ya Allah...tajuk entry macam satu entry je dah rupanya. ah! pedulikan.
aku hari ini amat penat. lepas satu kumpulan pelawat pulang, satu kumpulan pulak tiba bukan pada masa yang dijanjikan. aduhai. kau ambik lah mereka ni boss! aku sudah malas. sila dudukkan mereka di dalam sana seberapa ketika ya!
aku pergi siapkan segala dokumen yang perlu. tiba-tiba ada seorang datang ke keranda aku minta aku carikan dokumen yang sememangnya diketahui umum bukan berada dalam jagaan aku.
aku yang tengah kelam - kabut terus sergah dia
"pegi mintak dekat secretary bos lah! ada secretary pun tak guna! keje mengangkang je! asik nak suruh aku jugak! macam la aku ni dapat 2 gaji!".
budak itu yang tak tahu apa-apa terus berkata
"maaf kak, tapi boss yang suruh mintak dari akak".
dan aku pun terus menjerit
"hah! ni lah dia kalau dapat boss tak guna akal"
sorang head of department lalu depan keranda, gelak sambil kata
"oooo selama ni simpan dalam hati ye, hari ni dah jerit dah"
lahabau kau!
sekarang flash back dalam 2 minggu lepas.
masa tengah sibuk kena serang dengan internal auditors. seorang head of department tanya aku sesuatu. masa tu aku tengah sibuk nak siapkan summary report untuk 6 bulan yang diminta oleh cik auditor.
aku cakap pada head of department itu
"tak sempat lah nak buat ni kak".
dia kata
"abis tu macam mana? siapa nak tolong akak ni?".
sambil jalan ke keranda aku dan bergelak tawa nada sinis, aku berkata
"suruh lah boss, dia kan terror putar, mesti settle punya kalau dengan dia, kalau tak dapat settle, kita lah yang settle kemudian nanti"dia pun terus gelak sama dan kata
"oooooo pandai eh cover. gunung berapi pendam jugak rupanya ini".
aku hanya mampu kata he he he :P
itu semua tentang boss yang aku dah paham sangat perangai beliau.
*********
flashback lebih kurang 10 tahun lepas. aku antara yang termuda perlu masuk mesyuarat warga tua syarikat (makna: big bosses). bukan apa, masa itu bos aku pegi cuti beranak. jadinya selama 8 minggu, ada satu hari dalam seminggu jiwa aku akan agak sengsara.
satu hari, aku masuk tapi tidak mahu duduk kerusi yang dimeja besar. aku duduk di kerusi yang diatur dibahagian belakang. para warga tua sedang asyik bercerita tentang semalam hari hujan la, malam jumaat la, sejuk la. haihhh, aku muda belia single but not available lagi pada masa itu. dalam pada itu, tuan besar sudah angkat jarinya buat signal pada aku suruh "move to the table". aduh la hai. sambil aku bangun menuju ke meja seorang warga tua bertaraf haji buat soalan sengal pada aku.
s***a, when u were in the UK what did u do when it gets too cold?aku bukan boleh orang tanya aku soalan masa aku tengah buat benda lain. jadi, aku dengan toyanya menjawab
"apa susah ji, ramai hunks sana. saya pilih je yang mana saya mahu peluk"hoh! gila!
berderai gelak ketawa kaum di dalam bilik mesyuarat itu. perempuan yang termasuk aku ada 3 orang saja pun tersipu-sipu. tuan besar gelak sampai merah muka dan telinga. maklum dia agak putih, jadi aku perasan.
esoknya kecoh, aku buat bodoh saja sudah!