Saturday, October 23, 2010

k.e.m.b.a.l.i

setelah hampir 8 bulan berada di bumi yang mempunyai jutawan terawal di bumi malaya ini, akhirnya segala yang aku telingkahkan selama ini diberi perhatian.

bangun pagi balik malam, traffic jam, cut ques, road bullies, bad air etc......we're coming back to you!


Sunday, September 5, 2010

raya raya raya

walaupun dah lama tak muncul kat blog ni (ecehhh...macam lah ada pun orang yang baca), time nak dekat raya ni aku ingin mohon ampun dan maaf atas segala salah silap tak kira lah yang sengaja ke tak. mana yang terkata, terumpat, tersumpah tu maaf lah ye. mana yang ada kasi makan tu, mintak halal kan lah ye.

selamat ye korang! jaga diri baik - baik. bawak kereta tak payah laju - laju. mana yang naik motor tu, hati - hati dan jangan merempit.

jumpa lagi. luv ya all!

Thursday, January 28, 2010

kut ye pun agak2 lah...

tadi aku drive nak balik dari kl.

dari belakang ada satu proton gen-2 tak menyempat-nyempat nak overtake. gelojoh sungguh

aku pandang cermin (apa dah panggil cermin yg tgk belakang tu?, time2 nak bercerita ni lah boleh lupa pulak)

owwhhhh patut lah gelojoh. aku ketawa sorang2 kat dalam kereta.

logo kereta proton tu dia tukor.


kepada

tak agak2 kan?

setakat tukor logo je ke dik? ngapa kereta kamu tu tak boleh lompat baris ke, transform jd jet ke, masuk dalam tanah tau2 timbul kat depan mcm kat iklan tivi tu ke....

haper ko ingat gen-2 boleh tukor jadi autobot ke decepticon ke optimus prime ke bumblebee ke haper tu semua dik oiiiii. mimpi lerrrr

hahaha (kalau gelak stail tukartiub mcm tak sesuai je)

Tuesday, January 26, 2010

agaknya sekolah baru memang macam gini gayanya

few dah ago (ecewahhh, omputeh!)

anak 1 - mmy, ada langsir yang tak pakai lagi tak
mak - nak buat apa?
anak 1 - cikgu suruh bawak pergi sekolah
mak - kenapa?
anak 1 - nak tutup tingkap, nanti tak de lah panas
mak - takkan nak kasi yg dah lama ni? kan dah buruk
anak 1 - kalau macam tu mummy belikan lah yg baru pasang untuk satu kelas
mak - *diam pikir*

few seconds apart (ecewahhhh lagi) :)

anak 2 - ahah lah mmy, cikgu yish pun suruh bawak, kalau macam tu beli untuk kelas abang dgn kelas yish sekali lah eh!

mak - *diam sebab rasa nak pitam dengar*

Friday, January 22, 2010

tentang lauk orang negeri sembilan

yeap, mak aku orang negeri sembilan.

hari tu masa nak datang sini, mak aku suruh ayah aku beli durian tepi jalan dekat2 area a'famosa resort. kena bayar namploh inggit katanya. hahaha nasib orang tua tu ada duit. orang tua tu mana reti jenis bawak duit banyak2. ada tabung milo bawah katil dia tu kalau korang nak tau. tapi apa dia kisah, karang namploh inggit claim balik kat aku kan....

bawak lah sekarung durian tu ke rumah aku. dalam sekarung tu adalah dalam lima bijik je yg elok boleh makan. yang lain, mak aku simpan dalam taperwer eskrim nak buat tempoyak. ni lagi satu hal, dah di simpan dlm peti ais harus lah mamat2 hensem aku ingat mummy diorang ni beli eskrim banyak2 gitu.

asal buka peti ais soklannya "apesal eskrim ni letak atas mmy, nanti cair"

jawabnya "tu tempoyak opah lah"

dekat lah lima namploh ratus juta kali tanya benda yang sama.

untuk settle kan perkara ini, hari isnin hari tu mak aku buat cadangan.

"mak rasa nak buat sambal daun kayu lah kak" (ada link disana bagi sesiapa yg tak pernah tengok sambal daun kayu ni)

sibuk lah dia senaraikan apa benda yang dia perlukan untuk buat sambal daun kayu itu.

makanya, dalam seminggu ni aku duduk sibuk mencari (literally) daun pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu, serai, daun kunyit, petai, cili api kampung dengan kunyit hidup. nasib jugak aku kerja area kampung2. daun pucuk kaduk aku serender, lima kedai aku pegi, haram jumpa.

dah jumaat ni, misi melengkapkan ramuan belum setel2 lagi. aduh lah

dah! petang karang aku kena carik daun kunyit tambahan pulak, tak cukup katanya. sama ikan bilis setengah kilo, yg dah siap kopek lebih afdal.

susah rupanya nak buat lauk orang negeri sembilan ni ya???

apesal tak letak daun2 sama kayu saje ah???

Monday, January 18, 2010

soalan

aku ada satu soalan.

apesal lelaki makin tua dia makin gedik???

tolong lahhhhh

Thursday, January 14, 2010

haihhhhh

*haihhhhh*

ini cerita tentang relative yang aku panggil kak long. bukan niat untuk bercerita tentang aib keluarga, hanya untuk ingatan kita bersama. terutamanya aku.

dalam setahun dua lepas, kami dapat tahu hidup dan rumahtangga dia dalam keadaan huru-hara. hanya kerana suaminya tengah gila "bercinta" di internet, dengan seorang anak dara tua (dan berduit juga). kak long dapat tahu dan adalah menelefon semula dan mahu bersemuka dengannya. kak long pun ada bercerita dengan kaum keluarga. mak cik dan sepupu aku yang lain pun turut juga tolong menyelidik. dengar kata makcik dan sepupu aku, kerek juga perempuan itu, tak mahu berganjak walaupun tahu lelaki itu adalah suami orang. malah katanya, akan minta dari lelaki itu untuk melepaskan kak long.

aku hanya tukang dengar sahaja. dalam hati berdoa juga agar jangan lah keaadaan jadi lebih teruk.

akhirnya mereka bercerai juga. suami kak long berkahwin dengan anak dara tua itu.

aku sangka suami kak long akan ingat yang beliau masih punya tanggung - jawab pada anak - anak yang ditinggalkan pada kak long. rupanya tidak.

baru - baru ni, mak aku bercerita.

anak kak long melarikan diri dari rumah. aku terperanjat betul. Ya Allah, budak mira tu punya lah sebaik-baik budak. Nak dengar suara pun susah. Kata mak mungkin dia frust mak ayah dia bercerai. Maklum lah dah remaja, pada umur yang semua benda kita mahu jadi rebellious.

Keluarga sibuk mencari. Turut juga ditanyakan kepada bekas suami jika anak itu ada bersama keluarga disebelah sana. Tahu apa jawapan dia?

"pandai - pandai lah cari sendiri, jaga sendiri"

depan mak aku jugak terus terkeluar ayat "cilaka punya jantan" dari mulut aku.

wahai lelaki akhir zaman, tak ingat kah kau yang tanggung jawab terhadap anak - anak akan dituntut kemudian hari nanti.

*haihhhhhhh*

Tuesday, January 12, 2010

tentang yang tak berkenan di hati

kami menonton AJL 24.

pembukaan je baru. lagu yang menang tahun sebelumnya tu.

tiba - tiba mamat hensem besar bersuara.

"huh! macam pochong buang tebiat!"

aku burst out laughing.

kanak - kanak memang jujur kan?

:)