Wednesday, August 6, 2008

anak oh anak #20 (dah keep track semula) :D

hari ini aku MC. tak berapa sihat. aku jarang MC. macam tahun lepas, MC aku cuma datang dari masa aku kena chicken pox je. bagi aku, jumlah MC aku setahun lebih kurang sama jumlahnya dengan jumlah kemarahan aku di tempat kerja. jadi semalam apabila aku sudah marah-marah saja, aku semacam tahu esoknya aku akan tersadai di rumah.

si tenonet juga tak berapa sihat. masih demam malam. jadinya bila tengok aku di rumah, dia pun merayu "baby tak nak pergi sekolah mummy". kami tidur semula. bangun dekat nak pukul 9 pagi. dia bangun terus tengok katun. aku prepare his breakfast, kemas rumah (tetap, walaupun tak sihat), basuh baju, sidai baju, mandikan tenonet, kasi dia makan ubat dan duduk tengok tv juga akhirnya. tapi bosan, sebab katun sahaja.

aku on laptop. bukak blogspot. whoaaa...banyak jugak komen pasal minah practical ni. aku approved dan reply. haihhh...betul kata saat agaknya. aku sudah jadi pemblogger tegar :))...dammm ya saat!

sedang aku duk browsing, tenonet duk tukar2 channel tv. sekali dia tengok the talk show. alaa yang lebih kurang martha stewart tu. siap ada segmen masak2 tu. aku first time tengok talk show ni. rachael ke rachel nama dia, tak ingat. minah ni latin kut coz her hair is black n her skin is quite tan. si tenonet mengutarakan soalan nya pada aku masa minah ni tengah duk cerita about masakan.

net - mummy, girl ni melayu ke?
me - mana? yang tengah cakap ni ke?, kenapa?
net - haa la. yang tengah cakap ni la. rambut dia hitam. dia tak putih.
me - tak lah. dia bukan melayu. kan dia cakap english tu
net - habis tu kenapa dia sebut RESIPI mummy?
me - hah? what do u mean?
net - ye lah...kenapa dia sebut RESIPI? itu kan bahasa melayu
me - no lah, shes talking in english lah! (aku dah mula agak hangin...maklum tak sihat)
net - habis tu bahasa melayu RESIPI apa?
me - sama je. ejaaan je lain lah
net - owhhh *dan dia sambung tengok semula the show*

*aduh, lagi sekali aku mau curse manusia yg suka2 ambil perkataan bahasa lain dan dimelayukan*

lepas ni ntah apa pulak lagi perkataan yang akan ditanya.

4 comments:

Marjerin said...

tentang tuh ko kena rujukkat DBP

apek terror said...

tak tanye dh mungkin tenonet dh phm...

apple ngan epal maybe...dia ckp bgtau gua ok..

l.i.f.e said...

marjerin - tau tp tq for the info though :P

apek - epal tak lagi. RESIT ada ah dia tanya :))

Ayu Hasman said...

tetibe teringat adik wa penah gado..
gado pasal lobak merah ngan carrot :))
sorg kate lobak merah la..
sorg lg kate carrot..
gado2 sampai nangis =))