Thursday, June 26, 2008

kuasaNya

hari selasa pagi mendung. aku drive ke seremban untuk bermesyuarat bersama pelanggan setia syarikat tempat aku bekerja. habis sudah, drive pulang ke ofis leisurely. redup, tapi matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.

tapi tak berapa lama tiba di ofis, langit terus kelam, gelap gelita. angin bertiup kencang disertai hujan yang lebat secara tiba-tiba. bunyi angin amat kuat. aku keluar dari bilik dan jengah keluar. Maha Besar Allah, tak pernah aku tengok angin kuat macam ni. dah nak hampir macam puting beliung (agaknya lah).

tak sampai setengah jam begitu, matahari keluar dengan terang benderangnya. hati aku berdetik, amat besar kuasa Mu Tuhan.

beberapa saat selepas itu, aku dapat panggilan telefon dari mak.

mak : (dlm nada tersedu-sedu dia) cik mad meninggal tadi kak
aku : hah? bila? mak ni betul ke (aku agak terkejut sebab beliau sihat walafiat tidak sakit apa-apa pun)
mak : ye...baru kejap ni. kak long baru bagi tau mak ni. balik ye
aku : ye lah mak


aku pulang menziarahi arwah kerana aku amat menghargai jasa beliau yang selalu dikhabarkan ayah sebagai tidak ternilai. beliau dan isterilah yang menjaga aku semasa ayah dan mak keluar bekerja semasa aku kecil dahulu. dan ayah sudah menganggap beliau sebagai seorang adik. cik mad, semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mu disana. jangan risau, ayah, mak dan saya ada untuk tolong tengokkan cik kiah dan adik2 yang lain. Al-Fatihah

petang isnin hari tu

owhhh dia buat sekali lagi. apa? apa lagi, lawak "bangsat" dia tu lah!
4.30 normally he'll call and asked if im going back late or what. as it is a monday dan my workload was like piling up on my table, i answered YES! i'm gonna be late today. he said OK.
but NO!
at 5.45 pm he called and here it goes
him : awak kunci pintu belakang tak?
me : kunci la, kenapa? lagipun grill kat balcony belakang tu memang sentiasa lock pun (i think i already know why he asked this question)
him : mana kunci rumah saya ye? (kan! betul dah my assumption)
me : huh? what? aren't they supposed to be in ur bag? tak kan saya nak bawak pulak
him : nope, its not with me
me : so how?
him : saya dah balik ni. tunggu awak balik je lah. the boys pun saya dah ambik
me : huh! ye lah ye lah (hancur plan utk siapkan paperwork yg banyak itu)
so, aku kemas2 table yg penuh dgn segala jenis kertas, simpan lappy, tutup suis segala dan kunci pintu bilik. sekali toleh, bos lalu dan tanya "nak balik dah ke?". aku jawab "ahah sorry, my husband tak bawak kunci, locked out". dia gelak and said "sekali lagi?". aku yg malu terus cakap "im off dulu bos". dia angguk.
owhhh suami....dalam short period of times, berapa banyak lawak "bangsat" kau mau buat sama aku ye? nasib aku dapat boss yg begitu amat memahami aku

Tuesday, June 24, 2008

terima kasih kawan


received my belated birthday gift from my faraway (mcm jauh sgt je kan) friend on friday...tak ada apa yang nak diucapkan selain dari terima kasih banyak2...appreciate the thought (sangat2)...and i hope that we will be frens like to the end of our life.

Monday, June 23, 2008

sapa kata?

sapa kata girls cant have a guy as her bestfriend / buddy without involving "heart feelings"?... aku ok je ngan budak laki yg jadi kawan baik aku...boleh je cerita benda2 mengarut...confide apa2 to him when im down...giving me a different perspective of a certain situtation when i cant think straight...byk lah

~sesapa student UM harus penah nampak encik ni~
ni salah sorang nya....pic taken years ago ok...maklum lepas kawin mana bleh amik gegambo ngan lelaki lain ye tak?...the best part, aku tak pernah terpikir pun mamat yg duk tido dalam kelas akan menjadi "pengajar" yang tidak tegur atau marah students dia tido dalam kelas :))...aku penah tanya kenapa ko tak marah eh?...dia cakap "aku tau perasaan budak2 yg tido tu"...chechhhh...kunun simbolik ah tu!..seb ko dah tua, tak aku lepuk je cam dedulu :))
oihhh...pat ah balik mesia ni...duk oversea lelama menghabiskan duit kami je...dah ah minyak makin mahal ni beb!...cukai segala menda kena!...pat balik!...senang sikit aku nak mencari telinga untuk sessi luahan...
habis

Saturday, June 21, 2008

result periksa anak aku dan kenangan aku

hari ni aku start dengan bangun pagi2 untuk pergi sekolah anak aku ambik his report card...tapi macam biasa lah...dah namanya hari cuti, bangun pun terpisat-pisat...mana nak siapkan the boys lagi...end up pukul 10 baru keluar dari rumah.
tiba sekolah singgah kantin dulu tengok ada apa2 yg boleh dijadikan sarapan tak...dah lambat semua benda pun dah habis...katanya hari ibubapa berjumpa cikgu-cikgi...ramai lah orang...stret terus pegi to daniel's class (1 Jupiter)...ni kelas nombor satu katanya...hhmm ada ramai yg yang menunggu..tapi bagus, diorang dah siapkan nombor giliran...kira mcm berhemah la sikit para parents yg menunggu ni.
tengok kat pintu class cikgu dah siapkan senarai kedudukan dalam kelas...hah! tu dia kau! anak aku dapat no 19 daripada 42 murid...aduiiiiiii...apa banyak sangat ni??? aku tanya dia "do u know u get number 19?"..dia jawab "abg tau" sambil sengih...then dia sambung lagi "tapi cikgu kata kalau boys abang nombor 3"...hhhmmm...aku pun check...ahah! betullah...no 1-9 girls, then no 10 boys...pastu 11-15 girls, no 16 boys dan seterusnya la sampai at 19 tu nama anak aku..then aku check satu2 in terms of marks in each subject and total percentage (%)...kira ok la anak aku boleh dapat total 93%...tengok budak yg dapat no 42 tu pun 83% tu..kira tinggi lah tu...then aku terpikir "jangan lupa mummy...ini kelas nombor satu"...sure frustkan budak2, pandai2 tapi dapat nombor banyak...tapi tak pe lah abang, cuba lagi next time (maybe aku nak kena rasuah sikit kut something for him to do better in his exam)
tiba giliran aku jumpa cikgu...cikgu pun explain la that my son is very co-operative and helpful tapi at times dia suka menung dan buat keje dia ikut time dia sendiri (hah! ini mmg habis dia kutip perangai aku..hahaha)..kalau dia ada mood jawab, dia akan jawab...kalau tak buat dunno je...aku tanya cikgu, "betulke dia selalu kena buli dgn girls sebab dia selalu cakap girls buli dia"...cikgu kata "tak tau la pulak, tapi kiri kanan dia memang budak perempuan lah"...hmmm cikgu...kena tengok la sikit ni..dulu kecik2 mummy dia memang selalu buli boys...takut ni anak dia pulak kena buli ni...hishhh
dah habis sessi cakap2 dgn cikgu, kami pun pulang. on the way balik aku call mak nak sembang about result exam daniel ni.
aku : assalamualaikum mak..buat apa tu?
mak : w'salam...tak de buat apa..kejap lagi nak masak
aku : mak, daniel dapat no 19 la
mak : (dia gelak) kenapa banyak sangat tu kak?
aku : ntah la mak, tapi dia kan kelas no 1..peratus pun 90 lebih jugak
mak : owhhh..tak pe lah tu..baru darjah 1 kan...perlahan2 la
aku : mak, macam mana mak dgn ayah buat dulu yang akak dapat no 1 je 12 kali dr darjah satu sampai darjah 6? (ye, aku mmg sgt terror time kekecik dulu...sampai sekarang takde org boleh beat record aku kat sekolah rendah tu)
mak : hhhmmm, ko nak ke buat macam tu? tak payah la...kesian kat budak tu nanti
aku : napa pulak mak?
mak : lahhh..ni buat2 tak ingat ke atau memang tak ingat?
aku : apa mak cakap ni?...hhmm tak pe lah...akak letak dulu eh..kim salam ayah (aku kalau dengan mak mmg tak mau nak ajak dia ungkit2 kisah silam sangat..nanti dia sayu)
mak : ye lah...bye
after that lama aku pikir kenapa mak cakap macam tu...pikir punya pikir, baru aku ingat...ye! mak ayah aku dulu sangat garang dalam bab2 pelajaran...walaupun zaman itu, aku belajar hanya bertemankan pelita (dan kadang2 lampu gasoline), salah sorang dari mereka akan tunggu aku dan adik aku yg no2 ulangkaji...kalau tak de kerja rumah yang cikgu kasi, kena ikut jadual yg diorang tetapkan...kalau mak aku yg teman - siap dengan rotan halus...kalau ayah yang teman - siap dengan rotan semambu (dah layak buat tongkat tau its thickness)...dan aku pulak, memang seorang budak perempuan yang amat (aku ulang! AMAT) degil ok...kawan pun dgn budak lelaki je...budak pompuan leceh! (aku akan buat entry lain about it if time permits)...kalau time belajar tahan lagi...tapi kalau kena pegi mengaji, NAUZUBILLAH pemalasnya aku...mak aku sanggup ajar sampai separuh quran je (tak padahal dia ngajar budak laing mengaji tu)...tapi ALHAMDULILLAH lah..aku khatam gak quran beberapa kali (the first one in std 3 tak silap)....ok back to cerita cara belajar aku dulu2 tu, tak sanggup rasanya nak ulang cara begitu kat anak aku...lagipun, dah cukup la aku susah dulu2..tak kan nak buat kat anak aku pulak.
tapi yg paling best, setiap kali dapat no 1 akan ada hadiah yang menunggu...dan kebanyakkannya adalah mahal kalau nak dibandingkan dengan pendapatan ayah yg tak berapa sangat lah masa tu...walaupun aku tak mengharap, tapi aku tau kalau dapat no1 mesti ia akan dapat membuatkan mak dan ayah happy dan tak marah aku sangat (tapi itu sementara je sehingga ada makcik2 yg report aku lastik anak dia, aku ketuk anak dia, aku lempar kasut anak dia etc)
aku nak janji dengan daniel kalau dia dapat no1 nanti aku belikan dia phone yang dia nak tu ok tak? boleh ke kasi hadiah handphone ni for his motivation? korang, tolong aku pls....

Friday, June 20, 2008

pagi tadi

pagi tadi, encik suami buat lawak "bangsat" sama aku..haihhh
selepas dah siap2...aku pun ready nak pegi keje...sebelum keluar pintu check bag, aikss takde pulak...then pandang keys holder kat belakang pintu...hhmmm..not there...pastu masuk bilik carik tgk kat dresser, uiks tak de jugak...tak bleh jadi ni
insted of tuutt..tuutt..tuut...sekarang its pagi yg gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang (his caller ring tone)
aku : saya nak pegi keje ni
dia : ok lah
aku : mcm mana nak pegi keje ni?
dia : kenapa pulak?
aku : cuba tengok dlm ur bag ada apa2 yg saya punya tak
dia : lahhh..apa bendanya yg saya nak bawak pulak?
aku : tengok je lah!!! (dah start nada tinggi)
dia : kejap! kejap!
aku : ada tak?
dia : hehehe..ada lah (sure muka dia tengah poyo je time ni)
aku : pesal? tak de keje nak buat dah? menyusahkan...hishhhh...(pot pet pot pet)
dia : ok ok..saya patah balik
aku : huh! lambat dah ni!...spare one simpan mana?
dia : carik dlm bilik
aku : (dalam hati - bilik tu besar oii) ye lah..kat mana? dlm drawer ke?
dia : ah'ah..try tgk situ dulu
aku : ok ok..if takde siap!
dia : carik lah dulu
aku : ye lah! (dah ko bikin aku susah kan)
then pegi cari sambil punggah semua benda dlm bilik aku...finally jumpa...cepat2 turun, start engine and cabut pegi ofis.
on the way to ofis - hold on brother hold on, the road is long, we r on stony ground (my ring tone sekarang)
aku : hah pe dia?
dia : jumpa?
aku : dah
dia : ok bye (takut kena sembur la tu bye cecepat)
pada yg tak tau apa yg aku cari....its my car key...sengal kan orang tu, naik motor tapi pegi angkut sekali kunci kereta aku...bikin aku "hangin" je pepagi..isks
jaga kau..balik kang aku sula dgn kunci kereta ni!

Thursday, June 19, 2008

anak oh anak #12 (his imagination)

hari ni aku balik kerja agak cepat...then terus fetch the boys kat skolah diorang...mula2 ambik abang...takde banyak cerita..just normal stuff apa yg dia blajar hari ni...then pegi ambik si kecik pulak...tangan aku dah penuh hold so many things, my handbag, bag laptop, bag skolah kebangsaan abang, beg skolah abim abang dan baju skolah abang...keluar kereta, selipa pulak buat hal..hiissh of all the time, sekarang kamu nak putus...sighh
kat skolah si kecik, dia dah hulur beg2 dia...aku dgn muka sedih ask him "yish bawak sendiri boleh? tangan mummy dah penuh"...then dia jawab dgn senyuman "ok!"
waktu depan lif, si kecik tak sabar2 nak tunjuk kat aku tangan dia (ade kesan blood spot kat lengan baju dia)...aku pun tanya la "kenapa?"...dia jawab "tangan yish kena cakar dgn kawan"...aku jawab "hhhmm kenapa gaduh lagi"...dia jawab "tak lah, dia yg kacau dan buat yish"...aku tanya lagi "abis yish tak marah dia?"
then dia jawab "tak, tapi yish rasa nak tumbuh tanduk kat kepala..lepas tu tanduk dia...biar perut dia koyak pecah keluar darah jugak mummy"
aku yang tergamam "hah?"
sungguh ganas imaginasi budak ini kan?
nota : yish ialah gelaran diri Danish...kadang2 dia kata adik, but most of the time dia bahse diri dia BABY :))

Tuesday, June 17, 2008

anak oh anak #11

ni nak citer about no matter how small u are (even at a young tender age), the feelings of liking our opposite sex do exist, no denial...
on the way to rumah maksu on saturday, this conversation telah berlaku.
daniel : ma (kan dia dah tukar instead of calling me mummyy, now its mama), nak tau sesuatu tak?
me : yeap...apa dia?
daniel : abang rasa abang dah ada makwe lah sekarang
me : huh? what? (imagine laki aku gelak kat sebelah k)
daniel : ahah...tak nak tanya ke nama dia siapa
me : ok..siapa nama dia? ni girl kat sekolah mana? kebangsaan ke abim?
daniel : tanya la kat adik nama dia siapa (then dia sengih)
danish : abang tipu mmy...mana baby tau siapa (dah nak start bergaduh ngan abang dia)
daniel : meh abang bisik
sok sek sok sek ntah apa depa bisik, tetiba...
danish : nama dia NANA mmy
me : hahahaha...owhhhh...napa abang suka dia eh?
daniel : budak boys lain pun suka dia jugak ma..lagipun dia comel
me : owhhh..kira ni ramai la suka dia ni
daniel : ahah, bazli pun suka jugak (then he named few other frens that i cant remember)
me : abis nana tau tak abg suka dia?
daniel : tak, abang belum beritau kat dia lagi
me : laaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...abis mcm mana abg boleh cakap dia makwe abg pulak?
daniel : nanti abang beritau lah dia...sekarang tak dapat beritau sebab kelas lain (nada confident je budak ni...hahaha)
me : (dlm hati...uikss kelas lain pun sempat kamu eyeing anak oiii)...owhh abis dia kelas apa
daniel : dia kelas satu neptune (its not form one ok!..tapi standard one..haihh)
the dad : hahahaha....(then he sings lagu "jangan tunggu lama2..nanti lama2..dia diambil orang") --> dia ni mmg agak lambat dalam memberi respons selalunya
me : abis bila nak beritau dia
daniel : nanti abg beritau....lepas tu abang beritau ma
me : ye lah
so, sekarang balik dr kerja je kami akan usik dia dan bertanya "dah beritau nana ke belum"....dengan senyuman dia akan reply "belum lagi...nanti lah"
aku tak sabar nak tau apa continuation cerita ini...really, i cant wait :D

Sunday, June 15, 2008

penat :(

cuti hujung minggu yang penat...
hari jumaat malam aku sepatutnya pergi ke negeri di pantai timur...tapi atas sebab2 yang menyesakkan hati perut aku, plan cancelled...maaf ye kali ini terpaksa, saya tidak mempunyai mood utk drive sejauh itu apabila hati tidak tenang :(
petang jumaat, mak call beritau "mak ada kat rumah maksu ni, datanglah...kita nak bincang pasal adik tu"....rumah maksu kat sekinchan...ada banyak sawah padi...instead of jawab nak datang ke tak, aku jawab dengan soalan "padi tengah musim apa sekarang?"...mak aku pun tanya la balik "ko kenapa kak, tak abis2 dgn padi?"...padahal mak aku tau, aku memang agak "perghak" atau "jakun" sikit time padi masak...sori..tak bleh nak elak dah..kekecik dulu aku jadi tukang tarik tali "orang-orang" halau burung yg makan padi masak ok!...korang budak2 bandar sure tak merasa tu kan? tak tau jugak apa itu "orang-orang"? tak silap omputeh panggil scarecrow...gambar seperti dibawah ye (tapi itu disawah padi jepun)

berbalik kepada cerita dengan mak tadi...aku pun jawab "alah mak ni, cakap je lah"...mak pun jawab "pak su kata padi tengah buah tapi belum masak" (chehh sempat dia tanya paksu, wat malu aku je...cerita lah tu yg aku jakun padi)...aku pun jawab "ye lah, akak datang tapi tak tau malam nanti atau pagi esok sampai".
balik rumah tanya the boys "nak pegi rumah paksu mamat tak?"...in unison mereka menjawab "nakkkkk"...then tanya big boy plak...he said ok...tapi tgk bola dulu...huh!..konon nak gerak dlm 4am dan tiba sana awal2 pagi..end up gerak dr rumah pukul 8 pagi ari sabtu...siap sarapan kat mamak lagi pulak tu...so much of keje tak ikut schedule...hehehe
aku drive, so sampai cepat la sikit...maklum..kalau dulu aku trained as F1 driver, lama dah Malaysia ada F1 driver pompuan, dan dapat placing..tak macam si alex yg menghampakan itu...sampai je ayah aku tanya "ni sapa yang drive tadi ni?" sebab dia tak nampak time kitorang turun kereta, tau2 dah masuk rumah je...mak aku dr dapur menjawab "mesti anak awak lah tu"...aku sengih2 je..ye betul..guilty as charged :P
after lunch masing2 pun merehatkan diri...aku mengantuk....tapi mak cerita about apa yg nak dibincangkan...alahaii..rupanya plan utk "merisik" for my youngest bro (lelaki ada istilah langkah bendul tak?)...aku pun cakap la "budak tu mana ada duit, mcm mana nak kawin?"....mak cakap "kita tolonglah dia"....biar betul mak ni...petang sikit "budak" tu sampai...mak tanya "dah beli cincin ke?"...dia boleh jawab "adik mana ada duit"...adoilah..aku rasa nak hempok je kepala beliau.
later in the evening, pergi keluar mencari cincin...then maksu ajak ambil kuih bahulu ikan...aku ingat kecik2 je kuih tu...haaaa engkau..satu pinggan saiznya...(nanti aku ambik gambarnya n post kemudian)...

then maksu heret kitorang pegi jalan2 kat tepi laut (yg tiada pantai - bakau) kat sungai haji dorani dan sungai nibong...agak nice jugak...siap ada floating chalet semua...makan mee bandung kat situ..sedap dan murah...udang pun besar2...budak2 tu makan sate (mana pegi pun mmg nak sate je)...dalam pukul 9 balik rumah maksu...mandi2 dan prepare utk tido...sekali maksu bawak kluar air kopi satu jug besar n bahulu ikan yg besar tadi...perghh..mana nak letak lagi ntah..perut aku dah penuh...lantak la korang situ..aku mau layan mata dulu..tapi sampai kul 2 pagi telinga aku masih mendengar mereka bersembang...haihhh
ahad pagi2 aku bangun, ingat nak ikut pegi tgk padi...tapi hampa :( kerna paksu sudah keluar awal2...kerja katanya hari ni..alaaaaa....melepas nak menjakunkan diri :(
tengahari siap2 mau pegi mengikut proses "merisik" itu....inilah nasib org takde adik beradik pompuan, asik kena heret kesana kemari je ngan mak ayah...aku tidak mau ikut mereka berbincang, sebaliknya aku join anak2 aku tgk cerita zombie kampung pisang :)) hahahaha...dah nak balik, mak cakap "apa lah ko ni kak, baik tak payah ikut"
alahaiii..macam mak tak paham anak mak ni...."saya tidak suka membuat perkara2 yang menyebabkan saya rasa tua...rasa diperlukan, tidak mengapa"
~end~

Friday, June 13, 2008

hidup perlu diteruskan jua

hari ni, aku memulakan hari kerja dengan perasaan jengkel (yang amat-amat)...nak tau kenapa?
pertamanya kerana aku mengantuk...malam tadi aku melipat kain-baju yang bertimbun dah lebih dua minggu aku tak lipat (dari sebelum cuti sekolah lagi)...macam mau patah pinggang dan tengkuk aku dibuatnya...mula2 aku mmg macam malas mau lipat tapi memikirkan tshirt pun kena iron if nak pakai, baik aku susah sikit dari susah berdiri kepanasan menggosok tu. timbul persoalan dalam benak aku, jadi org zaman batu kan best (setelah melihat entry encik saat), tak payah lipat baju :D
keduanya, pagi-pagi aku dah dapat call utk settlekan problem yg diakibatkan oleh para pekerja yang tidak mahu mematuhi arahan kerja..huh! arahan kerja are meant to be followed u idiot!!! if not, mcm ni lah...end up korang akan menyusahkan aku...big time punya susah pulak tu....dammmnnnnnn!!! memang dah berbakul aku marah diorang dr pagi tadi, dari yg bawah sampai la ke supervisor aku dah sembur : ..aku amat (aku repeat AMAT) jarang sekali marah ok!!..somebody, pergi carik ubat utk migrain aku ni please
ketiganya...dan yang ini aku paling benci, menyampah, meluat dan apa-apa "me" yg sewaktu dengan nya...email box kat ofis aku dah penuh dgn forwarded email about minyak naik tu..dari surat kepada menteri la..calculation minyak dulu dan minyak sekarang la...inflasi la..stupid PAK LAH la...malaysia pengeluar minyak la...SUDAH LA TU!!! kang aku block korang marah cakap aku sombong...tak ingat kawan etc...aku benci tau tak email2 begini...kan aku dah cakap...aku suruh korang bom dia korang tak nak :)) :)) (tolong jangan ISAkan aku...jokes ok!)...minyak dah naik dah pun...harga barang pun mmg dah naik...sekarang aku tengah boikot kantin kat bawah ni...dulu lunch aku 3.50 je..time beras naik ari tu jadi 4.00...ni dah 5.00 ok for the same nasik n lauk...giler apa...if aku ni pun dah rasa mahal...apatah lagi para pekerja bawahan tu...kesian diorang ok!..aku ingat sikit hari lagi kitorang kena beri "subsidi" jugak kat staff2 utk lunch diorang...dah! aku malas mau pikir tentang segala benda yang naik ni...menyakitkan hati dan menyesakkan nafas je.
walau apa pun perasaaan aku tentang permasaalahan yang timbul hari ini, hidup perlu diteruskan jua (takkan nak suicide plak kan)..betul tak?
~sigh~

Thursday, June 12, 2008

anak oh anak #10

entry hari ini tidak ada unsur2 kelakar atau funny pun...just nak menyatakan perasaan aku tentang betapa gratefull nya aku dikurniakan 2 budak lelaki yg full of surprises tu...
hari ni aku amik half day. pagi2 kena pergi hospital serdang with daniel for his post hospitalisation check up. aku happy dapat spend some time with him. his dad dah siapkan pagi2 lagi. sementara tunggu aku siap dia tengok tv dulu. dalam about 8.45 gitu gerak dari rumah. dalam kereta dia sibuk duk pindah depan pindah belakang. aku dgn garang nya cakap "mummy ikat abang kat belakang kang nak?" and dia senyum menayangkan gigi dia yg kecik2 tu "ye lah abang duduk diam2"
aku on radio (biasalah..fly fm)...then dia ikut humming to the tunes. sampai kat lagu beautiful girl (sean kingston), dia ikut byk jugak la the lyric which aku tak pernah ajar pun. dia cakap dia nak pandai nyanyi in english laju2...cakap english laju2...paham apa english tv program tu cerita without asking me...dia tanya mcm mana aku boleh reti ckp english tu...dan aku pun jawab "cikgu mummy paksa mummy baca dictionary" sambil aku gelak..dia ckp "owhhh" tanpa apa2 soalan lanjutan.
tiba kat hospital, register. orang ramai sangat...after amik his height, weight and blood pressure, aku request kat nurse utk pergi breakfast dulu. daniel mintak nasik goreng satu senduk je mummy dia cakap...dah letak suruh dia pegi bayar...agaknya kakak tu kesian tgk dia charge him 40sen je :))..dgn kuat dia cakap "lagi murah dari kat sekolah abang la mummy"..dah siap breakfast, we went back to the paeds clinic...lama giler tunggu turn sampai aku terlelap kat the bench...dalam 11.30 mcm tu baru turn kitorang..the lady doctor check dia..borak2 dgn dia...sambil tanya few questions kat aku about any family history of athma...huh! malampoh ok!!! (ni sama makna ngan banyak kata org n9) but not on my side..its on the daddy's side...dari nenek, makcik, pakcik, kazen2 semua ada...so the doctor pun cakap la..since athma ni lebih heridatory (penyakit keturunan) most probably daniel ada "underlying athma"..apa ke mende nya tu?...she pun explained la ada dia punya triggering factor kat budak ni..tapi if control, athma tu takkan attack him...n daniel pun melopong la dgr apa doktor tu cakap n nasihat kat dia...padan muka, mummy cakap tak mau dengar :))..dah abis check n talk, she gave us another 3 months nya appointment...lalu aku pun mau pulang..lagipun nak kena masuk ofis semula kan.
dlm kereta on the way home :
daniel : abang ingat tak nak panggil mummy lagi la
aku : lahh..kenapa pulak
daniel : abang dah bosan (reti ke budak ni apa benda bosan tu sebenarnya)
aku : dah tu, what u wanna call me with?
daniel : abang nak panggil mama...boleh ye mummy
aku : suka hati abang la (aku tau takkan lama dia panggil aku mcm tu..dulu dia dah penah buat panggil aku ibu..tahan 3 or 4 days je)
daniel : ok mama..thank you
aku : u r welcome
so...sepanjang dari dlm kereta..tiba rumah..dia siap nak pegi skolah agama..aku hantar dia pegi skolah agama...dia turun dr kereta kat skolah agama..dia panggil aku MAMA...dan aku mau tengok sampai bila MAMA ini akan kekal :D

Tuesday, June 10, 2008

anak oh anak #9

ni nak cerita tentang burung versi anak-anak aku :D
pagi tadi sambil siap2, diorang berdua duduk kat katil dalam bilik aku sambil tengok aku bersiap...time aku mengadap cermin untuk pakai tudung si abang bertanya pada aku satu soalan...
daniel : mummy, kalau mummy pandai...burung apa yang takde kaki, takde kepala, takde kepak
aku : burung yg hidup zaman dinasour kut (apa lah sengal aku punya jawapan kan?)
daniel : tak la...yg tu pun ada kepala..kaki ..kepak semua la
aku : dah tu burung apa? (dan aku sangat menyesal bertanya ok!!!)
daniel : burung abang ni (sambil tunjuk kat his birdy part tu)
aku : muahahahahaha..ya Allah..sapa ajar ni? (ada ciri2 kelucahan budak2 kecik kan?)
daniel : hehehe..mummy marah?
aku : haihhh...tak (patut ke aku marah?)...tapi jgn cakap kat orang lain macam tu tau lain kali
daniel : ok (then dia duk tupang dagu tgk aku)
then aku pun meneruskan pemakaian tudung yg tergendala akibat tergelak besar tadi...baru aku nak letak brooch, si kecik pulak bertanya...
danish : mmy...mmy tau tak burung apa yg kurang ajar
aku : ntah la..kita dah lambat ni baby (dlm hati aku..haaa sudah..versi apa pulak kali ni)
danish : alaa..senang je lah mmy
aku : ok kasi tau mummy apa burung nya (dlm hati aku amat takut ok dgn jawapan yg dia akan keluarkan)
danish : burung kakak tua la
aku : laaa..kenapa pulak?
danish : sebab dia suka ejek2 orang
aku : owhhh ok...dah tu je jawapan nya? (lega sikit hati aku)
danish : dengan lagi satu..burung belatuk
aku : hah? why?
danish : sebab nama dia mcm cakap blah la atuk! (siap dia buat gaya mcm kita adult buat sign angkat tangan blah la ko tu..haihh aku tak tau mcm mana nak explain...tp kita adults slalu la buat tu sign)
aku : hishhhh...tak baik buat mcm tu kat org tau
danish : laaa..baby cakap pasal burung belatuk tu la
aku : yeee...mummy pun cakap pasal tak baik kalau kita buat kat org mcm tu..tau?
danish : ok mmy
hari ni..proses memakai tudung aku agak lama kerana sessi perbualan tentang burung2 ni...sangat la kretif kanak2 sekarang ini....macam2
i just cant imagine my world without them
~red shirt is daniel, yellow shirt is danish - sangat notty je rupanya~


lovey dovey mode

watched a chinese muvie last nite...itu encik sepet jackie chan belakon...aku ni bukan seorang yg meminati cerita action pack whooshh whooshh gedebuk gedebak kelepuk kelepak sana sini tu...macam aku yg sakit bila tgk org tu kena pukul...hishhh...tapi sebab dah tak de mende nak buat, layan kan je lah
scene yg amat menarik perhatian aku ialah apabila gf si encik sepet bertanyakan if he loves her or not...and sambil nangis he answered (dia nangis sebab gf tu kena tambat kat bom ok...kot dlm keaadaan biasa laki nangis mcm tu, aku pun seriau tengok...hehehe) --"dalam hayat ini, hayat akan datang, aku cintakan kamu"...gitulah kata subtitle kat bawah tu...owhhh amat touching
kan ke best if ada org cakap macam tu kat kita..kan? kan?
sighhhhh

Monday, June 9, 2008

birthday wishes

thanx to dear friends yang wish me on my birthday..sampai ke hari ini pun masih ada yg wish...belated pun tak pe lah...appreciate it...dari sms, blog, myspace, facebook, phone calls macam2 ucapan yang diterima...among the wishes, i think this one really gave me a new perspective in seeing what a birthday is...tak tau la mana dia rembat the quote kan...but it really catch my attention...its from an old guy fren (dia ni xbf to my best fren) sent an sms which read "a birthday is just the first day of another 365 days journey around the sun, enjoy the trip"...so aku akan enjoy my trip towards the days given to me by the Almighty, dengan bersyukur dan gembira that is.
on another note, hari ini 9th june adalah juga birthday arwah my brother yang meninggal 15th feb yg lepas...kalau sebelum ini dapat memberi dalam bentuk material yg lahiriah, kali ini hanya Al-Fatihah yang dapat diberikan. Semoga beliau dicucuri rahmat dan bahagia disana. Amin

anak oh anak #8

my phone's current ring tone is a song titled pocket full of sunshine by natasha bedingfield (kata new phone kan, macam2 la lagu nak cuba letak)...ni nak citer tentang ring tone pun boleh membuatkan kanak2 curious dan bertanya macam-macam soalan kepada para ibu bapanya :)
this happened last nite after daniel got bored playing the car race game and could not obtained the "get medal" status...he was checking what are the songs available in the phone..
daniel : mummy ni semua lagu english je
me : dah tu tepon mummy kan
daniel : what is this pocket full of sunshine mummy
me : huh? apa?
daniel : lagu ni la...apa makna dia...takkan la letak sunshine dalam poket pulak
me : hahaha..pandai je lah abang ni
daniel : ye la...apa makna dia
me : erk (dlm hati : aku tak tgk lagi pun lirik lagu ni...apa mau jawab)
daniel : mmy, abang tanya ni
me : agaknya about happiness kut...tentang orang tu gembira dalam hidup dia
daniel : iyer ke? abis kenapa letak sunshine dlm poket pulak?
me : alaaa..dia bukan letak betul2 la...hish abang ni....macam mana lagi nak explain mummy tak reti dah
daniel : ni bukan lagu cinta2 ke mummy? (n he continued checking the phone)
me : (hoh! darjah satu dah pandai perkataan cinta2) *emot tepuk dahi*
perbualan tu tiba2 membuatkan aku teringat an old conversation with him about my ring tone in the old phone yg hilang tu...that time the ring tone was I'm Yours by Jason Mraz...he was checking my ring tone jugak time tu
daniel : i'm yours ni apa maknanya mummy
me : lebih kurang macam awak kepunyaan saya la
daniel : macam abang kepunyaan mummy?
me : ha'ah..mcm tu la lebih kurang
daniel : abis mummy boleh cakap kat daddy i'm yours jugak la ye?
me : erkkk...boleh..boleh..(iyer lah anak oii)
daniel : maknanya ni lagu cinta2 la ye?
me : adoi lah abang ni...pening mummy macam ni
daniel : ye la (dan mengalih pandangan dia ke tv)
sekarang, aku mau carik lagu yg macammana utk letak as ring tone? kena bukan lagu cinta2 ok!....takkan lagu NEGARAKU pulak? kang tak pasal2 asal tepon aku bunyi je org sumer kena berdiri tegak :))
ada cadangan?

Friday, June 6, 2008

fuel hike frenzy

i wanted to post this entry much earlier (wednesday nite) ...on the nite itself...tapi internet connection again, macam siput bebeh...
macam biasa, hari kerja aku pegi jumpa client la kan, on the way balik ekon kereta tetiba macam tak sejuk...hhhmm kena send back to the workshop la nampaknya ni...tapi aku balik ofis dulu...dlm 4.15 mcm tu our fuel supplier from shell called (the plant have boilers that runs on medium fuel oil)...she said petrol price is gonna increase by more or less 80 cents...we all were like in unison saying huh!... wtf! (ni dak2 laki la kan)...giler ke?..u betul ke memain ni cindy?..so about an hour or so semua orang dah takde mood nak buat kerja...masing2 memperbincangkan apakah rasional nya minyak ni dinaikkan...tapi aku tak join, kerna aku lebih runsingkan kereta yang takde ekon itu :((
so, by 5.30 aku keluar ofis pegi workshop...cina workshop tu pun bebel2 about harga minyak...tapi aku bebel kat dia balik "eh apek, lu bikin wa punya ekon elok2...itu minyak punya pasal lu bising sama customer lain la"...haa kan dah kena ngan aku...apek tu pun senyap2 bikin sampai akhirnya dia cakap "sudah sejuk ah amoi..mari test"...aku pun masuk dlm kereta...duk dlm 10 mins n puas hati...aku cakap terima kasih aaa apek...lalu terus blah
on the way balik tu, aku duk perati petrol station kat area nilai ni semuanya jam packed...aku passed by mobil, esso and petronas....semuanya kenderaan melimpah sampai ke main road...then aku pun nak la isi minyak kat shell...sampai je turn nak isi minyak, aku pun nak le menggunakan kad, sekali budak tu cakap tak boleh pakai kad pulak..hah kau..gagau la brapa pun duit yg ada..janji dapat isi dulu..dah la beratur bagai nak rak..haihhh

~ itu bukan kesesakan lalu lintas ye, tetapi barisan kereta yang menunggu giliran utk fill up tank di stesen shell on my way home ~

dah sesiap isi minyak tu, aku pun mau pulang...singgah kat petronas nak withdraw duit sebab kat shell tadi takde ATM machine...haaa korang tengok lah betapa kelam kabutnya stesen petronas tu...dah la masing2 jenis tak reti menyabar, ada yg tak ikut que, masuk from opposite direction...nasib la aku tak isi minyak kat petronas...tak mau kena jerit ngan aku...the best part is, petronas tak mcm shell yg tak benarkan people fill up any containers for the fuel...kat sini, aku tengok mcm2 jenis tong digunakan...tak ke bahye..hishhh korang ni :

~nampak tak mineral water big bottle kat tepi motor tu, pun jadik asal dpt isi fuel~

~nampak keter tu on the opposite direction, aku bet sure dia kena maki ngan org yg bratur reramai tu ~
aku tak pernah tengok manusia2 sefrenzy ini bila isi minyak kereta..tu lah first time..may be sebab kadar fuel hike tu sgt tinggi kut...dulu2 kalau naik pun setakat 5 sen, 10 sen, 30 sen...haihhh...mau pangkah itu dacing lagi ke lain kali?
sila beri jawapan bernas ye

Tuesday, June 3, 2008

p.i.n.k (an edited version)

notes - ini edited version sebab dah masukkan gambar2...tadi masa kat ofis nak masukkan gambar tak boleh...connection sangat macam siput bebeh...menyebabkan aku hampir lambat pergi jumpa client.
whats with pink? hhhmmm i've never like the colour...previously i meant...i've always considered it as too girly...not suitable with my character

but off late, i've just realised that pink is not that bad on me...may be i've been mellowed with age...kan dah tua makin lembut lah (KONONNYA JE OK!)

so, did some personal indulgence over the weekend...balik2 menda alah yang berwarna pink jugak yang aku tengok...dalam hati memang dah berkata, ngapa asik tgk mende2 pink je ni...hishhh

thinking of getting a pair of shoes...tapi macam malas nak beli work shoes dah..so tgk lah the loafers section...tadaaaa...a pink one...hati macam tertarik and i think it waved at me asking me to bring it home..hahaha..wat an imagination :p...btw, dia memang ikut aku balik...hehehe
~ itu loafers kaler pink hush puppies ~
jalan-jalan lagi...pegi perfume sections...thinking of adding something to my collection...pegi cK counter macam tak best...pegi estee aku tak suka amoi tu...then singgah clinique....haaaa...tadaaaa...another pink items...the limited edition of clinique happy..happy in bloom namanya...yang ni pun diangkut balik juga :D

~ itu perfume clinique happy in bloom beserta roller n lip gloss ~

pusing-pusing lagi, hishhh..tak bleh jadi ni...karang ada lagi mende pink yg aku angkut...had dinner and mau pulang...singgah kedai telefon..my intention was just to browse thru kut-kut ada yang aku berkenan. END UP!...beli a new phone jugak...nasib baik ianya tidak berwarna pink...so kawan-kawan, saya sudah ada semula telefon 3G menggantikan my flippy yang hilang itu...and, i've decided to call this one - slidey :P..ok tak nama dia? hahaha..like i care if its ok or not la kan....mau video call or send 3gp? be my guest :))

~ thats slidey, nasib tak kaler pink :p ~

nasib aku masih mempunya sedikit sense of colours...jika tidak, pasti dunia ku sekarang penuh dgn pink kaler...mau tau sesuatu? hari ni aku pakai tudung kaler pink dgn uniform yang berwarna biru pekat...ada match? like hell NO :))

owhh god..im in dire need of help to shake my sense

a note to self : kalau rindu anak-anak, amik cuti emergency cabut balik kampung je...kerja tidak penting jika hati tidak menentu!