Wednesday, October 28, 2009

tercinta


*ambik gambar tak buka lampu, harapkan lampu tv je. bijak mummy ni

mereka kecintaan saya. amat sangat!

Friday, October 23, 2009

banyak

aku tengah banyak kerja. kerja ofis. yang bikin otak aku penat.

bila otak penat aku makan banyak. bukan kuantiti yang banyak. tapi jenis makanan nya. kejap roti, kejap kuih, kejap lg nasik, petang kang mee, kuih raya lagi. macam - macam lah.

bila pikir balik, walaupun sikit - sikit bila dah itu ini yg masuk mulut aku, end up jadi banyak lah jugak kan?

boss, boleh tolong jangan kasi aku kerja yang banyak tak?

Tuesday, October 6, 2009

kisah peladang yang sedang berusaha untuk berjaya

:D

ada beberapa orang telah bertanya mengapa aku dah lama tak update blog. sibuk sangat ke?

hehehe.

kerja memang lah banyak. tapi dah lama kerja kan, pandai - pandai lah bahagikan masa ye dak? so nak kata sibuk tu, tak lah sangat.

tapi di kala masa lapang aku berhempas pulas mengusahakan ladang di alam maya. siap boleh bela anak gajah lagi tu. mana ada ladang dalam dunia ni yang boleh letak gajah sekali dengan tanaman. kan?

kalau mahu jadi jiran tetangga aku, sila - sila kan lah ye! :)