Monday, February 16, 2009

setahun sudah

15th feb genap lah setahun pemergian my 3rd brother mengadap Ilahi.

Al-Fatihah untuk arwah.

Monday, February 2, 2009

lagu untuk hari ini (versi hari khamis minggu lepas)

ini update delayed telecast :)...tak paham? tak paham sudah! hehehe

sejak rescheduling of operation hours utk plant ni, time aku breakfast dekat kantin menjadi sunyi. tak de suara makcik2, kakak2, aci2, nepal2, myanmar2 sebuk berebut ambik makanan dan berborak sambil makan.

sarapan nasik goreng sama milo ais memang ngam sungguh. sambil tu budak kantin bukak radio chanel ke Sinar.fm set ke abang jem dan kak engku membebel. tak lama lepas itu kedengaran satu lagu yang memang aku ingat sangat masa aku kecik2 dulu.

kata lagu tu :

jangan segan2 kalau sudah berkenan
jangan segan2 kalau sudah berkenan
cepat2 kirim kan lah hai wakilmu meminangnya
takut nanti dia akan tergoda kepada....orang lain

jangan segan2 kalau sudah berkenan
jangan segan2 kalau sudah berkenan

hah! ini apa pasal masa aku drive pun aku boleh nyanyi ikut lirik lagu ni nih?

yang amazing nya, aku boleh taip lirik ni masa aku buat new posting ni. serius aku tak gugel lirik weih. giler ke haper ni? camne otak aku boleh auto into lagu ni?

cuba jawab!

Wednesday, January 28, 2009

sessi berkumpul beramai - ramai (dan memenatkan)

cuti - cuti malaysiaaaaaaaaa....mesti best kan

huh! tipu je sebenarnya.

cuti raya cina hari tu, balik pontian. sessi kenduri kendara. nasib lah pada skala kecil-kecilan je. itu pun penat nya tak boleh cakap lah. puan hajjah kamariah buat kenduri untuk khatam quran cucu sulung beliau, sekali dengan majlis cukur jambul cucu yang bongsu (buat masa ini).

ingat entry lepas aku pernah mention yang semua sekali para cousins tu ada 14 setengah? so sekarang yang setengah tu sudah menjadi satu lah.

punya la hebat dugaan nak mengumpulkan 15 orang ni nak di ambik gambar. korang tengok je lah. macam - macam hal ada. enjoy the pics yea!


*abang yg paling sulung khatam quran, mereka mengikut saja, ambil berkat*


*cubaan awal mengambil gambar mereka, tapi tak cukup sorang la pulak*

*dah cukup 15, tapi ada cubaan melarikan diri lah pulak, haisshhhh*


*time ni lah sibuk nak mencium, berbual, tengok belakang lah bagai*



*arghhh, makcik dah penat. berpeluh-peluh aku korang buat. janji cukup 15 sudah!*

Friday, January 16, 2009

hello, hello....kopi ke milo

salam semua. apa kabar? terasa betul lamanya aku tak buat apa2 entry di sini. busy yang teramat sangat. sudah kalah labah2 sibudakyoshz. kiranya lebih kurang macam sotong humbolt mungkin. kalau kamu tak tau apa benda itu, rajin2 lah pergi tonton animal planet ke, national geographic ke ye. hehehe

kenapa aku busy? sila lihat list dibawah ok.

1. kerja ofis yang makin lama makin melampau. diorang boss2 ni tak cukup kaya lagi, makanya aku perah la tenaga, keringat, kebijaksanaan dsb nya cari jalan camne nak kasi diorang kaya lagi. tsks tsks tsks

2. encik suami kena denggi. yang kena pindah2 hospital. duduk dalam hospital 10 hari. his nose bleeding profusingly sampai kena sumbat2. gelihati pun ada aku tengok. tapi kesian ah jugak. haihhh, memang sangat memenatkan.

3. elok je encik suami discharge, sibuk dengan preparation naik sekolah. beli itu ini, bayar yuran itu ini, daftar sana sini. sangat penat! nasib lah anak aku dua orang je. tak terbayang ke orang yang anak ramai tu mcm mana diorang handle.

4. owhh ye, si mamat hensem kecik naik darjah satu. hari orientation sangat kelam kabut. rasanya mak bapak yang terlebih excited. first day sekolah dia sudah mintak duit belanja 3.00! entah apa lah yang dia beli. soal punya soal, rupanya dia hanya reti beli benda guna duit kertas seringgit, kemudian tak tunggu duit baki. sampai hari ni masih tak reti guna coins. sudahnya tetap kena kasi duit belanja 3 ringgit duit kertas juga. kalau kasi coins, dia akan buat muka penyek & merajuk. adoi lah!

5. mamat hensem besar sudah amat pandai berdikari. semua benda pun mau buat sendiri. sudahnya aku terasa macam tidak diperlukan. sobs sobs sobs :(

6. mamat hensem besar sudah 3 hari tak pergi sekolah. melepek je kat rumah. ubat klinik tak jalan. bwk pergi hospital, kena ambik darah. platelet sudah 100. kena berjaga-jaga takut dia terkena denggi juga. sudah beri sup ketam, air 100plus juga. kalau demam lagi, mau cuba rebus pucuk betik pula. orang kata mujarab.

7. kerja di ofis makin2 melampau banyak. kejap tadi baru lepas balik jumpa orang, bos panggil lagi. hishhh tak tau saya penat ke???

ok lah. itu saja utk kali ini. till next time.

* nota kelip2 - ya! ya! aku juga rindu kamu semua. jaga diri ye! jangan sampai kena denggi, siksa tahu!

btw, satu hari encik suami telefon, mamat hensem besar jawab "hello, hello, kopi ke milo", terus encik suami terdiam. dia ingat dia salah nombor telefon. tu pasal aku saja letak sebagai tajuk entry. hahaha! itu script cerita / movie apa ye?


Friday, December 19, 2008

permintaan dan cadangan yang bukan-bukan lah ni!

satu petang.

mereka mahu makan di kedai mamak. tak jemu2 betul dengan makanan mamak.

aku balik dari kerja terus ke situ. encik suami sudah habis makan. abang masih menyuap maggi goreng nya. adik tengah cicah roti telur pada kuah dal.

aku order.

kami berborak. tentang macam2 perkara.

tiba di satu cerita tentang harapan mereka utk ada baby. di taska ada beberapa baby comel2 katanya. kalau ada baby, nanti mereka offer diri untuk tolong jaga, kalau ada baby girl nak letak nama apa, kalau baby boy nak letak nama apa. macam2 lagi lah.

ini termasuk lah permintaan mereka supaya aku "berkahwin lagi dengan daddy" dan boleh beri mereka adik. see how their minds work!

aku gelak saja lah. apa boleh buat lagi pun.

ada lagi best.

si adik ada berkata kalau lah ada baby girl dia mahu namakan DANIA.

si abang pula beberapa kali mencadangkan beberapa nama untuk baby boy. aku geleng dan terus geleng. habis, entah apa2 nama yg dia cadangkan pun.

akhirnya.

haaaaa.....abang tau! kalau boy abang nak namakan dia MOHAMAD FIRDAUS DANNY PHANTOM!

aku + encik suami + adik ---> kami gelak macam tak ingat dunia

*nota kelip2 - kalau kamu tak tahu apa itu DANNY PHANTOM, ia adalah sejenis cartoon. kalau ada astro mungkin boleh jengah di Cartoon Network channel (kalau tak silap lah)

Tuesday, December 16, 2008

agak-agak lah kalau iye pun nak jadi kreatif bila buat lagu & lirik tu

sengal! bengong! budus!

tak de cerita menda lain ke nak dijadikan lagu?

itu yg dapat aku katakan pada lagu "ku tunggu janda mu" by that indon singer tu.

aku tukar siaran hotfm lagu tu jugak, tukar era lagu itu jugak, xfresh lagu itu jugak!

ok, i'll keep listening to flyfm onl.

but then, selalu ada lagu T-SHIRT (by shontelle) pulak kat situ. whats next? underwear? girdle? lingeries?

*notakelip2 - aku benci stuck dlm jam. buatkan aku jadi restless dan nak mengamuk tak tentu pasal. belum campur dengan maki driver2 yg tak de adab sesuka hati potong que tu berbakul2. haihhhh

Monday, December 15, 2008

entry berbentuk point

urghh...masih busy...tapi kurang sedikit...dah tak macam labah-labah...macam semut mungkin

tak de cerita nak dijadikan entry. maka, buat snippets saja lah.

1. mamat hensem pertama sudah kembali ke pangkuan keluarga. mummy dia dah tak rindu2 lagi *senyum happy*

2. bawak mamat hensem berdua pergi tengok wayang. asalnya nak tengok madagascar. tapi tak ada pulak shownya. mamat hensem berdua pujuk mummy utk tengok cerita cicakman. mummy yang baik memang senang termakan pujuk raya mamat2 hensem. mummy beli tiket, masuk wayang, mamat hensem berdua tengok cerita, mummy tidur. tau2 cerita dah habis. perghhhh...best sungguh cerita cicakman itu *sengih*

3. hari2 hujan. best tidur diapit dua mamat hensem di kira dan kanan. *senyum*

4. prosperity burger is ridiculously expensive! tapi orang beratur ramai semua pun beli jugak. haihhh

sekian, terima kasih :D