Tuesday, October 28, 2008

cuti tiga hari yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa dengan pelbagai ragam dan persoalan hidup yang kadangkala tidak disangka, TAPI ...............

tak muat tajuk entry aku! ini sambungan, TAPI ada juga yang seperti dapat aku sangka, cuma menunggu saat dan ketikanya untuk keluar sahaja.

hai korang. macam rindu pulak dah 4 hari tak ada new entry. cheh! kira hari tu. confirm! pemblogger tahap kritikal dah ni. hahaha

cuti 3 hari macam2 benda aku hadap.

satu,
hari sabtu belum pergi ke mana2 lagi. duduk rumah saja. tengok tv. tengahari, family dari sebelah in laws datang. adalah dalam 3 generasi. biasalah, kalau dah ramai2 macam2 perangai ada. aku tak heran sangat. dah biasa. sepah2, nanti esok diorang balik kemas lah semula. apa ada hal. tapi yang paling aku tak sangka, apa hal time maghrib seorang doktor pakar, seorang akauntan dengan seorang ketua jabatan bersama bergelak ketawa dengan kanak2 menonton cerita UPIN & IPIN ni? sudah lah tu, kemudian siap buat ulasan lagi. yg sorang buat pernyataan, yg sorang cakap BETUL, BETUL, BETUL. bila kanak2 buat cerita yg "bagus" sedikit, yg sorang cakap BAGUS, BAGUS, BAGUS. haihhh, nasib baik masing2 bergerak utk maghrib lepas tu.

dua,
hari ahad kami turun ke melaka. saja. melawat saudara. impulse decision (sudah mcm impulse buy pulak bunyinya). kanak2 bijak sibuk bertanya, jauh lagi ke, bila nak sampai, dah sampai mana. haihhh. sambil itu, mereka sibuk membaca sign board di sepanjang lebuh raya. macam biasa lah, aku boleh agak soalan2 akan timbul. kali ini semua berkenaan nama2 tempat yang ada di negeri MELAKA itu.

SIMPANG AMPAT
dia - mmyy, kenapa dia eja macam tu?
aku - apa bendanya ni
dia - tu ha empat tu, kenapa eja AMPAT
aku - itu ikut ejaan orang dulu2 lah (belasah saja lah jawab)
dia - owhhh, orang dulu2 tak pergi sekolah eh?
aku - ye lah agaknya (nada lemah)

AYER KEROH
dia - mmyyy!
aku - apa dia lagi ni
dia - tu eja AIR pun salah tu
aku - kan org dulu2 tak pergi sekolah (nada lemah malas mau layan)
dia - owhhhhhh (seperti tau kalau tanya lagi aku akan bengang)

AYER MOLEK
dia - mummyyyyy
aku - apanya ni
dia - eja air dah lah salah. macam mana nak tau air tu molek2 pulak?
aku - agaknya org situ semua molek2
dia - ke air kat situ memang semua molek2?
aku - entah lah. mummy mana tau. ini bukan negeri mummy lah (padahal kalau negeri aku pun, takde nya aku tau asal usul tempat tu)
dia - owhhhhh

BEMBAN
dia - mmmmyyy
aku - ye
dia - bemban tu apa? apesal letak nama bemban
aku - bemban tu tak silap buluh kut. entah lah mana mummy tau kenapa nama dia bemban. banyak buluh kat situ agaknya
dia - kalau buang M, buang B, letak R, dah jadi REBAN! orang semua duduk kat reban. hahahaha (dia ketawa besar)
aku - bertuah punya budak.

nasib baik kawasan perumahan sedara tu tak ternampak pulak DUYONG. kalau tak, mati aku kalau budak2 bijak ni mintak nak tengok duyong. mana aku nak cari!

tiga,
hari ahad, mahu pulang sini semula. on impulse lagi, dek termakan pujuk rayuaan kanak2 bijak, kami berhenti di ZOO MELAKA. haihhh. sudah lah aku berseluar panjang, berbaju panjang segala. melekit lah nanti ni. punya lah happy mereka tengok binatang2 tu semua. tak padahal, baru je hari tu pergi ZOO NEGARA.

owhhh, tapi mereka upset kerana aku tak kuasa nak melayan kehendak mereka utk menunggang kuda dan gajah. bukannya apa, aku tak kuasa nak berjalan turun bukit, naik bukit kat dalam tu. ingatkan naik tram (yang kena bayar lagi tu), boleh lah hop in, hop out mcm kat zoo negara. sekali, dia bawak round one big round without stopping je. kalau turun anywhere, tak boleh naik semula. kena sambung jalan kaki. kalau nak naik gak, kena bayar again. ahhh! ini aku marah. tak ada ke orang yang complaint ni. sudahnya, aku kenalah buat janji2 palsu (harap2 boleh tunaikan) untuk datang lain kali, stay hotel, pergi zoo pagi2 baru boleh naik kuda dan gajah. muka budak2 bijak ada sedikit kelat.

aku penat!!!

*nota kelip2 - kalau orang2 melaka rajin, jawab lah persoalan2 yg timbul tu ye. lain kali kalau aku kena tanya lagi, boleh la aku gunakan jawapan korang pulak. :D

23 comments:

Darab Dua said...

bijak2 sungguh soklan kanak2 zaman sekarang. ini sah penangan susu bijak2 yg dok iklan kat tv tuh
heh!


gua dok melaka 5thn tp haram tak tahu asal usul nama tuh. gua bukan pula cikgu sejarah.

Hajime said...

ah!
betul betul betul...
hmm...
rase nak gi gak le zoo situ...
best dok?
dprd zoo negara?

mrblind said...

bestnya pergi jalan2 melaka..

@tune® said...

adeh...sib baik sapai melaka jer...
kalau sapai JB...haruuuun dibuatnye....

BIJAK BIJAK BIJAK

ijan said...

name2 tpt kat johor ni pun aku x abis study lg. ntah2 sampe ke tua pun aku x abis study gak. haha...

kecik said...

mummy!! kenapa taruk duyong! ehja duyong tu salah! nak tengok duyung mummy!
please!

haha

Rembo said...

nasib baik budak-budak tu tak nmpk signboard segala bukit kat melaka tu. lagi parah kalau tak. melaka paling bnyk nama tmpt dari bukit. kalau tak silap.

l.i.f.e said...

x2 - hahaha...aku rasa cikgu pun harus tak tau asal usul nama tempat tu semua. pelik2!

hajime - rasanya they have better collection of animals. tp tu lah, nak kena berjalan sesaja dlm tu. letih!

encik buta - best lah jugak. tapi impulse decision ni, memenatkan.

atune - hehehe, tu pasal kalau balik johor kena hari malam je. senang sikit, diorang tidur je dlm kereta :D

sultan - haisshhhhh, bukan sultan kena tahu ke semua jajahan takluknya? hhhmmm

kecik - eh, memang tempat tu nama DUYONG lah dik. kalau citer duyung tu, speedy video ada jual. hehehe

rambo - ada weih, dia tanya about BUKIT KATIL. aku jawab org situ semua suka tidur je. takmo cerita sbb nanti org situ marah pulak. hehehe

Sweety Cutielady said...

Laaaa... dah sampai melaka apsal tak teruskan ke Singapura??!! Yek eleehh..

Teringat dulu gi Melaka nak gi Banda Hilir.. walhal dah on the road Banda Hilir to and fro bila nampak Mahkota Parade then realised kita on the ROAD BANDA HILIR!

Sweety Cutielady said...

Laaaa... dah sampai melaka apsal tak teruskan ke Singapura??!! Yek eleehh..

Teringat dulu gi Melaka nak gi Banda Hilir.. walhal dah on the road Banda Hilir to and fro bila nampak Mahkota Parade then realised kita on the ROAD BANDA HILIR!

Kikuri-hime said...

Wah!! Bijak sungguh mereka berperi!... Musti fening kefala you, kan? Kalau I, dah lama suruh tido dah... malas nak layan... hehehehe...

tasekM said...

nasib baik depa tak jumpa signboard KANDANG.

ha ha.

'dalam kandang pun ada org tinggal mummy?'.

menitik air mata la ko nk jawab life. ha ha.

weh... dtg melaka tak bgtau. lain kali datang singgah umah ok... :)

Don Balon said...

Life,
kalu koi.. koi layan je deme tanyer mender pun..
biaser la tu bebudok..tinggi imaginasi.. :)

rage said...

mummy..mummy...sal nama tmpt ni Batang Berjuntai mummy??.. *grin*..

Rhona Rozlan said...

anak yang cerdik :)

l.i.f.e said...

ct - hehehe..kalau lajak ke singapore, nanti i kena tahan imegresen pasal tak de passport

kikuri - tu lah, pernah sekali balik pontian lalu jalan dalam, haihhh. ada tempat nama Minyak Beku tu kan, sampai naik tension i dibuatnya. nowadays, balik malam hari je, time diorang tidur

tasek - hahaha...tu lah pasal. mcm2 pesen nama tempat kat melaka tu. kandang la, bukit cina la, tajung keling la, haihhhh

don - memang la boleh layan, tapi kadang hangin la jugak :))

seman - itu bukan di melaka lah weihhh, sila pegi tgk atlas ye...but since u already mentioned it, wa akan ingat utk avoid that place. hahaha

rhona - thanx. kadang menguji kesabaran

Ahmad Shafiq said...

kanak2 mmg comel ble tye soklan cmtu..klu yg dh dewasa tye cmtu mau mkn sepak terajang ngn maki hamun.

oyett said...

dia-bukit beruang tu ade beruang ke?
kamu-takde lah
dia-lubuk cine tu berair ke?
kamu-mane lah aku tau
dia-tg.keling tu takde org melayu ke?
kamu- (berair mata menangis)

Ojie said...

hehehe gua nih pn nama nye berbapakan org melaka tp gua xpernah amek tau pn asal-usul nama2 tpt kt melaka tuh..blk kg pn setaun sekali je..ckp melaka pn gua xtau..huhu rugi sungguh..

yoshz said...

nasib baik dia tak tanya A Famosa tu aper?

Rahimin Idris said...

minum dugro ke?

hahaha

.farah. said...

pasni lu kene baca buku sejarah la kak..

WorkingMama said...

pandai anak2 puan life nih..
:D