Friday, October 31, 2008

buku hitam ada gambar hati

aku tadi pergi berjumpa fynnjamal si pemuisi tepi jalan itu. ye memang amat tepat sekali dengan nick name beliau, kami bersua muka pun di tepi kaki lima. beberapa detik cuma. tapi amat dirasai akan keikhlasan dia dalam berkata - kata. dan heyyy, dia comel juga tau. aku rasa memang dia dibuat amat sesuai dengan watak hasni dalam cerita "anak pontianak" itu. owh ye, tri juga ada, hanya menunggu di dalam kereta. sangat mesra kedengaran bunyi gelak tawa mereka tatkala fynn menelefon. semoga bahagia sentiasa mengiringi kamu wahai adik - adik.

dan juga, aku senyum simpul sahaja bila fynn itu membahasakan dirinya "akak" walaupun telah beberapa kali aku katakan "i'm much older than u r". suka aku! hahaha



bagi kamu yang pernah membaca puisi2 dia, ketahuilah, aku amat suka pada puisi yang bertajuk "saya layang - layang" itu. sejurus aku dapat buku ini dari tangan dia, aku terus cari puisi itu, tandakan, dan terus duduk membaca di dalam kopitiam itu. terasa lain apabila membaca dari naskhah yang boleh dipegang daripada menatapnya di skrin laptop. kemudia aku teruskan lagi sehelai demi sehelai. ada kalanya, kolam mata bergenang. ada pula bisa membuatkan aku menghela nafas panjang. pedulikan waktu rehat sudah habis. aku masuk semula ke pejabat pukul 4 petang. hehehe

they are leaving for other land very soon. to them both, i wish them all the best. semoga semuanya baik2 belaka.

kalau kamu semua berminat dengan puisi2 fynn itu (walaupun kamu berjiwa kental, jangan malu untuk mengaku), tengoklah di sini.

*notakelip2 - adakalanya, puisi yang pendek2 itu lebih terkesan daripada membaca novel atau cerpen yang panjang berjela itu. bacalah dengan hati. mungkin kerna itu fynn meletakkan gambar hati di situ.

mari memerah santan....eh silap, mari memerah fikiran

beberapa hari lepas, aku diberi satu soalan. ala - ala konon bergurau mesra. minta aku jawab soalan dia. berbentuk teka - teki. aku sudah menjawab dengan betul. sekarang aku mahu tanya kamu semua pula.

cuba kamu semua fikir. banyak - banyak kotak, kotak apa yang tidak boleh diangkat?

*nota kelip2 - ini entry malas. minggu ini aku sepertinya malasssssssss sepanjang masa

Wednesday, October 29, 2008

sessi ramah tamah memang baik, tapi yang ini memang ada sedikit unsur2 mahu macam "rasa kenal" dan "say hi" bila terserempak di jalanan. betul bukan?


1.Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.


si budak jambi ni memang takde kerja tau. aku dah nampak menda jadah tag ni malam tadi. tapi aku biar je. tak keje dek aku nak berposing memalam buta tu kat rumah. lain jadinya karang. tapi ni aku tengok beliau sudah tinggalkan notes dekat shoutbox tentang perihal aku sudah di tag itu. makanya, nah lah ambik. jumpa mana2 say hi lah ye :P



sekarang, siapa mahu kena tag? aku tak mahu pilih2. nanti macam pilih kasih lah pulak. para jelitawan dalam makhluk Tuhan paling seksi dan para lelaki - lelaki keberet (anda semua baik sebenarnya) kat list tepi tu, anda semua dialu-alukan untuk membuatnya.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, October 28, 2008

cuti tiga hari yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa dengan pelbagai ragam dan persoalan hidup yang kadangkala tidak disangka, TAPI ...............

tak muat tajuk entry aku! ini sambungan, TAPI ada juga yang seperti dapat aku sangka, cuma menunggu saat dan ketikanya untuk keluar sahaja.

hai korang. macam rindu pulak dah 4 hari tak ada new entry. cheh! kira hari tu. confirm! pemblogger tahap kritikal dah ni. hahaha

cuti 3 hari macam2 benda aku hadap.

satu,
hari sabtu belum pergi ke mana2 lagi. duduk rumah saja. tengok tv. tengahari, family dari sebelah in laws datang. adalah dalam 3 generasi. biasalah, kalau dah ramai2 macam2 perangai ada. aku tak heran sangat. dah biasa. sepah2, nanti esok diorang balik kemas lah semula. apa ada hal. tapi yang paling aku tak sangka, apa hal time maghrib seorang doktor pakar, seorang akauntan dengan seorang ketua jabatan bersama bergelak ketawa dengan kanak2 menonton cerita UPIN & IPIN ni? sudah lah tu, kemudian siap buat ulasan lagi. yg sorang buat pernyataan, yg sorang cakap BETUL, BETUL, BETUL. bila kanak2 buat cerita yg "bagus" sedikit, yg sorang cakap BAGUS, BAGUS, BAGUS. haihhh, nasib baik masing2 bergerak utk maghrib lepas tu.

dua,
hari ahad kami turun ke melaka. saja. melawat saudara. impulse decision (sudah mcm impulse buy pulak bunyinya). kanak2 bijak sibuk bertanya, jauh lagi ke, bila nak sampai, dah sampai mana. haihhh. sambil itu, mereka sibuk membaca sign board di sepanjang lebuh raya. macam biasa lah, aku boleh agak soalan2 akan timbul. kali ini semua berkenaan nama2 tempat yang ada di negeri MELAKA itu.

SIMPANG AMPAT
dia - mmyy, kenapa dia eja macam tu?
aku - apa bendanya ni
dia - tu ha empat tu, kenapa eja AMPAT
aku - itu ikut ejaan orang dulu2 lah (belasah saja lah jawab)
dia - owhhh, orang dulu2 tak pergi sekolah eh?
aku - ye lah agaknya (nada lemah)

AYER KEROH
dia - mmyyy!
aku - apa dia lagi ni
dia - tu eja AIR pun salah tu
aku - kan org dulu2 tak pergi sekolah (nada lemah malas mau layan)
dia - owhhhhhh (seperti tau kalau tanya lagi aku akan bengang)

AYER MOLEK
dia - mummyyyyy
aku - apanya ni
dia - eja air dah lah salah. macam mana nak tau air tu molek2 pulak?
aku - agaknya org situ semua molek2
dia - ke air kat situ memang semua molek2?
aku - entah lah. mummy mana tau. ini bukan negeri mummy lah (padahal kalau negeri aku pun, takde nya aku tau asal usul tempat tu)
dia - owhhhhh

BEMBAN
dia - mmmmyyy
aku - ye
dia - bemban tu apa? apesal letak nama bemban
aku - bemban tu tak silap buluh kut. entah lah mana mummy tau kenapa nama dia bemban. banyak buluh kat situ agaknya
dia - kalau buang M, buang B, letak R, dah jadi REBAN! orang semua duduk kat reban. hahahaha (dia ketawa besar)
aku - bertuah punya budak.

nasib baik kawasan perumahan sedara tu tak ternampak pulak DUYONG. kalau tak, mati aku kalau budak2 bijak ni mintak nak tengok duyong. mana aku nak cari!

tiga,
hari ahad, mahu pulang sini semula. on impulse lagi, dek termakan pujuk rayuaan kanak2 bijak, kami berhenti di ZOO MELAKA. haihhh. sudah lah aku berseluar panjang, berbaju panjang segala. melekit lah nanti ni. punya lah happy mereka tengok binatang2 tu semua. tak padahal, baru je hari tu pergi ZOO NEGARA.

owhhh, tapi mereka upset kerana aku tak kuasa nak melayan kehendak mereka utk menunggang kuda dan gajah. bukannya apa, aku tak kuasa nak berjalan turun bukit, naik bukit kat dalam tu. ingatkan naik tram (yang kena bayar lagi tu), boleh lah hop in, hop out mcm kat zoo negara. sekali, dia bawak round one big round without stopping je. kalau turun anywhere, tak boleh naik semula. kena sambung jalan kaki. kalau nak naik gak, kena bayar again. ahhh! ini aku marah. tak ada ke orang yang complaint ni. sudahnya, aku kenalah buat janji2 palsu (harap2 boleh tunaikan) untuk datang lain kali, stay hotel, pergi zoo pagi2 baru boleh naik kuda dan gajah. muka budak2 bijak ada sedikit kelat.

aku penat!!!

*nota kelip2 - kalau orang2 melaka rajin, jawab lah persoalan2 yg timbul tu ye. lain kali kalau aku kena tanya lagi, boleh la aku gunakan jawapan korang pulak. :D

Thursday, October 23, 2008

tentang apa yang kamu panggil sesuatu benda itu kadangkala tidak sama dengan apa yang orang faham

hehehe...nak mengeluh pun ada, nak gelak pun ada.

situasi - dalam keranda empat segi sama
keadaan - bersepah yang amat sangat. kertas merata2. nak cari handphone sendiri pun kena call nombor sendiri dan cari mana datang bunyinya.

tengahari, selesai segala.

aku ke belakang cari makcik cleaner.

aku kepada makcik cleaner - cik, nanti kemaskan mata lalat dalam bilik saya tu ye
makcik cleaner - iyo lah (dia org selangor yg berbahsa negeri sembilan pekat)
aku kepada makcik cleaner - saya nak keluar dah ni. nanti cik tutup je pintu ye. tapi jangan tekan kunci
makcik cleaner - iyo lah

aku pulang pejabat.

laaaa..kenapa pulak mata lalat ni masih ada sepah2 lagi ni (dalam hati).

pergi cari makcik cleaner di belakang. jumpa

aku kepada makcik cleaner - cik, kenapa tak bersihkan mata lalat dlm bilik saya tu
makcik cleaner - mano ado lalat eh. tak jumpo pun. pueh dah nengok, tak ado pun
aku kepada makcik cleaner - haaa? takkan lah.

aku hanya boleh gelak saja lah. siapa tau apa yg aku maksudkan dgn mata lalat tu

*notakelip2 - korang panggil apa benda tu eh?

Tuesday, October 21, 2008

kanak - kanak dalam alam tumbesaran yang selalu menjadi mangsa ciuman bertalu - talu, dan kemudiannya akan mencium aku semula bertalu - talu.....

sambungan title entry.....dan meninggalkan kesan air liur di pipi aku dan kemudiannya bergelak ketawa dan lari menyorokkan diri mereka apabila aku memulakan serangan lagi....gggrrrrrr



aku kesakitan otak membuat tender proposal. the remedy is by looking at this photo (taken years ago) on my table. how i wish they are right beside me. ahhh tu tipu je tu, nanti mana dapat buat kerja melayan soalan yg bermacam tu.

*notakelip2 - frame untuk gambar ini selalu menimbulkan persoalan manusia yang bertandang ke keranda empat segi sama ku ini. striking in its red colour (tq akak ct kita).

Monday, October 20, 2008

kalau hujan di kuala lumpur dikumpul ke satu kolam besar dan ada ikan untuk dikail, sah2 aku gagal dalam kerja memancing itu

hari ini. tadi. aku ke sana ke mari dalam keadaan hujan. pergi kl hujan. balik dari kl juga hujan.

sampai di tempat client hujan betul2 lebat. ambil segala benda, buka payung, tutup pintu kereta dan terus menonong pergi mesyuarat. eh eh, dalam hati macam terasa ada benda tak musabah saja yang telah aku buat. tapi tak apa lah. abaikan dulu. kerja dulu.

selesai. whoaaa...matahari terik sudah keluar. tapi ini mesti sebentar saja.

bayar parking. menuju kereta. eh eh, hati masih terasa ada benda tak musabah saja yang telah aku buat. jalan. sampai di kereta. carik dlm beg, takde. termenung sebentar. memanjangkan leher menjengah tempat starter dalam kereta. hahhhhhh?????

apa cerita akak comel dengan budak parking assistant tengah sibuk mengail kunci kereta dalam matahari terik yang timbul lepas hujan ni??? berlengas!!!