Friday, November 7, 2008

ujian minda untuk kanak2 darjah 3 pada masa itu akhirnya berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

mak aku banyak kawan. dia memang femes dikalangan warga kejiranan. sebab itu kalau aku buat 'jahat' saja, tak payah lama, aku belum sampai rumah pun berita sudah ditelepon karatkan. siap-sedia je lah nak kena bantai. selain dari kawan, mak pun ada beberapa adik angkat. aku pun tak paham apa pasal dah jadi mak-mak orang pun masih nak beradik - berkakak angkat ni.

masa aku dalam darjah 2 gitu, mak ada adik angkat yg selalu datang rumah. kita panggil dia cik lin je lah ye. cik lin ni dari kejiranan sebelah. masa tu dia belum ada anak lagi. jadi dia suka lah petang2 datang rumah sambil borak2 dengan mak. kadang2 tolong kopek ubi, kadang2 tolong raut lidi, kadang2 tolong kopek koko. ini semua aktiviti untuk menyara hidup.

mak aku dulu jual kerepek ubi yg ada kaler belang2 kuning, merah, oren segala tu lah. yg kamu kena jemur & keringkan, kalau nak makan baru goreng tu. raut lidi tu biasalah, nak jual penyapu. takkan nak buat sesah orang pulak kan. koko pulak, kamu keringkan biji dia, lepas tu jual. kalau nak tau, sebenarnya rasa coklat tu dengan rasa koko jauh benar2 bezanya. penipu kalau orang beritahu kamu koko tu sama rasanya dengan coklat. oh ye! untuk lebih mudah dan cepat biji koko tu kering, kami kena makan isi buah koko tu dan kemudian keluarkan bijinya. masa tu aku adik beradik selalu lah beradu tembakan siapa paling tepat. dah kulum2 biji koko kasi bersih, aku pun pooohhh! aku selalunya aim dekat adik aku je. sekali aku poohh, sekali bertaburan air liur kena dia. hahaha. giler evil aku kan.

adeh, entry ini sudah jauh menyimpang.

ok, back to the story.

dek kerana dah hari2 cik lin kat rumah aku, kami pun mula mencipta permainan minda. mula2 dia beri lah soalan2 seperti apa dia kura2 panjat dinding, apa dia binatang keris di kaki, apa dia ular hisap rokok dan macam2 lagi yg senang untuk aku jawab. elleehhh kacang je tu cik lin, selalu aku jawab gitu. dia sudah rasa tercabar dek kepandaian aku menjawab. satu petang dia bertanya aku teka teki yang memang tak pernah lagi aku dengar pada masa itu. macam2 aku jawab, semuanya salah. aku hampir mengalah. tapi cik lin tak mau beri jawapan. dia makin mencabar aku.

'kalau dapat cik lin kasi akak 3 ringgit'. perghhhh mencabar betul. sapa tak nak!

woiiiii, 3 ringgit masa tu boleh buat aku belanja satu kelas tau tak!

ahhh...aku mintak tempoh 3 hari. dia beri. tapi kalau salah kena carik uban dia seminggu. tak mau aku. (ini adalah salah satu sebab kenapa aku rabun, asik kena carik uban mak ayah dah la satu hal)

hari ke 3 petangnya, aku dengan senyum lebar & yakin beri jawapan pada cik lin. dia tanya mak aku mana aku dapat jawapan, mak aku kata '3 hari budak tu menung cari ilham'. hehehe, kiut lah tu mak!. 3 ringgit bertukar tangan. seminggu aku mewah berbelanja sekolah.

sapa dapat jawab?
kok ke takuk, bulu keliling, masuk basah, keluar kering

ada sapa2 mahu sahut cabaran minda ni?

*notakelip2 - serius, aku dapat ilham jawapan soalan ni masa gigi aku patah.

35 comments:

yoshz said...

mesin pengering pakaian

saat omar said...

jawapannya...Kote.

Sweety Cutielady said...

adakah jawapannya ialah.. benang dimasukkan ke dalam lubang jarum? cos benang usually kene basahkan dulu bagi TEGAK/TEGANG then cucuk masuk ke dalam lubang........ jarum! (stat ada yg kuning pala otak tu)

l.i.f.e said...

yoshz - salah, tang mana pun bulu nya kat mesin tu :))

saat - if that is, aku rasa it should be the other way around. salah juga

ct - hahaha...giler imaginatif! salah la cik kak. cuba lagi

laki cikgu kimia said...

*angkat tangan* puan! kok tu maksud ape?

saya nak jawab ni tapi tak paham 'kok' tu ape *dah standby calculator nak kira nih, cepat2!

l.i.f.e said...

crithink - hahaha :)) kok tu just a sound to rhyme the sentence kut...jgn kamu pikir its a cock sudah lah...masa aku darjah 3 aku belum tau lagi benda2 tu semua :P
oleh sebab kamu ada calculator, kalau salah jawab, kena belanja aku ye!

Kikuri-hime said...

Batang tebu kot... heheheh..

l.i.f.e said...

chegu kikuri - ye syabas! tapi tak de la hadiah 3 ringgit eh :D

Nuruddin Abu Bakar said...

Rambutan yang di celup dalam air dan di keringkan menggunakan hair dryer. Ntah apa motif buat camtu.

@tune® said...

aiseh!!aku baru nk jawab...kikur da jawab..cait!!

(alah..aku mmg tatau pon...kekekek)

Rajuna said...

jawapannya adalah pen kilometrico

Rajuna said...

jawapannya adalah pen kilometrico

Kikuri-hime said...

Wow! Beshnyee menang!

poyotito said...

tebu rupanya.
jenuh gua pikir.


wacha!!!

poyotito said...

tebu rupanya.
jenuh gua pikir.


wacha!!!

l.i.f.e said...

facet - weihhh, aku pun ada gak jawab gitu dulu. perghhh...pemikiran kanak2 gak kamu ni eh :))

atune - hahaha. cuba lagi lain kali

bang juna - kanak2 darjah 3 tak guna pen time tu. tau pensel je :))

kikuri - tahniah! hehe

poyotito - dah, jgn pening2 pikir lg

theblabber said...

ala..da ada orang jwab btl.pnh ada org bg soklan ni dlu kat aku.

oyett said...

alaaaaaaaaaaaa...tgk...terlepas lagik sekali teka teki...org dah tau dah jwp dier...teka teki lainnn

laki cikgu kimia said...

hah setelah gua integrate kan equation tadi, keluar dah ans dia: 73800.. kendian gua convert dalam bahasa manusia: 73800 = TEBOO @ tebu *owh hebat nyer gua, xyah tengok kikuri pon hahaha

.farah. said...

hahah gua skali gua ingat tahi hidung daa..hahaha

Wardrobe kita said...

heh..x tepikir langsung tebu..tebu ada bulu ke? check! check!

tasekM said...

macam nak gaya mencarut aje teka teki kamu ni life. ha ha.

selamba je saat menjawab. ha ha.





.

fadzil hafiz said...

gua penah dengar jawapan yg hampir serupa iaitu...mesin tebu!!

*tp soklan die kontroversi sket la kan...dada bertemu dada, masuk batang keluar air!!
*dah, lu org jgn nak pk yg bukan2!gua karate tengkuk sorang2 nanti!!!

Al Hadi said...

tak sempat jawab lak...

l.i.f.e said...

miezi - ke kamu pun kenal cik lin ni? hhhmmm

oyett - hahaha...lain kali kalau ada idea lain pulak k

crithink - perghhhhhh *kagum*

farah - hahaha...tu jawapan malas nak pikir tu :))

tasek - nasib masa kekecik mak aku tak kasi mencarut. kena cili! :))

padel - erkk, teka teki tu pun ada budak penah kasi. aku carutkan dia mula2. sekali dah dpt jawapan, cam termalu pulak

kejar masa - tau, abis kamu sebuk kejar masa je, mana nak kejar teka teki kan :D

Rembo said...

gua tau! gua tau!
sugar cane kan?
hmmmm..aapeee?!!
*mendabik dada

apek terror said...

eleh yg mencabar lagi x de ker?

mrblind said...

saat memang hero..kah kah kah...

l.i.f.e said...

rambo - hahaha..aku terbayang kamu mcm incredile hulk pulak dah

apek - utk kamu, takde!

encik buta - hahaha...saat tu kalau dilayan memang menjadi

arsaili said...

salam..memang tak reti jawab teka teki..sebab tak suka berteka teki..nak jawapan jer..ahahaha

Sweety Cutielady said...

tebu rupanya.. pm punya pm jawapan TEBU.. adeehhhh.. gelak lah shila.. pm I cepat gelak geguling kat I :P

Anonymous said...

ah. tanak jawab. hadiah yg lama tak dapat lagik. tertunggak nanti hadiah-hadiah. heheh :p

Darab Dua said...

ceh!
pjg benau akal.
hahaha~

l.i.f.e said...

arsaili - itu tanda2 tak penyabar :P

ct - hahaha...sori tak sempat pepm. busy amat2 :(

shahril - ah sudah! dah hantar la weihhh. hishhh, ni bakal return balik lah ni. payah betul! ambik sendiri je lah nanti when it comes back to me. haihhh

x2 - tu lah budak2 sekarang

yoshz said...

Hahaha. kuku-ciao saat terbalik.