Sunday, October 5, 2008

melangsaikan hutang sebelum bercuti raya (15 fakta rawak tentang tuan punya blog)

dah puas bercuti ye? haaa...sekarang aku perlu menaip panjang lebar untuk melangsaikan hutang tagged yang diberi dek budak facet ni. apa mendanya yang nak dilistkan sampai 15 ni entah. dah lah tu, nak fakta pulak. tak de chance aku nak auta.

1. aku selalu tak tau nak cakap aku org mana. orang mana tu sama mcm mana mak bapak ko duduk sekarang ke? atau mak ko orang mana, atau ayah ko orang mana, atau ko lahir kat mana? sebab bagi aku, semua tu jawapannya dari negeri yang lain

2. aku tak ada adik beradik perempuan yg lain. aku tak ada abang. mereka ada 4 orang. yang tinggal didunia hanya 3 orang

3. aku masa sekolah kebangsaan dulu kat ulu sana. giler hutan tempat tu dulu2. jalan tanah merah. kalau musim hujan, aku pegi sekolah tak yah pakai kasut. meriah!

4. masuk sekolah menengah tu dia kat tengah2 kl tu. sepatah haram bahse inggeris aku tak tau. cikgu ngajar aku nganga (seyes!). aku dulu2 lagi dah belaja sains & maths dlm english. tak heran! cikgu nabilah paksa aku baca kamus tetiap hari. report kat dia 10 new words yg aku blajar. giler siksa. tapi worth it

5. peperiksaan major aku adalah peperiksaan penilaian darjah 5 (bukan upsr), SRP (bukan PMR) dan SPM (masih sama kan?)

6. aku ada lesen motor terlebih dulu sebelum lesen kereta. kira lama gak lah merempit (istilah budak2 sekarang)

7. sekolah menengah ALL GIRLS. bila balik hostel pergi prep campur ngan boys. giler tak best. depa suka suwiitt suwiitt orang.

8. aku tak makan honey dew (ini ulangan tag dulu)

9. aku tak minum soya bean drinks (juga ulangan)

10. aku pernah dapat A+ pada subject yang aku paling menyampah (maths!). giler amazing ah time tu

11. aku tak pernah ada "kawan lelaki" yang lebih tua dr aku. semua same age. ini kerana aku tidak mahu terjebak dimana akhirnya perlu memanggil mereka dengan panggilan ABANG. geli telinga aku mendengarnya nanti.

12. aku suka air teh bunga

13. aku kalau serabut, akan menjadi tak fokus. aku pernah naik bas yg aku tak tau pun pergi ke mana. tau2 dah sampai melaka. haiihhh

14. aku takut tengok cerita seram. tangan, kusyen kecik, lutut semua digunakan utk menutup mata

15. aku kalau diberi tugasan, memang akan dipenuhi, biarpun lambat. tu lah pasal nya aku tetap gak membuat tag ni

sekian, aku tak mau tag sesapa dah. :D


4 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

Aku juga suka ayer bunga..
Selamat hari raya..
eh jadi pantun.

yoshz said...

Eh, dulu darjah 6 takder periksa eh? bestnya.

Hajime said...

saye rase saye tua lagi...
so sile panggil "abang" ya!

l.i.f.e said...

facet - owhh ye ke? best kan

yoshz - ada periksa. tapi lebih ke periksa yg nak masuk segala sekolah asrama tu lah. kalau kat sekolah, setakat periksa 'suka-suka' kot

hajime - hek ellehhhhh...tuanya kamu!