aku memang sedang dalam fasa mengalami sakit jiwa yang amat kronik. pabila sakit ini menjengah, aku menjadi tidak fokus terhadap apa sahaja yang berada di depan aku. yang menjadi mangsanya diri sendiri, orang dan barang yg berada di sekitar aku.
contohnya,
malam semalam, menemani encik suami dan anak-anak ke giant nilai. tujuan?...hanya untuk mendapatkan kereta control yang mereka mintak belikan. semasa mereka membelek kereta mainan yang manakah untuk dibeli, aku berjalan-jalan di bahagian pakaian. banyak betul kemeja stripes yg berwarna-warni bergantungan. dalam hati aku, huh! kaler macam sesuai untuk BANGLA je. tiba-tiba, ADUH!...tangan aku terkena besi tempat baju-baju itu digantung. aku kan macam putih (ke kuning?), jadi lengan aku terus merah dan tompok2 darah mula menampakkan dirinya disitu. pedih dan sakit. *air mata berlinang menahan sakit*
tadi, aku tiba-tiba teringat yang aku ada temujanji bersama agen insuran aku. insuran hayat aku perlu di"review" atas sebab-sebab tertentu. jadi aku perlu mencari polisi asalnya. tak susah pun. dalam filing racks (bende ni dah macam files wardrobe dah) je. aku pukak pintu nya. KEDEPUNG! KEDEPANG! BUNG! BANG!...apa bendenya kau kata? radio hi-fi lama aku yang encik suami letak diatas almari itu menimpa kepala aku. korang bayangkan la mende tu besar dan berat ok. kalau speaker maybe ringan sikit. ni tak, the radio unitnya. benda tu bukan rosak sangat pun. boleh je guna lagi. tapi aku benci kerana LED display dia dah tak menyala dan cd player kadang-kadang gila lompat lagu...tak pun terus tukar dari cd no1 ke no 5. apa kes? ahhh..terus jadi tukun la benda tu. berbalik kepada kepala aku kena hempap, sakit giler. tak ada darah. tapi, selepas beberapa saat pandangan aku jadi gelap. aku jalan ke katil dan baring. rasa macam berada di alam lain. few minutes jugak baru nampak semula. *berpikir, perlukah aku pergi buat scan kepala aku ni*
tadi jugak, aku perlu meng"iron" pakaian kerja. sambil berdiri membuat aktiviti itu, dalam kepala banyak perkara serabut yang aku pikirkan. tiba-tiba, muncul satu lubang besar atas kain baju kurung yang aku iron itu. terus aku campak tepi tong sampah dan capai sepasang baju kurung yang lain. kan dah membazir sepasang baju kurung. sekarang aku mau pergi Nilai 3 atau Nilai Square untuk beli kain dan tempah baju baru. *ignorance kah aku, pembazirkah aku"
moral cerita, kalau tengah serabut, jangan buat kerja, jangan pergi mana-mana. betul?
*melepaskan tarikan nafas keluhan yang amat berat*
1 comment:
heheheh....i pon selalu macam ni. Otak ntah meraban ke mana.
Post a Comment