Friday, August 29, 2008

mari berkenalan - siri 1

ini entry bergambar.
dua malam lepas, pergi makan lempeng org putih (pizza la tu!). permintaan kanak-kanak harus diusahakan bukan?



gajah itu dipanggil mereka sebagai pampa (aku tak pernah kasi nama pada benda2). mat hensem kedua suka benda2 begini. sentiasa ada. lain benda ikut ke lain tempat. malam ini, giliran pampa pulak untuk makan pizza. hahaha



mat hensem pertama ini kalau makan selera macam besar. tapi bila dah dapat, hanya cuit sana, cuit sini. lately, dia tak mahu makan udang, tapi sotong n ketam makan pulak. tengok dalam plate dia, hirisan ketam sudah hilang dari atas pizza dia kutip.



owhhh..saya boleh senyum lebar kerana saya dan pampa sudah kenyang. lain kali bawa binatang lain pulak ye sayang

perjalanan pulang,
soalan, macam mana nak masukkan gajah dalam peti ais?

jawapan,
biar gajah tu kurus dulu, jangan kasi makan seminggu, lepas tu baru masukkan dalam peti ais yang besarrrrrrrr......

gelak beramai-ramai

ok lah tu kan. ada creative thinking and reasoning. mak bangga wahai anak2 :D

11 comments:

Christina Y. said...

lol... sweet!

Don Balon said...

Bagus..
budak-budak banyak idea..
koi pun selalu tergelak besar dengan perbualan anak-anak koi.. yang paling tua 2 orang tu la..
yang 2 lagi tu belum boleh bercakap..

Anyway,
Den curious la..
ekau dah la ASBKL, sekolah st mary lak tu.. samo dengan akak den..
cumenyer die batch 85-89..
Ekau poie east anglia..dio poie Dublin..

Kikuri-hime said...

Waaa.. pampa pakai pampers... Nice entry...

Sweety Cutielady said...

ohhhh.. pegi makan lempeng mesti bwk pampa.. so sweet. Abg hensem suka makan cuit² pastu tak habis mak yg habiskan lah ekkk?? Cik kiah.. bila badan nak susut klau camni?? hehehehee..

l.i.f.e said...

mei - hahaha indeed! :))

don - kanak2 memang begitu. aku just tengok kan je. biar diorang berfikir secara kreatif dan kritis.
huh? siapa? mesti kenal ni...kami tak ramai mcm CBN atau BBGS...boleh jejak kasih ni. hahahaha

che'gu princess - hehe tq. ada byk lagi binatang dan toys semua. satu2 kasi keluar

ct - pegi mana2 pun bawak his things, tapi different2 lah...erkk, i tak makan their leftovers. mak i kata tak elok, nanti anak tak dengar cakap kita. kata orang tua2 lah

Ayu Hasman said...

salah2...
jawapan die camni..
bukak peti es..masukkan gajah..
pastu tutup la peti es tuh.. :D
dulu2 cikgu ajar i cam tuh
=))

yoshz said...

Pampa tu nak ayah angkat tak?
Aku sudi menawarkan khidmat.

l.i.f.e said...

ayu - hahaha..dah jawab begitu, tapi ditanya, besarrrrrr betul peti ais tu ye mummy? =))

yoshz - khidmat? hahahaha...mesti disertakan dengan wang perbelanjaan mmmkaayyyy (first test using the words)...ok tak? :P

apek terror said...

weh lu jangan risau dgn habit dia minat soft toys tu....

pesan kat dia yg bile dh besar nanti mesti ade rupe paras yg sempurna bile minat soft toys mase kecik,jiwa abstrak,kreatif...macam brother apek nie kecik2 dia minat soft toys gak

Don Balon said...

L.i.f.e,
Rohayu Mat Lazim, lepas habis belajar balik keje di KK limanam taun jugak..
Sekarang merehatkan pikiran kerja klinik swasta di line-line Rawang sana..

l.i.f.e said...

apek - tak risau...lemas je sebab kalau dia malas pegang, aku yg jadi mangsa...malu!

don - kenal dia. tak silap masa aku f1 dia f3 we were in the same dorm