Thursday, December 31, 2009

akhir & awal

hari ini, hari terakhir dalam tahun 2009.

aku doakan agar tahun 2010 akan lebih baik untuk kita semua.

jaga diri ye!

Tuesday, December 1, 2009

its her 7th month

today, ain is 7 month

and theres many many more months and years to come. InsyaAllah

sunyi


sunyi. rasa macam mahu menjerit sekuat hati.

mamat mamat hensem dua dua tak ada. ikut encik suami. mahu rasa udara ipoh.

kejap2 aku telefon.

sunyi. rindu mereka.

nasib baik ada ain. layan bunyi bunyi dia. macam lah aku faham :)


Wednesday, October 28, 2009

tercinta


*ambik gambar tak buka lampu, harapkan lampu tv je. bijak mummy ni

mereka kecintaan saya. amat sangat!

Friday, October 23, 2009

banyak

aku tengah banyak kerja. kerja ofis. yang bikin otak aku penat.

bila otak penat aku makan banyak. bukan kuantiti yang banyak. tapi jenis makanan nya. kejap roti, kejap kuih, kejap lg nasik, petang kang mee, kuih raya lagi. macam - macam lah.

bila pikir balik, walaupun sikit - sikit bila dah itu ini yg masuk mulut aku, end up jadi banyak lah jugak kan?

boss, boleh tolong jangan kasi aku kerja yang banyak tak?

Tuesday, October 6, 2009

kisah peladang yang sedang berusaha untuk berjaya

:D

ada beberapa orang telah bertanya mengapa aku dah lama tak update blog. sibuk sangat ke?

hehehe.

kerja memang lah banyak. tapi dah lama kerja kan, pandai - pandai lah bahagikan masa ye dak? so nak kata sibuk tu, tak lah sangat.

tapi di kala masa lapang aku berhempas pulas mengusahakan ladang di alam maya. siap boleh bela anak gajah lagi tu. mana ada ladang dalam dunia ni yang boleh letak gajah sekali dengan tanaman. kan?

kalau mahu jadi jiran tetangga aku, sila - sila kan lah ye! :)




Wednesday, August 5, 2009

walaupun dalam "alam maya" budi bahasa pun kena jaga juga

semenjak zaman kegawatan ekonomi semakin teruk ini, email box aku sentiasa penuh. maksud aku "email box" syarikat tempat aku bekerja. yang aku gunakan untuk urusan2 kerja. semakin banyak email2 yang berkaitan dengan buat duit, tambah duit, dapat duit senang dan yang sewaktu dengannya. yang aku pasti amat, pengirimnya adalah semua berbangsa melayu. ye lah kalau dah namanya azlee, aida, suhana, shamsul dll.

bagi yg hantar email bertali arus begitu selalunya aku akan reply dengan meminta mereka mengeluarkan aku dari senarai mereka. the reason being, aku tak mahu terima lagi email begitu dari mereka. dan alhamdulillah bagi yang mengerti, mereka akan minta maaf dan aku tidak terima email lagi dari mereka.

tapi ada satu orang lelaki apabila aku reply minta tolong untuk keluarkan aku dari listing beliau, tahu apa dia buat?

dia reply dengan mengatakan aku bodoh, mencari musuh, tak pergi sekolah, cikgu tak ajar dan berbagai kata kesat lain lagi lah. dan dia mengatakan dia yang bekerja sebagai IT personnel tidak pernah jumpa orang seperti aku yang tidak reti "delete email". its not about deleting the email, aku hanya tidak mahu terima email2 begitu lagi dalam mailbox company. surely nanti akan ada lagi email lain pula yg masuk kalau aku tidak minta dia keluarkan aku dari listing kan? can he not get it?

selama ini aku memang agak kurang berkawan dgn orang yg menggunakan gantinama "hang". dia menambahkan lagi scepticism aku tentang orang yg menggunakan gantinama "hang". maaf kalau ada yg terasa, but seriously, i've got way too many bad experience with these people. orang melaka pun tak begitu "kurang ajarnya".

i started the week with this bad incident. hopefull it will end with a good one. hopefully!

Thursday, July 30, 2009

tertinggal & terbawa

aku dalam perjalanan ke pejabat hari2 perlu singgah dulu ke sekolah agama tempat mamat mamat hensem transit, sekolah agama & mengaji. perlu turunkan bakul baju, beg sekolah, selipar dan pakaian sekolah agama. on top of that, aku juga bawa beg berisi laptop dan handbag ke pejabat. imagine lah banyak nya benda yang perlu di bawa tu.

satu hari, selesai hantar semua barang2 ke sekolah aku terus ke pejabat macam biasa. sambil tu tergelak gelak sorang2 dengar radio flyfm pagi show. kelakar diorang tu.

tapi!!!

apa cerita dah dekat nak sampai ofis aku toleh tengok di kerusi sebelah ada bakul baju mamat mamat hensem pulak ni???? mana bag laptop???

nangis raung2 pun tetap kena pusing balik kan?

*sigh*

Tuesday, July 7, 2009

k.e.m.b.a.l.i

yeahhhhh...dah dekat 2 bulan lebih tak ada update apa2 kan. sekarang aku dah naik kerja. mak oiii aihhh, masuk2 pejabat bertimbun kertas atas meja. apa memang mengharapkan aku saja kah mereka2 ini. maknanya sekarang, aku bekerja seperti labah - labah bak kata si yoshz yang jahat itu. tapi tetap juga mau berblog. hhmmm apa lah nak jadi. hehehe

ain juga sudah semakin sihat. walaupun masih dikira sebagai "underweight", pipi dia sudah tembam. dan aku pula terpaksa mendengar syarahan percuma tentang penjagaan anak di klinik itu. haihhh..dah tua - tua pun kena bebel lagi!



mamat hensem besar dan mamat hensem kecik pun sudah bertukar ke sekolah baru yang memang baru dibuka di kawasan kejiranan aku itu. hari2 kerjanya pergi kedai buku (kita kata koperasi tu) je. ada saja benda tidak perlu dan tidak penting yang dibeli. boleh bankrupt!

beg mamat hensem kecik sangat berat! aku tanya dia "tak susun buku ikut jadual ke?, berat sangat beg yish ni, macam bawak batu".

dia jawab "tak de lah mmy, yish memang kutip batu2 masa nak pergi sekolah tu isi dalam beg!"

warghhhhhhhhhhhhhhhh!!! aku macam nak menangis dan ketawa sekali gus!

ok sudah dulu, sambung kerja. taaaaa

datang lagi ke sini ye!

Tuesday, May 12, 2009

salam perkenalan

hai everyone,

nak introduce an addition of my precious and dear to heart collection kepada kamu semua.

here is my new baby girl born on 1st may 2009 @ 7.50am di Hospital Putrajaya.

dia keluar awal 6 minggu. sangat sedih tengok dia mula2 tu, kecik dan banyak wayar dan tiub selirat kat badan. Alhamdulillah sekarang dah sihat dan OK. cuma masih kecik lah.

dia dinamakan faiqah nurain dafina insyrah. doakan kesihatan dia ye.











Sunday, April 26, 2009

si bijak pandai

mamat hensem besar bawak balik kad kemajuan sekolah agama. ustazah minta sign untuk keputusan peperiksaan akhir tahun lepas masa dia darjah satu. Alhamdulillah dia dapat nombor satu, walaupun si mummy ini tak berapa mahir membaca jawi & berlagu Quran itu.

aku bertanyakan tentang keputusan peperiksaan untuk sekolah kebangsaan yang diambil baru2 ini.

dia - abg dapat nombor 28 mmy *sambil mempamerkan senyuman yang paling manis*

aku - :(( :(( :(( apesal banyak sangat

dia - budak perempuan semua dah makin pandai lah mmy

aku - *diam*

btw, untuk tahun lepas dia dapat no 9 tp no 1 sampai 8 semuanya anak2 perempuan. kali ni aku tak kuasa nak tanya takkan lah no 1 sampai 27 pun budak perempuan jugak. haihhhh

nota kelip2 - harus simpan semua games & berhentikan astro mungkin


Thursday, April 23, 2009

at 8, dia sudah ada makwe, sweet bukan? :))

enough of all those melodramatic happenings in my life. i need to be strong. kuat, gagah, tabah etc etc yang sewaktu denganya.

mari cerita tentang sesuatu yang boleh bikin kamu tersenyum ye.

on average, belanja setiap hari mamat2 hensem adalah 3 ringgit seorang. oleh sebab tak reti guna coins lagi (ye! walaupun dah 4 bulan sekolah!) mamat hensem kecik telah mengumpul seberapa banyak coins dalam wallet dia (standard 1 dah ada wallet tu!!!). dan pengguna coins beliau siapa lagi, sudah tentu lah mamat hensem besar yang sudah terlalu bijak mengira itu.

semalam,

mamat hensem kecik - mmy, abang ambik duit yish beli pensil tekan lagi 2 *dengan gaya muka penyek dia*

aku - habis tu, belanja tak? makan tak? *biasa lah kan, mak2 memang cepat risau tentang masalah makan minum anak2 ni :D*

mamat hensem kecik - belanja, makan. tapi abang ambik yg duit coins banyak2 tu laaaaa.... *alolololo, muka dah start nak mendung, jap lagi hujan*

aku toleh dekat mamat hensem besar pulak - kenapa ambik duit adik? kenapa nak kena beli pensil tekan lagi? sampai dua pulak tu? bla bla bla bla *imagine mummy ini membebel :P*

mamat hensem besar - *diam*

mamat hensem kecik menyampuk - abang kata dia nak kasi satu pensil dekat makwe dia mmy

aku - *gelak gelak gelak* sambung dengan pertanyaan2 berikut, "abang dah ada makwe ke?", "siapa nama dia", "dia kelas apa?"

mamat hensem besar - mana ada, TAK JADI kasi, kawan abang Aizat yang ambik satu pensil tu

aku - *gelak, gelak, gelak lagi*, apa pasal tak jadi kasi? having a second thought? cold feet? (tapi berkata dalam hati je lah) :))

mamat hensem kecik - alaaa, sekarang tak jadi lah kasi, nanti ambik lagi duit yish, nak beli lagi bla bla bla bla.....

mamat hensem besar - mana ada! abang dah kata tak ada tak ada lah bla bla bla....

dan mereka pun mula bergumpal di kerusi belakang itu.

lantak lah.

heyyyyy, my son dah ada makwe tau! bangga tak? :))

*senyum & angkat kening sebelah*

Monday, April 20, 2009

....

kenal nora danish? budak comel yg femes itu?

aku rasa aku paham apa yg dia rasa & alami. bezanya cuma dia hotness, aku tak. dia femes, aku tak. dia comel, aku tak. those things lah...etc etc

i just hope that i'd be strong to go through the ordeal and have all the support that i'll need. moga Tuhan beri aku semangat dan kekuatan.

eh lagi satu, may be its about time aku cari semula semua secret admirer dulu2 kan? haaa...come..come...lai..lai... :P

Tuesday, April 14, 2009

dia sudah besar mungkin

sejak dua menjak ni, mamat hensem besar asik komplen je. asal balik sekolah je mengadu yang budak perempuan asik belasah dia la, cubit dia la, kejar dia la. hahaha, aku senyum saja.

daddy pernah saja cadangkan untuk kejar semula budak2 perempuan itu semua kemudian cium. aduh! itu sudah seperti harassment pulak lah.

hhmm, mamat hensem besar sudah ada ciri2 menjadi perhatian para girls bukan?


Thursday, March 26, 2009

misi menyelamat - kunci kereta, bumi & kekasih haiwan

hahaha...ini entry sekali banyak dalam satu.

mula - mula,

petang2 lepas ambik mamat2 hensem dari sekolah kebangsaan, aku kena singgah sekolah agama untuk kutip baju sekolah agama, beg sekolah agama, selipar dan bagai2 lagi lah. macam biasa, aku keluar dari kereta dan minta mereka tunggu dalam kereta. tengah2 aku duk kutip segala kat dalam sekolah tu, aku dengar suara mereka bergelak ketawa di luar. eh eh, apa hal ni dua-dua nya keluar. siapa tunggu dalam kereta? aku dah lah tak matikan enjin kereta tadi.

pergi kereta, aku rasa nak meraung dan mengamuk! tu dia semua pintu lock, the engine is running, the aircond is on. wharghhhaaaaaa :(( :(( :((

nasib ada seorang hamba Allah yang menjadi MC GUYVER menggunakan pembaris besi panjang untuk unlock pintu kereta. haihhhh...kul 8 malam jugak lah sampai rumah.

sampai hari ni aku masih belum dapat bantai mamat2 hensem tu sebab bila aku tanya "mummy bantai kamu orang boleh tak?", dengan lajunya dua2 menggeleng kepala macam nak tercabut kepala.

*sigh*

cerita kedua,

in supporting to the Earth Hour hari Sabtu nanti, agak2 apa aku boleh suruh mamat2 hensem tu buat dalam gelap tu? selalu kalau aku tutup lampu je kerja nya bergurau sampai ada yang menangis. tapi tu biasa2 ada kipas boleh la aku sejuk hati. ni kang segala benda off, kalau ada yg menangis, maunya hati aku panas meruap. ada cadangan?

owhh btw, in supporting the Earth Hour jugak, Fly FM is airing the unplugged / accoustic version on most of the songs. aku suka! korang support gak lah eh this thingy of saving our mother nature ni. bukan apa, kut2 kita dah mati, anak2 cucu2 cicit2 ada lagi nak guna bumi ni. rite?

cerita last,

lately aku slalu sick. kekejap tak sihat, kekejap sakit. makanya selalu lah mamat2 hensem pergi sekolah agama lambat sikit. keupayaan membuat kerja berkadar terus dengan tahap kesihatan. lepas aku siapkan diorang, aku suruh breakfast sambil tengok tivi dulu. senang sikit aku nak continue buat kerja dan bersiap.

hari ni, pagi2 dah tengok ke kartun. ala cerita hamster yang banyak2 tu. pe tajuk ntah. cerita katun ni pun kadang2 tak semenggah.

aku keluar dari bilik air si abang buat statement komen katun tu.

abg - hamster pun pandai cinta eh mmy
aku - huh? apa?
abg - ni cerita katun ni. hamster pun pandai menyelamatkan kekasih dia
aku - hahaha...pandai2 kamu lah. bukan semua cerita katun tu boleh percaya ok
abg - ok (sambil dia minum milo yang aku hidang atas meja)

ada sesapa kerja kat tivi station? mahu hantar surat resmi nak complaint ni :))

Friday, March 13, 2009

panah apa?

semalam petang panas terik. tapi tiba-tiba masa pick up mamat mamat hensem dari sekolah hujan turun dengan selebat-lebatnya. basah kuyup lah kalau keluar tak guna payung.

selesai ambik diorang, masuk kereta, jalan.

tengah aku sibuk nak drive, mana nak tengok jalan lagi, mana nak concentrate lagi, diorang sibuk bising "tengok mummy, tengok mummy!"

apa bendanya? - kata aku
tengok depan tu - kata si abang

kebetulan aku kena belok selepas tu, maka tak nampak lah.

apa bendanya - kata aku lagi, separuh menjerit
tengok kat tepi belakang pulak - kata si adik

huh?

ingat mummy kamu ni bionic woman ke kepala boleh pusing 360 degrees hah?

nak telefon mummy! - kata si abang
for what? - aku jerit
nak ambik gambar - kata abang lagi
gambar apa? - aku jerit lagi sambil tangan bongkar handbag dan drive menggunakan siku
rainbow!!! - kata adik (cheh eksen tak mo cakap pelangi)
the car is moving, tak dapat snap punya, tunggu lah tiba rumah karang - aku kata

sampai2 je parking lot, terus diorang melompat keluar sambil si abang memegang handphone aku hala ke sana sini nak ambik gambar pelangi tu.

*ini si abang yang snap, siap focus lagi tu*


*masa untuk mereka posing pulak, kemudian buat aksi entah apa2*

dah selesai mereka posing tu macam biasalah ada perbualan menduga kesabaran yang keluar.

mmy, rainbow dalam bahasa (melayu la tu) apa eh? - tanya si abang
ellehhhh....buat-buat tak tau ke? - kata aku
hehehe - dia sengih
apa sengih2 - kata aku geram
panah hujan kan? - kata dia dengan muka selamba sambil angkat beg berat dia dari kerusi belakang kereta
mummy panah kamu nak??? - jerit aku sambil cekak pinggang gaya mak yg garang

btw, cikgu english tolong perbetul periksa dalam bahsa melayu BOW tu apa? ada ke ajar anak2 murid perkataan BUSUR?

hari2 ada je perbualan yg menduga akal dan kesabaran. letih aku! :))

Wednesday, March 11, 2009

abang dah besar kan?

hari ini, syukur Alhamdulillah si mamat hensem besar dah cukup berumur 8 tahun.

Abang dah jadi budak besar kan mummy ? - kata dia

Ellehhh, bebird pun belum potong ada hati nak jadi budak besar - kata aku

Mummy ni main2 lah abang tanya betul2 ni - kata dia lagi

aku sengih saja.

sebenarnya, macam tak mau dia rasa dia besar. nanti dia malu untuk cium aku dan malu untuk peluk aku di depan orang.

Monday, February 16, 2009

setahun sudah

15th feb genap lah setahun pemergian my 3rd brother mengadap Ilahi.

Al-Fatihah untuk arwah.

Monday, February 2, 2009

lagu untuk hari ini (versi hari khamis minggu lepas)

ini update delayed telecast :)...tak paham? tak paham sudah! hehehe

sejak rescheduling of operation hours utk plant ni, time aku breakfast dekat kantin menjadi sunyi. tak de suara makcik2, kakak2, aci2, nepal2, myanmar2 sebuk berebut ambik makanan dan berborak sambil makan.

sarapan nasik goreng sama milo ais memang ngam sungguh. sambil tu budak kantin bukak radio chanel ke Sinar.fm set ke abang jem dan kak engku membebel. tak lama lepas itu kedengaran satu lagu yang memang aku ingat sangat masa aku kecik2 dulu.

kata lagu tu :

jangan segan2 kalau sudah berkenan
jangan segan2 kalau sudah berkenan
cepat2 kirim kan lah hai wakilmu meminangnya
takut nanti dia akan tergoda kepada....orang lain

jangan segan2 kalau sudah berkenan
jangan segan2 kalau sudah berkenan

hah! ini apa pasal masa aku drive pun aku boleh nyanyi ikut lirik lagu ni nih?

yang amazing nya, aku boleh taip lirik ni masa aku buat new posting ni. serius aku tak gugel lirik weih. giler ke haper ni? camne otak aku boleh auto into lagu ni?

cuba jawab!

Wednesday, January 28, 2009

sessi berkumpul beramai - ramai (dan memenatkan)

cuti - cuti malaysiaaaaaaaaa....mesti best kan

huh! tipu je sebenarnya.

cuti raya cina hari tu, balik pontian. sessi kenduri kendara. nasib lah pada skala kecil-kecilan je. itu pun penat nya tak boleh cakap lah. puan hajjah kamariah buat kenduri untuk khatam quran cucu sulung beliau, sekali dengan majlis cukur jambul cucu yang bongsu (buat masa ini).

ingat entry lepas aku pernah mention yang semua sekali para cousins tu ada 14 setengah? so sekarang yang setengah tu sudah menjadi satu lah.

punya la hebat dugaan nak mengumpulkan 15 orang ni nak di ambik gambar. korang tengok je lah. macam - macam hal ada. enjoy the pics yea!


*abang yg paling sulung khatam quran, mereka mengikut saja, ambil berkat*


*cubaan awal mengambil gambar mereka, tapi tak cukup sorang la pulak*

*dah cukup 15, tapi ada cubaan melarikan diri lah pulak, haisshhhh*


*time ni lah sibuk nak mencium, berbual, tengok belakang lah bagai*



*arghhh, makcik dah penat. berpeluh-peluh aku korang buat. janji cukup 15 sudah!*

Friday, January 16, 2009

hello, hello....kopi ke milo

salam semua. apa kabar? terasa betul lamanya aku tak buat apa2 entry di sini. busy yang teramat sangat. sudah kalah labah2 sibudakyoshz. kiranya lebih kurang macam sotong humbolt mungkin. kalau kamu tak tau apa benda itu, rajin2 lah pergi tonton animal planet ke, national geographic ke ye. hehehe

kenapa aku busy? sila lihat list dibawah ok.

1. kerja ofis yang makin lama makin melampau. diorang boss2 ni tak cukup kaya lagi, makanya aku perah la tenaga, keringat, kebijaksanaan dsb nya cari jalan camne nak kasi diorang kaya lagi. tsks tsks tsks

2. encik suami kena denggi. yang kena pindah2 hospital. duduk dalam hospital 10 hari. his nose bleeding profusingly sampai kena sumbat2. gelihati pun ada aku tengok. tapi kesian ah jugak. haihhh, memang sangat memenatkan.

3. elok je encik suami discharge, sibuk dengan preparation naik sekolah. beli itu ini, bayar yuran itu ini, daftar sana sini. sangat penat! nasib lah anak aku dua orang je. tak terbayang ke orang yang anak ramai tu mcm mana diorang handle.

4. owhh ye, si mamat hensem kecik naik darjah satu. hari orientation sangat kelam kabut. rasanya mak bapak yang terlebih excited. first day sekolah dia sudah mintak duit belanja 3.00! entah apa lah yang dia beli. soal punya soal, rupanya dia hanya reti beli benda guna duit kertas seringgit, kemudian tak tunggu duit baki. sampai hari ni masih tak reti guna coins. sudahnya tetap kena kasi duit belanja 3 ringgit duit kertas juga. kalau kasi coins, dia akan buat muka penyek & merajuk. adoi lah!

5. mamat hensem besar sudah amat pandai berdikari. semua benda pun mau buat sendiri. sudahnya aku terasa macam tidak diperlukan. sobs sobs sobs :(

6. mamat hensem besar sudah 3 hari tak pergi sekolah. melepek je kat rumah. ubat klinik tak jalan. bwk pergi hospital, kena ambik darah. platelet sudah 100. kena berjaga-jaga takut dia terkena denggi juga. sudah beri sup ketam, air 100plus juga. kalau demam lagi, mau cuba rebus pucuk betik pula. orang kata mujarab.

7. kerja di ofis makin2 melampau banyak. kejap tadi baru lepas balik jumpa orang, bos panggil lagi. hishhh tak tau saya penat ke???

ok lah. itu saja utk kali ini. till next time.

* nota kelip2 - ya! ya! aku juga rindu kamu semua. jaga diri ye! jangan sampai kena denggi, siksa tahu!

btw, satu hari encik suami telefon, mamat hensem besar jawab "hello, hello, kopi ke milo", terus encik suami terdiam. dia ingat dia salah nombor telefon. tu pasal aku saja letak sebagai tajuk entry. hahaha! itu script cerita / movie apa ye?