Tuesday, July 22, 2008

budak ini kan....

kejadian beberapa hari lepas. pagi2 si kecik dah siap mau pergi sekolah. encik suami yang hantar. kat bawah je, bukan jauh pun. lepas salam, kiss dan squeeze aku with his hug cara monyet panjat pokok, dia pun keluar pintu. bye mummy kata dia. aku cakap bye tenonet dan terus tutup pintu. masuk bilik untuk iron pakaian kerja hari itu.

tak berapa lama aku dengar bunyi keletup, keletap, keletup, keletap. agak lama jugak lah. aku cam bunyi itu. haihhhh, dia buat dah. owhh ini bukan cerita seram tau. aku keluar tunggu depan pintu, agak menyorok sedikit. aku perhati dia berjalan lenggang kangkung mak limah sambil buat gaya pegang handbag di sepanjang corridor depan rumah. dia jalan sampai hujung, kemudian pusing balik sampai ke grill depan rumah.

aku jahat, aku kacau dia. aku sergah. haaaaa!!!! aku kata. dia toleh dan sengih je. apa buat dengan high heels mummy ni? aku soal dia. dia boleh jawab, yish nak try jalan macam girl la mummy. aku ketawa besar.

sekarang, flash back sebanyak lebih kurang 6 tahun dahulu ye!

scene 1
semasa pemeriksaan ibu mengandung, seorang mak yg excited nak tau jantina anak beliau
mak itu - boleh tau dah baby apa doctor
doc - (sambil gerakkan itu benda scanner atas perut mak itu) i tak nampak apa2 yg boleh kata its a boy. maybe its a GIRL. tapi kita tunggu for next scan lah ye.
mak itu - hhmm ye lah (tapi selepas itu, mak itu tidak lagi pergi scan perut beliau di klinik bayar itu)

scene 2
semasa pregnant kedua, bila pergi bekerja mak itu suka melawa. selalunya tak perlu pun lipstick eyeshadow blusher segala. bedak baby johnson sudah!
staf 1 - puan, sekarang hari2 mekap ye?
mak itu - ha! tengok saya hari2 ye?
staf 1 - tak lah, tapi memang kami semua perasan pun (kami semua tu 12 orang ok!)
mak itu - pandai je lah u all semua ni
staf 2 menyampuk - baby GIRL kut puan
mak itu - apa apa je lah. janji selamat

scene 3
semasa keseorangan melalui proses 'assisted labour', mak itu berada dalam kesakitan yang amat sangat. tapi doktor yang menolong amat baik dan lembut. beliau perempuan ye.
doc - ok, kita sama2 ye
mak itu - saya macam nak tercabut nyawa ni doctor
doc - sabar lah sikit u. tarik nafas elok2. tadi u kata nak cuba normal birth kan.
mak itu - ye lah (ni air mata dah mengalir - ngalir ni)
doc - "hai baby kat dalam, u must be a very good GIRL rite, u have to help ur poor mummy here " (sambil dia tengok perut dan muka mak itu, kemudian senyum)
mak itu - laaaa, saya pun tak tau baby apa ni doctor
doctor - tak apa. janji u selamat kan (beliau meneruskan kerja nya, tak nak explain, gory! involve darah2)

akhirnya, selepas lebih kurang 8 jam bertarung nyawa, bila baby itu ditunjukkan kepada mak itu oleh nurse dan disuruh tengok to its genital part, mak itu hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah kerana selamat. AND ITS A BOY!

nah tengok gambar budak ini semasa beliau beberapa bulan. ada ke macam girl?

~this is mohamad firdaus danish hazimi who was born on 2nd september 2002~

3 comments:

Sweety Cutielady said...

Bumble bee... cutenya dia pakai costume bee hahaha... (erks.. teringat sesorg panggil I LEBAH!!)

Rajuna said...

pemakai pakaian kiko atau kiki lala?

l.i.f.e said...

ct - tu kat shopping complex, ada salesgirl tu duk pujuk2 "ambik gambar anak kak". i pun iyerkan aje

juna - dedua brand tu ada...tapi yg banyak beli kat pasar malam aje :P
btw, thanx singgah