Wednesday, August 13, 2008

bukan ada apa dengan cinta, TAPI ada apa dengan BUKU NOTA!

cheh! semacam je tak title entry aku hari ni? hehehe :P

sebenarnya dah berapa kali mau cerita pasal benda ni, tapi sebab malas nak ambik gambar (penting untuk lebih memudahkan kamu semua faham jalan cerita), aku tunda punya tunda sampai lah ke hari ni. lagipun, aku dah tak ada idea lain apa mau update blog ini.

aku punya 2 orang mat hensem yang sedang dalam alam tumbesaran yang amat crucial tahap inquisitive nya (excuse my language jika kamu tak faham). apa jugak yang aku cakap dan aku buat mereka ingat sepertinya mempunyai photographic memory pada tahap 100 persen. kadang buat aku gelak besar, kadang buat aku speechless, kadang buat aku rasa nak maki orang, kadang buat aku rasa malas layan dan pura2 tidur dan pelbagai lagi lah.

satu hari yang amat memenatkan di tempat kerja. balik rumah. dah siap segala, aku pun pergi baring di bilik. argghh...tiba2 teringat ada benda yang tak settle lagi. kena segera buat supaya pagi2 esok terus boleh hantar. dari dalam bilik aku memanggil mat hensem pertama.

aku - abang, tolong ambil notebook mummy bawak sini
dia - ok, kejap!

*lama senyap, tak tiba2 jugak*
aku - abangggg (menjerit), mananya?
dia - kejap lah. tak jumpa ni
aku - *heh pelik ni, benda tu tertonggok je atas kerusi kat hall tu*

*sedetik lepas tu*
dia - mummy nak yang kecik ke yang besar?
aku - haaa? *hati sudah mula pelik*
dia - ye lah!, mummy nak yang mana?
aku - bawak sekali beg dia lah
dia - kejap! (sepuluh kali sekejap kalau mintak tolong dia ni)

*terkedek-kedek dia datang bawak HANDBAG aku!*

aku - lahhhh...beg ini nak buat apa?
dia - abis mummy kata suruh bawak beg dia sekali tadi
aku - *aku dah nak muka ketawa, tapi sebab kesian dia aku bertanya* abang tau tak apa mummy mintak tadi ni?
dia - ye lah, kan mummy mintak BUKU NOTA tadi
aku - dah tu mananya? *sambil sengih2 dah ni*
dia - tu kan dalam beg mummy ada 2, yang kecik dgn yang besar tu.
aku - hhhmmmm, abang tak faham rupanya *aku nak gelak tak sampai hati, nak marah lagi lah tak sampai hati*

lalu aku pun bangun pergi ambik sendiri NOTEBOOK aku itu.

aku tak jadi buat kerja lepas tu. aku buat sessi penerangan apa itu NOTE BOOK, apa itu BUKU NOTA.

antara soalan dia pulak - "habis komputer daddy tu panggil apa?"

aku jawab - PC...personal computer...bla bla bla

sangat IT savvy ok conversation kitorang malam tu. sampai dia tertidur terus dengar.

nah! kamu semua tengok gamba BUKU NOTA yang aku cerita ni ye. senang nak imagine apa aku cerita kan. cuba kamu beritahu aku, aku sepatutnya gelak atau nangis masa tu.

sekian, dah abis cerita :D

15 comments:

Hajime said...

ah!
dan apekah die laptop?
bagaimana pula dgn buku nota 555?

Ayu Hasman said...

eyh tu buku nota prudential...
skang company i ngah wat insurance system utk dorg :))

alif-mikail said...

rasa mau je.. koi coret-coret kata-kata 6.9 skala Richter .. uhhuhuu

Rahimin Idris said...

lain kali cakap biar terang!!!

Rajuna said...

ha ha ha
bagaimanapula dengan buku lali?

Sweety Cutielady said...

hahahaaa... he got his point!! Notebook = buku nota..

yoshz said...

lain kali cakap biar teraaang..

l.i.f.e said...

hajime - memang normally aku cakap laptop, pe jadah malam tu pegi cakap notebook pulak. tu pasal jadi gitu :P

ayu - tu tetiap tahun memang dapat buku diorang tu. pelanggan setia ni :D

alif - tak baik maki ke kanak2 tau

rahimin - ha ha ha...memang padan muka aku :))

bang juna - owhhh mana kamu pergi lama hilang? buku lali dia tau...ankle kan?

ct - tu lah pasal. padan muka i kan? :P

yoshz - lain kali saya siap suluh sekali guna torch light :P

man_helang said...

eh...kalau buku lima plak??? bleh ker termasuk sekali dlm kategori tu??? pasal apa panggil buku 5 ekkk??? takder iras2 buku pun??? ish...

apek terror said...

la bgtau same itu abang yang gua pakai macbook lagi la nmpak lain...

mamat hensem ko yg berdua nie mesti klakar kan...meh cni uncle belanje ferero rosche...haha..

l.i.f.e said...

man helang - heh! apa banyak sangat buku yang tak berkenaan ni? jom pegi tanya orang dewan bahse pustake :P

Danielle_Corleone said...

hehehe. keliru-keliru.

Kikuri-hime said...

Hmm.. an original case of lost in translation..

l.i.f.e said...

nel - hah tu la pasal :)) mcm2 hal

cikgu princes - yeap...mak nya pun sama sengal :)) btw, thanx singgah

l.i.f.e said...

apek - heh! macbook? belagak ehhhh :)) takmo aku...karang payah mau explain.
btw, ceklat ferero menda wajib ada :| nasib saja tak mintak yang lagi mahal