Thursday, August 7, 2008

dulu aku memang ada berazam untuk berbuat begitu

aku dapat jemputan rasmi. dari siapa kau tanya? dari SPA!

semua bermula beberapa bulan lepas bila JARI-JARI GATAL aku mengisi online form SPA. tak tau form apa? heh! jangan duduk MALAYSIA lah kalau tak tahu. aku pilih 2 jawatan sahaja walaupun boleh pilih lebih. habis, memang itu sahaja jawatan yang aku minat pun dalam kerajaan kita ini.

aku senyum sahaja bila terima jemputan tersebut. esoknya aku telefon rakan yang sekarang sudah menjadi ORANG BESAR dalam satu kementerian yang suka buat pembaziran. kami berbual.

aku - weihhh...caya tak aku dapat jemputan SPA
dia - *gelak macam nak mati*, apa ke hal dah nak mati baru dapat
aku - jari2 aku gatal ah awal tahun tu ari pegi isi online form
dia - habis, nak pegi ke?
aku - kau rasa macam mana?
dia - cuba je lah. mana tahu lepas
aku - iyer lah tu. kalau lepas pun boleh dapat mcm sekarang ke?
dia - kurang ah sikit kut. tapi long term ah ada lebih sikit
aku - pencen ka?
dia - tu tak payah baca ah. simpan dalam kumpulan penyonglap duit yang kasi dividen sikit ah
aku - cheh...ni tak semangat nak pegi ni
dia - *gelak mcm nak mati lagi dulu* padan ah muka kau, dulu aku ajak isi tak mahu. eksyen
aku - oihhhh..time gini jangan perli2 ah
dia - tapi kan S****, kau kalau pegi and dapat post tu pun, mampos diorang kau kejekan. satu hal lagi, hari2 makan free ah kau kan? *gelak lagi mcm mahu mati*
aku - B**I ah ko oiiiii....sial ah pe jadah ingat *aku pun gelak jugak*
dia - bukan aku je ingat la...SEMUA budak ingat
aku - dah..dah...aku nak pi cari petunjuk lain. kau pegi cari WIRELESS sesiap untuk tolong placing posting kalau aku dapat nanti. *gelak lagi*
dia - cilakak...ada hati lagi mau perintah aku. selamat ah
aku - ya ya selamat. babai

apa aku cerita?

mampos diorang kau kejekan
dulu masa aku selalu kena berurusan di kaunter2 kerajaan yang kosong tidak mengikut masa (masa tu belum ada orang genius cipta waktu kerja staggered hours ni), komen aku akan berbunyi lebih kurang begini : -

1. aku kalau jadi bos sini siap ah semua kena isi borang keluar masuk. keluar 10 minit = ganti dgn balik lambat 30 minit.

2. potong gaji!!!

3. rehat nak banyak kali. lama pulak tu! tak effisien langsung! rehat lebih masa kena denda! 10 minit lambat bayar singgit! (btw, itu dulu. sekarang mau kena 2 inggit)

4. kunci pintu ofis! jangan kasi keluar. bukak pukul 1 sampai 2 je. masa makan lunch je!

hari2 makan free ah kau kan?
ini merujuk kepada tahap obsesi aku untuk menjadikan 'orang gomen' suka berbicara dalam bahasa inggeris. aku kata mcm ni berdasarkan pengalaman suatu ketika dulu di pejabat dimana kau mahu mintak international license. ada mat salleh. tanya budak kaunter borang mana dia perlu isi. heh! ada pakai tunjuk dgn muncungkan bibir dan cakap THERE saja. bodoh!. nasib lah aku dan kawan adalah rakyat negara yang MESRA.

aku kata dekat kawan - kalau aku jadi bos sini, seminggu sekali semua orang kena cakap omputeh sepanjang hari. tak kira siapa. kalau satu perkataan melayu keluar dari mulut aku kena kan denda 10 sen. kau rasa lepas tak belanja makan tengahari aku seminggu eh?

kawan aku kata - semua orang akan jadi bisu sepanjang hari la nampak gayanya. tak pun tak mau bercakap dengan kau.

cheh! tak bermotivasi betul kan?


haihhh...tak sabar tunggu HARI JEMPUTAN itu


2 comments:

S.YanaZ said...

Dapat JEMPUTAN gomen yea kak.......


ha.ha.

apek terror said...

kerja gomen....ko duduk dalam akuarium la...

kuar makan berjam2...kul 5 lari balik mcm rumah terbakar....

tapi bank rakyat senang bg approve itu loan juga..