salam semua. apa kabar? terasa betul lamanya aku tak buat apa2 entry di sini. busy yang teramat sangat. sudah kalah labah2 sibudakyoshz. kiranya lebih kurang macam sotong humbolt mungkin. kalau kamu tak tau apa benda itu, rajin2 lah pergi tonton animal planet ke, national geographic ke ye. hehehe
kenapa aku busy? sila lihat list dibawah ok.
1. kerja ofis yang makin lama makin melampau. diorang boss2 ni tak cukup kaya lagi, makanya aku perah la tenaga, keringat, kebijaksanaan dsb nya cari jalan camne nak kasi diorang kaya lagi. tsks tsks tsks
2. encik suami kena denggi. yang kena pindah2 hospital. duduk dalam hospital 10 hari. his nose bleeding profusingly sampai kena sumbat2. gelihati pun ada aku tengok. tapi kesian ah jugak. haihhh, memang sangat memenatkan.
3. elok je encik suami discharge, sibuk dengan preparation naik sekolah. beli itu ini, bayar yuran itu ini, daftar sana sini. sangat penat! nasib lah anak aku dua orang je. tak terbayang ke orang yang anak ramai tu mcm mana diorang handle.
4. owhh ye, si mamat hensem kecik naik darjah satu. hari orientation sangat kelam kabut. rasanya mak bapak yang terlebih excited. first day sekolah dia sudah mintak duit belanja 3.00! entah apa lah yang dia beli. soal punya soal, rupanya dia hanya reti beli benda guna duit kertas seringgit, kemudian tak tunggu duit baki. sampai hari ni masih tak reti guna coins. sudahnya tetap kena kasi duit belanja 3 ringgit duit kertas juga. kalau kasi coins, dia akan buat muka penyek & merajuk. adoi lah!
5. mamat hensem besar sudah amat pandai berdikari. semua benda pun mau buat sendiri. sudahnya aku terasa macam tidak diperlukan. sobs sobs sobs :(
6. mamat hensem besar sudah 3 hari tak pergi sekolah. melepek je kat rumah. ubat klinik tak jalan. bwk pergi hospital, kena ambik darah. platelet sudah 100. kena berjaga-jaga takut dia terkena denggi juga. sudah beri sup ketam, air 100plus juga. kalau demam lagi, mau cuba rebus pucuk betik pula. orang kata mujarab.
7. kerja di ofis makin2 melampau banyak. kejap tadi baru lepas balik jumpa orang, bos panggil lagi. hishhh tak tau saya penat ke???
ok lah. itu saja utk kali ini. till next time.
* nota kelip2 - ya! ya! aku juga rindu kamu semua. jaga diri ye! jangan sampai kena denggi, siksa tahu!
btw, satu hari encik suami telefon, mamat hensem besar jawab "hello, hello, kopi ke milo", terus encik suami terdiam. dia ingat dia salah nombor telefon. tu pasal aku saja letak sebagai tajuk entry. hahaha! itu script cerita / movie apa ye?