Thursday, August 21, 2008

aku bukan lah jahat sangat, cuma mencuba menambahkan pengetahuan mereka dengan cara yang unik :D

membaca entry si rahimin yang ini membuatkan aku tersenyum mengenang cerita lampau yang comel. betul comel tahu!. seriously shit punya comel. aku rasa orang lain tak pernah buat sebegitu. hanya aku. selepas itu, aku tak tahulah.

dahulu, semasa aku masih mencari sedikit ilmu pengetahuan, aku adalah manusia yang sangat tidak ambil peduli. hidup aku hanya dikeliling kawan yang amat sedikit. katalah aku sombong atau memilih, ada aku kisah? nope... nahhhh...nadaaaa (rosalinda kata lah)

saat aku jadi senior yang bakal meninggalkan tempat itu, minggu orientasi memang adalah minggu yang comel. aku suka. kawan kata aku gila. kawan kata aku mereng. buat benda yang tak pernah lagi dia tengok orang lain buat. again, ada aku kisah? nehiiiii (shah rukh khan kata lah)

kamu mahu tanda tangan aku? boleh. senang saja. nanti datang bilik ye. bukan, bukan budak lelaki lah. budak perempuan dulu. budak lelaki entry lain lah. itu pun kalau aku rajin.

belakang pintu aku sudah sediakan satu kertas serupa senarai. ada ruang tarikh, item, jenis, siapa dan setuju. setuju tu maknanya aku lah yang bersetuju atau tidak.

adik - adik perempuan yang datang minta tandatangan akan aku suruh tengok dulu senarai itu. kamu pilih ruang mana yang sesuai dengan kamu. sudah pilih, bawa datang jumpa aku. prosedur, senang saja.

tarikh - pilih bila kamu mahu belanja aku...hahaha...dasar penjimatan duit yang amat sukar aku dapat. senior, datang sekali sahaja dalam hidup beb :P

item - apa jenis foods lah kan. nasik ke, mee ke, coklat ke, cikedis ke, kuih ke, watever lah. aku tak kisah. tak habis, boleh saja share dengan kawan yang kurang kreatif otaknya itu kan

jenis - ruang ini adalah untuk lebih spesifikkan apa benda item yang kamu mahu belanja aku itu. kalau nasik haruslah tulis nasik ayam ke, nasik lemak ke, nasik goreng ke. kalau mee letak lah mee goreng ke, mee rebus ke, wat ever lah. tapi, kalau siapa yang letak coklat, memang kamu sengaja mencari nahas. aku hanya setuju jika kamu tulis Vochelle Almond, Toblerone tiga segi ataupun Hersyes Cookies n Cream. hahaha. padan muka.

siapa - itu mesti lah kena tulis nama kamu sendiri kan. tak kan nak tulis nama aku atau kawan pulak. hehehe

setuju - itu ruang untuk aku tandai "rait" (macam lagu cikgu tanda rait adik pun pulang je kan). kalau aku setuju lah dengan cadangan mereka itu. tak setuju, cari benda lain tahu tak adik-adik. dan yang penting, tolong pastikan jangan benda yang sama ok, kecuali coklat lah.

aku sudah setuju bukan bermakna kamu akan dapat tandatangan aku lagi tahu. ada lagi yang kamu kena buat. hah! jawab soalan kakak ye. kalau dah dapat jawapan, datang lagi beritahu ye. lagi sekali kawan aku kata aku gila. siapa mahu jawab soalan kau yang pelik2 tu S**** oiiii. again, ada aku kisah? tak de beb. kamu tak dapat jawab, tiada lah tandatangan tahu sayang. antara soalan lah kan berbunyi macam gini.

1. apa nama lain bagi Leningrad?
2. apa nama lain bagi ivory coast?
3. what is the capital city of ivory coast?
4. name me the straits that separated morocco and spain?
5. other than denmark, what is the other country's name that start with D?
6. namakan tasik tertinggi di dunia
dan pelbagai soalan lain lah. yang pasti tiada soalan yang sama, tapi jawapan boleh didapati dari satu sumber sahaja :D
(kamu semua perasan tak bentuk2 soalan aku ini? semua jawapan boleh didapati jika merujuk kepada satu buku sahaja. cuba fikirkan apakah dia)

harus diingat ye adik-adik, semasa aku menjadi senior di pertengahan 90'an tu (memang betul2 tengah tau, its 95), masih belum ada teknologi tinggi ni, nak nak lagi teknologi WAYARLES (bleaarrghhh). handphone pun masih tak terbayang lagi macam mana rupanya, apatah lagi internet yang ada wifi pelbagai yang membolehkan kamu cari jawapan soalan aku dengan segera melalui google ataupun wikipedia. tengok orang ada pager pun sudah jakun semacam saja. hahaha.

menganga lah masing2 memikirkan apakah jawapan soalan2 aku. tak tahu lah kak, kata kebanyakannya. tak tahu, tak dapat lah sign dik. ok, akak kasi masa, berapa lama kamu nak?. ada yg jawab sejam, ada yg jawab malam karang, ada yg jawab sehari, yang jawab seminggu pun ada. tu melampau lah tu, minggu suai kenal pun dah habis by that time. maka, bertebaranlah mereka pergi mencari jawapan. nak pergi library cari jawapan, library pun tutup. abang2 hensem di library tengah update stock card ke hape jadah entah.

sudah dapat jawapan, datang katakan apakah jawapan kamu kepada aku. jika betul, bagus tapi masih belum boleh membolehkan kamu mendapat tandatangan aku. hehehe. itu pasal kawan kata aku mereng. banyak sangat stages yang kamu kena lalui. bukan apa, aku kan tak ada adik perempuan. masa ini saja lah yang aku boleh bermesra-mesraan bersama adik2 freshies ini semua.

ok, jawapan sudah betul. kamu masuk bilik aku lagi. aku akan panggil beberapa kawan lain dari bilik sebelah kiri, sebelah kanan, depan, sebelah kiri depan, sebelah kanan depan dan siapa2 yang lalu lalang. tingkat itu memang semuanya SENIOR yang dah nak berambus :P

sekarang, sedia, satu dua mula! kalau jawapan kamu berupa SAINT PETERSBURG, maka gerakkan lah punggung comel kamu itu membuat huruf-huruf ejaan perkataan tersebut. untuk S, sila gerakkan ke kiri, turun bawah sikit ke kanan, kemudian naik sikit ke kiri semula. paham? tak paham, pergi pahamkan sendiri. IMAGINE!

comel tak? bayangkan kalau jawapan kamu itu ialah COTE D'IVOIRE, macam mana mahu buat ' ni kak?, tanya budak yang kiut itu. kami gelak terbahak-bahak. itu belum lagi kamu kena mengeja YAMOUSSOUKRO, STRAITS OF GIBRALTAR, DJIBOUTI, TITICACA etc tanpa kesilapan ejaan. silap eja, ulang semula.

arghhhh....sungguh comel punggung-punggung itu semua. aku rindu saat itu.

aku tak kisah pun kalau kamu mahu kata aku gila atau mereng seperti kawan aku itu. sebenarnya, tak ramai pun yang belanja aku seperti mana yang mereka janjikan dalam senarai itu. tapi aku tak kisah. janji kami sudah tengok punggung-punggung comel kamu beraksi membuat lenggokan. hahahaha...amat LAME kan?

btw, ini entry terbitan yang aku dah set akan keluar pd petang jumaat kerana aku tahu masing2 sudah tiada mood mahu kerja. jadi ambiklah masa sepanjang yang kamu mahu untuk habis membacanya :D

6 comments:

Denanz ... said...

adoi ... panjang giler n3. mengah den baco ee. btw, seronoknya kalau dapat tengok semula punggung2 itew ye! ba hak hak.

Kikuri-hime said...

Kalu akulaa yg jadik bebudak tu, mesti da tercabut backside aku... Mesti bebudak tu trauma nak tgk atlas pastu... Ishh..ish..ish..

apek terror said...

weh bapak panjang...

after i get thru all ur writing...gilos lu jahat gile...bout that punggung comel dri td asyik cross my mind...

*bayang eja arnold schwarzenager..fuh terkasima gua...gua lagi suke huruf W..

Sweety Cutielady said...

shillaaa... I tau jawapan utk no.4 tu... BLUE LAGOON :D (sungguh hendak kene PIANG!! ngan shila eh.. wakakakakaaaa)

Adexx Boxx said...

comel...

l.i.f.e said...

bro denanz - hehehe...memang sengaja kasik panjang2..citer pendek je sebenarnya :P

cikgu princess - hah tu lah masing2 tak mau pandang meja aku. world atlas tu terbentang je situ :))

apek - hahaha panjang pun habis gak baca....terbayang lah tu! nanti try buat kat awek pulak eh. then bribe ah dia sikit with any gift :D

ct - lempang nak? blue lagoon kat port dickson sayang :-w

pompuan - comel rite? nanti if i jadi senior lagi, i wanna do it again :-j