i have not been writing here for the longest time that u can imagined huh?
ok back to bahasa melayu lah ye :)
sekarang kat final semester and final module. harapnya lepas lah semua module supaya boleh grad, ini pun dah delay sebab cuti satu sem hari tu.
final module ni tajuk dia global business issues. nak lagi mencabar, yang mengajar adalah Dekan ye. first class dia dah bagi cabaran untuk kita satu kelas to take on. nak tersedak pun ada mendengar cabaran-cabaran ni. yang ada ni pun haaaazzzaaabbbb...
satu, semua satu kelas kena buat business. ada cadangan yg bernas tak? akak korang ni haa reti berbisness untuk company je, untuk diri sendiri terus aku buntu nak mikir apa ke business yg aku nak buat ni?
dua, semua satu kelas kena buat PHD! mesti family aku kata, wahh kauu, buat master pun dah lintang pukang, ini kan PHD. tapi tak pe lah, prof tak mention time frame. kita simpan dulu cita-cita tu ye. agak dah nak umur-umur pencen nanti boleh buat kut :)
tiga, dek sebab terkesima dengan cabaran nombor dua ni, terus aku lupa apa ke benda nya cabaran yg ketiga ni. kronik betul!
kot ada lagi korang yang baca blog yg dah lama bercobweb ni, sila lah. bagi cadangan yang semenggah untuk bisness apa yg nak dibuat ni ye.