Thursday, July 31, 2008

aku sekarang tengah agak menyampah dengan menatang 'kompot' ini :|

hishhh..memang tengah menyampah sangat lah dengan mende kompot ini. aku tau lah kalau kau tekan accelarator sampai habis, memang dia boleh berdesup tanpa gegar2 punya lah. tapi aku benci ah kalau kau sesuka hati je kejap nak duduk kiri, kejap nak duduk kanan. sudah overtake tu, ko pegi je lah laju2 lagi. apehal duduk main2 brek pulak. bengong punya budak muda. masih belum mahir skill slowkan kereta tanpa perlu tekan brek ye? sudahlah aku sedang menggunakan kenderaan 'paut stereng' ini. kalaulah aku bersama kereta kesayangan, jaga kau.

mende kompot ni memang agak merata-rata lately ni. kalau dalam 10 orang beli yang baru, aku rasa 5 tu dia lah. dan dari pemerhatian aku, dalam 5 tu, 3 1/2 datang dari manusia yang wajib letak penampal kat cermin depan ada hurup P besar tu kaler MERAH. mana datang 1/2 tu kau tanya aku? 1/2 tu datangnya dari 'kanak-kanak RIBENA' yang tak sabar2 nak buang pelekat yang ada hurup P kaler MERAH tu sebelum tarikh yang sepatutnya. katanya, alaaa lagi 4-5 bulan je lagi. kepala hotak kamu! kalau kena tahan sama encik polis, kena tolak point kan? (yang ini aku tak arif sangat kerna aku sudah memandu sama seusia budak tingkatan 2 - kau kira sendiri lah!, aku benci nombor2 ni), saman lain kira pulak tu.

maaf ye kepada para pemilik mende kompot ini yang berhemah dan tidak buat seperti cerita aku ini. mau lepas geram sahaja.

*gambar ni rembat kat mana ntah tadi gugel*

7 comments:

Sweety Cutielady said...

kampot tu apa kebenda?? Spoiler? full body kit?

S.YanaZ said...

Makk aiiiii...
susah nk translate tulisan merah tuhh.

ha.ha.

Danielle_Corleone said...

ini raksasa kan? yg tak ada mata! main redah!

l.i.f.e said...

ct - i dah jawab kat cbox :D

syanaz - yang tersirat je :P

nel - jom panggil otromen fire dia

Rajuna said...

saya dari batu pahat ingin bertanyakan satu soalan;

kemeningkatan keuntungan petrol menyenangkan hati rakyat. jadi, mana asal datang perkataan kompot?
sekian.

Denanz ... said...

hai,
apa mende ni, hah?

l.i.f.e said...

'abg juna' - owhh itu bahse comel lah konon nya. sinonim dgn compact as in a compact car

denanz - ye hi kembali. hahaha. tanya lagi pulak. baca dan tgk gambar tak boleh paham? :P