Wednesday, November 19, 2008

tentang kalau kamu itu tidak pandai menipu, elakkan dari segala perbuatan yang akan membawa kamu kepada perbuatan itu.

ok, mari sini semua. rapatkan muka kamu, buka telinga kamu. baca dengan hati terbuka. jangan ada prasangka apa2 ye. kadang kala kamu akan jumpa cerita begini juga di dalam perjalanan hidup kamu. benar atau rekaan, tidak perlu kamu teka. kalau kamu mahu komen kemudian, silakan.

aku mahu bercerita. tentang pembohongan. tentang penipuan.

para lelaki semua,

dengar sini.

kalau kamu itu sudah mempunyai kekasih, pasangan, isteri dan apa jua yang kamu panggil, aku pasti kamu pernah membohongi pasangan kamu. kalau tidak perkara yang major, pasti ada yang biasanya kamu panggil bohong sunat ataupun "yang runcit2 saja". katalah untuk pergi menonton bola di kedai mamak, dibilang balik lambat kerana busy. itu contohlah.

ok, itu tidak mengapa.

tapi, janganlah kamu mencuba berbohong tentang mempunya perempuan lagi satu. hatta di dalam "percubaan" untuk mempunyai perempuan lagi satu pun. walaupun berkongsi cerita kisah cinta atau perihal rumah tangga kamu dengan perempuan lain. itu mencari nahas namanya tau!

apakah kamu tidak pernah mendengar bahawa perempuan itu apabila sudah ada lelaki di dalam hatinya, secara automatiknya dia akan mempunya deria rasa tambahan. tidak percaya? tak percaya sudah.

kalau kamu mempunyai pasangan yang cepat berpuashati dan tidak kisah dengan apa jua jawapan kamu, mungkin aku boleh kata kamu seorang yang bertuah. tetapi jika kamu mempunyai pasangan yang panjang akalnya, yang berdiam sekarang tetapi ada jalan lain untuk membuktikan yang kamu sememangnya bersalah, bersiap sedia sahaja lah. waktu itu, kalau kamu tetap berdiam diri juga, tahu sendiri lah nasib kamu.

ini mungkin hanya pesanan kepada para lelaki.

tapi aku juga ada pesanan kepada para perempuan. elak kan lah memecahkan hati perempuan lain. tak banyak kebaikan yang kamu akan dapat. percayalah! tak nak percaya, sudah.

*nota kelip2 - aku masih sibuk. tapi tak puas hati kalau tak dapat menaip di blog. hehehe

15 comments:

tasekM said...

kamu benar. perempuan mmg mempunyai deria rasa ke6. lelaki mungkin kurang percaya. aku juga kadang2 kurang utk mempercayai sign yg deria itu beri, namun, satu masa dan ketika, aku dapati ianya benar belaka.

aku fikir begini, seorg isteri tidak pernah menghalang suami utk berkawan dgn perempuan lain. jika persahabatan itu ikhlas, kenalkan kepada isteri. sahabat suami juga boleh menjadi sahabat isteri. bukankah baik jika begitu?

aku tidak mahu menidakkan poligami. tapi ketahuilah, ia bisa menghancurkan hati seorg wanita.



.

Ojie said...

kak, aku jenis diam dan tenguk..diam bkn berereti aku cpt puas hati cuma tamo keruhkan keadaan tp sampai masanya tindakan perlu diambil juga cuma bukti perlu dikumpul dulu..hahaha

ijan said...

mmg x bole nafi pompuan mmg ada instict pasal benda2. kdg2 aku pun plik...

saat omar said...

Hmmm...pukul anak sindir menantu?

l.i.f.e said...

tasek - tu lah sebab aku kata kalau boleh jgn pecahkan hati perempuan lain.

ojie - itu lah yg akak sebut perempuan yg panjang akalnya tu. diam sekarang, kumpul bukti sesenyap

sultan - jangan pelik. kan ke kami ini diciptakan dari sebahagian kamu lelaki.

saat - hah? aku tak reti pantun2 ni saat :))

mrblind said...

first time gua tengok tasikmerah bagi komen yang berguna..biasanya habuk pun tarak..hahaha..

182 said...

err aku pun ada super power tu..

oyett said...

huihh..entri berat dan seriusss...

l.i.f.e said...

encik buta - haha...hishh kamu ni. theres a serious side in everyone kan. tunggu masa yg sesuai je keluar lah dia

182 - owh ye? camne kamu bleh ada pulak. bukan kamu lelaki ke? *musykil*

oyett - hehe...sekali sekala :D

Wardrobe kita said...

Xbf aku mmg kaki tipu..aku tahu dia menipu tapi aku banyak diamkan diri smp satu tahap dia kantoi dengan kedua2 belah pihak..padan muka!sial!!penipu tak boleh dibiarkan hidup..cukup 3 kali ditipu,tinggalkan..jgn lagi bagi peluang untuk terus ditipu dan ditipu..

*aku panas!

theblabber said...

akanku pgg kata2 mu ini sebagai azimat kehidupan sehari-hari.

Kikuri-hime said...

Betulke pasal deria tambahan?! Bilalaa aku nak dapat deria tambahan tu???

Seronotnye jadik pompuan kalau cam ni!

l.i.f.e said...

qaseh - hehehe...sabar...meh minum air sejuk :D

miezi - baguslah kalau gitu

kikuri - lah, nanti dah ada lelaki dalam hati kamu, akan ada lah deria tambahan itu. automatik selalunya. :D

apek terror said...

nasib baik gua selamat x penah buat bende nie...

Rembo said...

curhat.
gua sejak azali dah ada deria ke enam. tak percaya? tak percaya sudah.