Thursday, July 10, 2008

anak oh anak #16

isks...bosan2 ni tak ada idea apa mau letak dlm blog ni. dah 2 hari dah ni tak de idea. letak je lah cerita aktiviti malam semalam.

baju melayu sekolah agama si abang dah koyak dan rabak sana sini. aku pun musykil gak macam mana la budak ni pakai baju ngan seluar dia agaknya. dah la tu, koyak jenis yang tak boleh dijahit pulak tu.

so, semalam balik kerja cepat2. nak pergi cari baju melayu si abang la tu. i went with the boys only. mula2 pegi giant nilai. puas pusing2 cari tapi tak jumpa gak. last2 tanya ada satu staff giant tu. u all tau apa dia cakap? ni haaa ayat dia!

"BUKAN MUSIM NAIK SEKOLAH LA KAK. KITORANG TAK ADA JUAL BAJU SEKOLAH"

dalam hati aku menyumpah2..."cilaker punya giant..nama je besar...ko ingat orang beli baju sekolah time nak naik sekolah je ke...ko tak pikir ke orang yg anak2 dia akan jahanamkan pakaian diorang time tengah2 tahun ke etc etc"...macam2 la aku carut kan dalam hati aku.

then aku terpikir, owhh kalau pergi warta bangi sempat lagi ni. jam dah 8.50pm. nasib tadi time nak keluar diorang cakap nak burger. aku belikan dan masing2 makan dalam kereta. haihh...bau burger je dalam kereta time nak pegi keje pagi tadi. hhmm aku pun cepat2 heret sorang kiri, sorang kanan terus masuk kereta semula. whooosshhhhh...dlm 15 mins macam tu dah sampai warta bangi. laju giler drive. nasib selamat anak-beranak ni.

kedai kat bawah bukak..fuhh lega. tapi cari punya cari tak ada size pulak. 24 kontot sangat kaki seluarnya. 28 pulak gelebos semacam. dah tu si abang ni memilih pulak. "abang nak yang kain licin mummy...yg keras tak nak"...huh! anak sapa lah ini. pun tak ada gak. nasib adik jaga kedai tu agak baik dan beritau "kat atas ada kedai lagi satu kak". aku pun apa lagi. pegang sorang kiri sorang kanan, heret lagi. sampai si adik komplen "ami ni laju sangat la, penat tau yish jalan cepat2"...hehehe..nasib la anak oii..karang kedai tutup, jawab esok abang kamu pegi sekolah agama pakai seluar jeans dengan t-shirt lah.

cepat-cepat naik eskalator. sampai tingkat 3, legaaaaaa. kedai masih bukak. mintak kat budak yg jaga kedai tu saiz baju abang. try. ok. fit. just nice. then terpikir, sepasang lagi yg koyak kononnya aku nak jahit semula tu pun macam tak lama lagi akan punah jugak. baik beli je 2 pasang. so there u r. amik 2 pasang. sekali dia round kedai pulak, tau-tau dah sengih dan tunjuk 'nak samping baru jugak mummy"...hishh, ye lah. time dah letak semua barang kat kaunter sekali lagi bunyi "nak baju ketiak yg lubang2 ni lah mummy". aku tergelak kat situ jugak. ada ke "baju ketiak". buruk benor bunyinya anak oi. pilih2 size, letak kaunter and bayar. masa si abang tengah memilih "baju ketiak" dia tu, si kecik berbunyi.

kecik - mmy, beli baju abang je ke
aku - ahah...yish nak jugak ke
kecik - tak lah, baju baby kan ada
aku - dah tu, nak apa
kecik - mmy beli apa2 untuk baby eh karang kat bawah
aku - ok, ye lah


dah siap bayar semua, dapat la jalan pelan2. lega sikit dah dapat beli. sampai kat tingkat 2 si kecik tanya "nak beli permainan boleh tak mmy?"..aku jawab "tak". bukan apa, kat rumah tu dah berbakul permainan. tunggu time aku buat spring cleaning lagi sekali je nak lesingkan mana2 yang "tak lengkap" tu.

turun bawah sekali, aku bau waffle. perghh sedap seyhh baunya. aku tanya "siapa nak waffle?"...dua2 tak nak. katanya kenyang lagi. time tunggu waffle, si kecik pun tengok2 segala jajan n sweets yg ada kat situ. dia bunyi "mmy, belikan baby gula2 ni je lah. kan tadi mmy dah janji nak belikan apa2 utk baby". alahhhaiiii..sayu nya hati aku mendengarnya. takat gula2 siap wisel peniup yg bingit harga singgit setengah tu nak compare ngan beli pakaian abang yg boleh isi minyak kereta aku seminggu, AMBIK LA ANAK OIII...(nanti aku snap gambar mende alah tu letak sini)

dah dapat waffle aku, gerak nak balik. penat aku terkejar kesana sini. masuk kereta belum sempat jalan, wisel bingit tu berbunyi. aduiii..bingit! bingit!. tapi tak pe, confirm tahan dua tiga hari je wisel tu. jahanam kalu, aku lesing dalam tong sampah je. hehehe

hari ini, si abang senyum je sebelum pegi sekolah pagi tadi masa aku tgh iron baju sambil tanya "dah iron baju abang ke mmy?". bertuah punya budak

No comments: