Friday, December 19, 2008

permintaan dan cadangan yang bukan-bukan lah ni!

satu petang.

mereka mahu makan di kedai mamak. tak jemu2 betul dengan makanan mamak.

aku balik dari kerja terus ke situ. encik suami sudah habis makan. abang masih menyuap maggi goreng nya. adik tengah cicah roti telur pada kuah dal.

aku order.

kami berborak. tentang macam2 perkara.

tiba di satu cerita tentang harapan mereka utk ada baby. di taska ada beberapa baby comel2 katanya. kalau ada baby, nanti mereka offer diri untuk tolong jaga, kalau ada baby girl nak letak nama apa, kalau baby boy nak letak nama apa. macam2 lagi lah.

ini termasuk lah permintaan mereka supaya aku "berkahwin lagi dengan daddy" dan boleh beri mereka adik. see how their minds work!

aku gelak saja lah. apa boleh buat lagi pun.

ada lagi best.

si adik ada berkata kalau lah ada baby girl dia mahu namakan DANIA.

si abang pula beberapa kali mencadangkan beberapa nama untuk baby boy. aku geleng dan terus geleng. habis, entah apa2 nama yg dia cadangkan pun.

akhirnya.

haaaaa.....abang tau! kalau boy abang nak namakan dia MOHAMAD FIRDAUS DANNY PHANTOM!

aku + encik suami + adik ---> kami gelak macam tak ingat dunia

*nota kelip2 - kalau kamu tak tahu apa itu DANNY PHANTOM, ia adalah sejenis cartoon. kalau ada astro mungkin boleh jengah di Cartoon Network channel (kalau tak silap lah)

Tuesday, December 16, 2008

agak-agak lah kalau iye pun nak jadi kreatif bila buat lagu & lirik tu

sengal! bengong! budus!

tak de cerita menda lain ke nak dijadikan lagu?

itu yg dapat aku katakan pada lagu "ku tunggu janda mu" by that indon singer tu.

aku tukar siaran hotfm lagu tu jugak, tukar era lagu itu jugak, xfresh lagu itu jugak!

ok, i'll keep listening to flyfm onl.

but then, selalu ada lagu T-SHIRT (by shontelle) pulak kat situ. whats next? underwear? girdle? lingeries?

*notakelip2 - aku benci stuck dlm jam. buatkan aku jadi restless dan nak mengamuk tak tentu pasal. belum campur dengan maki driver2 yg tak de adab sesuka hati potong que tu berbakul2. haihhhh

Monday, December 15, 2008

entry berbentuk point

urghh...masih busy...tapi kurang sedikit...dah tak macam labah-labah...macam semut mungkin

tak de cerita nak dijadikan entry. maka, buat snippets saja lah.

1. mamat hensem pertama sudah kembali ke pangkuan keluarga. mummy dia dah tak rindu2 lagi *senyum happy*

2. bawak mamat hensem berdua pergi tengok wayang. asalnya nak tengok madagascar. tapi tak ada pulak shownya. mamat hensem berdua pujuk mummy utk tengok cerita cicakman. mummy yang baik memang senang termakan pujuk raya mamat2 hensem. mummy beli tiket, masuk wayang, mamat hensem berdua tengok cerita, mummy tidur. tau2 cerita dah habis. perghhhh...best sungguh cerita cicakman itu *sengih*

3. hari2 hujan. best tidur diapit dua mamat hensem di kira dan kanan. *senyum*

4. prosperity burger is ridiculously expensive! tapi orang beratur ramai semua pun beli jugak. haihhh

sekian, terima kasih :D

Wednesday, December 10, 2008

karangan tentang saya berjalan - jalan bersama mummy dan daddy saya

nama saya mohamad firdaus danish hazimi. ini cerita saya sebelum hari raya raya.

ini karangan saya tentang saya berjalan - jalan bersama mummy dan daddy saya ke the gardens & mid valley shopping centre. abang saya tak ada sebab dia masih tak mahu balik, seronok di johor katanya.

uncle2, aunty2, kakak2 dan abang2, tengok saja lah gambar saya ni ye.


*saya mahu bola purple tu nak bawak pulang, tapi mummy kata tak boleh ambik pulak*


* bola ni pun saya nak bawak balik juga, tapi siapa mahu angkatkan?. kat depan tu dah ada pakcik muka garang ada misai lentik jaga bola ni. mummy kata orang tu keje polis *

* owhhhhhh, cookies n cream punya flavour memang besttttttt *


* ini mummy dengan daddy punya. mummy kata nak tunggu kakak ayu lambat sangat *

* apa ingat uncle yoshz saja ke ada panda? saya dapat yang BESAR punya lah! *

* nota kelip2 - mummy saya tengah rindu abang saya. dia tak sabar2 nak tunggu abang saya balik dari johor dari jumaat ni. mungkin nanti kami pergi jalan2. nanti saya buat karangan nya ye

Friday, December 5, 2008

tabiat membaca yang mungkin boleh membawa mudarat kepada rahang & sendi2 muka

iyer! aku tak tipu, aku masih lagi busy macam labah-labah bak kata si yoshz.

tapi aku sempat curi masa baca buku.

macam biasa aku selalunya baca beberapa muka surat terakhir dulu. aku mula dengan muka kusyuk, kemudian kejap2 aku kerut dahi, kejap2 aku sengih, kejap2 aku senyum simpul. beberapa ayat terakhir bikin aku gelak terbahak!

cilaker ah pipiyapong ni!!!!

korang pergi order buku ni cepat!

aku yang tengah tension2 ni pun boleh relax sikit. serius ni!



Monday, December 1, 2008

entry tiada makna

mau tau kenapa aku tak ada entry baru? bukan tak ada idea nak menaip. banyaaaakkkkkkkkk.

tapi aku kekurangan masa.

masa di pejabat, terlalu banyak kertas di atas meja yang perlu aku tengok. meeting sampai nak muntah. bleaarrgghhhh.

masa dirumah, ada lah sikit free time. tapi aku habiskan di depan stupid black box. selain dari cerita csi, aku tengok cerita english.

aku ulang2 tengok midsomer murders, doc martin, winter solstice dan yang sewaktu dengannya.

ya! aku tonton channel orang tua!!!

i'm a sucker for english series. no, not the series that is in english language. aku tengok cerita yang dikeluarkan oleh manusia yg kita panggil ENGLISH, not american. aku suka the sceneries, aku suka the accent dan aku suka the actor and actress yang biasa2 saja, not too damn gorgeous. ceritanya pun tidak terlalu futuristic dan complicated, daily things in our life that we can relate to.

tapi, aku tetap rindu kamu semua. baca entry2 kamu.

*nota kelip2 - dulu aku tengok coronation street dengan jayanya hinggakan ada subject yang aku tak berjaya. hishhhh.....

* nota kelip2 lagi - renee zellweger dalam bridget jones series sangat comel beraccentkan english versi British itu. colin firth tidak handsome sangat, tapi accent dia best. mel gibson dalam braveheart buat aku jatuh cinta tanpa melihat orangnya. pierce brosnan sebagai james bond juga hebat bukan? ingat pada hugh grant? hhmmm...siapa lagi eh???

owhh..aku ada ternampak satu entry tentang cerita pontianak versi British, katanya pontianak lelaki itu damn hot n sexy. twilight kan?