mula - mula kasi warning dulu. this is gonna be a very very very loooonnnngggg entry. tengok title lah beb! so kalau ada rasa nak MUNTAH baca entry panjang2, sila click butang X di bahagian atas sebelah kanan skrin anda itu ye.
dah rasa nak put an entry about my first crush atau cinta/minat pertama ni long ago. i think few weeks back, the topic was discussed on two different radio station on the same day - in the morning pulak tu. tau lah korang satu management weihhh...tapi takkan la citer mende yang sama dalam satu hari. yang beza nya bahse je!. ahh ni cerita lain pulak dah.
few days ago, mak was telling me something about the family of the boy that i had a crush with. hah! kata hati aku, this is a sign. i have, eh i need, isks silap, I MUST write about him. so, mari baca entry berdarah ini. hehehe
its all started with the conversation with mak one night while i sit with her watching one of the malay soap opera. teman dia je pun. takkan nak biar dia tengok sensorang kan.
mak - kak, ingat cik zaimah tak?
aku - erkkkk...siapa tu mak?
mak - alahhhh..bini che' ros (biasa la kan orang kampung, kalau nak kenal lebih, kena sebut nama laki dia) :))
aku - owhhhhh...mak ayed? (there u go, i've mentioned his name)
mak - ahah, dia kirim salam kat kamu
aku - waalaikumsalam
*diam, sambung tengok tv*
aku - ehh mak, siapa yg kirim salam ni, ayed ke mak dia?
mak - cik zaimah lah, tapi dia ada lah sebut lagi pasal mak tak sudi besan dengan dia tu
aku - hahahaha...tak habis2 cik zaimah tu
mak - tapi dia memang selalu sebut pun kak, kalau jumpa kat mana2 pun mesti dia cakap. mak malu kadang orang tanya betul ke pasal tu
aku - lahhhhhh, takkan lah mak ni
mak - iyer, dia selalu betul sebut. mak tak nak ayed sebab kamu pegi belajar jauh2 tu.
aku - ya Allah mak, akak tak tau cerita pun ni. takkan la betul2 cik zaimah tu nak berbesankan mak ayah
mak - entah lah. tapi kamu dulu penah ke rapat benar dgn budak tu
aku - Ya Allah mak, itu zaman sekolah2 dulu tu je lah (aku tak sengaja tipu mak sikit)
mak - ayah pun pernah kena sound jugak dgn arwah bapak ayed kak
aku - *emot geleng kepala, terperanjat* haaaahhhh??? bila meninggal
mak - lama dah, cik zaimah duduk p****g pun sorang je. kadang je si budak ayed tu balik teman
aku - owhhhh...dah lah mak, itu cerita lama. biarlah cik zaimah tu. dia nak suka2 bergurau tu. nanti kalau jumpa, cakap akak kirim salam je dah
mak - ye lah
*diam, sambung tengok tv*, dah habis cerita, dua-dua masuk tidur.
ok! satu, dua, mula!
mula - mula, kenapa aku suka dia. sebab dia comel sangat masa kecik. muka bulat, bibir merah, rambut lurus ada fringe kat dahi (giler photographic memory aku kan? hahaha...peduli apa). aku rasa aku first nampak ayed ni masa kami satu kelas tadika. aku ingat sebab kakak dia pun ada sekali. kan ke aku masuk tadika time umur 4 taun. masa tu kakak dia dah 6 taun. so, lama jugak la kami setadika kan. masa tu lah aku dah start rasa 'something special' jadi kawan dia.
tapi, masuk sekolah rendah darjah 1 kami tak satu kelas. so, tak banyak la aktiviti bersama dia. naik darjah 2 mula-mula kami satu kelas. seminggu pegi kantin sama-sama, share makan sama-sama (sweet tak?) hehehe. tapi masuk 2nd week, cikgu buat pemilihan ketua kelas = aku, penolong = dia. dia pegi bantai meraung nak kan jawatan ketua jugak. aku pulak kerek, tak mau langsung mengalah. gila kau orang dah kasi jawatan kau tak mau. boleh buli dan kerah orang ok! akhirnya, cikgu ambik keputusan tukar kan dia ke kelas lain. dapat lah jadi ketua kelas. agaknya heaven sangat lah dia dapat jadi ketua kelas tu. hehehe.
akhir tahun kami kena buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah. lagu Bangau Oh Bangau tu. dia kena jadi kerbau. aku jadi apa ko tanya? haa tu dia, budak yang menyoal segala binatang dalam lagu tu. mau tercabut tekak aku nyanyi time tu. ada la 8 ke 9 benda alah yang aku kena soal secara berlagu tu. hanya kerana aku dapat NO 1 keseluruhan darjah 2. jangan cakap aku riak ok! masa tu aku siap lalak tak mau jadi tukang soal, aku nak jadi bangau sebab cikgu seha siap buatkan baju lawa untuk bangau. tau apa cikgu Muzik aku kata? dia kata, tukang soal kena budak yang PANDAI!, jadi siapa paling pandai dalam darjah 2 murid2? tu dia, 3 kelas punya budak2 tunjuk aku. hampeh!. nasib masa tu aku belum pandai maki orang lagi. apa pun, tq cikgu joyce kerana dapat membina keyakinan diri yang agak tinggi dalam budak yang paling ketot dan paling kerinting rambutnya di alam maya pada masa itu. selepas dari persembahan tu ada la dalam 2 minggu gak lagi sekolah, aku dah start panggil dia 'AYED KERBAU' dan dia panggil aku 'SHILA MAGGI'. tak ada kena mengena langsung dengan watak aku dalam persembahan. lagi satu, maggi dah lama ke ada ah?
darjah 3, 4, 5 dan 6 kami sekelas. kenapa dapat sekelas? sebab darjah 3 aku dah start jadi PENGAWAS. so aku dengan rela hati melepaskan jawatan KETUA DARJAH kepada dia. baik kan aku? kan?. tapi yang paling dia bengang sekali, sampai sudah dia tak dapat jadik PENGAWAS PERPUSTAKAAN. melampau la tu kan nak lebih jawatan dari aku. dan aku pulak, selalu je tak denda dia kalau dia pulangkan buku lambat. chehh amat tidak adil kepada murid2 lain kan? well, dah kata first crush. harus ada kelebihan. gila jijik stetmen aku :))
naik darjah 4, 5 dan 6 aku aktif berpersatuan, dia pulak aktif bersukan. aku, segala persatuan yang aku masuk, kalau aku tak PENGERUSI, aku jadi SETIAUSAHA, habis cokia pun aku jadi BENDAHARI (tapi aku malas, sebab dari kecik aku dah memang benci nombor). dia pulak, segala sukan dia lah ketua, sampaikan ketua rumah sukan pun dia. tapi tu dia merasa masa dah naik darjah 6 je lah. siap wakil sekolah lah, zon, daerah bagai.
antara perkara - perkara yang aku ingat sampai sekarang yg melibatkan dia - tidak mengikut turutan time darjah berapa masa sekolah rendah :
1. masa pendidikan jasmani cikgu suruh kami main netball, budak laki2 main bola sepak. tapi dia tidak, dia akan join kami main netball. alasan dia, sebab nak tolong team aku jaringkan bola dalam net. dia cakap kat budak laki 'ngan korang petang2 kan boleh main bola'... dia penah kutuk aku 'bila lah kau ni nak tinggi shila'. jadinya, keje aku sebagai WD dipermudahkan dengan hanya mencampak kan bola pada dia utk aim ke net... sweet tak? :))
2. aku ada basikal Rayleigh biasa. ayah belikan masa darjah 2. masa tu dia belum ada basikal. pagi2 dia akan jalan sampai rumah aku. konon nak pegi sekolah sama2. sebenarnya saja nak tumpang duduk kat seat belakang tu. bila aku komplen 'oihh kau berat la hari ni, turun!', dia akan turun, suruh aku stop, ambil alih tempat duduk dan cycle untuk aku pulak. aku hanya duduk celapak kat seat tu pulak ...sweet jugak kan? :D
3. naik darjah 3, bapak dia belikan dia basikal jugak. kegilaan budak2 zaman tu BMX. oleh sebab BMX takde seat penumpang, kami tak lagi pegi sekolah sama2. biasalah, geng BMX dah ramai. mana nak kawan dgn budak perempuan yg hanya ada basikal Rayleigh. tapi kan! bila time parking basikal kat bawah bumbung, dia akan kuncikan basikal dia dgn basikal aku sekali. again, sweet kan? :D
tapi, ada satu hari aku mengamuk sakan, masa darjah 4 tak silap. kenapa kau tanya? ada ke dia pergi bertanding olahraga lari laju2 keliling padang tu peringkat daerah tanpa beritau aku. tu satu hal lah. satu hal lagi, ape jadah basikal aku terkunci tak boleh bukak ni??? aku balik rumah jalan kaki. sampai rumah mak dah bising tanya mana basikal. aduhhh...jaga kau yed, esok siap aku keje kan. esoknya pagi2 dia dah senyum2 dan kasik aku satu anak kunci. supaya kalau dia takde, aku boleh bukak sendiri kunci basikal tu. sweet kan? :P tak jadi nak marah.
4. ada satu kali, aku bergaduh dengan 3 budak lelaki yang samseng2. diorang baling batu kat aku kena tepi dahi, berdarah. esoknya, aku dengar kawan2 cakap ayed ajak kawan2 dia belasah 3 budak samseng tu. dia tak datang sekolah 3 hari. aku diberitahu oleh kawan2 kakak dia, dia kena pegi urut urat terseliuh. tapi dia cakap kat mak dia, terseliuh main bola. tak padahal bapak dia orang penting PIBG tu, harus la bapak dia tau perkara sebenar. lagi sekali, sweet kan? :P
5. time penilaian darjah 5, aku dapat 4A 1B (B mestilah maths sebab aku benci nombor!). zaman dulu result exam aku tu dah kira yang paling terror sekali lah tu. hahaha giler riak. dia dapat pe jadah 1A 1B 3C gitulah. dia cakap TAK ADIL kat aku. aku gelakkan je. padan muka ko. sapa suruh asik nak lari keliling padang kat macam2 sekolah tu. dah lah ko jadi femes giler. time aku nak pegi ambik periksa untuk masuk MRSM, sekolah asrama penuh, asrama felda, sekolah agama dan pelbagai periksa lagi la yang cikgu masukkan nama aku, dia siap boleh cakap kat aku 'ko jangan la jawab elok2 shila. nanti ko masuk asrama tinggal aku sorang2 kat sini'. sweet tak? :D
so, adalah 3 or 4 exam yang aku jawab tak berapa betul. tapi entah mana hidayah datang 2 periksa yang terakhir aku buat betul2. dapat la beberapa tawaran masuk asrama. time sibuk2 prepare nak masuk asrama tu dia datang rumah aku. tapi tak berani masuk rumah (ingat! ayah ngan mak aku garang). dia tinggalkan satu bungkusan kat tangga. heh! macam apa je kan. kat dalam tu buku tulis (ala2 buku nota tu) dengan pen satu. adoilahhh..kalau ingat2 balik giler kelakar je.
masa aku dah masuk sekolah asrama, aku dah tak contact dia. tapi ada lah beberapa orang kawan yang kasi update melalui surat (adik2, zaman dulu tak ada email dan henfon ye). kata besfren yang sorang ni, dia sibuk berkapel dengan besfren yang lagi satu. tapi best fren yang lagi satu menafikan. katanya dia rapat semata nak tau kehidupan aku melalui surat2 yang aku tulis kepada besfren tersebut.
form 1 till form 5 aku hanya sekali sekala nampak atau bertembung dia masa cuti sekolah. time raya adalah dia datang rumah tapi adik - adik aku yang layan sebab datang ramai2 macam satu batalion askar. end up, cuma terima kiriman salam je thru adik2 aku.
habis spm, sambung belajar amik diploma. langsung tak ambik tahu dah. sebab apa? sebab aku dengar dia terlibat dengan aktiviti menjahanamkan diri dan anak bangsa ni. aku memang anti. tapi tak tau lah sahih ke tak. dah tak jumpa, tak dapat la nak dapat kepastian kan?
habis diploma, sambung degree. masa sibuk2 preparation untuk ke negara orang putih sana, aku selalu berulang alik balik kampung. memang la kan, kejap nak sign ni lah, kejap nak chop itu lah. pakcik drebar bas pun dah kenal muka aku. zaman dulu, jalan seremban - pilah - bahau tu mana cantik macam sekarang. tak kena gaya mau 20 kali muntah.
satu hari yang kelam-kabut, aku beli tiket, naik bas, letak beg dan duduk. lagi 10 minit bas gerak. agak2 dalam hati pukul berapa tiba KL. aku keluarkan novel omputeh yang minggu lepas mintak Yusry KRU sign (seyesli, he signed it for me...giler poyo kan?) dengan hajat hati mau baca. time pakcik driver betul2 masuk gear 1, ternampak sorang laki dan sorang pompuan kejar bas tu. haihh, menyusahkan orang je aku cakap dalam hati. pakcik driver berenti. 2 orang manusia tu naik. sambil tercungap2 cakap terima kasih. aku tak ambik port. terus tengok buku aku tu. tapi, aku terasa ada orang diri kat kerusi sebelah aku yg kosong. aku buat tak tau je. dan dia bersuara. aku tak ingat the exact conversation, tapi lebih kurang ginilah bunyinya.
dia - boleh duduk sini?
aku - suka hati lah. tapi kan banyak lagi seat kosong tu (aku tak tengok lagi muka dia time ni)
dia - tapi ayed nak duduk sini. shila tak kisah kan?
aku - hah? (tergamam dan muka memang terperanjat yang amat2)
dia - napa terperanjat? tak ingat ayed lagi ke?
aku - *dalam hati, mau nya tak ingatttt...ko nak aku sebut nama penuh, tarikh lahir, result penilaian etc2 pun boleh tau*...but instead aku jawab pendek 'ingat'
so, dia pun duduk la sebelah aku. aku baru perasan perempuan yang terlari2 dengan dia tadi is kakak dia. she look at me n smile. aku pun sebab rasa hormat pada yang lebih tua, bangun ke tepi sikit dan salam. jawab lebih kurang soalan2 dia, duduk semula. kali ni aku rasa agak semacam. apa nak borak ni. dah la lama giler tak tengok, tak contact, tak tau updates etc. baik aku sambung baca buku lah kan. time aku nak bukak buku dia sound suruh tutup buku tu. kata dia dah dekat sepuluh tahun (exaggerate je kan) tak jumpa pun masih nak tengok buku jugak. ok lah, aku ngalah. aku tutup buku. elok aku simpan buku, dia ambik tangan kiri aku, genggam dalam tangan kanan dia. hiewwww, aku tak biasa ni. tergamam, termalu, ter segala bagai lah. aku tarik tangan semula. dia ambik balik. dia kata, nanti sampai bila2 pun ayed takkan dapat pegang tangan shila dah. adoilaaaa maut. aku amat tak biasa, amat janggal dengan situasi mcm ni. giler gelabah. aku jeling tengok kakak dia kat kerusi sebelah yg dipisahkan dengan ruang jalan kaki tu. dia tengok aku dan senyum je. lagi lah aku gelabah. macam nak gugur jantung ok!
jadinya, sepanjang perjalanan sampai ke KL, tangan kiri aku terletak didalam genggaman tangan kanan dia. lemas aku. aku tarik tangan aku, dia tarik semula, begitulah sepanjang perjalanan selama 3 jam lebih tu. nasib aircond kuat. kalau tak, mau tumbuh rintik2 peluh kat tapak tangan aku tu. berbual tentang macam2 perkara. aku nak lelap pun tak dapat. sampai kat puduraya yang sesak sentiasa tu, aku rasa lega. habis sudah siksa aku rasa. aku bangun, nak turun. dia tarik tangan aku. kata dia tunggu lah sampai orang semua habis turun. huh! ni aku geram ni, apa kau buta ke tinggal kita 2 je dalam bas ni? kami turun. kakak dia dah tunggu kat tepi. dia pegi cakap apa ntah kat minah tu. minah tu angguk2 then terus blah. heh! ko mau ikut aku ke apa ni. dia cakap 'ayed tak harap kita dapat jumpa lagi dah lepas ni, jom pegi minum'. aku kan baik (dalam hati suka ria ok!), ye kan je lah. port paling maut di alam maya berdekatan pudu raya ialah MCD Jalan Silang. hahaha. duduk ko situ berejam-jam.
last2, aku terpaksa mintak diri. nak balik hostel karang dah malam payah. dia hantar aku sampai bus stop, tak padahal boleh je jalan sendiri kan. dia komen sesuatu tentang aku yang amat cilaker sekali aku rasa. 'tak sangka shila boleh tinggi ye' dia kata. oihhh apa ingat aku ketot sepanjang zaman ke ah? i bade him farewell. itu lah last aku jumpa dia in person. and, that was like 13 years ago.
beberapa bulan yang lepas semasa aku drive kat Kajang for a very important appointment, kena berenti beberapa kali di traffic light merah. sampai satu traffic light dekat pejabat pos, aku stop depan sekali. tepi tu ramai manusia mahu melintas. aku toleh tepi, aku terperanjat. aku nampak dia. masih sama muka putih, bibir merah, cuma rambut je sikat tak de fringe dah. dia pun terperanjat jugak. dia angkat tangan buat jari tanda lambai beberapa kali. kereta belakang hon aku. aku jalan terus. aku tengok cermin tepi. dia masih diri kat tepi tu masih belum cross jalan. aku berkata dalam hati maaf ayed, shila tak dapat berhenti. kena segera sampai tempat dituju.
sekarang, aku hanya wish that i could see him again once again. tapi surely aku tak tahu apa nak cakap. *sigh*
btw, aku karang (perghhhhh..karang tu) entry selama 5 hari...simpan kat draft. naik muak aku bukak edit save.