eh eh...tau tau dah bulan march
11 march akan datang, mamat hensem besar saya akan genap 10 tahun
cepat betul besar!
Showing posts with label tak ada yg lain kecuali mereka - keluarga. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011
Friday, January 22, 2010
tentang lauk orang negeri sembilan
yeap, mak aku orang negeri sembilan.
hari tu masa nak datang sini, mak aku suruh ayah aku beli durian tepi jalan dekat2 area a'famosa resort. kena bayar namploh inggit katanya. hahaha nasib orang tua tu ada duit. orang tua tu mana reti jenis bawak duit banyak2. ada tabung milo bawah katil dia tu kalau korang nak tau. tapi apa dia kisah, karang namploh inggit claim balik kat aku kan....
bawak lah sekarung durian tu ke rumah aku. dalam sekarung tu adalah dalam lima bijik je yg elok boleh makan. yang lain, mak aku simpan dalam taperwer eskrim nak buat tempoyak. ni lagi satu hal, dah di simpan dlm peti ais harus lah mamat2 hensem aku ingat mummy diorang ni beli eskrim banyak2 gitu.
asal buka peti ais soklannya "apesal eskrim ni letak atas mmy, nanti cair"
jawabnya "tu tempoyak opah lah"
dekat lah lima namploh ratus juta kali tanya benda yang sama.
untuk settle kan perkara ini, hari isnin hari tu mak aku buat cadangan.
"mak rasa nak buat sambal daun kayu lah kak" (ada link disana bagi sesiapa yg tak pernah tengok sambal daun kayu ni)
sibuk lah dia senaraikan apa benda yang dia perlukan untuk buat sambal daun kayu itu.
makanya, dalam seminggu ni aku duduk sibuk mencari (literally) daun pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu, serai, daun kunyit, petai, cili api kampung dengan kunyit hidup. nasib jugak aku kerja area kampung2. daun pucuk kaduk aku serender, lima kedai aku pegi, haram jumpa.
dah jumaat ni, misi melengkapkan ramuan belum setel2 lagi. aduh lah
dah! petang karang aku kena carik daun kunyit tambahan pulak, tak cukup katanya. sama ikan bilis setengah kilo, yg dah siap kopek lebih afdal.
susah rupanya nak buat lauk orang negeri sembilan ni ya???
apesal tak letak daun2 sama kayu saje ah???

Monday, February 16, 2009
Thursday, October 16, 2008
aku "anak ayah"
hishhhh...aku ni memang dah jadi blogger tegar kut. kalau tak ada idea apa nak taip kat sini, aku duduk diam2 baca blog dari senarai dekat tepi blog aku, blog yoshz, blog rahimin, blog dzul dan terbaru sekali blog alif yang siapkan senarai siapa latest update blog. senang la hidup pemblog macam gini.
antara yang aku tak miss baca adalah blog rhona. dari apa yang aku baca dia budak kuantan. tapi itu tidak penting. aku rasa rhona sangat sweet. aku suka baca cerita tentang dia dengan keluarga, terutamanya tentang abah dia. terakhir, aku membaca tentang abah yang versi amarah. aku seperti memahami dia. walaupun ayah aku bukan lah beristeri dua, aku juga pernah melalui fasa menjadi anak yang rebellious semasa aku remaja dulu. terlalu banyak cerita ayah yang aku kongsi dengan dia dan perlu aku simpan, untuk menjaga hati mak. ini antaranya.
begini,
aku anak sulung. perempuan seorang. adik lelaki ada 4. semasa sekolah tingkatan di tiga tahun terakhir 80an dan dua tahun terawal 90an (saja je bikin kamu pening), aku duduk asrama. sekolah ditengah2 bandar kuala lumpur yang pahit & busuk. perempuan semua. majoriti orang keliling semua bercakap dalam bahasa penjajah.
tahun semasa aku mahu hadapi periksa yang agak besar, ayah selalu datang. selalu yang selalu sangat. di sekolah, terutamanya waktu tengahari lepas sekolah tamat. bukan di asrama. aku sudah mula menaruh syak. tapi aku bersangka baik. mungkin dia mahu berikan aku semangat.
lama - kelamaan, aku bertambah pelik. ayah datang setiap minggu. hati kecil aku mula berkata yang pelik2. akhirnya persoalan aku terjawab. satu hari ayah datang bersama satu makcik. hampir sebaya dengan ayah. dengan ayah aku tak tanya apa2. lepas salam makcik itu, aku tanya "makcik siapa?". ayah yang tolong jawab "ini bekas tunang ayah dulu". argh sudah!
semasa aku bersalaman dengan keduanya sebelum menaiki bas utk pulang ke asrama, ayah berkata "anak ayah jangan lah cerita dengan mak ye". aku diam sahaja.
ini rahsia yang aku simpan yang merupakan antara punca2 mengapa aku menjadi rebel (tapi tidak lah kronik). however, aku sentiasa beranggapan, theres always some sweetness in those rebellious people, we care actually.
*notakelip2 - ayah aku memang membahasakan aku sebagai "anak ayah" dari dulu hingga kini (harap2 hingga ke akhirnya). adik2 memahami. mak juga memahami. yang tidak memahami cuma adik ipar sahaja. aku kata pada suami dia (adik aku) "cakap dekat dia jangan dengki!, there will always be only ONE daughter to our parents. forever!". adik aku cuma menjawab dengan senyuman dan kemudian buat muka mencebik & menjuihkan bibir dia, kemudian ketawa. hehehe, itu juga ciri2 rebel bukan? cuma in a softer way.

Monday, September 15, 2008
terlalu banyak perkataan KUIH BAKAR dan PAK LANG boleh menyebabkan kolam air mata aku tumpah
kamu tahu apa itu kuih bakar tak? bulat ada mcm kelopak bunga. selalunya berwarna hijau. traditionally, kuih ini dibuat dengan membakar acuan di bahagian bawah sahaja. iskss, susah lah nak explain. kuih ini adalah kuih kegemaran arwah adik (refer entry ini).
satu hari kedua-dua mat hensem bawak balik kuih ini dari pasar ramadhan. bila dikeluarkan dari plastik aku sudah seperti mahu menangis. kemudian, mereka berdua tidak sabar2 bergilir2 bersuara mahu bercerita tentang kuih itu.
abg - mummy, abang beli kuih bakar yang pak lang suka ni
*aku diam*
adik - tak lah, yish yang nampak kuih bakar yang pak lang suka ni dulu
*aku diam*
abg - tapi abang yang suruh daddy beli kuih bakar yang pak lang suka ni
*aku diam*
adik - yish tengok kuih bakar yang pak lang suka ni yish teringat kat pak lang lah mummy
*aku diam lagi*
abg - ahah la mummy, abang pun. dulu kalau beli kuih ni mesti pak lang yang ambik dulu kan?
*aku masih diam*
aku memotong kuih itu mengikut kelopak yang ada.
adik - mmyy, dulu kalau opah dah potong kuih ni, yish dengan abang mesti ambik cepat2 makan. kalau tak nanti pak lang makan habis (kemudian dia gelak)
*aku senyum*
abg - ahah mummy, kalau tak nanti pak lang tinggalkan dua je, satu abg punya, satu adik punya
*aku senyum*
sudah siap semua, aku pergi masuk bilik dan menung. mereka berdua mengikut.
abg - mummy sedih eh pak lang dah tak de?
*aku angguk*
adik - mummy ingat pak lang eh?
*aku angguk lagi*
serentak mereka menjawab - abg pun, yish pun
aku semacam mahu meraung.
tahun ini tahun pertama aku beraya dengan kekurangan seorang adik. entah macam mana lah rasanya nanti.

Monday, July 21, 2008
update
sedikit update untuk hari ini yang amat kelam kabut bagi saya (hiewwww....saya tu)...ok ok..bagi aku.
1. perihal pasca eksiden
walaupun kereta kesayangan aku berada di workshop akibat accident kecik yang berlaku hari khamis lepas, hari ini aku masih tetap pergi bekerja. jalan kaki kata kau? no lahhhh...petang hari khamis itu juga ayah datang ke rumah bersama emak, menghantar kereta aku yang lagi satu (yang aku beri kepada beliau untuk digunakan). jangan kata aku buruk siku ok. aku tak mintak pun. tapi ayah paham anak dia ini, sejenis manusia yang amat tidak reti meminta-minta. sanggup diam seribu bahasa, nak meminta tidak sama sekali.
petang khamis masa aku pulang dari kerja, mereka dah ada dirumah. aku salam keduanya. ayah menangis. aku gelakkan dia. bertuah punya anak kan?. dia kata tak habis2 aku ini ditimpa musibah. aku senyum sumbing saja lagi. aku kata "akak penat, nak masuk dulu, mandi". tapi, aku bukan mandi pun. aku rebahkan diri langsung lelap. semasa azan isyak berkumandang dari surau bawah, mak kejutkan aku suruh mandi. kata dia "ambik air dalam baldi tu buat mandi". aku yg musykil menjawab "heh? air apa pulak ni, siap dalam baldi2 pulak". rupanya mak baca yasin dan surah pelbagai pada air tu. laaaaaaa, nasib tak jumpa bunga2 7 jenis. kalau tidak mandi bunga la jawabnya aku. itu lah mak. penuh dengan semangat alam dia.
2. perihal kala weekend
hari sabtu, ayah cakap dia mahu pulang. aku tahan, tunggu la minggu depan kata aku. beliau menolak, banyak kerja kebun yang belum selesai katanya. aku pun iya kan saja. nak hantar ke aku tanya. hantar sampai komuter je kata beliau. ayah balik kampung naik komuter dan bas. aku agak sedih dgn keadaan itu. nanti mesti orang kampung tanya mana kereta dia. kesian dia kena explain pulak pada mereka.
ayah tinggalkan mak. minta aku hantar mak pulang bila kereta aku dah siap. ye, aku tau. lagipun mak mana boleh sangat jalan sendiri. lagi pulak nak kena naik komuter dan bas segala. ayah kata dia tinggalkan mak supaya boleh buat teman aku tenangkan diri dan fikiran. dia tahu aku amat serabut. yeeeeaaaaaa!!! aku bersorak dalam hati. hai ayah, kalau lah kau tahu yang anak mu ini akan jadi lebih pemalas dan manja mengada2 bila adanya mak disamping (tak sedar diri betul kan? dah tua pun mau begitu) :P
lagi satu, habislah plan aku untuk azam diet minggu ini. mak masak pagi petang siang malam. mana boleh tolak weihhhhh. sangat heaven ok!
3. perihal hari ini
hari ini, pergi kerja guna kereta yang ayah hantar. aku agak kurang gemar (tak boleh kata tak suka langsung, nanti 'dia' merajuk) dengan dia sebab dia hanya ada 'paut stereng', bukan power stereng. lenguh tangan bila nak keluar masuk parking nanti (komplen lagi, tak reti bersyukur betul). tahan lah sikit, dlm 2 minggu je ni. workshop janji dalam 10 hari mungkin boleh siap kereta kesayangan itu.
aku pegi keje bawak 3 handphone dalam beg. satu sendiri punya, satu si anak kecik punya sebab tak kasi dia bawak pergi sekolah dan satu mak punya untuk tumpang charger staff di ofis. gila tamak kata kau :))
TAPI....
aku tak bawak wallet. hah mampos. dah lah kena pergi meeting di ampang lagi. aku gelabah pada mulanya. dah ingat nak balik rumah cari mana wallet itu pergi. miraculously, aku survive dengan menggunakan duit yg dalam compartment coins di kereta dicampur dengan coins yang berat dalam coins pouch dan dicampur dengan duit terselit dalam wallet souvenir pemberian kawan pulang dari Jepun yang aku isi resit2 (ada RM50 ok!). hari ini jugak aku buat kesimpulan apa yang orang tua2 cakap benar belaka. PEREMPUAN MEMANG PANDAI SIMPAN DUIT SELIT-SELIT. hahahaha
ehh lupa nak ucap syukur pada Tuhan, tiada polis yang tahan aku hari ini. kalau tidak sia2 saja bayar saman lagi kerana tiada IC dan lesen segala.
amik kau!, kata short update. muntah baca. tapi aku peduli apa :))

Sunday, June 15, 2008
penat :(
cuti hujung minggu yang penat...
hari jumaat malam aku sepatutnya pergi ke negeri di pantai timur...tapi atas sebab2 yang menyesakkan hati perut aku, plan cancelled...maaf ye kali ini terpaksa, saya tidak mempunyai mood utk drive sejauh itu apabila hati tidak tenang :(
petang jumaat, mak call beritau "mak ada kat rumah maksu ni, datanglah...kita nak bincang pasal adik tu"....rumah maksu kat sekinchan...ada banyak sawah padi...instead of jawab nak datang ke tak, aku jawab dengan soalan "padi tengah musim apa sekarang?"...mak aku pun tanya la balik "ko kenapa kak, tak abis2 dgn padi?"...padahal mak aku tau, aku memang agak "perghak" atau "jakun" sikit time padi masak...sori..tak bleh nak elak dah..kekecik dulu aku jadi tukang tarik tali "orang-orang" halau burung yg makan padi masak ok!...korang budak2 bandar sure tak merasa tu kan? tak tau jugak apa itu "orang-orang"? tak silap omputeh panggil scarecrow...gambar seperti dibawah ye (tapi itu disawah padi jepun)
berbalik kepada cerita dengan mak tadi...aku pun jawab "alah mak ni, cakap je lah"...mak pun jawab "pak su kata padi tengah buah tapi belum masak" (chehh sempat dia tanya paksu, wat malu aku je...cerita lah tu yg aku jakun padi)...aku pun jawab "ye lah, akak datang tapi tak tau malam nanti atau pagi esok sampai".
balik rumah tanya the boys "nak pegi rumah paksu mamat tak?"...in unison mereka menjawab "nakkkkk"...then tanya big boy plak...he said ok...tapi tgk bola dulu...huh!..konon nak gerak dlm 4am dan tiba sana awal2 pagi..end up gerak dr rumah pukul 8 pagi ari sabtu...siap sarapan kat mamak lagi pulak tu...so much of keje tak ikut schedule...hehehe
aku drive, so sampai cepat la sikit...maklum..kalau dulu aku trained as F1 driver, lama dah Malaysia ada F1 driver pompuan, dan dapat placing..tak macam si alex yg menghampakan itu...sampai je ayah aku tanya "ni sapa yang drive tadi ni?" sebab dia tak nampak time kitorang turun kereta, tau2 dah masuk rumah je...mak aku dr dapur menjawab "mesti anak awak lah tu"...aku sengih2 je..ye betul..guilty as charged :P
after lunch masing2 pun merehatkan diri...aku mengantuk....tapi mak cerita about apa yg nak dibincangkan...alahaii..rupanya plan utk "merisik" for my youngest bro (lelaki ada istilah langkah bendul tak?)...aku pun cakap la "budak tu mana ada duit, mcm mana nak kawin?"....mak cakap "kita tolonglah dia"....biar betul mak ni...petang sikit "budak" tu sampai...mak tanya "dah beli cincin ke?"...dia boleh jawab "adik mana ada duit"...adoilah..aku rasa nak hempok je kepala beliau.
later in the evening, pergi keluar mencari cincin...then maksu ajak ambil kuih bahulu ikan...aku ingat kecik2 je kuih tu...haaaa engkau..satu pinggan saiznya...(nanti aku ambik gambarnya n post kemudian)...
then maksu heret kitorang pegi jalan2 kat tepi laut (yg tiada pantai - bakau) kat sungai haji dorani dan sungai nibong...agak nice jugak...siap ada floating chalet semua...makan mee bandung kat situ..sedap dan murah...udang pun besar2...budak2 tu makan sate (mana pegi pun mmg nak sate je)...dalam pukul 9 balik rumah maksu...mandi2 dan prepare utk tido...sekali maksu bawak kluar air kopi satu jug besar n bahulu ikan yg besar tadi...perghh..mana nak letak lagi ntah..perut aku dah penuh...lantak la korang situ..aku mau layan mata dulu..tapi sampai kul 2 pagi telinga aku masih mendengar mereka bersembang...haihhh
ahad pagi2 aku bangun, ingat nak ikut pegi tgk padi...tapi hampa :( kerna paksu sudah keluar awal2...kerja katanya hari ni..alaaaaa....melepas nak menjakunkan diri :(
tengahari siap2 mau pegi mengikut proses "merisik" itu....inilah nasib org takde adik beradik pompuan, asik kena heret kesana kemari je ngan mak ayah...aku tidak mau ikut mereka berbincang, sebaliknya aku join anak2 aku tgk cerita zombie kampung pisang :)) hahahaha...dah nak balik, mak cakap "apa lah ko ni kak, baik tak payah ikut"
alahaiii..macam mak tak paham anak mak ni...."saya tidak suka membuat perkara2 yang menyebabkan saya rasa tua...rasa diperlukan, tidak mengapa"
~end~
Subscribe to:
Posts (Atom)