Thursday, June 26, 2008

kuasaNya

hari selasa pagi mendung. aku drive ke seremban untuk bermesyuarat bersama pelanggan setia syarikat tempat aku bekerja. habis sudah, drive pulang ke ofis leisurely. redup, tapi matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.

tapi tak berapa lama tiba di ofis, langit terus kelam, gelap gelita. angin bertiup kencang disertai hujan yang lebat secara tiba-tiba. bunyi angin amat kuat. aku keluar dari bilik dan jengah keluar. Maha Besar Allah, tak pernah aku tengok angin kuat macam ni. dah nak hampir macam puting beliung (agaknya lah).

tak sampai setengah jam begitu, matahari keluar dengan terang benderangnya. hati aku berdetik, amat besar kuasa Mu Tuhan.

beberapa saat selepas itu, aku dapat panggilan telefon dari mak.

mak : (dlm nada tersedu-sedu dia) cik mad meninggal tadi kak
aku : hah? bila? mak ni betul ke (aku agak terkejut sebab beliau sihat walafiat tidak sakit apa-apa pun)
mak : ye...baru kejap ni. kak long baru bagi tau mak ni. balik ye
aku : ye lah mak


aku pulang menziarahi arwah kerana aku amat menghargai jasa beliau yang selalu dikhabarkan ayah sebagai tidak ternilai. beliau dan isterilah yang menjaga aku semasa ayah dan mak keluar bekerja semasa aku kecil dahulu. dan ayah sudah menganggap beliau sebagai seorang adik. cik mad, semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mu disana. jangan risau, ayah, mak dan saya ada untuk tolong tengokkan cik kiah dan adik2 yang lain. Al-Fatihah