Thursday, March 26, 2009

misi menyelamat - kunci kereta, bumi & kekasih haiwan

hahaha...ini entry sekali banyak dalam satu.

mula - mula,

petang2 lepas ambik mamat2 hensem dari sekolah kebangsaan, aku kena singgah sekolah agama untuk kutip baju sekolah agama, beg sekolah agama, selipar dan bagai2 lagi lah. macam biasa, aku keluar dari kereta dan minta mereka tunggu dalam kereta. tengah2 aku duk kutip segala kat dalam sekolah tu, aku dengar suara mereka bergelak ketawa di luar. eh eh, apa hal ni dua-dua nya keluar. siapa tunggu dalam kereta? aku dah lah tak matikan enjin kereta tadi.

pergi kereta, aku rasa nak meraung dan mengamuk! tu dia semua pintu lock, the engine is running, the aircond is on. wharghhhaaaaaa :(( :(( :((

nasib ada seorang hamba Allah yang menjadi MC GUYVER menggunakan pembaris besi panjang untuk unlock pintu kereta. haihhhh...kul 8 malam jugak lah sampai rumah.

sampai hari ni aku masih belum dapat bantai mamat2 hensem tu sebab bila aku tanya "mummy bantai kamu orang boleh tak?", dengan lajunya dua2 menggeleng kepala macam nak tercabut kepala.

*sigh*

cerita kedua,

in supporting to the Earth Hour hari Sabtu nanti, agak2 apa aku boleh suruh mamat2 hensem tu buat dalam gelap tu? selalu kalau aku tutup lampu je kerja nya bergurau sampai ada yang menangis. tapi tu biasa2 ada kipas boleh la aku sejuk hati. ni kang segala benda off, kalau ada yg menangis, maunya hati aku panas meruap. ada cadangan?

owhh btw, in supporting the Earth Hour jugak, Fly FM is airing the unplugged / accoustic version on most of the songs. aku suka! korang support gak lah eh this thingy of saving our mother nature ni. bukan apa, kut2 kita dah mati, anak2 cucu2 cicit2 ada lagi nak guna bumi ni. rite?

cerita last,

lately aku slalu sick. kekejap tak sihat, kekejap sakit. makanya selalu lah mamat2 hensem pergi sekolah agama lambat sikit. keupayaan membuat kerja berkadar terus dengan tahap kesihatan. lepas aku siapkan diorang, aku suruh breakfast sambil tengok tivi dulu. senang sikit aku nak continue buat kerja dan bersiap.

hari ni, pagi2 dah tengok ke kartun. ala cerita hamster yang banyak2 tu. pe tajuk ntah. cerita katun ni pun kadang2 tak semenggah.

aku keluar dari bilik air si abang buat statement komen katun tu.

abg - hamster pun pandai cinta eh mmy
aku - huh? apa?
abg - ni cerita katun ni. hamster pun pandai menyelamatkan kekasih dia
aku - hahaha...pandai2 kamu lah. bukan semua cerita katun tu boleh percaya ok
abg - ok (sambil dia minum milo yang aku hidang atas meja)

ada sesapa kerja kat tivi station? mahu hantar surat resmi nak complaint ni :))

Friday, March 13, 2009

panah apa?

semalam petang panas terik. tapi tiba-tiba masa pick up mamat mamat hensem dari sekolah hujan turun dengan selebat-lebatnya. basah kuyup lah kalau keluar tak guna payung.

selesai ambik diorang, masuk kereta, jalan.

tengah aku sibuk nak drive, mana nak tengok jalan lagi, mana nak concentrate lagi, diorang sibuk bising "tengok mummy, tengok mummy!"

apa bendanya? - kata aku
tengok depan tu - kata si abang

kebetulan aku kena belok selepas tu, maka tak nampak lah.

apa bendanya - kata aku lagi, separuh menjerit
tengok kat tepi belakang pulak - kata si adik

huh?

ingat mummy kamu ni bionic woman ke kepala boleh pusing 360 degrees hah?

nak telefon mummy! - kata si abang
for what? - aku jerit
nak ambik gambar - kata abang lagi
gambar apa? - aku jerit lagi sambil tangan bongkar handbag dan drive menggunakan siku
rainbow!!! - kata adik (cheh eksen tak mo cakap pelangi)
the car is moving, tak dapat snap punya, tunggu lah tiba rumah karang - aku kata

sampai2 je parking lot, terus diorang melompat keluar sambil si abang memegang handphone aku hala ke sana sini nak ambik gambar pelangi tu.

*ini si abang yang snap, siap focus lagi tu*


*masa untuk mereka posing pulak, kemudian buat aksi entah apa2*

dah selesai mereka posing tu macam biasalah ada perbualan menduga kesabaran yang keluar.

mmy, rainbow dalam bahasa (melayu la tu) apa eh? - tanya si abang
ellehhhh....buat-buat tak tau ke? - kata aku
hehehe - dia sengih
apa sengih2 - kata aku geram
panah hujan kan? - kata dia dengan muka selamba sambil angkat beg berat dia dari kerusi belakang kereta
mummy panah kamu nak??? - jerit aku sambil cekak pinggang gaya mak yg garang

btw, cikgu english tolong perbetul periksa dalam bahsa melayu BOW tu apa? ada ke ajar anak2 murid perkataan BUSUR?

hari2 ada je perbualan yg menduga akal dan kesabaran. letih aku! :))

Wednesday, March 11, 2009

abang dah besar kan?

hari ini, syukur Alhamdulillah si mamat hensem besar dah cukup berumur 8 tahun.

Abang dah jadi budak besar kan mummy ? - kata dia

Ellehhh, bebird pun belum potong ada hati nak jadi budak besar - kata aku

Mummy ni main2 lah abang tanya betul2 ni - kata dia lagi

aku sengih saja.

sebenarnya, macam tak mau dia rasa dia besar. nanti dia malu untuk cium aku dan malu untuk peluk aku di depan orang.