberi jawapan*
aku - *terkedu dan berkata, apakah? jauh panggang dari api!*

aku terus angkat & dukung dia untuk masuk tidur. letak dia di tilam kemudian cari phone utk snap gambar hasil kerja tangan beliau.

sekarang, cuba kamu semua teka apakah yang dibuatnya tu?

*p/s - by the way, jawapan yang dia beri agak panjang sedikit lah. i'll reveal the answer tonite.

and the answer is - fishball dalam yong tau foo untuk mummy yang selalu beli kat pasar malam tu. tak kan terpikir nya lah!

Friday, October 10, 2008

versi tahun 2008



ini adalah mereka yg bermain di pagi raya tahun 2008. susah juga lah nak menyiapkan mereka. hanya 6 per 14 setengah (yg setengah tu duk dalam mak dia lagi).

ohhh lagi satu, mereka semua memang berversi tapak kaki panjang2. dari yang umur 12 tahun sampai ke yang paling kecik umur setahun, semuanya tapak kaki panjang. nanti satu hari aku memang berhajat nak ambik gambar tapak kaki mereka semua.

Monday, October 6, 2008

siapa2 dapat beri aku bantuan jawapan persoalan ini disertakan dengan penerangan teorinya sekali, aku AMAT hargai

hari ini, aku pulang rumah dari pejabat agak lambat. si abang sudah merengek di telefon mengatakan dia lapar. isks, aku sudah sayu. cepat2 kemas balik.

sampai di rumah, aku keluar dengan mereka. to mcdonalds. as per their request. had their meals, kami pulang.

dalam perjalanan pulang, aku ditanya dengan satu soalan. begini.

adik - mummy, kenapa ye ibu pejabat polis tu dia cakap IBU pejabat? bukan AYAH pejabat ke BAPA pejabat?

aku - terdiam dan berkira-kira apakah jawapan paling make sense yang boleh diberikan

tiba - tiba,

abang - abang tau! mungkin sebab IBU tu cantik. kalau ayah ke bapa ke dia tak cantik. betul tak mummy?

aku - lebih terdiam dan terkedu. apa nak jawab ni???

mereka berdua juga diam. seperti tau aku sedang berfikir. teruskan memandu pulang.

memasuki plaza tol berhampiran rumah si adik bersuara.

adik - mmmyy, jangan lupa tau

aku - apa dia lagi ni

adik - jangan lupa bagi jawapan tau. kenapa orang panggil IBU pejabat polis?

abang menyampuk - ah'ah mummy, jangan buat2 lupa tau!

aku - iyer lah *dengan perlahan*

AKU PERLU BANTUAN NI. TOLONG

Tuesday, September 9, 2008

mari berkenalan - siri 2

ehh ok lah enuf. im not being myself when im venting.

ok, mari kita berkenalan lagi. ingat tentang membeli robot jepun di pasar malam hari tu? baru aku tau rupanya robot BIDAMAN tu memang ada kartunnya di tv eh.

bila mereka menjadi DIKTATOR TV pada hari cuti, aku terpaksalah mengikut saja. tak dapat tengok, dengar saja lah. tapi apa jadah cerita robot pun mahu dialih suara ni? biar je lah dengan suara asal nya kan? hishhh tak paham aku dengan tv kat malaysia ni.

maka dengan ini, memperkenalkan robot BIDAMAN yang tadi aku tanya mana perginya kerna dah lama tak nampak, jawabnya ENTAH!...apa kata aku sebat mereka? hehehe....tak pernah buat tu weihhhhh.

setiap robot ni disertakan dengan 3 bijik guli. untuk apa entah aku pun tak tahu. hari kedua dah tinggal sebijik sorang je. haihhh...budak lelaki kalau toys, buat perabih duit je lah gamaknya.


~yang ini si abang punya. dia ada cakap nama benda ni kat kartun tu, tapi aku tak ingat lah~


~yang ini, si adik punya. sama, aku tak ingat pe namanya. hah! tu contoh duit syiling kat kaki dia tu.... hahahaha (mummy gelak evil)~

nota - gambar tu semua mereka yang snap guna h/p aku masa balik2 je dari pasar malam time tu. dah naik bersarang dalam h/p baru aku keluarkan hari ni sebab nak buat entry ni :P

Thursday, September 4, 2008

bukan lah penyebab papa kedana, tapi kalau kena hari2 di darab dengan dua, mau jugak 'makan angin' saja di akhir bulan nanti

membaca entry che'gu ojie yang ini mengingatkan aku pada benda alah yang sedang IN di mata kedua mat hensem aku. kalau boleh hari2 mau. asik keje menipu je lah aku, cakap dah habis kat kedai. ramai orang beli. tapi ni dah bulan ramadhan, tak boleh nak tipu dah. haihhh

nama nya kinder joy. memang sesuai betul lah dengan namanya. asal dapat saja, bersorak lah mereka kegembiraan. harga sebiji beza ikut tempat, tapi dalam lingkungan 3.50 ke 3.80 satu. kalau beli, mesti kena 2 bijik sekali. ada hari yg agak 'malang', kena beli sekali 4 bijik. kira lah sendiri eh, aku bab2 nombor ni malas.

apa ada dalam tu?

tengok gambar tu. ada 2 ketul bebola coklat tu dengan white chocholate as coatings. dalam tu ada jugak macam2 jenis permainan yang kalau ikut nama SD Card, kita panggil size micro. giler kecik. kalau sepah2 dan aku terpijak, mula lah aku bertempik. mau saja aku campak dan humban dalam tong sampah.

korang rasa worth it tak? aku rasa worth it sebab senyum ceria gelak tawa mat2 hensem aku adalah priceless.

tapi aku ada gak cakap dalam hati, harap2 tak lama lah kinder bueno produce menatang telur ni. hujung tahun stop production ke, mana tau kan? hehehehe