Wednesday, August 5, 2009

walaupun dalam "alam maya" budi bahasa pun kena jaga juga

semenjak zaman kegawatan ekonomi semakin teruk ini, email box aku sentiasa penuh. maksud aku "email box" syarikat tempat aku bekerja. yang aku gunakan untuk urusan2 kerja. semakin banyak email2 yang berkaitan dengan buat duit, tambah duit, dapat duit senang dan yang sewaktu dengannya. yang aku pasti amat, pengirimnya adalah semua berbangsa melayu. ye lah kalau dah namanya azlee, aida, suhana, shamsul dll.

bagi yg hantar email bertali arus begitu selalunya aku akan reply dengan meminta mereka mengeluarkan aku dari senarai mereka. the reason being, aku tak mahu terima lagi email begitu dari mereka. dan alhamdulillah bagi yang mengerti, mereka akan minta maaf dan aku tidak terima email lagi dari mereka.

tapi ada satu orang lelaki apabila aku reply minta tolong untuk keluarkan aku dari listing beliau, tahu apa dia buat?

dia reply dengan mengatakan aku bodoh, mencari musuh, tak pergi sekolah, cikgu tak ajar dan berbagai kata kesat lain lagi lah. dan dia mengatakan dia yang bekerja sebagai IT personnel tidak pernah jumpa orang seperti aku yang tidak reti "delete email". its not about deleting the email, aku hanya tidak mahu terima email2 begitu lagi dalam mailbox company. surely nanti akan ada lagi email lain pula yg masuk kalau aku tidak minta dia keluarkan aku dari listing kan? can he not get it?

selama ini aku memang agak kurang berkawan dgn orang yg menggunakan gantinama "hang". dia menambahkan lagi scepticism aku tentang orang yg menggunakan gantinama "hang". maaf kalau ada yg terasa, but seriously, i've got way too many bad experience with these people. orang melaka pun tak begitu "kurang ajarnya".

i started the week with this bad incident. hopefull it will end with a good one. hopefully!