Tuesday, August 5, 2008

memang begitukah dari dulu?

semenjak tv asik tayang cerita-cerita beliau, the boys tengah ada musim tengok cerita lakonan allahyarham seniman agung kita itu. maka mereka meminta encik suami download segala clips di internet untuk mereka ulang2 tonton di PC.

dalam mereka menonton tu tiba2 aku macam terperasan sesuatu. masa itu mereka tengah tengok clip yang dari pendekar bujang lapok. masa part diorang eja jawi. betul ke pakcik sudin tu cakap ALIP MIM NUN WAU...ALIP TENDANG WAU...SARKIS!

aku suruh encik suami ulang lagi clip tu. heh! betul lah. apa sememangnya dari dulu lagi kah 'mereka' dianggap sebagai tempat seumpanya itu? aku pun pergi lah rayau google dan youtube. laaaa sudah banyak rupanya forum dan korum memperbincangkan tentang skrip itu. genius eh allahyarham. mengena dalam kelakar.

aku takde lah nak post video clip tu kat sini. tengok saja di youtube sudah.

5 comments:

yoshz said...

Ha'ah. Memang sahih. Tapi kalau takde org yg keluar kat youtube mmg dah berpuluh kali tgk pon tak sedar. tapi syabas kerana kamu berjaya explore sendiri.

P ramlee tu bapak kreatifnya kan?

Hajime said...

ah!
anda ade sedikit sello...
=op

saat omar said...

ada satu blog aku baca pun diskuss pasal teori alip min nun wau tendang jadi sarkis ni hehe...yup nampak genius P ramlee ni kan?
Tapi mungkin itu hanya kebetulan shaja. Wallahualam

Marjerin said...

seniman agung kita memang genius

l.i.f.e said...

yoshz - definately. dia macam king of creative kan?

jime - alaaaa. selama ni tengok untuk gelak je. tak pernah perasan skrip yg tersirat

saat - yeah. he's gifted kan. may be he could see what we couldnt

marjerin - yeap true!