Friday, June 13, 2008

hidup perlu diteruskan jua

hari ni, aku memulakan hari kerja dengan perasaan jengkel (yang amat-amat)...nak tau kenapa?
pertamanya kerana aku mengantuk...malam tadi aku melipat kain-baju yang bertimbun dah lebih dua minggu aku tak lipat (dari sebelum cuti sekolah lagi)...macam mau patah pinggang dan tengkuk aku dibuatnya...mula2 aku mmg macam malas mau lipat tapi memikirkan tshirt pun kena iron if nak pakai, baik aku susah sikit dari susah berdiri kepanasan menggosok tu. timbul persoalan dalam benak aku, jadi org zaman batu kan best (setelah melihat entry encik saat), tak payah lipat baju :D
keduanya, pagi-pagi aku dah dapat call utk settlekan problem yg diakibatkan oleh para pekerja yang tidak mahu mematuhi arahan kerja..huh! arahan kerja are meant to be followed u idiot!!! if not, mcm ni lah...end up korang akan menyusahkan aku...big time punya susah pulak tu....dammmnnnnnn!!! memang dah berbakul aku marah diorang dr pagi tadi, dari yg bawah sampai la ke supervisor aku dah sembur : ..aku amat (aku repeat AMAT) jarang sekali marah ok!!..somebody, pergi carik ubat utk migrain aku ni please
ketiganya...dan yang ini aku paling benci, menyampah, meluat dan apa-apa "me" yg sewaktu dengan nya...email box kat ofis aku dah penuh dgn forwarded email about minyak naik tu..dari surat kepada menteri la..calculation minyak dulu dan minyak sekarang la...inflasi la..stupid PAK LAH la...malaysia pengeluar minyak la...SUDAH LA TU!!! kang aku block korang marah cakap aku sombong...tak ingat kawan etc...aku benci tau tak email2 begini...kan aku dah cakap...aku suruh korang bom dia korang tak nak :)) :)) (tolong jangan ISAkan aku...jokes ok!)...minyak dah naik dah pun...harga barang pun mmg dah naik...sekarang aku tengah boikot kantin kat bawah ni...dulu lunch aku 3.50 je..time beras naik ari tu jadi 4.00...ni dah 5.00 ok for the same nasik n lauk...giler apa...if aku ni pun dah rasa mahal...apatah lagi para pekerja bawahan tu...kesian diorang ok!..aku ingat sikit hari lagi kitorang kena beri "subsidi" jugak kat staff2 utk lunch diorang...dah! aku malas mau pikir tentang segala benda yang naik ni...menyakitkan hati dan menyesakkan nafas je.
walau apa pun perasaaan aku tentang permasaalahan yang timbul hari ini, hidup perlu diteruskan jua (takkan nak suicide plak kan)..betul tak?
~sigh~

No comments: