Tuesday, September 9, 2008

do i grow horns on my head?

mendapat tag dari apek (yang bukan mata sepet) terror (memang dia terror, terror perasan!). kasi kerja senarai 15 perkara pelik tentang aku. apa ni beb....ini cara halus nak berkenalan dengan lebih rapat ke haper ni? hehehehe, kan aku pulak yang dah terperasan.

ok, let me see if i can do it or not. banyak tu, sampai 15. aku tak jumpa lagi dalam kotak otak aku ni apa benda yang pelik dgn aku ni. haihhhh

apa aku list kat sini tak pelik pun sebenarnya. lantak lah situ, kasi penuhkan list je.

1. aku suka kicap dgn tauhu, tapi aku tak makan tempe dan tak minum air soya bean. ada orang pernah tipu aku, minum air soya, situ jugak aku muntah keluarkan segala yang aku makan sebelum tu.

2. aku suka tembikai merah ngan kuning, tapi aku tak suka tembikai susu (honey dew). boleh trigger aku untuk muntah jugak.

3. aku benci warna PINK, tapi kalau aku berpakaian PINK, orang akan kata aku nampak lebih sweet dan keperempuanan. hamjadah!

4. aku beli gitar. tapi aku tak belajar main pun. ada tu simpan dalam almari. isks *perlu cikgu gitar ni*

5. aku tak suka drive kereta auto. tak mencabar langsung!

6. dulu aku tak makan carrot. tapi lepas aku jadi rabun, aku start makan walaupun benda tu tak sedap. apesal aku punya rabun still ada lagi nih?

7. aku pernah beli kasut adidas n converse kat KIDS section dulu. kena ejek ngan budak2 laki. ellehh jeles lah tu aku bayar lagi murah kan?

8. BM aku masa SPM A1 beb...sorang je pulak tu utk satu sekolah tahun tu. budak2 kelas sastera bengkek je ngan aku gamaknya. tapi aku sampai hari ni rasa penanda kertas aku tu kesian kat aku sebab aku letak "tolonglah saya cikgu, janganlah gagalkan saya, saya mahu masuk universiti nanti"...hahaha, amacam? ada bijak?

9. aku benci nombor2. nombor tepon sendiri pun terkial-kial nak menyebut

10. lagi cerita nombor2. aku kalau TERPAKSA mengingat nombor2, aku ingat dalam english. cepat dan ringkas sikit. tapi aku pernah kena sound dgn perempuan MAXIS, tak boleh ke sebut nombor ic u tu dalam bahse melayu, kata dia. bangsat kan? aku baca ikut bahse urdu kang nak? *aku bukan reti urdu pun*

11. aku ada banyak sangat kaum adam dalam hidup aku. adik beradik semua laki kecuali aku. cousins, yg adik beradik 9, pompuan nya 2 je. yang adik beradik 7, pompuannya sorang je. sampaikan ke anak pun dedua lelaki. jadi, salah aku ke kalau aku kurang gemalai eh?

12. aku tak suka penyanyi pompuan yang dari kuala lipis tu (nama pun aku tak sanggup nak taip ni). over rated. tak de la sedap mana pun. *org lepih jgn marah aaa*

13. lagu omputeh pertama yang aku boleh nyanyi lengkap satu lagu (hafal lah tu!) ialah lagu sekolah aku masa aku masuk form 1...iyer, aku memang bodoh english masa aku kecik2. apa tak nya, cikgu tu ngajar I ialah untuk saya, U ialah untuk awak, They ialah untuk mereka etc...jadinya kalau BI je, aku jadi huru hara

14. aduihhh...apa lagi ni. dah dekat sejam aku mendraft menda ni.
ahhh ada dah...aku tak pernah ada line handphone sendiri. sejak mula keja, its provided. mulanya dengan boss tak dapat carik aku masa aku pegi cuti (tak jauh pun, cameron je). balik cuti, HR panggil kasik h/p ngan nombor. chehh! menyusahkan.

15. ahhh yang ini, paling tak best sekali rasanya. aku tak suka kalau orang yang aku suka or have crush with, respond or has interest in me too. wajib aku reverse, gostan, pusing balik, lari etc. potong betul kalau gitu. ini, aku akui memang agak pelik. ramai dah pun orang yang sound aku about this.

dah, aku tak mau tag sesapa. bulan2 puasa ni orang jadik kurang productive. kalo suruh buat keje muncung boleh sangkut hanger je masing2. tapi sesapa nak buat, ala2 konon boleh berkenalan lebih rapat lagi ni, silakan lah ye. amat dialu-alukan ok....

sekian, terima kasih.

p/s apek...setel aaaa

12 comments:

Hajime said...

ah!
makhluk aneh yg pelik!

Si Jambi Darat said...

entri yg best..ko berjaya menyahut cabaran apek..hahaha!
bintang kecik - apek..ko goyang x?

Ojie said...

sis, gua xbuat lagi..subjek paling lemah bg gua ialah subjek TAG..

l.i.f.e said...

hajime - cuba kasi tau kat mana yang pelik? pffttt

jambi - tak mau ngalah :))

ojie - :)) tak pe, relax2 dulu ngan dak2 upsr tu

S.YanaZ said...

L.i.f.e.,
gua ponnn.
*rujuk no.12*

Apa sgt ler yg digembar-gemburkn tuhhh...

MakcikMuda said...

hahak!

lau mende neh mempelikkan sis,kirenyer rynn pon pelik gak la eyh.

sbb rynn pon menci honey dew, rynn x suke nomor and rynn rabun tp ari2 dok ratah carrot,masih gak rabun.

apekah kite telah ditipuk agar dapat mengkayekan tokei carrot sedunia?

cissss!

=))

Adexx Boxx said...

menarik...
tahniah...hehehehe

l.i.f.e said...

che'gu - hahaha...aku tak ramai jumpa orang yg spesis mcm kita ni. slalunya suka dia tahap melampau :))

ryn - hehehe...rabun selamanya lah kita :P

bullet proof - tahniah? sebab pelik ke? :-?

Diana Ishak said...

aku pun benci nombor.
dan matematik adelah subjek paling buatkan aku rasa nak muntah darah.

algebra.
teorem pintagoras.
jinjang arithmentik.

pebenda ni sialll, memang dasar jinjang okkk.

Rahimin Idris said...

pelik la ko ni. takut aku!

Rajuna said...

oi oi
belajar main gitar segera
buat band dengan aku

blek metel!

apek terror said...

gua predict tu ade 30 lagi sifat pelik la list je semua ape salahnye...

like..makan same cakap


*gua guling gelak....