Wednesday, November 26, 2008

TANJEWBERRYMUDS menda apa???

aku dapat menda ni thru email. mula-mula baca memang pening gak. last-last bila dah ikut instruction tu baru aku dapat dan paham. tergelak besar aku dibuatnya. payah jugak bahse penjajah ni rupanya ye.

korang cuba lah! tengok tergeliat lidah tak :))

here it goes

to get the full effect, this should be read aloud. You will understand what 'tanjewberrymuds' means by the end of the conversation. This has been nominated for the best email of 2007.

The following is a telephone exchange between a hotel guest and room - service, at a hotel in Asia, which was recorded and published in the Far East Economic Review.

Room Service (RS) : Morrin. Roon sirbees
Guest (G) : Sorry, I thought i dailled room - service
RS : Rye. Roon sirbees. Morrin! Jewish to oddor sunteen?
G : Uh..yes. I'd like some bacon and eggs
RS : Ow July den?
G : What?
RS: Ow July den?...pryed, boyud, poochd?
G : Oh, the eggs! How do I like them? Sorry, scrambled please.
RS : Ow July dee baykem? Crease?
G : Crisp will be fine.
RS : Hokay. An Sahn toes?
G : What?
RS : An toes. July Sahn toes?'
G : I don't think so.
RS : No? Judo wan sahn toes???
G : I feel really bad about this, but I don't know what 'judo wan sahn toes' means.
RS : Toes! toes!...Why jew don juan toes? Ow bow Anglish moppin we bodder?
G : English muffin!! I've got it! You were saying 'Toast.' Fine. Yes, an English muffin will be fine.
RS : We bodder?
G : No...just put the bodder on the side.
RS : Wad! ???
G : I mean butter...just put it on the side
RS : Copy?
G : Excuse me?
RS : Copy...tea...meel?
G : Yes. Coffee, please, and that's all.
RS : One Minnie. Scramah egg, crease baykem, Anglish moppin w bodder on sigh and copy....rye??
G : Whatever you say.
RS : Tenjewberrymuds
G : You're very welcome

haihhhhh...i cracked my head to understand this! hahaha

*nota kelip2 - serius aku rasa selama ni memang orang datang dari negara yg berkenaan memang siksa dalam berbahsa inggeris. tu pasal depa duk pertahan bahse depa je kat mana - mana. kamu boleh agak tak dari negara mana ni?

Monday, November 24, 2008

what? u think i never look at u eh? ---> these, made me cringed to the core of my bones!

hellooooooo people. miss u all so very much!

just finished our audit for this year. felt relief. ok, i got a story to tell u all. come, gather around and read properly ya. then tell me what u think about it.

had a late evening meeting on friday. other than us the HOD's, the big boss was there too. when i said big boss, its not my immediate superior. big boss means the man who is not even based in our office. he had to come from some other office in town when he need to oversees us here. he got one hell of a big office here, but he seldom sits in it. whenever he comes around, he'd just go straight to the conference room. all the talkings were mainly done there.

i've known his name, his figure, his face for quite some time. owhhh no, i was lying. infact, i've know him for a very long time. i grows old in this group of companies ok. all this while, i'd rarely talk to him. let alone, joking or making any humourous conversations with him. in a way, i'm scared of him. yeap! speaking of being so brave with the others, this is the only person i'd try to avoid passing in front of him. till now, i cant figure out why.

but last friday, he was asking me way so many questions during the meeting. even when someone else was presenting, he'd look at me and asked "what do you think?". ok, u may say that it is normal. but it wasn't! it didn't end up there.

then the meeting was over. i went straight to my room. sit and look blankly at my laptop's screen thinking of the so many things to be done. suddenly, there he was stopping by my door on his way to the loo.

him - i put my laptop bag here for a while ye.
me - ha? *blank face*

weird no 1!

on his way back from the loo, he stopped again to collect his laptop bag.
him - thanks ye. see you again.
me - ok, bye boss *was i being too nice?*
him - ok bye *and he walk away*

suddenly he turned back.
him - by the way ***** (my name), i think you look different. u are glowing *and he smiles, ok no! he grins*
me - haaaaaaaaa? *blank + blur + question marks (with thousands of it) face*
him - what? u think i never look at you eh? * and he chuckles and walked away*
me - cilakerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr *dalam hati je lah*

weird no 2 (with a capital W) ok!!!!

weird no 1 - there are so many sitting chairs around the office. there are also a table with 6 chairs that we used for visitor near the front part before he enters my room. why on earth did he put his laptop bag on the floor near my door and telling me about it? reasons please!

weird no 2 - other than in meetings and presentations, i dont talk to him. seriously, i avoid him as much as i could. as i said earlier, im actually scared of him. what was he trying to do? owhh please, dont say that he's making a pass at me. he already has two gorgoeus wives ok.

i was curious. did i day dreamt about it. so, i asked the clerks who were sitting near my room. all they can do were grinning at me and nod their head saying yes it was indeed the big boss who talked to me just now. owhhhh, now im damn. shiiiissssshhhhhhhhhh

i called his driver too.

me - mi, apa kena dengan bos kau hari ni?. jangan jawab bukan2. aku tau kau tengah drive dia tu
him - pesal kak?
me - giler banyak dia bercakap dengan aku hari ni. siap buat lawak bengong lagi. kau kasi dia minum apa masa ambik dia dari airport tadi?
him - hahahahaha *ketawa besar*
me - oiihhh! jangan ketawa lah bodoh! aku dah takut giler ni
him - hahahaha...lantak tak tau. jaga2 kak *gelak lagi*
me - ahhhh cilaker lah kau ni mi. datang lain kali siap kau aku ketuk kepala. aku suruh jo jgn kasi kau makan jugak!
him - lantak laaaaa....lak linggggg, tak tau *memain dah dia ni*
me - dah ah kau. drive boss tu elok2. ko jangan kasi makan ke minum bukan2 lagi. bikin aku takut je
him - hahahaha *gelak lagi*
me - put down the phone lah oii..jgn gelak lagi!

so, thats my story for today. any feedback from u people?

haihhh...sorry k...my brain function in english today. demit!

Thursday, November 20, 2008

orang suruh pergi belajar, kami pergi berkelah di tengah padang sedangkan cuaca diluar sangat lah sejuknya hingga ke sum-sum tulang

ok, take five jap.

new entry lagi. tralalalala. hehehe

kawan aku asyik betul mengup-loadkan (ada ah ini word?) gambar2 masa kitorang belajar dulu dekat facebook. aku jeles, rasa nak up load jugak banyak2 gambar masa tu. tapi aku takde scanner. tak kuasa aku nak snap guna camera telepon bimbit, camera digital atau kamera web.

ini aku cilok satu gambar dari facebook dia.



alkisahnya, masa tu bulan october ke november aku tak ingat. suhu kat luar ada lah dlm 10 darjah celcius. pagi cuaca cam cerah. plan utk 'berkelah' kat taman macam sangat sesuai dengan aktiviti makan nasik ayam yang dibuat beramai2. alih tak alih hujan turun. hujan kat negeri jahanam tu kalau tak disertai dengan angin kuat memang tak sah. masing2 dah risau, habis lah plan rosak.

tak lama lepas tu hujan pun berenti. apa lagi, masing2 punya muka pun bersinar bagai matahari yang memang tak keluar pun masa tu. berjalan lah kami beramai2. singgah kedai kecik nak beli chips, drinks dan lolly pops. mamat orang puteh pun sudah bengang sama kami sebab dia kena bukak pintu kedai. orang kat sana pukul 4 je masing2 nak tutup segala dah.

sampai taman, masing2 jadi kanak2 ribena. main kejar2. main buaian. main jongkang jongket. tak padahal menda alah tu semua basah. yang tergolek atas rumput masa lari kena kejar jangan cerita lah. dah kata sejuk, tu semua konon nak hilang sejuk lah. hambik kau, lepas berpeluh, datang angin tiup, terus menggigil masing2 gelabah carik sweater semula.

dah penat bersuka ria, apa lagi, acara makan lah.

dah, aku nak sambung keje semula.

*nota kelip2 - aku ada gambar mcm gini versi mulut aku penuh dengan lolly pop. aku dah keluarkan awal2 dari album yg tukang ambik gambar ni tunjuk. tak senonoh benor rupanya! :))

Wednesday, November 19, 2008

baru satu hari aku sudah rindu giler, inikan pulak empat minggu. hishhhhhhh

:P two entries in a day? kata busy? ngeeee

aku masih tetap busy sebenarnya ni. tapi aku mahu menyatakan di sini bahawa aku rindu amat sama budak bijak besar.

sekolah sudah mula bercuti kan. semalam dia mengikut sedara balik johor. sebelum mereka bergerak dia beritahu mahu duduk di johor selama 4 minggu. haihhhhh...aku sebak ni.

tadi aku telefon.

aku - bila agaknya nak balik sini. mummy rindu la kalau lama2
dia - allaaaa mummy ni. abang kan baru je satu hari kat sini
aku - ye lah, agaknya rasa macam nak balik bila
dia - macam abang cakap semalam lah. nak duduk sini 4 minggu. *dia gelak*
aku - lamanyaaaa *aku sebak*
dia - dah eh mummy. abang nak main dgn abg wan ni
aku - ye lah, ye lah *aku dah nak nangis*
dia - bye mummy

aku mahu pulang. bergurau senda sama si budak bijak kecik @ tenonet pulak.


suka betul kalau nak diambik gambar buat gaya yg entah apa2

*nota kelip2 - musim cuti sekolah ni lah musim ofis aku ni nak busy melampau. mana aku nak cari free time utk bawak diorang jalan2 pun tak tau lah. if only i could be my own boss, kan best!

tentang kalau kamu itu tidak pandai menipu, elakkan dari segala perbuatan yang akan membawa kamu kepada perbuatan itu.

ok, mari sini semua. rapatkan muka kamu, buka telinga kamu. baca dengan hati terbuka. jangan ada prasangka apa2 ye. kadang kala kamu akan jumpa cerita begini juga di dalam perjalanan hidup kamu. benar atau rekaan, tidak perlu kamu teka. kalau kamu mahu komen kemudian, silakan.

aku mahu bercerita. tentang pembohongan. tentang penipuan.

para lelaki semua,

dengar sini.

kalau kamu itu sudah mempunyai kekasih, pasangan, isteri dan apa jua yang kamu panggil, aku pasti kamu pernah membohongi pasangan kamu. kalau tidak perkara yang major, pasti ada yang biasanya kamu panggil bohong sunat ataupun "yang runcit2 saja". katalah untuk pergi menonton bola di kedai mamak, dibilang balik lambat kerana busy. itu contohlah.

ok, itu tidak mengapa.

tapi, janganlah kamu mencuba berbohong tentang mempunya perempuan lagi satu. hatta di dalam "percubaan" untuk mempunyai perempuan lagi satu pun. walaupun berkongsi cerita kisah cinta atau perihal rumah tangga kamu dengan perempuan lain. itu mencari nahas namanya tau!

apakah kamu tidak pernah mendengar bahawa perempuan itu apabila sudah ada lelaki di dalam hatinya, secara automatiknya dia akan mempunya deria rasa tambahan. tidak percaya? tak percaya sudah.

kalau kamu mempunyai pasangan yang cepat berpuashati dan tidak kisah dengan apa jua jawapan kamu, mungkin aku boleh kata kamu seorang yang bertuah. tetapi jika kamu mempunyai pasangan yang panjang akalnya, yang berdiam sekarang tetapi ada jalan lain untuk membuktikan yang kamu sememangnya bersalah, bersiap sedia sahaja lah. waktu itu, kalau kamu tetap berdiam diri juga, tahu sendiri lah nasib kamu.

ini mungkin hanya pesanan kepada para lelaki.

tapi aku juga ada pesanan kepada para perempuan. elak kan lah memecahkan hati perempuan lain. tak banyak kebaikan yang kamu akan dapat. percayalah! tak nak percaya, sudah.

*nota kelip2 - aku masih sibuk. tapi tak puas hati kalau tak dapat menaip di blog. hehehe

Monday, November 17, 2008

to be hurt, to feel lost, to be left out in the dark, to be kicked when u're down, to feel like u've been pushed around....cont'd

welcome to my life.......

that could summarise what i am right now

*notakelip2 - aku tersangat sibuk dengan permasalah kehidupan sekarang. maaf wahai pengunjung semua. ada masa dan kesempatan, kita jumpa lagi di entry akan datang. rindu kamu semua.

Monday, November 10, 2008

yang ini bukan 'the art of parenting" yang aku ajar ye!

beberapa hari lepas, aku di dapur membuat kerja kegemaran, iaitu mencuci pinggan mangkuk. percaya? jangan!

di kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama, kak maria tengku sabri sedang sibuk mempromosikan makanan dari indonesia, katanya sempena tahun melawat indonesia. kamu semua pasti tahu iklan untuk rancangan apa itu kan?

budak bijak besar - laaaa...patut lah gemuk dia ni! makan! makan! makan! makan tak berhenti henti. tengah cakap pun makan!

*emo betul bunyi nya*

aku - *terlepas sebiji cawan ke dalam sinki kerana terketawa dengan kuat*

kemudian aku berhenti membuat kerja dan ke depan menjengah kotak rata warna kelabu berbentuk empat segi sama.

dia memandang aku.

budak bijak besar - agaknya dia ni makan baca doa makan tak mummy?

aku - *angkat bahu dan berjalan ke dapur semula sambil "giggling"*

itu semua aku tidak ajar ok.

kanak2 memang prihatin.

Friday, November 7, 2008

ujian minda untuk kanak2 darjah 3 pada masa itu akhirnya berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

mak aku banyak kawan. dia memang femes dikalangan warga kejiranan. sebab itu kalau aku buat 'jahat' saja, tak payah lama, aku belum sampai rumah pun berita sudah ditelepon karatkan. siap-sedia je lah nak kena bantai. selain dari kawan, mak pun ada beberapa adik angkat. aku pun tak paham apa pasal dah jadi mak-mak orang pun masih nak beradik - berkakak angkat ni.

masa aku dalam darjah 2 gitu, mak ada adik angkat yg selalu datang rumah. kita panggil dia cik lin je lah ye. cik lin ni dari kejiranan sebelah. masa tu dia belum ada anak lagi. jadi dia suka lah petang2 datang rumah sambil borak2 dengan mak. kadang2 tolong kopek ubi, kadang2 tolong raut lidi, kadang2 tolong kopek koko. ini semua aktiviti untuk menyara hidup.

mak aku dulu jual kerepek ubi yg ada kaler belang2 kuning, merah, oren segala tu lah. yg kamu kena jemur & keringkan, kalau nak makan baru goreng tu. raut lidi tu biasalah, nak jual penyapu. takkan nak buat sesah orang pulak kan. koko pulak, kamu keringkan biji dia, lepas tu jual. kalau nak tau, sebenarnya rasa coklat tu dengan rasa koko jauh benar2 bezanya. penipu kalau orang beritahu kamu koko tu sama rasanya dengan coklat. oh ye! untuk lebih mudah dan cepat biji koko tu kering, kami kena makan isi buah koko tu dan kemudian keluarkan bijinya. masa tu aku adik beradik selalu lah beradu tembakan siapa paling tepat. dah kulum2 biji koko kasi bersih, aku pun pooohhh! aku selalunya aim dekat adik aku je. sekali aku poohh, sekali bertaburan air liur kena dia. hahaha. giler evil aku kan.

adeh, entry ini sudah jauh menyimpang.

ok, back to the story.

dek kerana dah hari2 cik lin kat rumah aku, kami pun mula mencipta permainan minda. mula2 dia beri lah soalan2 seperti apa dia kura2 panjat dinding, apa dia binatang keris di kaki, apa dia ular hisap rokok dan macam2 lagi yg senang untuk aku jawab. elleehhh kacang je tu cik lin, selalu aku jawab gitu. dia sudah rasa tercabar dek kepandaian aku menjawab. satu petang dia bertanya aku teka teki yang memang tak pernah lagi aku dengar pada masa itu. macam2 aku jawab, semuanya salah. aku hampir mengalah. tapi cik lin tak mau beri jawapan. dia makin mencabar aku.

'kalau dapat cik lin kasi akak 3 ringgit'. perghhhh mencabar betul. sapa tak nak!

woiiiii, 3 ringgit masa tu boleh buat aku belanja satu kelas tau tak!

ahhh...aku mintak tempoh 3 hari. dia beri. tapi kalau salah kena carik uban dia seminggu. tak mau aku. (ini adalah salah satu sebab kenapa aku rabun, asik kena carik uban mak ayah dah la satu hal)

hari ke 3 petangnya, aku dengan senyum lebar & yakin beri jawapan pada cik lin. dia tanya mak aku mana aku dapat jawapan, mak aku kata '3 hari budak tu menung cari ilham'. hehehe, kiut lah tu mak!. 3 ringgit bertukar tangan. seminggu aku mewah berbelanja sekolah.

sapa dapat jawab?
kok ke takuk, bulu keliling, masuk basah, keluar kering

ada sapa2 mahu sahut cabaran minda ni?

*notakelip2 - serius, aku dapat ilham jawapan soalan ni masa gigi aku patah.

Thursday, November 6, 2008

sessi mengeratkan silaturrahim lagi, tapi jangan la korang percaya bulat2 menda aku taip ni. bak kata raja lawak tu "lu pikirlah sendiri". boleh kan?

macam biasa, budak endy ni agaknya dah letak aku dalam feveret list dia kalau time dia nak menyantau tag ni. aku buat lah. lagi pun mata tak bleh lelap. paksa pun tak jadi. ambik ni!

1. What are you wearing?
~ t-shirt plain kaler hijau dgn seluar tidur. dah kata nak tidur
2. What did you do last night?
~ last nite? membuta la, apa lagi
3. Favorite Memory with significant other?
~ lempar bola salji padu kena kepala dia. amacam? ada pening tak gamaknya :))
4. Last gift received?
~ telefon. kendian pulangkan semula tukar dgn tepon murah sbb aku prone to loosing a phone. pembaziran!
5. Describe the last picture you were in?
~ tu gambar dalam entry yg sebelum ni. dengan asam kecut! hahaha
6. Last thing you ate?
~ nasi + ayam percik dekat ayamas (aku benci tgk kedai gini pun serve taugeh!). rasa nak menyumpah je
7. Last thing you drank?
~ air masak jap tadi
8. What kind of underwear are you wearing?
~ aku baru tau rupanya boxer amat menyamankan. hahaha
9. What was your best vacation?
~ lama gak dah tak pegi cuti2 ni. tp trip to france mmg dlm kenangan. payah giler nak dapat lagi tu
10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ kalau la boleh pegi cuti tak payah bawak beg kan best
11. What is happening around you?
~ apa korang ingat malam2 ni ada org buat gig ke sini. semua org tidur la!
12. What is your shoe size?
~ kadang2 6, kadang2 7
13. Last event you dressed up for?
~ hari2 kena dressed up pi keje kan? takkan nak bedal pakai short n shirt je
14. What is the most cheap thing you bought?
~ cheapest? hah! aku beli guna air liur je. campur dgn buat muka kesian. dapat free. tak caya? cubalah!
15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ My sons. Priceless!
16. What is your favorite smell?
~ aku still suka escape by ck. cakap lah bau dah lapuk ke, old skul ke, tak best ke, aku tak peduli! kalau on guys, aku suka JPG le' male....dari jauh aku dah cam bau tu
17. Is there something you really want to buy right now?
~ hoh! serius ni korang nak tengok list? panjanggggggggggggggggggggggggggg giler beb! :))
18. What are your nicknames?
~ aku tak de nick names. org panggil aku nama aku yg betul je most of the times
19. What are your plans for today?
~ kejap lagi mau pergi tidur!
20. Describe your friendster picture.
~ aku ada frester, tapi aku tak ingat camne nak bukak! (lupa id n password la tu!)
21. Describe your myspace picture.
~ gamba bunga yang aku snap kat cameron. lawa seyh bunga tu
22. Describe your facebook picture.
~ ibu comel tercinta kepada 2 jejaka yang tampan & bijaksana. *sila muntah*
23. What did you do last weekend?
~ jalan2 dengan kanak2 bijak, tengok high school musical, beli peralatan melukis, kemudian melukis sepanjang hari. ada org mau bid for the art? :P
24. Favorite brand of clothes?
~ brand uniform kerja...boleh?
25. What is your ringtone?
~ just my imagination by kakak delores itu kumpulan beri warna kren (ada ah ini kaler?)

macam biasa, aku takmo tag sesapa. tapi anda2 yg dlm list kat tepi blog dialu-alukan untuk membuatnya. sila lah rajin2 kan jari jemari runcing anda tu ye!

hoh! sudah! penat seyh menaip entry ada unsur2 paksaan ni. :P

Wednesday, November 5, 2008

iyerlah saya turut perintah! ini update pantas!

heh! aku tengah ada audit ni. sibuk di celah2 kertas yang last minute aku kena update. kejap tadi aku dah ngadap encik auditor. aku auta je ke dia, tak kisah. dah jadi kawan pun.

in between aku sempat lagi jengah blog orang, tinggal komen sikit. sekali sudah kena sound pulak suruh aku update ini blog. si endy jambi darat pun tag aku sekali lagi! suka betul budak ni hantar santau tag ni. nanti2 lah akak buat ye!

ambik ni! gambar asam kecut yg si receptionist ni letak dalam conference room. aku rembat beberapa ketul. dengan kit kat sekali. hehehe


Monday, November 3, 2008

ini salah satu skill 'the art of parenting' yang aku rasa aku cipta sendiri, tapi kemudiannya macam aku ada rasa was-was boleh pakai ke tidak

aku mahu anak2 aku dikatakan sebagai anak-anak yang berbudi bahasa, dalam erti kata lain sopan sikit lah. ye! mereka tidak boleh keluarkan perkataan2 seperti BODOH, BABI, SIAL dan lain-lain yang sewaktu dengannya. nak bahasakan diri pun tidak boleh berAKU dan berENGKAU. hinggakan aku mengajar mereka menggunakan perkataan lain untuk benda2 basic. contohnya bontot = bum bum, kencing = wee wee, buang air besar = poo poo, anu mereka = bebird etc. haihhhh. mak aku pun komplen kadang kala bila mereka mengajar dia semula tentang perkataan2 ini. "pening aku ni kak oi dibuat dek anak2 kamu" katanya. hahahaha, aku gelak saja.

TAPI,

aku sudah terlupa yang aku tidak mengajar perkataan lain untuk KENTUT.

aku sudah dikejutkan dengan satu pernyataan bahawa dia boleh cipta sendiri perkataan sopan bagi KENTUT itu :))

dia - mummy ni, kalau bum bum tu nak SENDAWA pergi lah tempat lain!
aku - hahahahaha