Tuesday, August 19, 2008

aku, apabila melibatkan sesuatu tentang perasaan, boleh menjadi manusia yang pelik

ini mungkin bukan entry yang enak dibaca. lagi pula, panjang meleret-leret.

aku akui, aku memang manusia yang amat payah kamu mahu jangka (penjajah kata predict). selalu sangat, jika ada orang yang tegur perangai aku itu aku hanya akan kata "i'm a gemini, u got to understand". yeah! blame it on the zodiac girl!

emak aku kata dia senang jaga aku. tapi ayah aku kata, hari2 dia penuh dengan tanda tanya apa lagi yang akan aku lakukan. itu pasal, aku lebih rapat dengan ayah walaupun aku anak perempuan seorang. dan amat selalu apabila aku telefon dulu2, ayat pertama beliau ialah "apa lagi pulak hari ni?", atau pun "cerita baik atau cerita tak baik ni?". tengok!, betul agaknya pepatah yang kata menjaga kerbau sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan seorang. apa-apalah kan.

apa aku mahu cerita sebenarnya ini? macam2 sebenarnya. ok, here it goes

satu,

tentang rindu kepada 2 orang mat hensem aku. sebelum cuti sekolah lagi mereka sudah merangka mahu ikut atuk dan opah. aku tak benarkan, tapi masing2 sudah buat muka penyek. mak dan ayah juga kata benarkan saja lah, boleh buat kawan seminggu nanti. ye lah, hanya mereka saja cucu2 yang ada. merdeka! bukan aku lah, mereka yang merdeka. tiada mummy yang akan kata tak boleh, jangan, no, cannot etc. apa lah sangat kalau atuk dan opah yang marah kan. akhirnya, OK sahaja.

aku rindu mereka. bosan dan sepi di rumah. ini baru berapa hari. makanya, selain dari merindu aku asyik saja menelefon.

percakapan malam semalam. setelah aku berbual dengan mak ayah, aku minta untuk bercakap dengan mana2 mat hensem. aku hepi bila dengar suara mereka di latarbelakang perbualan aku dengan ayah. aku dengar mat hensem pertama mengambil telefon dari ayah, tapi dia membebel sesuatu. ganggu dia menonton tv katanya. haihhhh

aku - hello, abang sihat?
mat hensem pertama - ok. mummy kat mana?
aku - baru sampai rumah. dah makan?
mat hensem pertama - dah, mummy cakap dengan adik eh, abang nak tengok tv lah.
aku - lahhhh, ye lah kasi adik
dia - dik...mummy nak cakap. nah la *jeritan*

aku dengar mat hensem kecik kata "tak mau lah, nak tengok tv, suruh mummy telefon lagi nanti"

langsung si mat hensem pertama berkata bye dan letak telefon. arrrgggghhhh...aku mahu nangis.

tengok. happy sesaat mendengar suara mereka. sesaat lagi menangis bila terasa diri tidak dihargai. tapi sebenarnya, apalah yang kanak2 itu tahu tentang perasaan aku pun kan.

kedua,

aku rindu. memang rindu serindu rindunya (bukan lagu berhantu kumpulan SUDU lentok leleh itu eh!) pada seseorang. ini pengakuan. enuf said.

tapi,

apa ke jadah nya bila dia telefon aku pegi cakap "i tak mahu ganggu orang yang super bz lah!". snap!

tongongggggggg!!! u know for a fact that if he's busy, he'd be like the most busiest (notice the redundency to imply the superlative) person on earth ok stupido!!! kau happy nak mampos that he actually made an effort to call in between his busy schedule, and yet kau bengang sebab dia BZ? apa hal lu perempuan! - ini ayat aku memarahi diri sendiri.

ya! ya! perempuan memang complex tahu! (jangan beritahu orang lain aku akui ini ok)

habis sudah, aku hantar kata maaf, i shouldnt say that.

dia reply "tak pe, u r a gemini. i'd understand"

hahahaha, aku suka kata2 itu. sangat suka. maknanya kamu sudah sangat faham aku.

sekarang, aku rasa mahu terbang (bersama rasa bersalah di dalam hati kepada u know who). that also, i hope u'd understand ok.

ketiga, keempat, kelima - biarlah aku sambung kemudian nanti bila2 aku senang. aku tidak mahu kamu semua muntah membaca entry gemalai aku sekaligus ini.

heyyy..theres a soft spot in everyone's heart if u know where to look for. dont u know that?

tak tahu sudah!

maaf atas entry kurang siuman ini :P

14 comments:

saat omar said...

Gemini bulan 6 ek Shila?

l.i.f.e said...

hahaha saat...saja lah tu :))
bulan 18 beb! gugel ah! pemalas betol :-w

it is infact

apek terror said...

"suruh mummy call nanti je la" lawak siot...

gua gemini so words mulia mmg sinonim dengan kite kan....

tp gua x pernah bela kerbau sekandang la..mane gua tau..haha...

dzul said...

pompuan memang komplek..
kekomplekkan tu pulak berbeza antara satu pompuan dgn pompuan yg lain..
komplek beli belah pun tak sekomplek kompleknya pompuan

Hajime said...

tu a...
pompuan mmg complex...
tu yg suke hangout kat complex beli belah tu...

yoshz said...

eh, apa ciri² gemini? encik suami binatang apa?

l.i.f.e said...

apek - hahaha...tu la kata2 dari budak umur 5 yrs plus. eh, nanti dah bela tau ah :))

dzul - kemain lagi mengata pompuan mcm kompleks beli belah eh. biasa dia ni :-w

hajime - kami hangout kat complex beli belah guna duit sendiri :P

yoshz - most obvious, we could change instantenously, hiding our feelings etc...beliau taurus (ni apesal tanya pulak ni) :-?

Sweety Cutielady said...

Saya juga seorg GEMINI... kita sekepala lah eh shila.. we always do rite? Kesian mummy nak ckp ngan mat² kecik hensem kene snubbed pasal nak tengok tv. adeehhh.. I penah kene gak.

Sweety Cutielady said...

yoshz.. soalan "encik suami BINATANG apa? errkk shud be bintang kan?

l.i.f.e said...

ct - hahaha...its fated kut as most of the people that i could click with are either gemini or scorpio.

tu lah, budak2 tu dapat balik kg, tanah luas, pokok banyak, gitu lah jadinya :))

mak i cakap, 'kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasik'...kena bahse weihhh...adeh, telinga macam kena bakar :))

i paham, encik yoshz tu TAIPO tu. maafkan lah dia :P

ijan said...

haha... gemini...

sume benda kat dunia ni kalo bole dia nk dua. paling best dia mmg power bab simpan perasaan...

lg best kebanyakan gemini ialah cun/ensem cam aku. haha...

poyotito said...

gemini? complex?
apahal gua tak complex pun?


eh!gua gemini ke apa ha?

saat omar said...

Kawan aku kata gemini ni flirtatious...betul ke? :)

l.i.f.e said...

sultan - owhh kamu juga? boleh la kita tukar2 present gini. ya! sangat agree tentang power bab simpan perasaan. kamu hensem? alaa, saya takde adik perempuan lah

poyotito's - ye lah tu! kamu komen mcm itu pun sudah menampak kan kecomplexan (huh! pandai je cipta word) kamu. tahu tak?

saat - hahaha..kau rasa? in disguise beb...in disguise