Monday, July 21, 2008

update

sedikit update untuk hari ini yang amat kelam kabut bagi saya (hiewwww....saya tu)...ok ok..bagi aku.

1. perihal pasca eksiden
walaupun kereta kesayangan aku berada di workshop akibat accident kecik yang berlaku hari khamis lepas, hari ini aku masih tetap pergi bekerja. jalan kaki kata kau? no lahhhh...petang hari khamis itu juga ayah datang ke rumah bersama emak, menghantar kereta aku yang lagi satu (yang aku beri kepada beliau untuk digunakan). jangan kata aku buruk siku ok. aku tak mintak pun. tapi ayah paham anak dia ini, sejenis manusia yang amat tidak reti meminta-minta. sanggup diam seribu bahasa, nak meminta tidak sama sekali.

petang khamis masa aku pulang dari kerja, mereka dah ada dirumah. aku salam keduanya. ayah menangis. aku gelakkan dia. bertuah punya anak kan?. dia kata tak habis2 aku ini ditimpa musibah. aku senyum sumbing saja lagi. aku kata "akak penat, nak masuk dulu, mandi". tapi, aku bukan mandi pun. aku rebahkan diri langsung lelap. semasa azan isyak berkumandang dari surau bawah, mak kejutkan aku suruh mandi. kata dia "ambik air dalam baldi tu buat mandi". aku yg musykil menjawab "heh? air apa pulak ni, siap dalam baldi2 pulak". rupanya mak baca yasin dan surah pelbagai pada air tu. laaaaaaa, nasib tak jumpa bunga2 7 jenis. kalau tidak mandi bunga la jawabnya aku. itu lah mak. penuh dengan semangat alam dia.

2. perihal kala weekend
hari sabtu, ayah cakap dia mahu pulang. aku tahan, tunggu la minggu depan kata aku. beliau menolak, banyak kerja kebun yang belum selesai katanya. aku pun iya kan saja. nak hantar ke aku tanya. hantar sampai komuter je kata beliau. ayah balik kampung naik komuter dan bas. aku agak sedih dgn keadaan itu. nanti mesti orang kampung tanya mana kereta dia. kesian dia kena explain pulak pada mereka.

ayah tinggalkan mak. minta aku hantar mak pulang bila kereta aku dah siap. ye, aku tau. lagipun mak mana boleh sangat jalan sendiri. lagi pulak nak kena naik komuter dan bas segala. ayah kata dia tinggalkan mak supaya boleh buat teman aku tenangkan diri dan fikiran. dia tahu aku amat serabut. yeeeeaaaaaa!!! aku bersorak dalam hati. hai ayah, kalau lah kau tahu yang anak mu ini akan jadi lebih pemalas dan manja mengada2 bila adanya mak disamping (tak sedar diri betul kan? dah tua pun mau begitu) :P

lagi satu, habislah plan aku untuk azam diet minggu ini. mak masak pagi petang siang malam. mana boleh tolak weihhhhh. sangat heaven ok!

3. perihal hari ini
hari ini, pergi kerja guna kereta yang ayah hantar. aku agak kurang gemar (tak boleh kata tak suka langsung, nanti 'dia' merajuk) dengan dia sebab dia hanya ada 'paut stereng', bukan power stereng. lenguh tangan bila nak keluar masuk parking nanti (komplen lagi, tak reti bersyukur betul). tahan lah sikit, dlm 2 minggu je ni. workshop janji dalam 10 hari mungkin boleh siap kereta kesayangan itu.

aku pegi keje bawak 3 handphone dalam beg. satu sendiri punya, satu si anak kecik punya sebab tak kasi dia bawak pergi sekolah dan satu mak punya untuk tumpang charger staff di ofis. gila tamak kata kau :))

TAPI....

aku tak bawak wallet. hah mampos. dah lah kena pergi meeting di ampang lagi. aku gelabah pada mulanya. dah ingat nak balik rumah cari mana wallet itu pergi. miraculously, aku survive dengan menggunakan duit yg dalam compartment coins di kereta dicampur dengan coins yang berat dalam coins pouch dan dicampur dengan duit terselit dalam wallet souvenir pemberian kawan pulang dari Jepun yang aku isi resit2 (ada RM50 ok!). hari ini jugak aku buat kesimpulan apa yang orang tua2 cakap benar belaka. PEREMPUAN MEMANG PANDAI SIMPAN DUIT SELIT-SELIT. hahahaha

ehh lupa nak ucap syukur pada Tuhan, tiada polis yang tahan aku hari ini. kalau tidak sia2 saja bayar saman lagi kerana tiada IC dan lesen segala.

amik kau!, kata short update. muntah baca. tapi aku peduli apa :))

No comments: