ya Allah...tajuk entry macam satu entry je dah rupanya. ah! pedulikan.
aku hari ini amat penat. lepas satu kumpulan pelawat pulang, satu kumpulan pulak tiba bukan pada masa yang dijanjikan. aduhai. kau ambik lah mereka ni boss! aku sudah malas. sila dudukkan mereka di dalam sana seberapa ketika ya!
sekarang flash back dalam 2 minggu lepas.
masa tengah sibuk kena serang dengan internal auditors. seorang head of department tanya aku sesuatu. masa tu aku tengah sibuk nak siapkan summary report untuk 6 bulan yang diminta oleh cik auditor.
aku cakap pada head of department itu "tak sempat lah nak buat ni kak".
dia kata "abis tu macam mana? siapa nak tolong akak ni?".
sambil jalan ke keranda aku dan bergelak tawa nada sinis, aku berkata "suruh lah boss, dia kan terror putar, mesti settle punya kalau dengan dia, kalau tak dapat settle, kita lah yang settle kemudian nanti"
dia pun terus gelak sama dan kata "oooooo pandai eh cover. gunung berapi pendam jugak rupanya ini".
aku hanya mampu kata he he he :P
itu semua tentang boss yang aku dah paham sangat perangai beliau.
*********
flashback lebih kurang 10 tahun lepas. aku antara yang termuda perlu masuk mesyuarat warga tua syarikat (makna: big bosses). bukan apa, masa itu bos aku pegi cuti beranak. jadinya selama 8 minggu, ada satu hari dalam seminggu jiwa aku akan agak sengsara.
satu hari, aku masuk tapi tidak mahu duduk kerusi yang dimeja besar. aku duduk di kerusi yang diatur dibahagian belakang. para warga tua sedang asyik bercerita tentang semalam hari hujan la, malam jumaat la, sejuk la. haihhh, aku muda belia single but not available lagi pada masa itu. dalam pada itu, tuan besar sudah angkat jarinya buat signal pada aku suruh "move to the table". aduh la hai. sambil aku bangun menuju ke meja seorang warga tua bertaraf haji buat soalan sengal pada aku.
s***a, when u were in the UK what did u do when it gets too cold?
aku bukan boleh orang tanya aku soalan masa aku tengah buat benda lain. jadi, aku dengan toyanya menjawab "apa susah ji, ramai hunks sana. saya pilih je yang mana saya mahu peluk"
hoh! gila!
berderai gelak ketawa kaum di dalam bilik mesyuarat itu. perempuan yang termasuk aku ada 3 orang saja pun tersipu-sipu. tuan besar gelak sampai merah muka dan telinga. maklum dia agak putih, jadi aku perasan.
esoknya kecoh, aku buat bodoh saja sudah!
14 comments:
L.i.f.e,
jawapan yg bagus/tepat pd saat yg sesuaii.
ha.ha.
siot aku x bley bla org tua gatal cite mlm jummat rase nk shoot je muke dia gune kaki,x manis kan..
good ar ur idea.. goo goo dolls...
s.yanaz - aku memang jujur tak boleh control kalo gitu :))
apek - sengsara kan? apa lagi...pegi kawin cepat :P
secretary memang kerja mengangkang pung. tapi tak semua. secretary kat opis aku siap cabut kening lagik tuh. busykan dorang nih. hahahahah
huh, ko kalau masuk parlimen bagus ni. mulut cepat!
jawapan yg sinikal...aku pun kekadang suke main lepas jek...eh lupa...thanks melawat blog aku yg merapu tu...
pinat - perghh..pesal tak suruh dia bukak saloon sekali :))
rahimin - hahaha..lepas tu nyesal pikir mende aku cakap tadi :-j
man elang - tu lah..mak cakap kalau nak berkata kena pikir dulu, tapi...no probs..mmg suka lawat blog yg best2
makin power blog Shila ni..tu baru baca austen, belum baca yang lain lagi tu...hehe
saat - hahaha..kau tak abis2 nak perli aku kan? :)) btw, austen, dickens, shakespeare pe jadah tu sumer dah muak dr form 1 sampai form 3 dulu :P
gua kawen? nanti2 la belum sedia...haha...
ko ni hangin jugak yek... sama la kita... hu hu...
apek - kawin sudah, nikah je yg belum kan? :P
tasik - hehe..tu lah pasal...pas tu kesal :D. btw, thanx sudi singgah
kah2 lu nie mcm siot la....
apek - he he he...wa paham amat :P
Post a Comment