Friday, January 22, 2010

tentang lauk orang negeri sembilan

yeap, mak aku orang negeri sembilan.

hari tu masa nak datang sini, mak aku suruh ayah aku beli durian tepi jalan dekat2 area a'famosa resort. kena bayar namploh inggit katanya. hahaha nasib orang tua tu ada duit. orang tua tu mana reti jenis bawak duit banyak2. ada tabung milo bawah katil dia tu kalau korang nak tau. tapi apa dia kisah, karang namploh inggit claim balik kat aku kan....

bawak lah sekarung durian tu ke rumah aku. dalam sekarung tu adalah dalam lima bijik je yg elok boleh makan. yang lain, mak aku simpan dalam taperwer eskrim nak buat tempoyak. ni lagi satu hal, dah di simpan dlm peti ais harus lah mamat2 hensem aku ingat mummy diorang ni beli eskrim banyak2 gitu.

asal buka peti ais soklannya "apesal eskrim ni letak atas mmy, nanti cair"

jawabnya "tu tempoyak opah lah"

dekat lah lima namploh ratus juta kali tanya benda yang sama.

untuk settle kan perkara ini, hari isnin hari tu mak aku buat cadangan.

"mak rasa nak buat sambal daun kayu lah kak" (ada link disana bagi sesiapa yg tak pernah tengok sambal daun kayu ni)

sibuk lah dia senaraikan apa benda yang dia perlukan untuk buat sambal daun kayu itu.

makanya, dalam seminggu ni aku duduk sibuk mencari (literally) daun pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu, serai, daun kunyit, petai, cili api kampung dengan kunyit hidup. nasib jugak aku kerja area kampung2. daun pucuk kaduk aku serender, lima kedai aku pegi, haram jumpa.

dah jumaat ni, misi melengkapkan ramuan belum setel2 lagi. aduh lah

dah! petang karang aku kena carik daun kunyit tambahan pulak, tak cukup katanya. sama ikan bilis setengah kilo, yg dah siap kopek lebih afdal.

susah rupanya nak buat lauk orang negeri sembilan ni ya???

apesal tak letak daun2 sama kayu saje ah???

1 comment:

laki cikgu kimia said...

asam pedas kot kalu gua..